Vox Clubman II Dalam Filem 3 Abdul 1964

3 Abdul adalah sebuah filem yang diarah oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (selepas ini disebut ‘P. Ramlee’), seniman negara yang menjadi legenda tanahair sejak zaman-berzaman dengan koleksi lagu dan filemnya yang malar segar sehingga ke hari ini. Menariknya, di dalam filem ini yang juga dibintangi oleh Seniwati Sarimah, ada satu babak di mana P Ramlee menunjukkan posisi gitar utama (lead gitar) kepada tiga orang pemuda yang berhasrat untuk bermain ‘orkes’.

Kita akan membincangkan apakah jenis gitar yang digunakan di dalam babak tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

====================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Selamat Hari Raya 1437
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK

    ====================================================================

.

.

.

.

.

.

.

Filem 3 Abdul dikeluarkan pada tahun 1964 sememangnya penuh dengan satira dan kritikan kepada sosial dan status di dalam masyarakat. Sepertimana filem-filem P. Ramlee yang lain, filem ini juga membariskan dialog-dialog yang catchy dan masih diingati sehingga ke hari ini. Konsep cara berpakaian dan budaya di dalam filem ini terutama bagi orang lelaki, dengan memakai kot dan tarbus/fez umumnya adalah manifestasi kepada budaya negara-negara Arab (seperti Mesir) selepas Perang Dunia Kedua terutamanya di Turki di bawah pentadbiran Kamal Attaturk yang membuat polisi ‘pandang ke Barat’ ketika itu.

Apa yang ingin dibincangkan di dalam artikel ini adalah jenis gitar yang digunakan oleh seniman negara itu dalam satu babak, yakni babak yang memperkenalkan Abdul Wahub (dilakonkan sendiri oleh P. Ramlee) yang berniaga dengan membuka sebuah kedai menjual alat-alat muzik. Babak tersebut adalah permulaan kepada runut bunyi lagu ‘Bunyi Gitar’ yang juga gubahan oleh P. Ramlee.

Ini adalah babak yang dimaksudkan:

.

 

 

Kita akan membincangkan jenis-jenis gitar yang digunakan oleh P. Ramlee dan dua orang pemuda tersebut dalam babak itu. (Jika ada apa-apa cadangan atau tambahan boleh diturunkan dalam komen).

 

 

‘Rhythm Guitar’

 

Selepas P. Ramlee menegur sekumpulan pemuda yang mencuba-cuba alat muzik seperti gitar dan set drum di dalam kedai muziknya, seorang pemuda di sebelah kanan memberitahu bahawa mereka adalah pemuzik dan bertanyakan P.Ramlee jika mereka boleh membentuk satu ‘orkes’.

Selepas ditanya P. Ramlee, pemuda itu memberitahu bahawa dia bermain rhythm guitar. Kemudian pemuda itu menunjukkan permainan gitarnya kepada P. Ramlee.

 

 

ridemgitar

 

Apakah jenis gitar yang digunakan oleh pemuda tersebut?

Gitar elektrik yang digunakan oleh ‘pemuda rhythm guitar’ adalah dari jenis Vox Ace keluaran 1962 berdasarkan rekabentuk dan ciri-ciri yang ditunjukkan dalam babak tersebut. Vox adalah syarikat membuat peralatan muzik dari British. Vox lebih terkenal dengan barisan amplifier gitar elektriknya.

 

 

Vox Ace (1962)

 

1962_vox_ace_1

kredit: vintageguitarandbass.com

 

Gitar elektrik model Ace pada keluaran awalnya dikenali dengan headstock yang panjang dan melengkung, berbeza dengan tipikal headstock jenis Fender Strats yang biasa dan popular di seluruh dunia.

Sekarang kita beralih kepada pemuda kedua.

 

 

‘Bass Guitar’

 

Pemuda kedua nampaknya memakai sejenis gitar yang agak besar dan tebal dengan rekabentuk ‘vintage‘ dan hiasan muka ala-ala biola klasik. Pemuda itu mengaku kepada P. Ramlee bahawa dia bermain di bahagian bass guitar. Selepas diminta menunjukkan kemahirannya, pemuda itu pun mula memetik gitar.

 

 

bassgitar

 

Pemuda itu asyik memetik bahagian bass kepada lagu Bunyi Gitar. Apakah agaknya jenis gitar yang dipakai oleh pemuda tersebut?

 

Berdasarkan corak pada papanmuka dan rekabentuk pada headstock gitar ini, jelas bahawa ia adalah dari jenis Coletti dengan rekabentuk headstock seawal tahun 1930-an. Martin Coletti walaupun kedengaran seperti ‘bunyi Itali’ namun ia dikatakan adalah sebuah syarikat dari Jerman.

 

 

 

Coletti Archtop Series 1930s

 

coletti2

 

coletti3

 

 

coletti1

 

Sekarang kita lihat pula apakah jenis gitar yang dimainkan oleh P. Ramlee sendiri dalam babak ini. Gitar karan yang dipakai oleh P. Ramlee adalah berkongsi jenama pembuatnya dengan gitar ‘pemuda rhythm guitar’ .

 

 

‘Lead Guitar’

 

Selepas mendengar permainan muzik dari ketiga-tiga pemuda itu, P. Ramlee mencadangkan bahawa mereka kekurangan satu lagi posisi, yakni ‘lead guitar‘. Kemudian, beliau mengambil sebuah gitar elektrik yang terletak di atas meja bersebelahan sebuah organ elektronik.

 

leadgitar

 

Kemudian P. Ramlee terus bermain gitar elektrik itu dan ini diikuti dengan ketiga-tiga pemuda itu dan bermulalah lagu Bunyi Gitar yang terkenal itu.

 

leadgitar2

 

 

Sekarang mari kita lihat apakah jenis gitar yang digunakan oleh seniman terkenal itu.

Gitar elektrik yang dimainkan oleh P. Ramlee adalah cenderung kepada jenis Vox Clubman II keluaran tahun 1963.

 

 

 

Vox Clubman II 1963

 

 

 

vox_clubman_1

 

 

 

Ciri-ciri yang jelas kelihatan ialah rekabentuk headstock yang unik dan susunatur knob yang tidak tipikal gitar-gitar elektrik bernuansa Fender Strats.

 

 

‘Orkes’ Bunyi Gitar 1964

 

orkes

 

 

Kesimpulannya, dari babak ini dalam filem 3 Abdul sahaja sudah banyak menceritakan banyak perkara; di zaman itu telah ada gitar elektrik yang benar-benar unik dan jarang ada pada hari ini, dan jika kita perhatikan, P. Ramlee banyak menggunakan peralatan muzik dari Eropah berbanding buatan Amerika yang lebih terkenal seperti Fender dan Gibson.

Sebagai tambahan, P. Ramlee sendiri adalah seorang ahli muzik yang versatil dan serbaboleh. Jadi watak Abdul Wahub memang menggambarkan dirinya yang sebenar dalam dunia realiti.

 

 

 

 

 

susunan:

 

selfieku (3)small

~Srikandi

4 Responses to “ Vox Clubman II Dalam Filem 3 Abdul 1964 ”

  1. Bass guitar tu adalah Hofner Archtop (mungkin model 457) 1960-an.

  2. sekian lama saya mencari jenis gitar yg digunakan dalam filem ni telah pun terjawab..terima kasih atas infonya

  3. Assalamulaikum, pencerahan seniman agung P Ramle yang tiada tandingan dan hebat.

  4. Assalamualaikum, pencerahan berkaitan kehebatan muzik dan lakonan seniman P.Ramle tiada tandingan. Seroja Mewangi.

Leave a Reply