Di Sebalik Sejuta Wajah (1990), Ubat Gigi Zaitun & Sejarah Berdarah ‘Hotel Berhantu’

Jika anda berjalan-jalan ke Port Dickson atau memang tinggal di sana, anda pasti mengenali tempat yang dipanggil ‘Zaitun Villa’ atau Vila Zaitun. Zaitun Villa, yang kini adalah sebuah banglo besar yang ditinggalkan pernah dimiliki  oleh tuan punya Zaitun Industri, satu legenda pengeluar barangan kosmetik dan penjagaan kesihatan yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Tetapi sebenarnya rahsia tempat ini jauh lebih menarik, dihiasi dengan tragedi berdarah dan punya rahsia besar yang mewarnai sejarah Port Dickson itu sendiri.

Rahsia yang mempunyai ‘sejuta wajah’…

 

.

.

 

====================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
.
kredit: khysweb; muzikrock.com; faizal rozi vlogs; malaysianminx.wordpress.com; mysinchew.com; benmorais.wordpress.com; Brig John Gray (2010), Climbing the Army Ladder, Xlibris Corporation; blacktango.blogspot.com; blueriders.blogspot; majalahlabur.com
Untuk membeli buku terbaru Srikandi, Semberani Sang Bidasari, sila klik:

    ====================================================================

.

.

.

.

.

KETIKA bercuti bersama tunang dan kaum keluarga yang lain ke Port Dickson, saya telah terpandang sebuah gerbang yang unik di tepi jalan. Malangnya, keadaan ketika itu tak mengizinkan saya berhenti untuk singgah meneliti gerbang tersebut. Oleh kerana terpana dengan keunikan gerbang tersebut, saya berjanji dengan diri saya akan mencari maklumat tentang gerbang unik itu apabila kembali ke rumah.

.

.

zaitonbanglo3

.

.

Tempat apakah ini? Kubah pada pintu gerbang ini nampaknya kelihatannya agak ‘gothic’ dan menggamit 1001 misteri. Saya kemudiannya mencari maklumat tentang tempat ini dan terjumpa tentang ‘Villa Zaiton’ dalam Youtube.

.

.

 

“Villa Zaiton”

.

.

 

faizalvilazaiton

.

.

Menurut maklumat di dalam video ini, tempat ini bernama ‘Villa Zaiton/Zaitun’ yang mana ia pernah dimiliki oleh pengusaha Zaitun Industri Berhad, pengeluar produk kosmetik dan penjagaan kesihatan yang terkenal sekitar 80-an sehingga 90-an dahulu.

Saya tertarik dengan kisah Dato’ Seri Dr. Hj. Mohammad Eusuff Teh (Allahyarham) yang merupakan pengasas Zaitun Industri. Beliau diceritakan dalam video ini sebagai seorang doktor perubatan Homeopathi yang hartawan dan dermawan serta memiliki sifat-sifat terpuji dan berakhlak mulia. Dato’ Seri Dr. Hj. Mohammad. Eusuff Teh telah kembali kerahmatullah pada tahun 2003 yang lalu.

Cerita pasal jenama Zaitun, memang jenama ini amat popular dulu. Kalau belek-belek majalah lama atau tengok iklan-iklan Zaitun di Youtube (berasal dari format VHS kemudian ditukar ke format bersesuaian), jenama Zaitun ni memang hebat dan setanding dengan jenama-jenama seumpama lain macam Follow Me, Colgate, Lux dan sebagainya.

.

zaitun

.

Tapi saya masih belum jelas mengapa jenama ini merudum sampai hilang dari pasaran. ‘Urban legend’ mengatakan bahawa syarikat Colgate telah membeli saham Zaitun kemudian jenamanya dimatikan supaya jenama ubat gigi Colgate kekal tiada persaingan dari jenama ubat gigi Zaitun.

Apabila saya menyelidik, ada penerangan tentang bagaimana Zaitun Industri jatuh, di mana ini lebih kepada salah urus pentadbiran, operasi syarikat yang cacamarba dan perlanggaran etika pengurusan.

.

.

Kejatuhan Zaitun Industri

.

Memetik dari majalahlabur.com:

Permulaan cerita sebenar terdedah bila mana Zaitun Berhad disenaraikan di papan kedua KLSE pada Jun 1997 oleh anak pengasas Dato Mohd Kamal. Semasa penyenaraian Zaitun, dalam unjuran keuntungan yang disebut prospektus dikatakan Zaitun RM5.7 juta dan pasca penyenaraian dalam lebih kurang RM4.3 juta untuk tahun kewangan 31 December 1997.

Tetapi sebaliknya berlaku selepas penyenaraian, pada tahun kewangan yang sama 1997 laporan kewangan menyebut Zaitun kerugian sebanyak RM14 juta berbanding unjuran RM4.3 juta. Ia merupakan perbezaan yang sangat besar berbanding unjuran dan laporan sebenar (Forecast versus Actual). Bayangkan Untung 4.3 juta menjadi rugi (loss) RM 14 juta.

Zaitun mengalami kerugian semenjak tahun pertama penyenaraian. Ekuiti pemegang saham yang bermula RM41 juta pada 1997 menjadi defisit -RM29 juta pada tahun 2001. Kejatuhan Zaitun bukanlah sesuatu yang pantas tetapi ia adalah penderitaan kesakitan yang berpanjangan.

Antara puncanya ialah tadbir urus korporat yang sangat lemah. Bayangkan bila disenaraikan pada Jun 1997, Zaitun telah memeterai penjanjian pembelian tanah RM36 juta dengan Benua Rezeki Sdn Bhd di mana Pengarah Zaitun sendiri juga adalah pengarah dalam Benua Rezeki (iaitu Mohd Kamal Mohd Eusuff dan Aisha Mohd Eusuff – adik beradik).

 

Hmm… susah kalau adik-beradik semua ada kepentingan masing-masing dalam sesebuah syarikat. Kalau betul caranya tidak mengapa. Sambung lagi…

 

Pada 31 Disember 1997, 50% deposit telah dibayar. Walau bagaimanapun, perjanjian jual beli dibatalkan dan deposit sepatutnya dipulangkan sebulan dalam tempoh 6 bulan tetapi setakat Ogos 1998, hanya RM345,000 sahaja dipulangkan. Ini adalah dikategorikan sebagai RPT (Related Party Transaction) dan tidak mendapat persetujuan dari Pemegang Saham.

