TheHistorianLodge » Kritikan Sejarah/Perbincangan

Tahun 1600 Masehi, Orang Melayu Tidak Buat Apa-apa Dengan Bijih Timah?
TERDAPAT dakwaan bahawa orang Melayu tidak buat apa-apa dengan bijih timah pada tahun 1600 Masehi.

Adakah dakwaan ini benar?

Jabatan Sejarah

The Historian Secret Society

kredit: Kemasukan Islam ke Kedah oleh Dr. Ahmad Jelani Halimi, Southeast Asia in World History oleh Craig Lockard, Sulalatus Salatin diselenggara A. Samad Ahmad, Kearifan Tempatan: Merekayasa Kearifan Tempatan Budaya, Pelancongan Arkeologi dan Sejarah diterbitkan oleh Penerbit USM

Untuk membeli buku terbaru Srikandi, Semberani Sang Bidasari, sila klik:

SAYA telah menerima satu aduan dari pembaca tentang ada pihak yang mendakwa bahawa orang Melayu tidak buat apa-apa dengan bijih timah pada tahun 1600 Masehi.  Ini adalah kesalahan yang amat serius berkaitan fakta sejarah perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

Adakah dakwaan ini benar?

Menurut sumber tersebut, pihak itu telah mengatakan begini:

“Pertama dalam jurnal tu dia kata (apa)… nam beleh tahun seribu enam ratuih no… kita tubuhkan Syarikat Hindia Timur kerana di Tanah Melayu ada bijih timah.

Orang kita buat apa time tu? Hehehe… (ketawa kecil) Ditubuhkan syarikat tu pasai bijih timah  dok ada di Tanah Melayu, orang puteh dah baca tapi saya dok pikiaq apa benda orang Melayu dok buat time tu… tahun seribu nam ratuih..

ULASAN:

Dakwaan ini adalah SALAH SAMA SEKALI.

Jawab saya jika ditanyakan: Apa benda orang Melayu buat time tu?

Melombong timah la pakcik oi!

Orang Melayu sebenarnya telah lama melombong bijih timah lama sebelum kedatangan pihak kolonial Inggeris lagi. Malah lama sebelum tahun 1600 seperti yang didakwa ketika itu orang Melayu ‘tidak berbuat apa-apa.’

Kewujudan aktiviti perlombongan bijih timah sebenarnya telah wujud sekitar abad ke-9 lagi di Tanah Melayu  berdasarkan catatan oleh pelayar-pelayar Timur Tengah seperti Abu Dulaf, Abu Zaid, dan Al-Mas’udi.

Contoh catatan Abu Dulaf pada tahun 940 Masehi:

“Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang “qala’I” iaitu pedang Hindi yang tulen…seperti di Negara China, terdapat orang-orang yang tidak menyembelih ternakan yang mereka makan. Penduduknya mempunyai sistem keadilan dan mempunyai penjara serta hukuman denda”.

(Kemasukan Islam ke Kedah oleh Dr. Ahmad Jelani Halimi)

Juga,

“…when I arrived at Kalah, I found it very great, with great walls, numerous gardens and

abundant springs. I found there a tin-mine such as does not exist in any other parts of the world

except in its Qalah (fortress).”

(Southeast Asia in World History oleh Craig Lockard)

Ini bermaksud sekurang-kurang pada tahun 940 Masehi lagi orang Melayu telah pun melombong bijih timah! Beza 1600 dengan 940 ialah 660 maka orang Melayu telah pun melombong bijih timah lebih 6 ABAD sebelum tahun yang didakwa pihak itu sebagai ‘orang Melayu tidak berbuat apa-apa dengan bijih timah’ !

BUKTI DARI SULALATUS SALATIN

kredit: Mohd Faizal Rahmat

Malah dalam Sulalatus Salatin ada disebutkan penggunaan timah yang biasa di kalangan orang Melayu ketika zaman Kesultanan Melaka:

Adapun akan Sultan Mansur Syah pun pindahlah, tiada mahu diam lagi pada istana tempat Hang Jebat mati itu. Maka baginda memberi titah kepada Bendahara Paduka Raja, menyuruh membuat istana. Maka Bendahara Seri dia mengadap dia, kerana adat Bendahara pegangannya Bintan. Adapun besar istana itu tujuh belas ruang, pada seruang tiga-tiga depa luasnya; besar tiangnya sepemuluk, tujuh pangkat kemuncaknya. Pada antara itu diberinya berkapa-kapa, pada antara kapa-kapa itu diberinya bumbungan melintang dan bergajah­menyusu; sekaliannya bersayap layang-layang, sekaliannya itu diukir dan berscngkuap. Pada antara Serigkuap itu diper­buatnya belalang bersagi; sekaliannya dicat dengan air emas. Kemuncaknya kaca merah, apabila kena sinar matahari, bemyala-nyala rupanya seperti manikam. Akan dinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditarupali dengan cermin China yang besar, apabila kena panas matahari bemyala-nyala rupanya, kilau-kilauan tiada nyata benar dipandang orang. Adapun rasuk istana itu kulim, sehasta lebamya, dan sejengkal tiga jari tebalnya. Akan birai istana itu dua hasta lebamya, dan tebalnya sehasta, diukimya rembatan pintu istana itu empat puluh banyaknya, semuanya bercat dengan air emas. Terlalu indah perbuatan istana itu, sebuah pun istana raja yang di bawah angin ini tiada sepertinya pada zaman itu. Istana itulah yang dinamai orang ‘Mahligai Hawa Nafsu'; atapnya tembaga dan timah disiripkan.

Juga,

Hatta tidak berapa lamanya, maka dengan takdir Allah Taala mahligai itu pun terbakarlah. Tiba-tiba di atas kemuncaknya api; tiadalah sempat lagi. Maka baginda dengan Raja Perempuan serta dayang-dayang sekaliannya habis turun ke istana lain; suatu pun harta raja tidak terbawa, sekaliannya tinggal dalam istana itu. Maka orang pun datang terlalu banyak hendak berbela api itu, tiada terbela lagi. Maka harta dalam istana itulah yang diperlepas orang; tetapi timah atap istana itu hancur, cucurlah turun seperti hujan yang lebat. Maka seorang pun tiada berani masuk mengambil harta, maka Ben­dahara hadir berdiri menghadapi segala orang berlepas harta raja.

