ξαξξοναγαρα Dalam Γεωγραφικὴ Ὑφήγησις

 

Selain nama ‘Melayu-Kolon’ tercatat dalam peta Claudius Ptolemy di dalam karyanya Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis pada 150 Masehi, ada nama lain yang begitu mengejutkan kerana nama ini mirip dengan apa yang disebut di dalam Sulalatus Salatin. Malah ia terletak tepat di lokasi yang mana ia disebut di dalam Sulalatus Salatin itu.

Nama itu adalah: ξαξξοναγαρα

 

 

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

.

.

.

.

.

.

.

KERAJAAN-kerajaan purba seperti Langkasuka dan Tambralinga telahpun wujud sekurang-kurangnya seawal sekitar 1 Masehi menurut laporan dari riwayat-riwayat pengembara China. Langkasuka mungkin kerajaan bersifat empayar yang terawal dicatatkan terletak di semenanjung melibatkan kawasan dari sebahagian Perak, Kedah hingga menganjur ke Segenting Kra pada hari ini. Namun terdapat satu lagi kerajaan purba yang tercatat di dalam Sulalatus Salatin, yang menariknya muncul dalam peta Ptolemy ini yang mana ia ditulis pada abad ke-2 Masehi.

Kewujudannya dalam peta Ptolemy ini menunjukkan kerajaan ini memang dikenali di peringkat antarabangsa sehingga dicatatkan dalam peta-peta Greaco-Roman. Bukannya kerajaan bawah pokok atau kampung kecil yang terpencil. Apabila dicatatkan dalam peta antarabangsa, maka harus ia adalah sebuah kerajaan yang dikenali seantero dunia dan menjalankan perdagangan antarabangsa.

Selain kes ‘Melayu-kolon’ yang ‘secara ajaibnya’ muncul di hujung semenanjung dalam peta Ptolemy tersebut, nama kerajaan ini juga muncul secara misteri di lokasi yang tepat mengikut apa yang diceritakan di dalam Sulalatus Salatin. Untuk mengetahui apakah nama kerajaan ini, mari kita lihat petikan dari ‘prospektus’ Kesultanan Melaka itu:

.

.

“…Setelah berapa lamanya, maka Raja Suran pun sampailah kepada sebuah negeri Gangga Negara namanya, Raja Gangga Syah Johan nama rajanya. Maka adapun negeri itu di atas bukit, dipandang dari hadapan terlalu tinggi, dan dari belakang rendah juga; ada sekarang kotanya di darat Dinding, ke sana Perak sedikit…”

(Sulalatus Salatin)

.

.

.

.

ptolemycoconagara

Perkataan ‘Coconagara’ yang tercatat di dalam peta Ptolemy yang terbit pada tahun 150 Masehi.

.

.

Anehnya, di dalam peta Ptolemy memang ada dicatatkan jelas perkataan ‘Cacconagara/Coconagara’ yang dilukis di sebelah pantai barat semenanjung ‘Aurea Chersonese’ itu. Perkataan ini memang jelas adalah cognate kepada ‘Gangga Negara’.

Perhatikan sekali lagi di dalam Sulalatus Salatin:

“…ada sekarang kotanya di darat Dinding, ke sana Perak sedikit…”

Adakah ini kebetulan? Adakah Ptolemy telah membaca Sulalatus Salatin?

.

.

beruas1

.

.

Sulalatus Salatin ditulis pada tahun 1612 dan dipercayai ia disalin dari kumpulan manuskrip yang berusia seawal tahun 1300-an. Claudius Ptolemy menerbitkan petanya di dalam Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis sekitar tahun 150 Masehi. Bagaimana Ptolemy tahu apa yang disebut terkemudian di dalam Sulalatus Salatin? Di sana ada beberapa kemungkinan:

1) Tun Seri Lanang membaca Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis

2) Penulis manuskrip yang disalin Tun Seri Lanang, membaca Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis

3) Ptolemy menyalin dari manuskrip yang sama yang dirujuk Tun Seri Lanang

4) Gangga Negara memang wujud dan terkenal ketika era imperial Rom pada ketika pemerintahan Antoninus Pius.

Sama seperti nama Langkasuka yang disebut di dalam Hikayat Merong Mahawangsa benar-benar wujud dalam rekod-rekod China dengan cognate seperti Lang-ya-xiu, Lang-jia-shu, Long-ya-xi-jiao atau Lang-xi-jia, nama Gangga Negara yang dinyatakan di dalam peta-peta Greaco-Roman seawal abad ke-2 Masehi adalah benar-benar suatu yang trivia dan misteri.

Saya sendiri telah mengkaji kerajaan Gangga Negara ini, yang mana satu-satunya disebut dalam Sulalatus Salatin dan kini telah diketahui muncul di dalam peta Ptolemy ini. Anda boleh meneliti semua misteri ini termasuk nama raja-rajanya yang memiliki cypher yang khas dan ‘harta karun’ yang tersembunyi dan kota yang hilang, yang lengkap berkubu dan disaliri parit di sekelilingnya, seperti Bodiam Castle di dalam buku terbaru saya yang insya Allah akan terbit kelak:

.

.

bukubaru2

.

.

.

.

.

akutestuia2c

~Srikandi

One Response to “ ξαξξοναγαρα Dalam Γεωγραφικὴ Ὑφήγησις ”

  1. Assalammmualaikum..sy berminat utk mendapatkan senaskah buku mengenai gangga negara..ni no fon sy 0133852001..sy banyak mendengar secara lisan sahaja cerita2 mengenai gangga negara..

Leave a Reply to Rahman Ramli Cancel reply