Dalam tahun yang sama, pihak pengurusan syarikat telah melibatkan diri dalam perdagangan saham (share trading) menggunakan pembiayaan margin (share margin financing) sebanyak RM20 juta (ini kira baru tahun pertama penyenaraian) pada tahun 1997.

Tiada pendedahan (Disclosure requirement) atas sebab apa transaksi ini dilakukan dan tidak mendapat persetujuan dari pemegang saham. No disclosure, therefore, shareholders were unaware of this transaction. Walau bagaimanapun setelah dapat diketahui, pendedahan dibuat bahawa pada September hingga November 1997, pembelian saham dibuat ke atas 13.7% Hai Ming sebanyak RM13.7 juta dan 1.48% (RM3 juta) dalam Grand Central Enterprise.

Kedua-dua saham ini kemudiannya dijual pada RM6.5 juta menyebabkan kerugian (realized net loss) RM10.2 juta. Sekali lagi, Dato Mohd Kamal dikatakan mempunyai pegangan 6% dalam GCE paid up capital.

Zaitun didenda ke atas RPT (related party transaction) yang dilakukan. Zaitun telah dinyahsenarai dari KLSE pada 16 Jun 2003 kerana gagal mematuhi langkah penstrukturaan semula untuk status PN4 (sekarang dikenali GN3 untuk ACE market untuk syarikat yang mengalami masalah kewangan).

Skandal Zaitun ini jelas menunjukkan:

  1. Pelanggaran yang serius dalam prinsip corporate disclosure and transparency dalam menjalankan transaksi yang tidak mendapat mandat dari pemegang saham
  2. Kegagalan lembaga pengarah menjalankan tanggungjawab fidusiari (Fiduciary responsibilities) – pengarah eksekutif dan pengarah bukan eksekutif (Executive Directors dan Non-Executive directors) yang sepatutnya menjadi penjaga ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus korporat (guardian of transparency, accountability and corporate governance).

Kesimpulannya, amatlah menyedihkan bila membaca semua ni. Makanya boleh dibuat kesimpulan juga bahawa apabila situasi kewangan sudah semakin teruk, maka Vila Zaitun ini juga terpaksa dilepaskan, dan sekarang dimiliki oleh Avillion Port Dickson, sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Port Dickson ini.

.

.

Misteri Lain Timbul!

.

Adakah isu ini terhenti setakat ini sahaja? Tak… sebagai seorang yang dilatih dalam disiplin sejarah secara formal dan secara semulajadinya memiliki sifat inkuiri yang mendalam, saya begitu ingin tahu asal-usul Vila Zaitun ini; adakah ia memang dibina oleh Allahyarham Dato’ Seri Dr. Hj. Mohammad Eusuff Teh atau sebenarnya dibeli dari pemilik lama. Mengapa saya berfikiran begitu? Sebabnya ada rekabentuk di vila ini yang bercorak Neo-Renaissance yang popular dipakai kepada bangunan atau rumah zaman kolonial British lewat abad ke-19 dan memasuki abad ke-20. Saya juga menemui ciri-ciri senibina Baroque dan sedikit elemen Gothic pada vila ini dalam video Faizal Rozi tersebut. Contohnya:

.

zaitonbanglo4

.

Macam tiang-tiang berpancang pada Istana Bandar di Jugra, Selangor. Kemudian yang ini, ini memang menggamit perasaan misteri ke dalam diri saya. Hiasan tiang-tiang pada tembok balkoni atau beranda di bahagian atas ini seperti satu ‘dejavu’ kepada saya. Macam pernah lihat… tapi di mana ya?

.

frvlog2

.

.

Ciri-ciri ini ada juga pada Istana Billah di Papan, Perak. Kemudian saya perasan, ada ciri-ciri senibina Palladian pada gerbang tadi, maka dengan gabungan Baroque dan Palladian, maka sahlah sebenarnya ada sesuatu rahsia yang lebih jauh pada Villa Zaitun ini! Saya berani jamin, villa ini bukan baru dibina oleh pengusaha jenama Zaitun itu, ia pasti sudah sedia ada dan ditambah/renovasi kemudiannya.

Dengan unsur-unsur Renaissance revivalism, disuntik dengan elemen Baroque dan Palladian, saya merasakan ianya dibina jauh pada zaman kolonial British dahulu!

.

.

Ada Petunjuk!

.

Kemudiannya ketika saya skrol komen-komen dalam video tadi, saya terbaca dua komen yang menarik, yang seakan-akan menyokong suara hati saya:

.

.

zaitonbanglo

.

.

Melalui dua komen ini yang kebetulan berturutan (malah tiada komen lain yang menceritakan asal-usul Villa Zaitun ini) dapat disimpulkan dua isi penting:

1) Memang ada bangunan sedia ada semasa pemilik Zaitun membeli hartanah di situ

2) Bangunan itu adalah sebuah ‘banglo lama British’

Wow! Saya sungguh berdebar-debar. Memang menarik. Walaupun ianya belum dibuktikan, sekadar komen di Youtube, namun saya benar-benar teruja dan berazam untuk mencari lagi rahsia bangunan itu dengan hanya berpandukan dua petunjuk ini.

.

.

Dejavu Semakin Menambahkan Perasaan Ingin Tahu!

.

Ingat tak tadi saya ada bagitau tentang ‘dejavu’ pada hiasan agam pada tiang-tiang di beranda atas tu? Beberapa lama kemudian dejavu itu semakin kuat datang apabila saya cuba mencari-cari di mana saya pernah lihat dekorasi unik itu. Dalam filem kah? Dalam drama kah? Gambar?

Saya semakin ingin tahu apabila menyedari mungkin saya dapat petunjuk lain jika saya dapat mengingati di mana saya telah lihat dekorasi itu. Kemudian dejavu itu datang bersekali dengan irama lagu. Saya jadi semakin takjub. Irama itu jadi jadi siulan saya selama 2-3 hari sebagai usaha untuk mengingat. Saya syak, ia adalah muzik video. Perlahan-lahan irama lagu itu diisi dengan suara penyanyi wanita cuma liriknya tidak jelas.