Juga,

Maka pada suatu malam Bendahara turun hendak sem­bahyang subuh, maka dilihat oleh Bendahara betul pada kepala Tun Mutahir bercahaya menerus ke langit. Maka di­hampiri oleh Bcndahara, dilihatnya Tun Mutahir. Maka dengan sekejap juga cahaya itu pun padamlah. Maka kata Bendahara akan Tun Mutahir, “Budak ini kelak menjadi Orang Besar- besar. Daripada Hamba pun lebih kebesarannya, tetapi tiada kekal. “Maka oleh Bendahara segala candu peti yang ditinggalkan Seri Nara Diraja akan anaknya itu dituanginya timah, supaya jangan dapat dibuka orang lagi. Maka makan pakai Tun Mutahir Tun Tahir pada Bendahara Paduka Raja. Ada seorang lagi anak Seri Nara Diraja, Tun Abdullah namanya, lain bondanya, terlalu olahan. Jika ia membuang kuku tiga hari maka sudah. Jika berkuda pada baying-bayang panas, berpenanak membaiki diri. Jika pada pakaian, tewas Tun Tahir dan Tun Mutahir oleh Tun Abdullah, kerana bondanya ada.

(Sulalatus Salatin diselenggara A. Samad Ahmad.)

Penggunaan timah yang berleluasa begini sehingga dicatatkan dalam historiografi tempatan adalah bukti bahawa sejak zaman Kesultanan Melaka lagi timah telah dilombong di Tanah Melayu.

DUIT TIMAH

Dalam buku Kearifan Tempatan: Merekayasa Kearifan Tempatan Budaya, Pelancongan Arkeologi dan Sejarah yang diterbitkan oleh Penerbit USM ada menyebutkan tentang duit timah Kesultanan Melaka!

Bayangkan, penggunaan timah sudah begitu biasa dan berleluasa di kalangan orang Melayu ketika itu sehingga dibuatkan matawang dari timah lagi! Maka timah sudah biasa bermain-main di tapak tangan rakyat Melayu, digunakan untuk berjual beli seharian.

Maka relevan kah dakwaan, “… saya dok pikiaq apa benda orang Melayu dok buat time tu… tahun seribu nam ratuih..”

Malah sekitar abad ke-17 itu juga perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sudah begitu rancak sehinggakan yang mula-mula datang bukanlah Syarikat Hindia Timur Inggeris tetapi Syarikat Hindia Timur Belanda!

Pelbagai perjanjian dan polisi dibuat antara Perak dan Belanda berkenaan bijih timah sehinggalah serangan ke atas Kota Belanda pada tahun 1670 oleh Panglima Kulup dan orang-orang Melayu Perak kerana sikap Belanda yang mahu memonopoli perdagangan timah, betullah kata bidalan “seperti Belanda minta tanah”.

Kesimpulan

Jadi, adakah orang Melayu pemalas atau tak buat apa-apa ketika itu seperti yang didakwa? Tak tau pasal bijih timah? Adakah dia memikirkan orang Inggeris ni hebat sangat? Boleh ‘baca’ katanya. Adakah hanya apabila orang Melayu diketahui ada menubuhkan syarikat seperti Syarikat Hindia Timur Inggeris maka barulah si pendakwa mengiktiraf aktiviti orang Melayu melombong bijih timah?

Sebenarnya yang mendakwa itu sudah terkeliru dalam penyakit inferior-nya kepada bangsa Melayu.

Terdapat banyak lagi contoh bahawa orang Melayu aktif menjalankan perlombongan bijih timah lama sebelum tahun 1600 Masehi lagi malah akibat kerancakan perlombongan bijih timah oleh orang-orang Melayu lah pada abad ke-17 itu menarik perhatian pedagang asing dan kuasa imperialisme ke Tanah Melayu.

~Srikandi

‘Tengku Bilik’ Atau Kerabat Diraja Perak? Hoax Terbesar Dalam Sejarah Melayu
Terdapat satu pihak mendakwa kononnya potret seorang wanita Melayu yang hidup sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang lalu adalah milik Tengku Halima Raja Muhammad Yusuf al-Mahdi atau dikenali sebagai ‘Tengku Bilik’. Benarkah demikian? Jika tidak, apakah dakwaan ini adalah satu hoax yang amat memalukan dalam sejarah kesultanan raja-raja Melayu?

Ikuti analisis yang mendebarkan ini.

Jabatan Sejarah

The Historian Secret Society

kredit: The Living Races of Mankind, Vol. I. [Hutchinson & Co, London, 1902]; Malaysia: A pictorial history 1400-2004, Wendy Khadijah Moore; DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah (Almarhumah); “Malaya Malay Lady of Noble Birth Old Real Photo Postcard Woman, Muslim Headscarf”, ebay; “Photograph of a Malay lady of Noble Birth 1924″, pinterest; “A Malay Lady of Noble Birth”, Penang Archives International; Sembangkuala; bahan-bahan dari Galeri Sultan Azlan Shah dan Arkib Negara Malaysia

Miliki Kitab Rentaka Di Sini: https://goo.gl/cm3jKW

Miliki Kitab Kursani Di Sini: https://goo.gl/wsR4Dc

Sering saya ingatkan bahawa terlalu taksub dengan foto-foto lama dan menyangka bahawa ianya adalah sumber sejarah yang maksum adalah sikap yang tidak berpelajaran dan merosakkan disiplin ilmu sejarah sendiri. Saya telah huraikan ‘penyakit’ ini dalam buku saya Kursani Segenap Bimasakti:

Sebenarnya sekadar berkongsi foto-foto tidaklah salah sekalipun caption atau penerangan yang diberikan adalah salah dengan syarat tidak bersikap bodoh sombong mengkondem ulasan sejarah orang lain tanpa ilmu dan menerima teguran seadanya. Tetapi situasi menjadi agak menarik apabila orang yang galak berkongsi foto lama tadi mendabik dada seolah-olah dia telah membikin ‘kerja-kerja sejarah’ yang sebenar dan seolah-olah ada lesen besar untuk mengkondem pendapat sejarah orang lain, malah bersekongkol memakihamun merendah-rendahkan dapatan atau pandangan orang lain terhadap satu-satu isu sejarah, dalam kes ini sejarah Melayu. Padahal orang yang disokong itu pun salah dan pengetahuan sejarahnya cetek dan flip-flop.

Di sini ada satu kes yang epik, apabila salah seorang haters saya, yang saya namakan sebagai Gagak Hitam mengecam komen seorang pengunjungnya yang mempersoalkan dakwaan foto itu adalah Tengku Bilik dengan membawakan pandangan dari saya.

