Pembuka Bicara Dari Srikandi

 

Nota: Ini adalah petikan dari sebahagian ucapan pembukaan Srikandi.Untuk ucapan penuh (dan foto peribadi beliau ketika di acara RAC) sila ke sini: http://mistisfiles.historiansecret.com/. Untuk yang belum mendapat akses penuh,sila ke sini: http://goo.gl/1QBIQK .Semoga membantu.

 

 

 

 smallvoo

The Historian Secret Society

Jabatan Sejarah

Jalan Genting-Klang

 

 

 

 

 

“…gutra barubasa mpu hak kedak pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi tuhan samuha
taruh dalam svargga tuhan tatuha…”

 

Kepada  para peminat sejarah Melayu,kepada kerabat diraja dan negarawan terbilang,kepada para pendekar dan panglima terhandal,kepada para pengkaji dan cendekiawan bijaksana dan sini…

…Dari gerbang para Dapunta dan Maharaja,saya…Srikandi memperkenalkan diri bersama seribu perhiasan emas Haikal Sulaiman dan Etemenanki.

Bukanlah mudah untuk membuka bicara atas nama sejarah Melayu.Bukankah senang jika gadis Melayu dasawarsa ini seperti saya membuka kisah cintan-cintun opera yang membikin khayalan ghairah dan pasrah?Bukankah mudah jika membicarakan tentang wayang nan muzika yang membuatkan khalayak rasa berdiri di atas trend dan ruangmasa?

Bukan begitu saudara dan saudari,perjuangan saya tidak berpaksi kepada kapitalisme dan liberalisme.Perjuangan saya walau dituduh fasisme dan berkedok nasionalisme,namun perjuangan saya adalah laksana bunga-bunga ros dari puisi Jalaludin Ar-Rumi.Perjuangan saya seakan-akan mistik Black Madonna di dalam Santiago de Compostela.

 

sitiblog

 

Tidak seharusnya menghukum saya atas kecintaan saya kepada sejarah Melayu.Bukanlah saya menganggu sejarah bangsa lain laksana menconteng kanvas dengan darah dan nanah.Rasa cinta itu tidak salah,bukankah begitu?Cinta lebih mulia dari benci,maka dengan ini saya sebarkan rasa cinta saya kepada sejarah Melayu bagai kecintaan Ibnu Arabi kepada sang kekasihnya.

Cukuplah saya membuang waktu kalian dengan madah dan kelicikan kata.Kehadiran saya di sini adalah untuk membicarakan tentang emas dan perak bangsa Melayu.Dari Kemboja hingga ke Jawa,dari Sumatera hingga ke Visaya….mereka mencari-cari apakah makna Ophir dan Tarshish.

…….

Raja Thailand,Bhumibol Adulyadej dikatakan adalah raja terkaya di dunia buat masa ini,dengan kekayaan melebihi 30 bilion dollar.Namun kekayaannya bukan sepenuh miliknya tetapi sebenarnya di’pinjam’ sebentar selagi masih berkuasa oleh satu badan khas.Ini berbeza dengan raja kedua terkaya di dunia iaitu Sultan Hassanal Bolkiah yang memiliki kekayaan sepenuhnya dari hasilbumi negaranya dan menjadi simpanan milik keluarganya zaman-berzaman.

Selepas kemangkatan Rama III yang beribukan bangsawan Melayu dari Singgora,mereka telah menemui apa yang digelar ‘Red Purse’ dalam pembendaharaannya.Apakah yang ada di dalam Red Purse?

………..

Memegang rahsia ini adalah harga mati buat saya.Jangan biarkan ia di sana jika mengetahuinya kerana ‘mereka’ dan ‘mereka’ itu berusaha untuk memburunya,kerana mereka sanggup memenuhkan segara untuk menanamnya atau membiak hutan rimba dan menegakkan gunung agam untuk merahsiakannya.Perhatikan baik-baik semua perkataan saya,dan saya berharap rahsia ini jatuh ke tangan yang sepatutnya,sekurang-kurangnya apabila mereka mengetahui rahsia itu,ia tiada lagi di ‘sana’.

Seperti pantun para bunian ini:

Dang Nila memangku puan,

Berembang buah pedada;

Adakah gila bagimu tuan,

Burung terbang dipipiskan lada?

…rahsia Ophir tersurat dan tersirat di dalam sejarah Melayu.Seperti mana obsesnya tuan-tuan guru New Age Religion sepertimana ulasan Helena P. Blavatsky dalam The Secret Doctrine tentang legenda bumi yang tenggelam dari kalangan Austronesia…mereka mencari-cari pengetahuan rahsia dan emas itu dari sejarah kita yang lampau.

Bukanlah saya ingin mengkhayalkan anda dengan hikayat dan legenda.Cuma saya ingin meracun anda, sepertimana Langkasuka meracun sejarah dunia di dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Sembah salam dari saya,

 

~Srikandi

Alter Terahsia Bangsa Melayu V

 

menora

3 Responses to “ Pembuka Bicara Dari Srikandi ”

  1. Basok Mohd Pahlawi

    Tahniah! Teruskan kebangkitan
    Pabila tiba akhirul zaman
    Seluruh dunia tiadalah aman
    Bani Melayu bangkit perjuangan
    Sekarang bermusuh nanti berteman
    Kasih dan sayang jadi amalan
    Keluarlah emas berkoyan-koyan
    Baru lancar segala impian
    Sang Khaliq jua yang menentukan.

  2. Teruskan perjuangan…

  3. Begitu hebat sekali sejarah Melayu rupanya…

Leave a Reply to Basok Mohd Pahlawi Cancel reply