Kemudian barulah saya dapat mengecam suara penyanyi lagu tersebut. Beliau ialah Shima, penyanyi rock wanita yang popular sekitar 80-an dan 90-an.

.

.

Di Sebalik Sejuta Wajah (1990)

.

Saya segera mencari di Youtube. Baru saya perasan bahawa semasa kecil dulu (belasan tahun), saya pernah menontonnya di dalam VHS milik bapa saudara. Masa tu memang tabiat saya suka menyelongkar koleksi-koleksi kaset, VHS, piring hitam dan sebagainya milik bapa dan ibu saudara.

Sekarang video-video lama sebegitu sudah pasti dimuatnaik ke Youtube. Contohnya channel ‘abgcantik’ yang popular memuatnaik iklan-iklan lama. Semudah ABC, cepat saja video yang saya nak… dapat di dalam Youtube.

Video yang saya tengok dulu adalah klip video lagu “Di Sebalik Sejuta Wajah” dendangan Shima. Lagu ini keluar pada tahun 1990. Dalam video klip itu saya dapat mengesan persamaan lokasi klip video itu dihasilkan dengan lokasi Villa Zaitun. Contohnya:

.

frvlog

Lokasi yang sama pada klip video Shima:

shima5

.

Perhatikan kepala tiang pada tembok itu. Saya tak tahu apa istilah khas untuk senibina ini tapi bangunan yang bergaya Baroque ada elemen tiang-tiang aneh ini.

.

shima2

.

Pantai Port Dickson. Pemilik asal villa ini sememangnya orang yang sangat kaya. Banglo besar di tepi pantai… macam dalam mimpi.

.

shima0

.

shima6

.

Senibina ini memang unik dan penuh misteri. Adakah dekorasi ini sahaja membuktikan bahawa lokasi klip video ini adalah sama dengan lokasi Villa Zaitun? Ada lagi…

.

frvlog3

.

Gambar atas dalam video Faizal Rozi. Ia tempat yang sama dalam klip video Shima, perhatikan:

.

shima3

.

Perhatikan kedudukan pintu, rekaan tangga dan dua tingkap petak di atas. Juga perhatikan dekorasi bergaya kolonial seperti yang ada pada Istana Ulu, Istana Negara (lama), Mahkamah Tinggi Ipoh dan Stesyen Keretapi Ipoh.

Sudah cukup? Tak, ada lagi. Ini terakhir. Bangunan kecil di atas bumbung Villa Zaitun. Ini dalam video Faizal Rozi.

.

frvlog4

.

Ini dalam video Shima:

.

shima4

.

Sah tempat yang sama!.

.

.

Hotel Misteri

.

Ini membuatkan saya semakin ingin tahu kisah dan asal-usul tempat ini. Milik pegawai kolonialkah? Milik tauke Cina kayakah? Milik kerabat rajakah? Ini mengingatkan saya kepada Kellie’s Castle di Batu Gajah, Perak.

Saya kemudian mencari lokasi tempat ini di Google Earth.

.

.

zaitonbanglo2

.

.

Yeah… saya nampak gerbang aneh itu. Luas juga halaman villa ini. Kalau kita berada kat situ nampak macam hutan rimba. Kini kawasan villa ini sebahagiannya dijadikan tempat meletak kereta oleh pihak hotel Avillion.

Saya tak puashati, saya cari peta yang sama tapi dalam Wikimapia. Mungkin ada petunjuk di sana.

.

.

fairwindshotel

.

.

Saya menemui label “Fairwind Hotel (abandoned)”. Wow, ini sungguh menarik.

.

.

“Fairwinds Hotel”

.

Kini saya ada satu nama yang sungguh penting – Fairwinds Hotel. Nampaknya kita sudah boleh buat satu kronologi – pengusaha Zaitun Industri telah membeli hartanah itu yang mana sebelumnya adalah Fairwinds Hotel. Apakah sejarah Fairwinds Hotel ini? Ini jadi bertambah menarik.

.

.

abandone

.

.

Jadi, saya mula mencari maklumat tentang ‘Fairwinds Hotel’ di sekitar Port Dickson. Saya menemui beberapa laman web, blog dan catatan tentang hotel misteri ini seperti:

.

.

blacktango

.

.

Ini menarik, ‘Zaitun Mansion’ dan ‘Old Fair Winds Hotel’.

.

.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

.

.

Jika anda menonton video Faizal Rozi itu, ada rakaman di mana beliau mahu turun melalui satu tangga yang curam, tapi membatalkan hasratnya. Mungkin inilah tangga itu.

.

Kemudian saya berjumpa dengan catatan yang amat berguna:

.

.

fairwindshotel2

.

.

Ini dalam catatan Dennis Amstrong, salah seorang guru perintis di La Salle Brickfields, Kuala Lumpur yang di-repost dalam blog benmorais.wordpress.

Anda boleh baca keterangan tentang kadar bayaran di hotel ini. Tahun bila iklan ini keluar? Tahun 1955!

.

.

fairwindshotel3

.

.

Hotel ini nampaknya amat popular di Port Dickson ketika itu. Perhatikan contoh yang ini:

.

.

bert evallana

.

.

Filem Sarjan Hassan keluar pada tahun 1958. Masa ni Fairwinds Hotel pasti meriah dan perniagaannya tengah maju. Jadi tempat lepak-lepak orang-orang profesional dan kenamaan. Siapa pulak Bert Avellana ni?

.

.

bert evallana2.

.

.

Pengarah filem Filipina rupanya.

Nampaknya kita dah dapat banyak maklumat tentang sejarah ‘Villa Zaitun’ ini. Rupa-rupanya asal-usulnya ialah sebuah hotel bernama Fairwinds Hotel. Hotel ini dapat dipastikan telah wujud sejak 1955 lagi, sebelum merdeka. Ianya hotel yang terkenal di Port Dickson dan boleh dianggap bertaraf 5 bintang ketika itu dengan senibina mewah dan orang-orang yang datang ke situ. Tapi nanti dulu! SENIBINA.