Gagak Hitam mendakwa ‘dah baca 50 penulisan Merong’ pun pensyarahnya suruh buat balik. Mengapa pensyarahnya telah reject hasilkerjanya dan mengarahkan dia membuat semula kerja-kerjanya? Ini kerana kerja-kerjanya adalah ‘sampah’ sahaja dan saya akan buktikan bahawa tindakan pensyarahnya itu adalah tindakan paling tepat untuk menyelamatkan disiplin sejarah negara kita dari dirosakkan oleh orang-orang jongos dan tidak berbakat seperti ini.

Benarkah Wanita Itu Tengku Halima/Tengku Bilik?

Isu bermula apabila seseorang yang galak berkongsi foto-foto lama telah menaikkan status ini. Individu ini saya namakan sebagai Archivist Hoax. Dia ini adalah sahabat baik kepada Gagak Hitam dan pernah memakihamun saya dalam satu komen di fesbuk Gagak Hitam atas sebab yang saya sendiri pun tidak tahu. Mungkin terpengaruh dengan aksi Gagak Hitam yang marah-marah kerana buku-buku saya lakukeras di pasaran berbanding hasilkerja copypaste-nya yang tidak dipedulikan masyarakat terbanyak.

Ini adalah foto yang dimaksud dalam status ini:

Soalannya, adakah benar wanita dalam foto ini adalah kononnya “Puteri Jelita Riau Lingga + Kesultanan Trengganu” dan bernama Tengku Halima Raja Muhammad Yusuf al-Mahdi atau dikenali sebagai ‘Tengku Bilik’?

JAWAPANNYA: SALAH SAMA SEKALI.

Malahan ia boleh dipertikai dengan bukti-bukti yang cukup konkrit dan banyak rujuksilang.

Sebelum itu, pandangan saya kepada wanita dalam gambar ini ialah beliau adalah salah seorang wanita bangsawan atau setidak-tidaknya wanita terhormat yang tinggal di dalam istana Kesultanan Perak Darul Ridzuan dan rapat di kalangan lingkungan keluarga diraja tersebut sekitar era pemerintahan sultan Perak ke-28, Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar Teja. Ini yang cuba dibangkang dari longkang oleh Gagak Hitam dan mungkin Archivist Hoax.

Analisis Foto Archivist Hoax

1. Foto Poskad?

Pertama sekali mari kita lihat foto yang disuakan oleh Archivist Hoax yang didakwa “ditemui dalam simpanan keluarga waris Sultan Zainal Abidin III di Kuala Terengganu”. Jika kita teliti fotonya itu seperti yang disuakan dalam status tersebut, kita boleh lihat masih ada caption di bawahnya tertulis A Malay Lady of Noble Birth.

Foto yang sama dengan caption yang sama boleh kita dapati bersepah di internet seperti ini:

Perhatikan foto yang sama dengan caption yang sama, juga perlu diperhatikan dengan gaya pose yang sama dan latarbelakang yang sama. Jadi ini menunjukkan foto yang didakwa-dakwi oleh Archivist Hoax adalah berasal dari foto poskad ini yang siap ada caption. Lain kali nak menipu kena pro sikit bro… kena delete caption tu. Sekadar cadangan.

2. Gambar ‘Crop’

Jika anda perhatikan dengan teliti semua foto-foto ini, ia semacam gambar crop yang dipadankan dengan latarbelakang yang didatangkan kemudian. Perhatikan contoh dari salah satu foto ini:

Jadi katakan Archivist Hoax nak menipu dengan memadamkan bahagian caption “A Malay Lady of Noble Birth” ini atau apa-apa saja cara asalkan caption itu seolah-olah tak wujud, mungkin dengan cara menampal caption yang lain, masih lagi fotonya tidak asli, autentik atau genuine kerana tetap terkelompok dalam gaya foto poskad terbabit.

3. Versi Yang Sama

Anehnya, foto yang didakwa-dakwi oleh Archivist Hoax itu tetap terkelompok dalam versi yang sama seperti versi ‘foto poskad’ tersebut. Dengan gaya pose-nya, pakaian dan aksesorinya dan paling penting ia gambar single! Tidak ada gambar ‘Tengku Bilik’ (sebagaimana didakwa) ini pose bersama-sama orang lain. Ini menunjukkan satu lagi pencerahan kepada misteri sebelum ini.

…bahawa gambar ini benar-benar dicrop dari satu sumber asal.

Versi crop inilah yang menjadi foto poskad dan juga disimpan dalam ‘simpanan keluarga waris’ sebagaimana yang didakwa Archivist Hoax. Jika ia foto waris yang asli, mestilah ia foto yang diakui genuine bukanlah foto poskad dan kemudian diklaim foto itu dan ini. Soalannya mengapa tiada gambar yang lain dalam ‘simpanan keluarga waris’ merujuk kepada wanita ini? Bergambar dengan orang lain? Mengapa hanya satu-satu gambar ini yang juga versi gambar poskad ini yang ada?

Mengapa tidak Archivist Hoax menampilkan gambar wanita ini bersama-sama dengan orang lain seperti ini:

Macam mana? Terkejut tak? Ada rasa seram tak wanita yang sama boleh ada dalam foto lain? Wanita yang sama; wajah yang sama, pakaian yang sama dan pose yang hampir sama.

Ada lagi perkara yang lebih menarik dan mengejutkan. Baca sampai habis.

Foto Dari Kerabat Diraja Perak?

Foto itu tadi diambil dari foto ini:

Ini adalah foto Tengku Permaisuri Perak kepada Sultan Idris I bersama-sama dua wanita bangsawan. Wanita yang duduk itu adalah Raja Perempuan Nuteh Aishah dan ini ada disebut oleh Almarhumah Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah dalam laman istagramnya.

Sebenarnya foto dan keterangan yang sama ini diperkuatkan lagi apabila ianya juga ada dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah.

Ia menjelaskan bahawa wanita-wanita di dalam gambar ini memang berkaitan dengan Kesultanan Perak Darul Ridzuan dan tidak ada disebutkan pula ada kaitan dengan kesultanan lain apatah lagi ‘Kesultanan Riau Lingga + Kesultanan Trengganu’.

