Laksamana Melayu Dalam Perang Kemboja-Sepanyol 1594-1599

Ramai di antara kita tidak mengetahui bahawa Sepanyol pernah cuba menyerang dan ingin menakluk Kemboja pada abad ke-16 selepas penaklukan mereka ke atas Kepulauan Filipina. Namun usaha mereka dipatahkan oleh laksamana Melayu dan orang-orangnya yang memiliki hubungan baik dengan orang-orang Kemboja ketika itu. Orang-orang Melayu telah mengamuk dan membunuh askar-askar Sepanyol dalam pembunuhan besar-besaran yang dasyat. Ikuti pendedahan mendebarkan ini.

 

 

 

 

 

====================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 kredit: Daniel George Edward Hall (1981) History of South-East Asia;
Milton Osborne (2008) Phnom Penh: A Cultural History; Trudy Jacobsen
Lost Goddesses: The Denial of Female Power in Cambodian History; Carool Kersten, Cambodia’s Muslim King

    ====================================================================

.

.

.

.

Ketika itu Kemboja telah memasuki Era Gelap sekitar awal abad ke-15 sehingga tahun 1863 Masehi yang menyaksikan Kemboja jatuh ke bawah pentadbiran Perancis.

Sekitar tahun 1591–1594, Ayutthaya di bawah Naresuan telah melanggar Kemboja dan menawan serta menjarah ibukota Kemboja, Longvek pada 3 January 1594. Kemboja berada di bawah pengaruh Ayutthaya selepas kejatuhan Longvek.

Pada masa yang sama, penglibatan orang-orang Sepanyol di dalam Kemboja adalah begitu rapat sama ada sebagai askar upahan, pedagang atau pendakwah. Ini direkodkan pada tahun 1556, Gaspar da Cruz telah datang ke Kemboja dalam misi keagamaannya.

.

.

.

Mengambil Kesempatan

.

kemcap

.

.

Pada tahun 1593, gabenor Sepanyol di Filipina telah mendapat khabar berita tentang kejatuhan Longvek ke tangan Ayutthaya. Pada tahun 1596, Gregorio Vargas Machuca dan Blas Ruiz de Hernan Gonzales bersama-sama 120 orang askar terdiri daripada orang Sepanyol, askar upahan Jepun dan pribumi Filipina telah memasuki Kemboja dari Manila dengan membawa misi ekspedisi ketenteraan menawan Kemboja. Nampaknya mereka telah mengambil kesempatan di atas ketidakstabilan di dalam kerajaan Kemboja yang mula jatuh ke tangan Ayutthaya. Pasukan ini dihantar oleh  Luis Pérez Dasmariñas, gabenor Filipina tersebut  yang dihasut oleh orang-orang Sepanyol dan Portugis yang tinggal di Kemboja bahawa Kemboja berada di dalam huru-hara akibat peperangan dengan Siam, dan ini merupakan peluang baik untuk Sepanyol menakluk Kemboja.

Apabila Longvek diserang dan jatuh ke tangan Ayutthaya, raja-raja Kemboja seperti Preah Ram I dan Preah Ram II telah berpindah ke ibukota baru di Srey Santhor, 40 kilometer ke timur laut Phnom Penh.

Namun pada tahun 1596, para conquistador Sepanyol dan Portugis bergabung untuk menyerang dan membumihanguskan Srey Santhor. Akibatnya raja Kemboja terpaksa memindahkan ibukotanya ke tempat lain yang akhirnya di Oudong. Raja Kemboja benar-benar tersepit antara kuasa Siam yang berada di Longvek dan kemaraan conquistador yang sedang mengejarnya bagi misi menakluk Kemboja.

.

.

Penglibatan Orang Melayu dan Cham

.

melayuvssepanyol

.

.

Orang-orang Melayu telah lama berada di Kemboja sebagai pedagang dan pelaut upahan. Dalam kes rancangan Sepanyol untuk menawan Kemboja, orang-orang Melayu telah bersepakat untuk membantu orang-orang Kemboja untuk menghalau Sepanyol dari bumi mereka.

Ketika itu gabenor Filipina telah menghantar satu kapal perang dengan dua jong (yang dipimpin oleh Machuva dan Gonzales tadi). Ketika jong-jong sampai dahulu di Srey Santhor yang terletak di tebing Sungai Mekong, orang-orang Melayu dan Khmer baru sahaja menewaskan tentera Ayutthaya yang dihantar untuk menghapuskan saki-baki kekuatan politik orang Khmer. Ketika itu salah seorang kerabat raja Kemboja, Ram Jerng Prey telah merampas takhta dari Satha ( Barom Reachea I) yang kemudiannya melarikan diri ke Laos bersama-sama keluarganya. Conquistador menunggu kapal perang mereka tiba barulah memulakan perang. Namun konflik telah terjadi di pelabuhan dengan pedagang China dan para conquistador telah membunuh orang-orang China itu. Ini menyebabkan konflik pula dengan Ram Jerng Prey dan berlaku pertempuran sehingga menyebabkan raja baru itu terbunuh dan Srey Santhor dimusnahkan.
Konflik berlarutan sehingga ke Phnom Penh, di mana di sana umumnya adalah kawasan berkumpulnya orang-orang Melayu, Cham dan Jawa. Kapal perang Sepanyol akhirnya tiba dan mereka telah melantik raja boneka (Barom Reachea II-Ponhea Ton). Ini menyebabkan orang-orang Melayu marah dan mengambil keputusan untuk menghalau orang-orang Sepanyol. Orang-orang Cham dipimpin oleh Po Rat dan orang-orang Melayu dipimpin oleh seorang yang bergelar ‘Laksamana’. Mereka dibantu oleh orang-orang Khmer.
 
laksamana
 
Akibatnya pada tahun 1599, gabungan kekuatan Melayu, Cham dan Khmer telah berjaya menewaskan askar-askar conquistador dan membunuh hampir kesemuanya. Hanya 4-5 orang yang masih hidup setelah pertempuran selesai.
 
Kesan Dari Peristiwa
.
longvekcambodia11
.
Satu daripada ancaman Kemboja telah dilenyapkan. Hanya kuasa Siam sahaja yang masih mencengkam Longvek dan masih menjadi duri dalam daging orang-orang Khmer selepas peristiwa berdarah ini dan kemudiannya ditekan lagi dengan ancaman penjajahan dari kuasa Dai Viet yang semakin kuat di sebelah timur. Ini berlaku dalam episod seterusnya.
 
 .
.
.
.

akutestuia2c

Save

Leave a Reply