Senibinanya masih terlalu janggal buat saya. Senibina begitu biasanya terdapat pada bangunan kolonial atau pada rumah agam (mansion) yang dijadikan sebagai ‘istana’ dan banglo mewah. Suara hati saya kuat mengatakan ada lagi sejarah sebelum kewujudan Fairwinds Hotel. Maksudnya bangunan itu asalnya bukanlah Fairwinds Hotel!

.

.

Rahsia Fairwinds Hotel & Suatu Tragedi

.

1911201312

.

.

Untuk menjawab persoalan itu saya mesti mengesahkan sama ada terdapat bangunan/rumah yang telah wujud di situ untuk kegunaan lain sebelum wujudnya Fairwinds Hotel. Di mana saya hendak mula? Bersambung pada artikel akan datang…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Just kidding!

:)

Saya akan habiskan apa yang saya telah mulakan.

Okay… nak mula kat mana ye. Mula-mula saya cari lagi apa-apa maklumat pasal Fairwinds Hotel. Mungkin ada sejarahnya. Saya cari di banyak tempat, saya selidik sejarah Port Dickson, rekod pentadbiran kolonial, gazet-gazet zaman British, catatan individu dan sebagainya.

Tapi tak banyak membantu. Saya cari sejarah premis-premis kolonial di sekitar Port Dickson, kemudian saya terfikir nak cari senarai pegawai British yang ada kediaman di Port Dickson. Tak berkesan, saya cari pula senarai hartawan Cina zaman sebelum merdeka di Port Dickson.

Akhirnya saya ada satu petunjuk. Ia ditemui dalam sekian banyak perbincangan dalam bahasa Inggeris dan Cina.

Petunjuk itu membawa kepada petunjuk yang lain. Ia mengisahkan satu keluarga Cina yang kaya-raya hasil aktiviti perlombongan di sekitar Port Dickson.

.

.

Hantu Fairwinds & Sejarah Gelap Port Dickson

.

1911201317

.

.

Kisah tentang asal-usul dan rahsia di sebalik Fairwinds Hotel, diceritakan oleh seorang ekspatriat berbangsa Inggeris bernama George. Pada tahun 1974, beliau telah datang ke Malaysia.

Ketika itu pada awal 70-an, kerajaan Australia telah menubuhkan sebuah projek bantuan pertahanan untuk angkatan bersenjata Malaysia, termasuk segelintir tentera untuk membantu dan melatih tentera Malaysia dalam penggunaan dan pembaikan peralatan yang terlibat. Berikutan berakhirnya Perang Vietnam, terdapat perubahan kerajaan di Australia dan ini membawa kepada dasar tidak menempatkan anggota tentera Australia di Asia Tenggara.

Namun pihak kementerian pertahanan Malaysia ketika itu meminta kerajaan British membekalkan orang-orang yang pakar untuk membantu Malaysia dalam tugas-tugas tertentu.

Tugas George adalah untuk menubuhkan dan menjalankan bengkel untuk memasang, membaiki dan menyelenggara peralatan elektronik tentera Malaysia yang pertama. Dia ditugaskan mengajar para siswazah dari sebuah sekolah latihan teknologi elektronik yang dikendalikan oleh dua orang NCO (non-commissioned officer) senior British yang lain.

Di Malaysia, dia mencari tempat penginapan untuk tempoh dua tahun setengah di sekitar Port Dickson. Kawannya mencadangkan Fairwinds Hotel.

Keadaan di hotel itu pada ketika itu (1974) adalah bersih dan diuruskan dengan baik. Keadaan tandasnya bersih, maka George yakin bahawa dapur hotel juga bersih, maka dia terus bertanyakan tentang bilik!

George diberikan sebuah bilik yang agak besar dengan siling yang tinggi dan tingkap yang besar. Tiada pendingin hawa, sebaliknya ada sebuah kipas siling. Di bilik air ada shower tetapi juga ada takungan air dan gayung.

.

.

????????????????????

.

.

Satu malam, George terjaga di tengah malam dan merasa dadanya sungguh berat – seolah-olah ada sesuatu yang menindihnya. Suasana bilik menjadi dingin dan begitu gelap. George tidak dapat berbuat apa-apa. Dia tidak bergerak beberapa lama sehingga dia merasakan suasana bilik terang sedikit dan ‘lembaga misteri’ itu meninggalkan tubuhnya. Dia membuka lampu dan berjaga sehingga ke pagi.

George cuba menyiasat apa yang terjadi ke atas dirinya. Namun tetap buntu.

Tiada apa yang berlaku selepas kejadian itu sehinggalah beberapa malam kemudian ia berulang! Kemudian lagi. Dan lagi. Ini berlangsung selama beberapa minggu dan George semakin kurang tidur, sehingga bimbang dia akan menjadi gila jika masalah itu tidak dihentikan.

Dia telah cuba bertemu dengan paderi tempatan – seorang Cina yang nampaknya tidak menyukainya. Dia cuba mencari jawapan atas apa yang berlaku,namun buntu. Dia semakin banyak berdoa dan berhenti minum. Namun kejadian itu tetap berlaku lagi dan lagi.

.

.

Misteri Hartawan Cina

.

origin

.

.

 

Akhirnya George mendapat tahu rahsia Hotel Fairwinds dari seorang lelaki tua tempatan. Dia menceritakan bahawa asal-usul hotel itu adalah sebuah banglo milik seorang hartawan Cina yang terlibat dalam aktiviti perlombongan.

Malangnya, ketika Jepun datang menjajah Tanah Melayu, banglo besarnya dijadikan pusat tahanan dan soalsiasat oleh pihak Kempetai, polis tentera Jepun. Dia menceritakan bagaimana 20 penduduk tempatan dipancung kepala dan kepala mereka dipacak di atas pancang kayu dan diletakkan di sekeliling banglo itu. Pelbagai penyeksaan dan pembunuhan berlaku di situ.

Apabila perang berakhir, hartawan Cina itu menuntut semula rumahnya, kemudian beberapa tahun kemudian, anak sulungnya membunuh diri dengan melompat dari tebing bukit. Sejak itu, dia telah menyewakan rumah itu dengan kontrak tahunan untuk dijadikan sebagai hotel, dari sini bermulanya sejarah Fairwinds Hotel.

.

.

shima6

.

.

shima5

.

frvlog5

.

.

.

 

Rumusan

.

zaitonbangloz

.

.