Dalam foto ini sudah tentu kita tertarik dengan gambar wanita yang di tengah-tengah, yang mana mirip dengan wanita yang didakwa oleh Archivist Hoax dan Gagak Hitam sebagai Tengku Bilik itu. Oleh itu mari kita perhatikan adakah ianya ada persamaan:

Kita analisis secara ringkas:

1. Kedua-duanya memakai tutup kepala yang bercorak sama dengan renda yang sama.

2. Dahi yang luas

3. Jenis mata yang sama

4. Jenis hidung yang sama (hidung kembang sedikit)

5. Jenis bibir yang sama

6. Memakai kalung biji

7. Kerongsang yang sama. Perhatikan susunan kerongsang dan jenisnya.

8. Kebaya labuh dengan corak yang sama

Ini adalah wanita yang sama!

Bagaimana Archivist Hoax dan Gagak Hitam boleh mendakwa wanita ini adalah Tengku Halima/Tengku Bilik? Jika ya, bilakah Tengku Bilik bergambar bersama-sama Tengku Permaisuri Perak? Adakah dinyatakan dalam mana-mana rekod? Adakah foto lain yang menunjukkan Tengku Bilik bersama orang lain dalam simpanan waris itu? Jika tiada dan hanyalah yang ada cuma foto versi poskad itu dan dilabel sebagai ‘Tengku Halimah’ semata-mata bukanlah bukti konkrit untuk membenarkan hoax seperti ini.

Ada sesuatu yang menarik pasal kerongsang itu. Sebelum itu saya syorkan jangan pandang lama-lama wajah-wajah almarhumah ini semua, maksud saya jangan terlampau obses. Apa-apa terjadi jangan cari saya pulak.

Misteri Kerongsang

Kerongsang yang dipakai oleh wanita ini boleh dijadikan petunjuk dari mana beliau datang. Sebelum itu perhatikan bahawa kalung biji yang dipakainya juga dipakai oleh Tengku Permaisuri Perak:

Berkenaan kalung biji ini, ia juga dipakai oleh kerabat Kesultanan Perak yang lain seperti ini:

Foto di atas adalah gambar Tengku Permaisuri Che Uteh Mariah (isteri kedua Sultan IdrisI) bersama-sama puteri-puterinya serta kerabat yang lain.

Sekarang perhatikan jenis dan susunan kerongsang. Jika anda perhatikan susunan kerongsang pada kebaya labuh mereka ini sama sahaja dan mengikut pattern seperti ini:

Perhatikan ada tiga kerongsang yang berturutan ke bawah dan kerongsang pertama berbeza dari dua kerongsang seterusnya. Corak susunannya adalah seragam dipakai oleh ketiga-tiga wanita ini.

Soalannya, jika wanita di dalam foto poskad itu adalah Tengku Bilik yang mana adalah wanita yang sama dalam foto bersama-sama Tengku Permaisuri Perak itu, mengapa beliau memakai aksesori yang sama dan mengikut corak susunan yang sama dengan Tengku Permaisuri Perak? Adakah kerabat diraja Perak telah wassap Tengku Bilik supaya berangkat untuk berfoto bersama dengan panduan tertentu supaya sama dengan fesyen Tengku Permaisuri Perak? Ya, teknologi wassap belum lagi ada waktu itu maka ini menunjukkan kostum yang dipakai oleh wanita yang kontroversi ini adalah kostum sebenar yang dipakai dalam lingkungan istana Kesultanan Perak.

Ada lagi yang lebih menarik dan mengejutkan!

Rahsia “A Malay Lady of Noble Birth”

Sebelum ini saya ada mempersoalkan Archivist Hoax, jika benar Tengku Bilik adalah wanita dalam foto poskad itu, adakah Archivist Hoax mampu menampilkan foto Tengku Bilik yang lain?

Contohnya seperti ini:

Wanita yang sama.

Amacam? Terkejut tak? Rasa seram tak wanita ini muncul lagi dalam foto yang lain? Okay rileks dulu. Kita perhatikan susunan kerongsang mereka.

Sebelum itu foto tadi diambil dari sini:

Pada keterangan foto ini tercatat: Three ladies of the royal family of Perak, Malay Peninsula, 1902. From The Living Races of Mankind, Vol. I. [Hutchinson & Co, London, 1902]. Artist L Wray. January 01, 1902 License

Okay perhatikan susunan kerongsang pada baju mereka. Ya, jelas ada susunan tertentu di sana di mana kerongsang pertama agak unik dan kemudian dua kerongsang seterusnya adalah sama.

Foto yang terakhir ini sudah cukup untuk memungkas semua hoax oleh Archivist Hoax dan Gagak Hitam berkaitan foto kontroversi ini. Jadi saya telah menampilkan dua foto wanita misteri ini dan kedua-duanya adalah memang wanita yang sama dalam versi poskad dan wanita ini adalah sebahagian dari sejarah Kesultanan Perak bukannya dari Kesultanan Riau-Lingga + Trengganu sebagaimana yang didakwa oleh Archivist Hoax dan Gagak Hitam The Epic Fail.

Sebagai catatan tambahan, pada pandangan saya foto yang terakhir ini adalah foto para wanita yang sama seperti dalam foto ini:

Perhatikan:

Perhatikan wanita yang duduk. Juga wanita yang berdiri di hujung. Wanita yang di tengah-tengah tidak diragukan lagi adalah wanita yang sama, yang kita dok bincangkan ini.

Berdasarkan kedua-dua foto ini, pada pendapat saya foto sebelah kiri adalah foto ketika mereka masih remaja, manakala foto sebelah kanan diambil ketika para wanita bangsawan ini meningkat dewasa. Juga wanita yang duduk adalah yang diraikan ketika itu.

Moral Dari Semua ini

Sebagaimana yang saya katakan tadi, hanya sekadar berkongsi dan berbincang-bincang seputar foto-foto lama bukanlah kerja-kerja sejarah yang sebenar. Itu adalah kerja para peminat fotografi. Kerja-kerja sejarah yang sebenar adalah analisis sejarah dari pelbagai rujuksilang dan dipadankan dengan pelbagai disiplin ilmu. Kemudian disampaikan kepada masyarakat dalam gaya bahasa akademik mahupun gaya yang dipermudahkan untuk memberikan kefahaman kepada khalayak.

