Tahukah anda bahawa teknologi pamor (teknologi campuran aloi besi keris) itu dikenali sebagai ‘wootz steel’ oleh Barat adalah dari asal-usul yang sama?
Saya akan terangkan bagaimana kekeliruan ini berlaku sehingga lembu punya susu,sapi dapat nama dan mengapa teknologi pamor atau ‘wootz steel’ di India pupus secara aneh pada abad ke-18.
Kekeliruan terjadi kerana orang Melayu telah mengeksport besi ke India bukan secara terus,tetapi melalui satu pelabuhan lain di Afrika!
=========================================================================
===========================================================================
DALAM mantera-mantera
Apakah dia besi kursani?
Teknologi pembuatan keris yang terulung memerlukan 20 jenis logam atau ‘besi’ dan salah satunya ialah ‘besi kursani’.Betapa
Tahukah anda bahawa teknologi pamor (teknologi campuran aloi besi keris) itu dikenali sebagai ‘wootz steel’ oleh Barat adalah dari asal-usul yang sama?
Saya akan terangkan bagaimana kekeliruan ini berlaku sehingga lembu punya susu,sapi dapat nama dan mengapa teknologi pamor atau ‘wootz steel’ di India pupus?
Kekeliruan terjadi kerana orang Melayu telah mengeksport besi ke India bukan secara terus,tetapi melalui satu pelabuhan lain di Afrika.Saya masih mengkaji mengapa mereka berbuat demikian.
Pada tahun 1154 Masehi,ahli geografi Arab bernama Idrisi mencatatkan di dalam kitabnya Al-Rujjar:
“Orang-orang Zabag (Srivijaya atau Kedah Tua) telah pergi ke Tanah Sofala (kini dikenalpasti berdekatan Beira, Mozambique) dan mengeksport besi.Dari sana mereka membekalkannya ke seluruh TANAH INDIA.Tiada besi yang mampu menandingi besi-besi mereka dari segi mutu dan ketajaman.”
Perhatikan.Keda
Kita tahu Idrisi tidak berbohong sebab berdekatan Mozambique adalah Madagaskar dan bangsa Merina yang nenek moyang mereka adalah dari Zabag ini.Merina bertutur dalam kelompok bahasa-bahasa Austronesia berbanding bangsa-bangsa di sekeliling mereka yang terkelompok dalam bahasa-bahasa Afrika.
Betapa hebatnya nenek moyang kita berbisnes!
Malay Metallurgical.P
Jadi perhatikan petunjuk ini,yang dicatat oleh Abu Dulaf pada tahun 940 Masehi:
“Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang “qala’I” iaitu pedang Hindi yang tulen…”
Perhatikan.Petu
Tapak-tapak peleburan besi Lembah Bujang.Bukti sudah ada namun kita seringkali buta,pekak dan bisu.
CANTUMKAN SEMUA PUZZLE
Mari kita cantumkan semua puzzle:
1) Tanah Sofala di Mozambique
2) Bang
3) Zaba
4) Kalah.
5) Lembah Bujang.
Bayangkan Idrisi dari Arab dan Abu Dulaf dari Bukhara mencatatkan petunjuk yang relevan antara satu sama lain.
Dengan penemuan relau-relau memproses besi di Jeneri,Kedah maka makin lengkaplah bukti dan kebenaran catatan dari Abu Dulaf dan Idrisi
Orang-orang Melayu Kedah ada asas untuk belajar sejarah nenek-moyang mereka dan memiliki tanggungjawab menjaga hak mereka di Lembah Bujang.Mereka mesti ‘mempatenkan’ sejarah industri pemprosesan besi milik nenek moyang mereka.
Terbukti orang-orang Kedah Tua telah membangunkan industri besi di tempat mereka dan mengeksport besi ke India pulak tu.Mereka juga membina gudang dan menyimpan stok di Mozambique,Afrika sana nun.
Hebat tak nenek moyang kamu dahulu?
Habis tu siapa yang merepek kata dahulu kita nak buat sebatang jarum pun tak reti?
Jika anda belajar cara pembuatan keris,anda akan nampak rahsia ilmu metallurgical Melayu yang teramat tinggi.
Dalam artikel yang akan datang,saya akan huraikan tentang pedang dari Kedah ini,iaitu pedang Qala’i atau Qal’i.
~Srikandi
The History of Thy Beloved
Kalai steel
Sembang! Tapi cara pembuatan HARAM apa pun si melayu ini tak tahu.
Pengetua TheHistorian SS
Bukan sembang tetapi inilah kenyataannya.
aKuLanGit
Timo kasih cigu lawa atas perkongsian ilmu dan pengetahuan ini. Tiba2 rasa nak jadi tukang besi pulak hahaha