Kronologi ‘Villa Zaitun/Fairwinds Hotel’

– Sekitar pasca Perang Dunia Pertama (1914-1918), sebuah banglo mewah dibina oleh seorang hartawan Cina Port Dickson

– Selepas era penjajahan Jepun atau pasca Perang Dunia Kedua (anggaran selepas 1945), hartawan Cina itu menduduki semula banglonya.

– Sekitar 1950-an, Fairwinds Hotel mula beroperasi di banglo itu.

– Awal 1990-an, pemilik Zaitun Industri membeli banglo itu dan menjadi ‘Zaitun Villa/Vila Zaitun/Rumah Zaitun’.

– Sekitar pasca 2003, pihak Zaitun Industri melepaskan pemilikan ‘Zaitun Villa’.

*Tambahan, sekitar 2008-2009, ada laporan yang mengatakan terdapat kelibat rusa-rusa di dalam premis Zaitun Villa.

– Kini, pihak Avillion Port Dickson telah membeli hartanah itu dan dijadikan tempat meletak kereta (ketika artikel ini ditulis).

 

Sejarah Port Dickson dan tempat-tempat lain seperti Lukut yang merupakan syurga perlombongan bijih dan pengeluaran arang pada masa lalu memberikan keuntungan dan nasib yang baik kepada imigran Cina. Pembinaan pelabuhan merancakkan lagi kepesatan ekonomi di Port Dickson. Malah pada tahun 1891, jalan keretapi dibina untuk menghubungkan Tanjung dan Sungai Ujong yang sekarang dikenali sebagai Seremban. Dari asalnya pelombong biasa, mereka membina kekayaan dan akhirnya mampu memiliki banglo mewah yang memiliki standard senibina Neo-Renaissance yang menjadi trend bangunan mewah di Eropah ketika itu.

Namun kedatangan Jepun, mengubah segala-galanya.

Kekejaman melampau Jepun di banglo tersebut membuatkan ‘aura’ banglo mewah itu tidak seperti sebelumnya. Ia memberikan tekanan perasaan dicampur masalah-masalah lain. Tragedi maut yang melibatkan keluarga hartawan itu membuatkan banglo itu disewakan sahaja kepada orang lain untuk dijadikan hotel.

Hotel itu nampaknya menikmati zaman kegemilangan, namun akhirnya ia dijual, mungkin sekitar 90-an. Ini kerana ketika pengambaran klip video penyanyi Shima itu, ianya sekitar tahun 1990-an dan keadaan banglo itu sudah pun agak terbiar dan terdapat unsur lakumusnah (vandalism) pada bahagian-bahagian seperti tangga dan dinding. Ini bermakna Fairwinds Hotel telah berhenti beroperasi lama sebelum itu. Mungkin awal atau pertengahan 80-an ini kerana pada 1974-76 (tempoh George bekerja di sini), hotel itu masih wujud dan memberikan servisnya kepada George. Jadi pengusaha Zaitun Industri mungkin membelinya sekitar tahun 1990-an itu. Ya, seperti yang ada dalam komen ‘kontraktor’ sebelum ini di Youtube Faizal Rozi.

Zaitun Industri pernah melalui zaman kegemilangan, namun akhirnya tragedi demi tragedi menimpa apabila berlaku salah urus pentadbiran syarikat menyebabkan ianya mengalami zaman kejatuhan.

Saya tidaklah mengatakan bahawa semua ini ada kaitan dengan perkara-perkara ‘mistik’ berpunca dari banglo tua itu. Bagi saya pemilik terakhir jadi begitu adalah atas kesilapannya sendiri.

Sekian.

.

.

(Saya cuma ada misteri lain yang menggelitik minda juga, apabila ada maklumat mengatakan pemilik Zaitun Industri sebenarnya adalah seorang Cina Muslim, dengan surname ‘Teh’ itu adalah berasal dari 鄭 (Zheng (Cheng/Chang) maka mungkinkah sebenarnya…banglo asal itu…. ????!! )

.

~Srikandi

srikandiicon3

119 Responses to “ Di Sebalik Sejuta Wajah (1990), Ubat Gigi Zaitun & Sejarah Berdarah ‘Hotel Berhantu’ ”

  1. Best sgt cerita pasal Vila zaitun ni saya ingat ke pemilik Vila zaitun ni orang melayu rupanya cina Muslim haihhh yela orang cina kan suka merampas tempat orang melayu tak sedar diri dulu diorang pendatang yang dibawa ileh British

    • Pengetua TheHistorian SS

      Pengetua TheHistorian SS

      Ada campurtangan British juga. British sebagai penjajah tak menggalakkan pribumi Melayu maju dalam ekonomi.

  2. walaupun asal port dickson saya x tahu cerita pasal fairwainds Hotel ada kat situ setahu saya sblm ada nya viila zaiton, sbb masa tu semak samun kat situ belakang nya laut.sbb saya x penah jejak pun kat atas tu sbb seram skrg ni pun saya selalu nampak rusa.skrg baru saya tahu kisah sebenarnya,patut la hati saya tak tergerak hati nk ke sana, rupanya ada kisahnya cume tgk pintu gerbang je.sbb pintu ke banglo tu mmg jauh.

  3. Baru je menginap kat hotel Avillion selama 4 hari berakhir semalam. Tertanya-tanya jugalah sosok bangunan tersembunyi di balik rimbunan semak depan parking. Tapi ada satu rumah kayu bersaiz kecil di sebelahnya. Yang tu tak dapat lg info rumah apa.

  4. Zulina Binti Ibrahim

    Masa umur 14 tahun thn 1980 an sy dan keluarga pernah tinggal dikampung sirusa. Bersekolah disekolah menengah sirusa. Sempat melihat kegemilangan villa zaitun. Dulu ada security jg dpn pintu masuk. Bangunan masih cantik. Pintu pagar gah dgn cat baru berwarna putih. Sedih tgk keadaan villa tu skrg. Dulu teringin nak masuk tgk rumah sebesar Istana. Tp skrg takut dah. Rumah dah lama tgl. Serammmm…

  5. 2021 ,terbaca kisah di ig, tertarik dengan villa zaiton sbb tak pernah dgr , sangat sangat menarik , teruja bacaa

  6. Ya. Dato Dr Haji Eusuff Teh memang salah seorang Prominent Muslim Chinese.

  7. Jenama Zaiitun dan penyanyi Shima sgt tdak asing dizaman 80-90an waktu Saya berusia belasan tahun.Malah pernah guna produk tu.Dulu pun memang suka dgr lagu Shima.Sgt teruja membaca kisah Viila Zaitun dari awal hiingga abih.Sangat bagus rungkaian maklumat higga akar umbi.Segala rasa menyelinap disebalik lagu Dan video klip Shima.