Namun tidak salah sekadar minat berkongsi foto-foto lama sahaja. Yang jadi aneh dan hairan bin ajaib adalah peminat foto lama ini menjadi angkuh secara tiba-tiba dan mempertikaikan pandangan atau ilmu orang lain. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh Gagak Hitam dan Archivist Hoax itu apabila marah-marah ketika ada pengomen membawakan pandangan saya kepada isu foto wanita bangsawan Perak ini. Archivist Hoax itu pun sebenarnya pernah tumpang sekaki memakihamun saya kerana dia pun menyimpan kebencian kepada saya atas sebab saya pun tak tahu sebenarnya. Alahai…beza pandangan sejarah je pon.

Negara jika masih menyimpan staf-staf yang tidak berbakat dan menyusahkan rakyat seperti ini akan menyebabkan pembaziran yang besar. Staf hanya minat bermain fesbuk sahaja dan tidak memperkasakan khazanah warisan dan sejarah negara. Berapa banyak manuskrip yang terbiar tanpa dikaji, berapa banyak tapak warisan yang dihuni jin ifrit dan penagih dadah dan menunggu masa untuk kontraktor meratakannya bagi membikin perumahan mampu tengok? Tepok perut tanyalah nak makan apa.

Sekarang nampak tak bahawa tindakan pensyarah Gagak Hitam me-reject tugasan sampah si Gagak Hitam adalah tindakan super tepat.

Sekian dari saya. Hujah lawan hujah saja. Nothing personal.

~Srikandi

Adakah Bunga Emas Dari Negeri Perak Benar-benar Selamat Tiba ke Bangkok?
Menilai sejarah kita dari pandangan atau kacamata kita sendiri adalah penting setelah lebih separuh abad kita merdeka. Rekod dan gazet dari penulisan kolonial boleh diterima namun rumusan atau ulasan terhadap sejarah kita itulah yang mesti ditapis dan diadili secara saksama.

Topik Perang Perak-Siam 1821-1828 adalah salah satu topik yang hangat dan kontroversi setelah penulisan kolonial ditafsir semula berdasarkan rujuksilang dengan sumber tempatan. Ikuti bagaimana kedua-dua sumber – yakni historiografi pihak kolonial dan historiografi tempatan dianalisis untuk mencari jawapan demi jawapan.

Soalannya, adakah Bunga Emas dari negeri Perak benar-benar selamat tiba ke Bangkok?

Jabatan Sejarah

The Historian Secret Society

kredit: M. A. Fawzi Basri (1986), Cempakasari Negeri Perak, Yayasan Perak; R.O Winstedt, R.J Wilkinson, A History of Perak, Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (1974); J.H. Moor (1837), Notices of the Indian Archipelago, and Adjacent Countries: Being a Collection of Papers Relating to Borneo, Celebes, Bali, Java, Sumatra, Nias, The Philippine Islands, Sulus, Siam, Cochin China, Malayan Peninsula, Cass; The Asiatic Journal and Monthly Miscellany, Volume 35; lamanweb Arkib Negara; John Anderson (1824), Political and commercial considerations relative to the Malayan peninsula, and the British settlements in the straits of Malacca,Oxford University; bahan-bahan dari pejabat DYMM Sultan Perak; ninotaziz, pertiwi wangsa sura (foto)

Apabila mengkaji tentang suasana politik negeri-negeri Melayu utara dan hubungannya dengan kerajaan Siam, timbul satu persoalan tentang adat Bunga Emas dari Negeri Perak. Bunga Emas dari Kedah & Perlis sebagai contoh, rekodnya lengkap dari percukaian dan pembuatan hinggalah kepada protokol penghantarannya. Malah memang ada Bunga Emas itu di Bangkok dan pernah diisukan supaya Thailand memulangkan kembali Bunga Emas ke Kedah. Boleh rujuk Bawa balik Bunga Emas Kesultanan Kedah.

Betapa lengkapnya rekod tentang penghantaran Bunga Emas itu sebagai contoh, dalam makalah Omar Yaacob bertajuk Bunga Emas – Persembahan Rakyat Perlis Untuk Negara Siam, ada dinyatakan jumlah tingkat Bunga Emas yang berbeza antara Kedah dan Perlis di mana Perlis ditetapkan sebanyak 3 tingkat dan Kedah sebanyak 5 tingkat. Penduduk juga dikehendaki membayar sejenis cukai iaitu ‘cukai ripai’ yang semacam cukai kepala. Ia dipungut setiap tahun oleh seorang pegawai bertugas yang dipanggil ‘kweng’ atau ‘kwiang’.

Malah persembahan Bunga Emas itu sebenarnya mengandungi semacam satu pakej – yakni bukan sahaja sepohon Bunga Emas dan sepohon Bunga Perak, malah ia diiringi dengan pelbagai kelengkapan senjata dan berjenis-jenis kain yang dipersembahkan mengikut kadar-kadar dan jenis tertentu yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Siam.

Persembahan tadi juga akan dihantar dengan diiringi rombongan yang terdiri daripada Penghulu Bunga Emas, kerabat diraja, para pembesar dan panglima-panglima. Persembahan tadi akan bergerak ke pelabuhan Singgora (Songkhla kini di selatan Thailand) untuk diperiksa oleh Raja Singgora sebelum dibenarkan dihantar ke Bangkok dengan menaiki kapal.

Namun rekod dari Perak boleh dikatakan hampir tiada atau mudahnya, tiada langsung. Perak seolah-olah tiada langsung tradisi kuat pasal Bunga Emas malah ini terbukti apabila Sultan Abdul Malik Mansur (sultan Perak ke-19) sendiri menegaskannya di sekitar tahun 1818, apabila wakil politik kepada gabenor Inggeris di Pulau Pinang datang kepada baginda  untuk memberi nasihat dan amaran tentang tuntutan Siam melalui Kedah, baginda menjawab dengan tegas:

“Tidak ada adat sebegitu yang diturunkan kepada beta sejak dahulu yakni menghantar Bunga Emas kepada Siam atau Kedah.”

Dalam satu surat yang lain, baginda menyatakan dengan beraninya:

“Beta adalah adalah raja dari keturunan dahulukala dari Bukit Seguntang Mahameru. Betalah yang memegang Cura Simanjakini, Puan Nagataru dan Kancing (rantai karangan).

