Sultan Ibrahim dalam Perang Kemboja-Belanda 1643-1644

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa di dalam sejarah Kemboja, terdapat seorang rajanya yang beragama Islam. Apa yang menariknya, pengislaman raja ini disokong oleh kaum pedagang yang dominan di sekitar hilir Sungai Mekong ketika itu, yakni orang-orang Melayu. Ikuti artikel yang menarik ini.

 

 

 

 

====================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
kredit: Milton Osborne (2008) Phnom Penh: A Cultural History; Carool Kersten,

Cambodia’s Muslim King: Khmer and Dutch Sources on the Conversion of Reameathipadei I,1642–1658; Reid, Anthony (1999). Charting the shape of early modern Southeast Asia

    ====================================================================

.

.

.

Menurut rekod dari sebelah Kemboja, semuanya bermula apabila Chao Ponhea Can, seorang kerabat raja Kemboja telah merampas takhta dari Padumaraja I (Ang Non). Beliau adalah anak kepada Chey Chettha II, raja Kemboja yang telah memerintah sekitar tahun 1618–1628 Masehi. Ponhea Can merasakan lebih layak ke atas takhta Kemboja memandangkan ayahnya dan abangnya (Sri Dharmaraja II-Ponhea To) telah menjadi raja.

Untuk merampas takhta Kemboja, Ponhea Can telah mendapatkan sokongan dari kalangan orang-orang Melayu, di mana sekurang-kurangnya dua orang dari empat panglimanya adalah orang Melayu yang bernama Menteri Teja Mas (‘menteri’ kemungkinan besar adalah gelarannya) dan Raja Teja Mum. Dengan sokongan dari orang-orang Melayu, Ponhea Can berkeyakinan penuh untuk melancarkan serangan ke atas Padumaraja I.

.

.

.

Merampas Takhta & Memeluk Islam

kemboja

.

Dengan berbekalkan askar-askar yang terdiri dari orang Khmer dan Melayu (3000 orang dalam Riwayat Ang Nan), Ponhea Can telah menggempur Padumaraja I dan membunuhnya. Dalam rekod sebelah Ayutthaya, dikatakan Padumaraja I disokong oleh tentera Ayutthaya namun ditewaskan oleh gabungan askar Melayu dan Khmer di sebelah pihak Ponhea Can. Ponhea Can walaubagaimanapun, membiarkan tiga (satu sahaja dalam rekod Belanda) orang anak Padumaraja I hidup, itupun setelah ibutirinya, Nguyễn Thị Ngọc Vạn, (anak kepada bangsawan Nguyen dari Annam, berkahwin dengan Chey Chettha II) campurtangan. Setelah berjaya dalam pertempuran itu, Ponhea Can telah dilantik menjadi raja Kemboja dengan gelaran Ramathipadi I.

Kisah beliau masuk Islam ada dalam pelbagai versi. Satu versi mengisahkan ketika beliau melawat satu wilayah bernama Sri Sa Jhar, beliau telah terpikat dengan seorang gadis Cham bernama Nang Huwah. Beliau telah menemui ibubapa gadis itu untuk berkenal-kenalan. Bapa gadis itu memberikan syarat sekiranya raja itu mahu memperisterikan anak perempuannya, maka dia perlu bertukar kepada agama Islam. Setelah tinggal beberapa lama di kampung tersebut, raja itu pun mengambil keputusan untuk mengahwini gadis Cham itu dan memeluk agama Islam. Beliau mengambil nama Ibrahim menurut riwayat Kemboja.

Orang-orang Melayu dan Cham telah mengadakan pesta perkahwinan bagi dua mempelai itu. Ramathipadi telah dipersembahkan dengan sebilah keris oleh seorang bomoh bernama Tuan Cer, sebagai simbol kuasa diraja. Nang Huwah telah diberi gelaran Anak Brah Mae Nang Savas Puppha dan ayahnya diberi gelaran Pudesavaj.

.

.

.

Perang Kemboja-Belanda 1643-1644

???????????????????????????????

kredit: Mat Ali Mat Som

.
Konflik bermula apabila Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) telah menghantar wakilnya ke istana Kemboja pada tahun 1642 untuk menyelesaikan kes pembunuhan dua orang Belanda dan rampasan ke atas barangan milik orang-orang Portugis. Ini mengheret kepada beberapa konflik yang lain antaranya berkaitan dengan persaingan dengan orang-orang Portugis sehinggalah membawa kepada serangan ke atas pangkalan Belanda di Phnom Penh pada 27 November 1643. Ramathipadi digambarkan oleh pihak Belanda sebagai seorang yang tidak gemarkan campurtangan asing.
.
Askar-askar Khmer dan Melayu telah merampas dua buah kapal Belanda (salah satunya dikenal sebagai Orangieboom) dan menggunakannya untuk membunuh 35 orang dan menawan 60 orang yang lain di pangkalan tersebut. Namun kejayaan itu tidak lama apabila Belanda menghantar ekspedisi membalas dendam tahun berikutnya.
.
Tahun 1644, lima buah kapal perang Belanda berlayar memasuki Phnom Penh melalui Sungai Mekong namun diserang oleh gerombolan askar-askar Melayu. 120 orang askar Belanda terbunuh bersama-sama komander mereka. Empat dari lima kapal Belanda tersebut musnah. Pertempuran terus berlarutan sehingga terbunuhnya Pierre de Rogemortes, duta Belanda. Semua yang terbunuh berjumlah 156 orang dari 432 orang askar Belanda.

 

 

Kesan Dari Peristiwa

 

kemboja2

 

 

Belanda tidak menghantar apa-apa misi ke Kemboja setelah pembunuhan orang-orangnya di Phnom Penh itu, sehinggalah pada tahun 1656, pada masa-masa akhir pemerintahan Ramathipati. Ketika itu rekod Belanda melaporkan seorang pedagang Melayu bernama Inchek Assam telah menguasai perdagangan di Delta Mekong sehingga mampu menggaji seorang Belanda untuk bertugas sebagai syahbandar  bagi mengawal perdagangan.

Ramathipathi memerintah sehingga 1658, kemudian beberapa ahli keluarganya dalam kerabat raja mula berkomplot untuk menjatuhkannya atas faktor penukaran agamanya. Ibu tirinya telah meminta bantuan dari pihak Annam melalui anak saudaranya di Annam untuk menggulingkan Ramathipathi. Sepupu Ramathipathi, Ang Sur dan Ang Tan sendiri mengetuai pemberontakan itu.

Pihak Annam telah menghantar satu ekspedisi ketenteraan yang besar dan berjaya menewaskan raja itu. Ramathipathi telah dibawa ke Cochinchina dan dibebaskan dengan syarat tunduk dengan penguasa di Hue. Kerisnya telah dibawa ke Oudong dan disimpan. Tidak lama kemudia beliau meninggal dunia dan diberikan pengebumian diraja menurut tradisi Khmer di Bray Nagar.

 

.

.

.

akutestuia2c

 

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Leave a Reply