    • Pengetua TheHistorian SS

      Pengetua TheHistorian SS

      Bila difikir-fikir, macam ada kaitan pula kan, lagu Shima tu pun mendayu-dayu seperti menceritakan kisah sedih di sebalik banglo tu.

  8. Ini baru betul journalism. Kudos! Teruskan!

  9. Menarik sungguh kisahnya dan jln penceritaannya. Bersungguh saya membaca sampai habis.. Nak cari n follow cerita cik seri lah .. Mulanya saja google kilang zaitun industri terkenangkan rombongan zaman sekolah dulu² melawat kilangnya. Kilang Zaitun produk muslim terkenal suatu masa dahulu.

  10. Satu penulisan yang sangat menarik. Tahniah.

  11. Terima kasih cik seri. Terungkai segala tanda soal mengenai villa zaiton. Penemuan sejarah berserta fakta yang nyata . Saya membaca dan terus membaca sehingga akhir. Terima kasih sekali lagi. Al fatihah buat arwah Dato Seri Eusoff Teh .

  12. MOHD RASID ABDUL HAIR

    Folower cik seri drp mistik lodge keeper lg. Kendian ke penulisan buku2 pastu dlm FB cik seri. Skrg ni folo pulak Cik Pengetua . Mmg suka pada penceritaan drp sejarah gelap.

  13. Terima kasih puan atas perkongsian penyelidikan sejarah villa zaitun…bermula terjimpa utube en faizal rozi…saya cari dan jumpa kisahnya disini…bermakna villa ini jg bangunan sejarah yang sangat lama…semoga satu hari nnt villa ini dpt dimanfaatkan…

  14. Cucu pengasas Zaitun bercinta dengan Atikah Suhaime. Tak sangka arwah datuk seorang yang baik, beriman, pemurah dan banyak lagi nilai murni cucunya jadi begitu. Harta turun temurun datuk tak digunakan ke jalan yg betul

  15. Penulisan yg baik

  16. Terbaik….anda seorang yg minat merungkai….

  17. Memang milik keturunan owner pertama,diorang ni memang kaya raya sebelum ada zaitun lagi ..boleh check ig anak sulong beliau Datuk Lokman Teh .

  18. Sy baru je lepas tgok story ig dri salah seorang ank pengusaha/keturunan Zaitun Industry. Dia bgtau ayahnya membeli villa itu pada tahun 1988. Pastu di renovate/restore keadaannya. Villa tu selalunya, hanya digunakan pada weekend shaja utk beriadah bersama family dia orang. Dan anaknya juga ada mention kisah misteri, ada penampakan white lady riding deers di dlm kawasan villa zaitun tu. Satu lg, penampakan tentera jepun tgh marching pada waktu lewat malam. Tu shaja yg sy sendiri view dri ig anak pengusaha atau anak beranak dri Zaitun industri sebentar td. Mmg dia org berketurunan Cina Muslim

  19. Terima kasih di atas perkongsian dari homework saudari yang mantap. Setiap kali melalui gerbang Villa Zaiton tertanya macam mana rupa bangunannya dan kisah disebalik bangunan lama ini.

    Tahniah kepada En. Faizal Rozi melalui eksplorasi beliau, dapat juga ‘merasa & menjengah’ hampir ke segenap bangunan ini. Tahni’ah juga kepada saudari kepada sudi membawa pembaca menelusuri rentetan kisah villa ini. Sangat berpuas hati dah berharap kalau ada sambungan homework dari saudari berdasarkan catatan lama.
    Penulisan saudari mengingatkan saya kepada blog Untoldhistoryofmalaya. Hampir mantap dengan rujukan lama. Bukan sekadar omongan kosong & cakap2 tanpa rujukan. Syabas!!

  20. Sy tertengok vlog faizal rozi dan mmg ingat produk zaiton ni masa kecik. Saya stop tak nak tgk clog tu tp search zaitun kat google n ends up ke blog cik. Seriously amazing cara cik kupas sejarah bangunan ni. Dgm fakta sbb nowadays banyak org buat assuming. Tp yg ni siap fakta. Tq soo much kerana mmbantu

  21. Wowzers . Reading this in 2020. Jujur kalau bab sejarah topic misteri macam ni saya kurang minat nak baca sampai habis . But you wrote it well and made it interesting! Agree with someone saying about the movie. Lets ask the cucu cicit of the Teh family their thoughts . Their family till now practise to be humble to everyone and are very close. Sad that Zaitun fell . They’re slowly making a comeback

  22. Tahniah pada cik seri for a very good writing, berjaya membangkitkan segala rasa dalam diri pembaca.

    Pelbagai rasa bercampur baur dalam diri saya bila membaca kisah Villa Zaitun@Hotel Fairwinds ini. Dimulakan dengan rasa sedih dengan kejatuhan empayar Zaitun, rasa terkilan kerana tak banyak syarikat bumiputera yang bole naik ke tahap itu waktu itu. Rasa bangga kerana sewaktu waktu dulu ada bangunan yang se gah itu di bumi Malaya. Rasa ngeri dan gerun membayangkan how The Kempetai took that place and all other feelings.

  23. Pelbagai rasa bercampur baur dalam diri saya bila membaca kisah Villa Zaitun@Hotel Fairwinds ini. Dimulakan dengan rasa sedih dengan kejatuhan empayar Zaitun, rasa terkilan kerana tak banyak syarikat bumiputera yang bole naik ke tahap itu waktu itu. Rasa bangga kerana sewaktu waktu dulu ada bangunan yang se gah itu di bumi Malaya. Rasa ngeri dan gerun membayangkan how The Kempetai took that place and all other feelings.

    Tahniah juga pada cik seri for a very good writing, berjaya membangkitkan segala rasa dalam diri pembaca.