Beta adalah yang tertua dari segala raja ini, yakni  raja Siak, Selangor, Riau, Kedah dan Terengganu. Dengan hormatnya atas permintaan raja Siam dan Kedah itu, beta tidak boleh memenuhinya, meskipun perang adalah akibatnya. Beta harus melawan mereka kerana adat ini tidak pernah didengar atau disuruhkan ke atas negeri Perak. Kini buat pertama kalinya raja Kedah dengan biadap menuntut Bunga Emas untuk dihantar ke Siam. Beta tidak akan memenuhi kehendaknya. Sekiranya sejak dahulu Perak menghantar Bunga Emas kepada Kedah atau Siam, beta juga akan berbuat demikian menurut adat dahulukala.”

Dengan penegasan yang jelas begini nampak bahawa Perak tidak ada kena mengena dengan tuntutan Siam dan menunjukkan Perak bukanlah termasuk dalam mandala Sri Dharmaraja, asas yang dijadikan klaim atau tuntutan Siam ke atas negeri-negeri Melayu.

Peristiwa Bunga Emas Dari Perak Mengikut Rekod

Pada tahun 1821, Siam mengarahkan Ligor menyerang Kedah dan Perak. Serangan Siam ke atas Kedah ini amat popular dan dikenal sebagai Perang Musuh Bisik dan Kedah akhirnya telah jatuh ke tangan Ligor dan secara automatiknya ke tangan Siam. Di sini telah terjadi kekeliruan apabila terdapat pandangan atau sangkaan bahawa Perak juga jatuh ke tangan Ligor/Siam. Ini berdasarkan premis bahawa ketika itu kononnya Perak di bawah Kedah (Perak sebelum itu dilanggar Kedah atas arahan Siam), maka secara automatik Perak juga jatuh ke tangan Siam. Namun ini adalah pandangan yang mengelirukan kerana pada tahun 1822, Perak dengan bantuan Selangor telah berjaya menewaskan pasukan Siam dan mengusir sakibaki tenteranya keluar dari bumi Perak.

Ini disebut dalam beberapa sumber asing seperti:

1)  “In 1822, the Siamese were expelled, and rightful chief restored by the powerful assistence of the late warlike chief of Salangore, Raja Ibrahim.”

(Notices of the Indian Archipelago, and Adjacent Countries: Being a Collection of Papers Relating to Borneo, Celebes, Bali, Java, Sumatra, Nias, The Philippine Islands, Sulus, Siam, Cochin China, Malayan Peninsula oleh J.H. Moor, m/s 72)

2)  “To return for this digression, the Siamese again driven out in 1822, by the Rajah of Salangore, who restored the King of Perak by treaty…”

Dalam petikan seterusnya, telah diperkuatkan lagi dengan penyataan, “…”It must be evident that Siam can have no legitimate right over Perak…”

(The Asiatic Journal and Monthly Miscellany, Volume 35. m/s 152)

3) “The first Town is about 20 miles from the entrance, called Colong, it is situated at the right bank, and defended by several batteries. Here the King of Selangore reside at times. The inhabitants, before the war with the Siamese at Perak in 1822, were reckoned at about 1500…”

(Political and commercial considerations relative to the Malayan peninsula, and the British settlements in the straits of Malacca oleh John Anderson, m/s 198-199)

Bagaimana dengan sumber tempatan? Menariknya, ia ada disebut dalam sumber sejarah Negeri Perak dan arkib sendiri:

1) “Dalam tahun 1822, Selangor telah berjaya membantu Perak daripada orang-orang Siam. Berikutan ini, satu perjanjian Perak-Selangor telah ditandatangani pada 11hb. Julai, 1823 di mana Sultan Perak bersetuju membahagi dua hasil cukai bijih timah Perak. Untuk mengelakkan penyelewangan dan mengurangkan tekanan Siam, Sultan Selangor dan Sultan Perak bersetuju menempatkan Raja Hassan di Sungai Bidor. ”

(Sumber Arkib Negara, http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=1495)

2)  Raja Muda Abdullah merupakan orang yang berkuasa dalam tahun 1818 itu. Baginda telah mengendali urusan pertahanan negeri dari serangan dalam tahun 1821. Dengan bantuan Selangor, angkatan perang Siam dapat dihalau keluar dari negeri Perak.”

(Cempakasari Negeri Perak, M.A Fawzi Basri m/s 35 -cetakan baru)

Semua rekod di atas menjawab persoalan mengapa hanya menjelang tahun 1824, Perak dilaporkan baru ditekan semula bagi menghantar ufti ke Siam seperti dalam tulisan Winstedt/Wilkinson dalam A History of Perak:

Ligor occupied Perak and ordered the Sultan to send Siam the Gold and Silver Flowers of a tributary state; in 1824 the Bendahara, Sri Adika Raja, To’ ” Peggah ” and Maharaja Dinda took them to Ligor and were escorted home by 40 Siamese boats, which the Perak chiefs then loaded with 205 bahar of tin for Ligor.

“Ligor occupied Perak” itu adalah dengan anggapan Perak di dalam taklukan Kedah dan kejatuhan Kedah bermakna kejatuhan Perak. Namun ini tidak berlaku kerana Siam ditewaskan Perak hasil bantuan Selangor pada tahun 1822 seperti yang disebutkan tadi. Memang Siam mengarahkan Ligor untuk menekan Perak supaya menghantar ufti Bunga Emas serentak dengan kempen serangan ke atas Kedah dan Perak pada tahun 1821 namun dengan kemenangan Perak mengusir keluar tentera Siam pada tahun 1822 itu, sebenarnya hasrat Siam tidak pernah tertunai.

Hasrat mereka sebetulnya hampir tertunai menjelang tahun 1824, apabila Ligor berjaya menekan Perak untuk menghantar ufti ke Bangkok namun 40 kapal milik Siam itu telah dipintas oleh pasukan Selangor dan semua persembahan itu disita.

The Sultan of Selangor captured these boats and stationed Raja Husain at Kuala Bidor to levy duties on articles taken up and down the Perak river. (A History of Perak)

Persoalannya adakah Bunga Emas negeri Perak pernah sampai dengan selamat ke Bangkok sekitar peristiwa 1824 itu sebab ada sumber dari sebelah negeri Perak yang menyatakan sebelumnya Sultan Abdul Malik telah berjaya memujuk Rama II untuk tidak berkeras dengan isu tuntutan ufti dan penyerahan Perak dengan menghadiahkan raja Siam itu dengan seekor gajah bernama Chapang Pileh.

