Yasser Arafat

Terdapat satu kisah melibatkan Yasser Arafat dengan seorang tokoh di Malaysia ketika beliau dikepung Zionis di pejabatnya suatu ketika dulu.

 

 

====================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society

    ====================================================================

.

.

.

.

SUATU ketika yang amat genting,Yasser Arafat (Allahyarham) telah dikepung oleh tentera Zionis di pejabatnya.

Bayangkan,pemimpin sebuah pergerakan pembebasan Palestin telah dikepung dengan begitu hina di pejabatnya sendiri.Beliau telah meminta bantuan dari negara-negara Arab di sekelilingnya.Namun seperti biasa,mereka hanya menjeling dan berlalu begitu sahaja.

Masa berlalu.Jika terus terkepung begitu,lama-kelamaan bekalan makanan akan habis dan nyawanya akan melayang.Zionis juga bila-bila masa boleh mengebom pejabatnya jika mereka mahu.

Hanya satu harapan sahaja terlintas di dalam fikiran Yasser Arafat ketika itu.Harapan dari seorang saudara jauh.Beliau pun cuba menelefon perdana menteri sebuah negara di Asia Tenggara.

Ketika itu,tokoh tersebut baru sahaja meninggalkan negaranya untuk menghadiri Pertemuan Asia-Eropah (ASEM) di Copenhagen.Tokoh itu mendengar dengan teliti keluhan dan rayuan sahabatnya yang di dalam kesusahan itu.Tiada satu negara Arab pun mahu membantunya.Hanya satu-satunya harapan diletakkan kepada negara kecil di Timur Jauh itu yang diperintah oleh orang-orang seagama dengannya.

Tokoh terbabit lantas mengirim surat kepada beberapa pemimpin Barat atas isu tersebut.Hanya surat-surat.Bukan mengirim torpedo ataupun peluru berpandu.Perhatikan baik-baik:HANYA SURAT-SURAT.Tidak diketahui apakah isi surat tersebut.

Tidak beberapa lama kemudian,Zionis mengundurkan balatentera dari mengepung pejabat pemimpin PLO itu.Alasannya,mendapat tekanan Amerika Syarikat.

Kuasa diplomasi tokoh itu lebih dasyat dari kuasa diplomasi Israel.Hanya dengan surat,ia mampu mempengaruhi kuasa-kuasa besar yang sebelum ini umpama ayah kepada Israel.

Israel terpaksa akur dengan tekanan Amerika.Anehnya,mengapa Amerika mengubah sikapnya setelah membaca surat tokoh tersebut.Beberapa surat tokoh tersebut kini telah disiarkan seperti surat-surat kepada Yitzhak Rabin dan George Bush.Surat-surat ini membuktikan kuasa diplomasi yang tiada tolok bandingnya,mempengaruhi dan memukau lebih dasyat dari sihir Gematria Yahudi.

~Srikandi

28ogos13

4 Responses to “ Yasser Arafat ”

  1. hanya surat surat..lepas ni apa apa masalah yang menimpa negara kita dengan pihak luar, guna surat dan diplomasi saje lah..x perlu guna cara lain…habis cerita …hahahaha SENANG !!!!

  2. Tokoh tersebut.. Tun M

  3. Kdang2 trasa heran dgn bangsa kita,spt boleh diperkotakkatik oleh sesiapa pn sama ada cina,india,usa,britain dll dgn sikap lmah lmbut kita, spt skarang kita dpermain oleh ngara china dgn isu sempadan,dpermainkn dgn isu mh370, tetapi adakah toleransi kita di uji sehingga satu btasnya? Apakah kuasa diplomasi yg akn digunakan utk mnyekat china yg trus terang tdak mengiktiraf undang2 senpadan antarabangsa??? Ada kira akan jd spt batu putih yg akhirnya dpt pada singapura???

Leave a Reply to Aries Cancel reply