  24. Di mana saya boleh buat pembelian online semberani sang bidasari ?

  25. sayang nya tmpat ni ,,, kalau lah tempat ni aku punya aku dah buat hotel dah …. buat tuk yg suka seram2 ni biarkan dorg tdo sana berapa malam . lepas tu share kan pnglaman masing2 … sebab kebanyak org skg suka cari2 hantu …ahr ni la tempat nya kan .. tapi syg nya

  26. Nosly Wazid Bin Kasmani

    Pagi tadi terjumpa the ancient stairs and was immediately intrigued by it and upon searching came across this article. TQVM.

  27. Kemana hilang anak dan cucu cicik nya takda org yg mengaku dirinya keturunan zaitun industri…

  28. Siti Hadijah Umar

    Alhamdulillah, terima kasih tuan. Akhirnya terjawab juga sikap ingin tahu yang meluap-luap setiap kali melewati villa usang ini. memang menarik sangat asal usul vila ni.
    terima kasih sekali lagi.

  29. Salam sis, mungkin sis boleh juga interview penyanyi Shima mengenai pengalaman beliau buat video klip kat villa zaitun tu

    • Pengetua TheHistorian SS

      Pengetua TheHistorian SS

      Hmm…menarik juga saranan ni. Penyanyi Shima yang saya tahu kini berniaga nasi lemak di KL. Ada menonton temuramahnya di Youtube dulu.

  30. Terima ksh cik seri..penulisa menarik

  31. Terima Kasih puan. Sudah begitu lama saya tertanya-tanya apakah yg terjadi pada keluarga “Zaitun Industries” ini.
    Terima Kasih sekali kagi. Hasil nukilan Puan adalah amat dihargai

  32. Terima kasih. Finally, terjawab persoalan ingin tahu setiap kali lalu depan villa ni. selalu tanya husband i, kenapa anak2 pengasas zaitun ni tak duduk jer rumah dia.. buat besar2 tapi tak duduk, sayang sgt… now dh tau, pengasas zaitun not the first owner. tiap kali lalu, mesti nak tgk walaupun 100x lalu, 100x tu jgk akan tgk and tanya husband.. selalu nk tinjau2 dlm kawasan villa 2.. btw, TQ for your info..

  33. Kawan kawan saya pernah ponteng sekolah dan lepak di mansion terbiar ni pada awal 1990an dulu sebelum dibeli oleh zaiton industri.. Diseberang jalan tak jauh dari rumah zaiton ni terletaknya Masjid Bagan Pinang. Masjid yg ada kini telah dibina pada pertengahan tahun 1980an. Masjid yang lama dulu diceritakan pernah menjadi pejabat tentera Jepun dan di banglo lama ini lah tempat tahanan tahanan tentera jepun di’torture’.

  34. Harap anda teruskan dengan pengkajian yg lain..menarik cara penulisan anda..dah banyak yg dikaji nanti bukukan..

  35. sangat menarik…. sy lebih berminat ke arah penulisan berbentuk sejarah daripada mistik…. sama la dgn gambar2 lama

  36. Mas Zuhairin Zubir

    Great write up. I’ve had the privilege to cater for one of Dato’s daughter here. A full catering all the way from KUala Lumpur! They had a very successful business empire then. Office at the highest floor at the Empire Tower (now is Double Tree Hotel I think). Huge house at Bukit Tunku. Did several catering for events and raya too at bukit tunku.target market product Zainun then was the export market. During those days, local product was not the ‘in thing’. Sad to know that mismanagement brought the empire down.

    • Pengetua TheHistorian SS

      Pengetua TheHistorian SS

      It’s great to read about your experience working with their families. If this bungalow is still maintained, it would be very-very beautiful. Thank you for reading.

  37. Sy dpt masuk ke Villa Zaitun ni 2 hr lps bersama anak sy.. Memang seram bila kita teroka dlm Villa Zaitun ni tapi canhiasan dalamannya.. Bangunan ini masih kukuh… Sedih sbb pernah dimiliki oleh syarikat Zaitun.. Dlm setengah jam sy dn anak berada dlm Villa Zaitun.. Terpaksa berlari berpatah balik keluar setelah terdengar bunyi dan nmpk pokok2 yg menjalar iaitu semak berhampiran tingkap bergerak2 seperti ada yg perhatikan pergerakan sy dan anak sy..

    • Pengetua TheHistorian SS

      Pengetua TheHistorian SS

      Wah, seram membaca pengalaman anda di sana. Tentunya banglo ini jika diselenggara dengan baik adalah banglo yang sangat megah dan cantik. Terima kasih kerana membaca.

  38. Dean Johari Channel

    Wahhh…tq for the info… dari haritu tertanya2 apa yg berlaku sebenar2nya kpd Villa dan Zaitun itself. Terbaik penulisan Pengetua…!!!

  39. Assalam Puan..
    Terima kasih atas info padat dlm penulisan puan. Saya seorg yg amat berminat dgn kisah disebalik tabir / sejarah sesuatu tempat @ bangunan. Syabas & teruskan menulis..

  40. Terima kasihh sis serii di atas penulisan inii sangat2 membantu..tak sangka dapat jawapan keep it up!!tapi rasa tak habis lg misteri kot2 bangunan ni milik moyang datuk teh..Dan kenapa anak2nya tidak terus tinggal d rmh ini.

  41. Kalau ikut kata nenek dengan atuk saya, dulunya tempat Jepun pancung kepala, tak tahulah betul atau tak, sebab sejak kecik saya memang duduk perhati je bangunan lama nie sebelum pembinaan rumah Zaitun. Nak masuk dulu memang seram arr.. rumah nenek saya depan rumah Zaitun

  42. Gd info wth the fact finding yng amat bagus. Teruskn berkarya shld see u to suggest some of the historical and
    Haunted places.tqvm

  43. Pengasas Zaitun industries Dato’ Seri Dr. Hj. Mohammad Eusuff Teh itu sendiri adalah berasal dari suku sakat keturunan cina yang telah membina bangunan asal di tapak tersebut. Mungkin datok atau moyang beliau sendiri.