Persoalan yang timbul juga ketika situasi Kedah ‘melanggar’ Perak pada tahun 1818, dalam catatan Booney yang selalu dipetik oleh ramai orang, kononnya Perak telah tewas kepada Kedah dan akhirnya terpaksa menghantar ufti Bunga Emas dengan disebutkan pada awal tahun 1819, “Bunga Emas dan Bunga Perak dari negeri Perak dalam perjalanan dari Pasir Garam menuju ke Bangkok”. Namun mengapa Siam begitu marah dengan Kedah dan Perak dan mengambil keputusan untuk menyerang kedua-duanya pada tahun 1821? Jika benar Kedah dapat menunaikan hasrat Siam untuk membawa Perak ke bawah naungannya, dan Siam benar-benar menerima ufti dari Perak mengapa Siam masih menyerang Kedah dan Perak? Ada tricky di sini.

Namun, jika kita melihat kepada sumber dari sebelah negeri Perak, dalam Cempakasari Negeri Perak ada jawapan yang jelas mengapa perkara aneh ini terjadi. Pasukan Kedah dan Perak rupa-rupanya telah berdamai dalam satu rundingan dan persetujuan untuk mengukuhkan ikatan melalui ‘diplomasi perkahwinan’ telah dicapai apabila Bendahara Kedah berkahwin dengan Che Wan Fatimah, dan Tengku Yaacob berkahwin dengan Hajah Denah, kedua-duanya anggota keluarga Che Panjang Talib, ketua pasukan Perak. Malah, tiada rekod dari sebelah negeri Perak tentang pernyataan “dalam perjalanan dari Pasir Garam menuju ke Bangkok” itu. Tulisan Booney sendiri menunjukkan keraguan dan belum disahkan sama ada ufti Bunga Emas itu benar-benar selamat tiba di Bangkok. Seolah-olah Booney sendiri playsafe dalam ayat-ayatnya atau sememangnya itu maklumat yang setakat diketahui tentang perkara itu. Oleh itu, dapat disimpulkan dari semua situasi ini bahawa, disebabkan  ufti Bunga Emas “masih on the way” itulah (sultan Perak telah mengutus surat sebagai helah kepada pihak Inggeris di Pulau Pinang), pihak Siam begitu marah kerana ufti Bunga Emas belum benar-benar diterimanya dan ini menjawab mengapa Siam melancarkan serangan besar-besaran menjelang akhir tahun 1821 itu atas tindakan balas Kedah dan Perak yang berdamai itu.

Pada Mac 1827, Raja Ligor telah menghantar kapal penuh dengan sutera ke Sungai Perak dan berjanji akan menghantar lagi kapal yang dipenuhi beras dan gula kepada sultan dan para pembesar Perak dengan syarat sultan memenuhi ‘jemputan’ ke Ligor dan seterusnya dibawa ke Bangkok dan sedia tunduk kepada Siam dan menjadi negeri naungannya. Namun Sultan Abdullah Muadzam Shah, sultan Perak ke-20, dengan selambanya menjawab jemputan itu dengan kata-kata sinis:

“Bahawa perjanjian sudah dibuat antara Kompeni dan Siam, dengan itu Siam tidak boleh lagi masuk ke negeri Perak. Beta fikir adalah tidak perlu bagi beta, seorang yang tidak punya apa-apa ini membiarkan Chau Phya ternanti-nanti, jadi beta meminta maaf; Ya…Chau Phya benar mengenai Sri Andika Raja yang telah menangkap gajah setinggi enam hasta itu. Beta telah menjaganya dan hendak menghantarnya kepada Chau Phya namun setelah sebulan sejak ditangkap, ia pun mati”.

‘Kompeni’ dalam surat ini adalah Syarikat Hindia Timur Inggeris yang berpangkalan di Pulau Pinang dan ‘perjanjian’ yang dimaksudkan itu adalah Perjanjian Burney 1826.

Selepas kegagalan ‘memujuk’ Perak menghantar ufti ini, tiada rekod yang menyatakan negeri Perak menghantar ufti Bunga Emas ke Siam. Ini kerana pada tahun 1828, negeri Perak bebas sepenuhnya dari ancaman dan gangguan Siam setelah Kapten James Low menguatkuasakan Perjanjian Burney 1826 dengan perjanjiannya sendiri (Perjanjian Low Oktober 1826) yang kontroversi itu melalui tindakan-tindakan ketenteraan dan inteligen ke atas pihak Siam selain tindakan aktif dari pasukan negeri Perak sendiri terutama para panglima Perak yang mengawal sempadan di sekitar Kerian dan perairan negeri Perak.

Jadi bolehlah dirumuskan, terdapat 5 peristiwa berkaitan Bunga Emas negeri Perak ke Siam ini:

1) 1819- Maklumat dari pihak kolonial menyatakan ufti Bunga Emas negeri Perak “dalam perjalanan dari Pasir Garam menuju ke Bangkok” tanpa mengesahkan adakah ia benar-benar diterima oleh pihak Siam. Hakikatnya hasrat pihak Siam itu tidak pernah tertunai dan ini menyebabkan Siam melancarkan peperangan dengan Kedah dan Perak pada tahun 1821. Serangan mengejut 1821 itu adalah bukti jelas bahawa ufti Bunga Emas yang “masih on the way” itu sebenarnya tidak pernah sampai ke Bangkok.

2) Penghujung 1821- Siam melalui Ligor menyerang Perak dengan hasrat memaksa Perak tunduk dan menghantar ufti Bunga Emas ke Siam. Namun gagal kerana Siam ditewaskan pada tahun berikutnya oleh gabungan pasukan Perak dan Selangor.

3) Di antara tahun 1821-1824, sultan Perak telah menghadiahkan seekor gajah kepada raja Siam dan dengan itu melepaskan Perak buat sementara dari tekanan tuntutan ufti Bunga Emas.

4) 1824- Siam berjaya menekan Perak dengan mengulangi tuntutan ufti Bunga Emas. Perak akur dan ‘cuba menghantar’ ufti Bunga Emas bersama 205 bahara timah. Namun gagal apabila dipintas pasukan Selangor dan semua persembahan itu disita.

5) 1827- Raja Ligor memujuk dengan menghantar hadiah-hadiah seperti sutera dan berjanji akan menghantar beras dan gula. Namun gagal kerana sultan Perak bertegas enggan menuruti kehendak Siam.

Rujuksilang

Adalah teramat penting kita membuat rujuksilang di antara sumber kolonial dan sumber tempatan. Untuk mengkaji situasi ini, selain sumber-sumber kolonial, sumber tempatan seperti Cempakasari Negeri Perak adalah penting sebagai ‘checks & balances’ untuk mengelakkan penulisan sejarah asing mendominasi rumusan sejarah kita.