  44. Ada vlogger Faizal Rozi Vlogs buat olahan penceritaan villa Zaiton ini kepada vlog. Boleh rujuk link..

    https://youtu.be/ayb7JyNcz1I

    • Pengetua TheHistorian SS

      Pengetua TheHistorian SS

      Terima kasih, memang vlog beliau yang saya rujuk dalam artikel ini

      • Maaf tuan/puan, sedikit pembetulan merujuk komen saya yang pertama tadi; Mengenai Villa Zaiton 2 ada di youtube berdasarkan artikel yg di tulis oleh penulis di blog ini,dan telah diolah semula.

  45. Saya Amat Suka Dgn Penulisan Awak..Very deep About that Mansion..Please Keep it up

  46. Dato Hajjah NorizAbidin

    Assalamualaikum .. Alhamdulillah sudah sekian lama saya tertanya tanya mengenai Villa ini, akhurnya terjwb segala soalan yg berlegar di kepala, setiap kali saya melalui Villa ini.. pernah terdetik nak memiliki Villa ini.. walaupun rasa bkn kemampuan saya kerna sdh pasti mahal nilainya. Tak tau apa yg menarik sgt pd saya ttg Villa ini atau mungkin senibina nya yang terlalu unik dan menyimpan seribu misteri.. terima kasih admin . Semoga Allah swt sentiasa memberkati perjalanan Puan.

  47. Pelik lah, kenapa keadaan villa tu dalam video Shima tu dah nampak usang dan ditinggalkan sedangkan lagu tu (1990) berada di zaman kegemilangan produk Zaitun.

    • Pengetua TheHistorian SS

      Pengetua TheHistorian SS

      Ketika tu pemilik Zaitun belum beli lagi, sila rujuk artikel

      • Saya baru sahaja melihat IG story cucu kepada pemilik zaitun ni yang mana beliau pergi melawat tempat tersebut bersama keluarganya. Dari ig story tu, beliau menyatakan bapanya membeli villa ini pada tahun 1988. Mungkin dapat memperjelaskan lg cerita ni.

        • Pengetua TheHistorian SS

          Pengetua TheHistorian SS

          Wow, ini maklumat menarik. Cuma mungkin masa video muzik Shima tu projek renovasi masih belum dijalankan.

  48. boleh buat movie kisah kejatuhan perniagaan ni mungkin tewas dalam persaingan masa tu

  49. Jejaka Idaman Malaya

    Seronok saya membaca artikel ni. Leka bebenor. Sampai lubang cacing dpt tau kisah asal usul Villa Zaitun ni. Patut la Shima buat video klip lagu SEJUTA WAJAH kat Villa Zaitun. Ada maksud tesirat kt lagu tu mcm nk tuju kt villa zaitun.

  50. Seronok sampai leka saya membacanya.. bagus info dan maklumat yang awak dapat.. dulu kalau pegi pd melalui depan villa ni mesti nak pandang banglo zaiton ni..

  51. Saja nak bagi pendapat dan pertanyaan, kalau tuan pertama berbansa cina kenapa bentu banglo tak mempengaruhi bansanya langsung. Umum mengetahui bangsa cina kuat dengan tradisinya, Sedangkan banglo tersebut kearah barat. Pelik la pula, munking rumah tersebut ujud lebih lama lagi sebelum pelombong cina itu mendiaminya. Kalau boleh Pengetua boleh korek lagi cerita ni sebab best miteri ni. Contoh kisah Zaitun tu macam tak puas la, nak tau lagi disebalik kejatuhannya dan rumah ini. Kemana pergi anak2 dan perwaris Zaitun tu…Maaf teruja la pulak.

    • Pengetua TheHistorian SS

      Pengetua TheHistorian SS

      Rumah ni dah direnovasi banyak kali. Banglo hartawan Cina yang bercirikan kolonial memang biasa masa tu, contohnya Wisma Loke.

  52. Terima kasih di atas perkongsian penyiasatan dan penyelidikan tuan…sangat menarik dan mengujakan. Saya suka cara tuan menulis…☺

  53. Terimakasih..maklumat yg menarik..
    Sy org pd.skrg baru sy tahu asalusul bagunan tu.

  54. maksud awk owner first dgn owner zaitun tu ade kena mengena eh?
    sy org Pd. arwah ayah sy penah bagitau mase die muda2 dulu balik mlm
    jln kaki je(sbb mmg duk kt bagan pinang) die nmpak ade lembaga hitam pegang
    lampu minyak tanah. jln pandang bawah je. skali die angkat muka mata merah menyala..
    duk dpn pintu gerbang tu. scary gila

    • Pengetua TheHistorian SS

      Pengetua TheHistorian SS

      Seram ne.
      Yep, sekadar hipotesis. Sebab latarbelakang Cina jadi urusniaga hartanah mungkin lebih mudah sesama mereka, lagipun tempat tu amat strategik.

  55. Terima kasih Cik seri. Teringat pula dengan uneks bila baca cerita macam ni. ☺

  56. Terima kasih. Terjawab sedikit sebanyak rasa ingin tahu setiap kali pass by this place in port dickson.

    • Pengetua TheHistorian SS

      Pengetua TheHistorian SS

      Sama2 :) Terima kasih kerana membaca

      • T.kasih banyak2…at least ada juga info!
        Sy pernah menginap disana..Avillion. Berpeluang meninjau mansion terbiar itu.
        Tak dinafikan…mmg ada penghuni disitu. Jin. Jenis tak pasti. Awra kehadiran tu sgt kuat walaupun diwaktu siang hari. Anak lelaki sy n kawan2nya pernah masuk kedalam banglo ni.waktu malam. Dia ada ceritakan pengalamannya bila masuk kedalam terjumpa 1 bilik ada cermin besar. Ada suara menegur…pendek cerita anak saya keluar dr situ n terus menuju ke kereta…tetapi kawan2 dia nampak ada seorang lelaki berdiri dibanglo tu perhatikan mereka.
        Detail dlm rumah tu sy tak ingat..kena tny anak saya.
        Mmg menyeramkan..

        • Pengetua TheHistorian SS

          Pengetua TheHistorian SS

          Wah, pengalaman yang menarik ni. Takde orang jaga la ye? Maksud saya boleh masukla dlm banglo, tak dilarang. Dalam video Faizal Rozi tu mcm ada nepal jaga.

Leave a Reply to Amira Cancel reply