Saya suka buat rujuksilang begini; sebagai contoh, Siam kononnya menakluk Perak 1821 kalau ikut sesetengah catatan surface kolonial (dan dipercayai bulat-bulat oleh sesetengah orang). Akan tetapi kita mesti menjawab soalan-soalan ini:

1) Apakah struktur pentadbiran Siam di Perak? Pernah baca dan dengar tak? Setakat ini memang tiada. Rekod pentadbiran Siam di Kedah memang ada, gabenornya pun ada. Pangkalannya di Alur Ganu. Rekod ada sebab memang Kedah telah jatuh ke tangan Siam. Benda ini terang lagi bersuluh. Sebaliknya sejarah pentadbiran Siam di Perak kedengaran amat janggal dan asing, tidak pernah didengar dan tercatat dalam mana-mana sumber.

Jepun menjajah kita lebih kurang 3 tahun saja, tetapi rekod pentadbiran, struktur pentadbiran, di mana pusat pentadbirannya semua kita boleh dapat secara terperinci. Sebab memang benar Jepun telah menjajah ketika itu malah rekod dan cerita-ceriti pengalaman dari sebelah kita memang ada. Kisah-kisah keperitan di zaman Jepun dan sebagainya. Ini maksudnya rujuksilang tu.

2) Adakah sebab kononnya Kedah melanggar Perak sebelum itu, maka apabila Siam menewaskan Kedah, Perak sekaligus bawah Siam? Tapi hakikatnya sultan Perak tetap bertakhta dan memerintah negeri Perak tanpa apa-apa gangguan. Ini benar-benar berlawanan dengan situasi di Kedah apabila sultan Kedah terpaksa berundur sehingga ke Melaka. Jawapannya sebab Perak telah menewaskan Siam hasil bantuan Selangor tahun 1822. Sumber Arkib dan Cempakasari Negeri Perak malah sumber asing mengesahkan perkara ini seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Jadi, ini memang menjawab mengapa tiada langsung sejarah pentadbiran Siam di Perak. Rekod dari sebelah kerajaan Perak pun tiada.

3) Ini juga satu persoalan yang boleh ditimbulkan berkenaan Kedah melanggar Perak. Walaupun ia ada disebut dalam sesetengah rekod kolonial, tapi apakah struktur pentadbiran Kedah di Perak? Jika dicari memang tiada. Apa yang ada dari sebelah pihak kerajaan Perak, dalam Cempakasari Negeri Perak ada menyatakan kedua pihak telah membuat perdamaian melalui perkahwinan, jadi ini menjawab dengan persoalan jika Perak benar-benar bawah Kedah, mengapa sultan Perak masih memerintah dengan stabil? Sejauh mana kekuasaan Kedah ke atas Perak? Apakah buktinya? Adakah kena hantar ufti? Ada berubah atau tidak wilayah-wilayah Perak sepertimana Siam memecahkan wilayah Kedah dan Patani? Catatan kolonial ada menyebut perihal Raja Muda dinaikkan menjadi sultan, namun ini tidaklah menjadi isu kerana sememangnya selepas kemangkatan Sultan Abdul Malik, Raja Muda naik. Siapa Raja Muda? Anak Sultan Abdul Malik sendiri, yakni Sultan Abdullah Muadzam Shah!

Jadi rekod dari sebelah Perak merumuskan:

*Fasa pertama pasukan Kedah tewas.

*Fasa Kedua, Kedah menyerang lagi, tetapi diamankan dengan diplomasi dari pihak Perak melalui cara perkahwinan.

4) 1827, Siam masih memujuk Perak tunduk dengan menawarkan sutera, beras dan lain-lain hadiah kepada Perak. Ini ada dalam catatan kolonial seperti di dalam A History of Perak. Ini aneh, Jika Perak ketika itu disangka di bawah Siam seperti sesetengah orang (sebab kononnya Perak bawah Kedah, jadi Kedah sekarang bawah Siam, automatik Perak bawah Siam) mengapa Siam terhegeh-hegeh ingin memberi hadiah dan memujuk Sultan Abdullah Muadzam Syah?

Jadi sebenarnya “Siam menakluk Perak” adalah berdasarkan falasi saja dari premis: Perak ‘ditakluk’ Kedah, Kedah jajahan Siam jadi Perak bawah Siam. Ini logik Siam sahaja sebab bila Sri Dharmaraja (Ligor) masuk mandala Ayutthaya, maka semua negeri bawahan Ligor diklaim Siam.

Sesetengah orang tidak nampak hal-hal sebegini – sebab dia membaca di sebelah pihak sahaja yakni historiografi pihak penjajah, penulisan penjajah kepada sejarah dia. Tapi dia tidak mahu mendengar dari historiografi tempatan. Rekod tempatan. Catatan-catatan orang kita.

Di dalam buku saya Rentaka Sekalian Bijasura dalam bab Seven Years’ War Perang Perak-Siam, meliputi kedua-dua catatan penjajah dan tempatan. Bab yang belum pernah muncul dalam mana-mana penulisan sejarah rasmi dek kerana maklumat atau data-data mengenainya berterabur di sana-sini dan belum mendapat tapisan dan rumusan berpandukan dari pandangan tempatan. Saya seimbangkan antara kedua sumber. Pada masa yang sama, adalah diharapkan ada inisiatif penulisan sejarah pada masa akan datang yang fokus kepada bab konflik Perak-Siam ini dan menghuraikan dengan lebih mendalam dengan analisis yang lebih lengkap, dengan mengambil kira sumber sejarah tempatan dan catatan asing.

Jadi orang yg terlampau obses dengan penulisan sejarah penjajah biasanya tidak boleh terima hal ini dan sebab itu mereka merasa tidak selesa dengan pendekatan telus begini. Ini adalah kerana, mereka biasanya lack of skill untuk membikin analisis sejarah. Mereka lekas percaya dengan historiografi penjajah. Seolah-olah terdapat mindset bahawa, historiografi pihak penjajah always right.

Jadi adakah Bunga Emas dari Perak benar-benar ada di Bangkok? Benar-benar selamat tiba di Bangkok? Hakikatnya rekod atau catatan mengenai percukaian, pembuatan ataupun protokol persembahan ufti Bunga Emas langsung tiada dalam lipatan sejarah negeri Perak.

~Srikandi

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save