Maksud Perkataan “Melayu”

 

Asal-usul atau maksud perkataan ‘Melayu’ telah banyak dibahas dan dibincangkan oleh para sarjana, ilmuwan dan para pembaca sejarah. Namun semuanya tidak mendapat jawapan yang pasti kepada misteri kewujudan perkataan ‘Melayu’ hatta orang Melayu sendiri kebanyakan masih ‘buta huruf’ dengan isu tersebut. Untuk mengeluarkan diri daripada semua misteri ini, seringkali dikatakan kononnya perkataan ‘Melayu’ berasal dari perkataan Sanskrit, ‘Malaya’ yang bermaksud ‘gunung’ atau ‘bukit-bukau’. Namun ini adalah ganjil apabila bertentangan dengan kehidupan purba orang Melayu sebagai pelaut dan pengembara maritim.

Satu isu lain juga tidak mampu dijawab oleh mereka; bagaimana bunyi di hujung -a pada ‘Malaya’ menjadi -u pada ‘Melayu/Malayu’?

Sebenarnya, perkataan ‘Melayu’ berakar umbi dari linguistik bahasa-bahasa Austronesia yang membawa konsep, ‘bebas‘.

 

 

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Kredit: Austronesian Comparative Dictionary, Austronesian Basic Vocabulary Database; The Austronesians: Historical and Comparative Perspectives (2006),  Peter Bellwood (Editor), James J. Fox (Editor), Darrell Tryon (Editor), Australian National University; Origins, Ancestry and Alliance: Explorations in Austronesian Ethnography (2011),  James J. Fox (Editor), Clifford Sather (Editor), ANU E Press

    ===========================================================================

 

 

 

 

Menurut  rekod-rekod asing, antara panggilan orang luar kepada entiti ‘Melayu’ adalah seperti berikut:

 

China: Mo-lo-yu, Bok-la-yu, Mok-la-yu, Ma-li-yu-er

Khmer: Malayu

Claudius Ptolemy: Maleou (dalam frasa Maleo u-kolon-Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis)

Jawa: Malayu (Prasasti Padang Roco, Nagarakratagama)

 

Perhatikan petunjuk ini: Mereka memanggil dengan perkataan yang bervariasi (mengikut lidah masing-masing) NAMUN di hujungnya tetap mengekalkan -suffix ‘u’. Ini adalah rahsia besar dan sempadan untuk membezakan perkataan ‘Melayu/Malayu’ dengan perkataan-perkataan lain.

Sebenarnya, di sepanjang sejarah, tiada dalam mana-mana rekod orang India purba atau sekalipun orang Arab, Parsi, Sri Lanka atau sekitarnya yang memanggil atau meletakkan perkataan ‘Malaya’ di dalam peta atau rekod-rekod mereka, merujuk kepada orang Melayu dan tempatnya. Perkataan Malayadvipa, Malaya dan seumpamanya yang muncul di dalam kitab-kitab atau kesusasteraan Sanskrit bukanlah bukti konkrit merujuk kepada orang Melayu dan kediamannya. Ini kerana tiada bukti jelas atau secara langsung bahawa ia merujuk begitu. Kunci kepada masalah ini terletak pada -suffix ‘u’ di akhir perkataan.

‘Malaya’ BUKANLAH merujuk kepada ‘Melayu/Malayu’ secara literal.

Ada pengkaji amatur yang mendakwa perkataan Melayu/Malayu adalah loghat penduduk di selatan semenanjung manakala di utara masih mengekalkan keasliannya sebagai ‘Malaya’. Ini adalah merepek kerana tiada rekod dari sebelah negeri-negeri utara semenanjung atau di Segenting Kra yang memakai nama ‘Malaya’. Tambahan pula, jika ingin mengikutkan slang atau loghat penduduk di selatan semenanjung, harus ia akan menjadi ‘Melaye’. Hikayat Merong Mahawangsa sekalipun menyebutkan nama ‘Melayu’ di dalam teksnya dan jika kita memerhatikan orang-orang Thai dan Khmer apabila menuliskan tentang orang Melayu, mereka akan menulisnya sebagai ‘Malayu’ sekalipun dalam frasa ‘Jva Malayu’ atau ‘Khaek Malayu’ bukan ‘Malaya’ walaupun kedua-duanya masih pekat berbudaya Hindu-Buddha.

Ini dikuatkan lagi dengan tiada mana-mana suku-suku Austronesia yang memanggil orang-orang Melayu sebagai ‘Malaya’. Semua suku-suku Nusantara/Austronesia mengenal orang-orang Melayu sebagai ‘Melayu’ dengan -suffix ‘u’ di akhirnya.

Untuk mengkaji asal-usul perkataan ‘Melayu’, kita mesti memiliki pengetahuan secukupnya dalam linguistik, fonologi, sosio-budaya, antropologi dan kronologi sejarah. Secara ringkas, perkataan ‘Melayu’ berasal dari perkataan induk layaw, layao, layar, layah atau layag. Semua ini berasal dari rumpun bahasa Malayo-Polinesia.

Untuk mengetahui asal-usul perkataan ‘Melayu’ sudah semestinya wajib mengkajinya dari bahasa-bahasa Malayo-Polinesia dan kelompok besar Austronesia.

 

 

 

Variasi Induk Perkataan Melayu

 

uZcjN2p

Bahasa Melayu adalah berhubungan dengan bahasa-bahasa suku-suku Malayo-Polinesia/Nusantara di sekelilingnya.

 

 

 

 

 

‘Terbang’ (to fly)

 

Perkataan layaw muncul dalam kelompok bahasa Filipina Tengah yang bermaksud ‘terbang’. Ia juga muncul dalam kelompok bahasa Sunda-Sulawesi atau keluarga bahasa Nuclear Malayo-Polynesia seperti bahasa Chamorro yang mana berubah menjadi ‘layao’.

Perubahan layaw/layau kepada layao dan akhirnya layo ini adalah fonologi biasa dalam sesetengah dialek suku-suku Malayo-Polinesia. Sebagai contoh perkataan risau dalam standard Bahasa Melayu moden akan menjadi riso dalam dialek masyarakat Perak Tengah.

Layang, layap atau layak dan layog adalah istilah yang juga digunakan oleh kelompok bahasa Malayo-Polinesia untuk menggambarkan ‘terbang’. Perkataan layang misalnya memang membawa maksud terbang seperti ‘burung yang melayang-layang’ atau layang-layang, dalam Bahasa Melayu biasa hari ini.

Menariknya, dalam Bahasa Tagalog, layaw-layaw adalah situasi atau aksi yang bergerak-gerak di angkasa seperti pergerakan burung dan layang-layang.

 

layaw

Ini menunjukkan perkataan ‘layang’ dan ‘layaw/layau/layao’ memiliki maksud yang sama iaitu ‘terbang’.

Perhatikan senarai di bawah ini:

 

Manobo, Dibabawon ‘layang
Manobo, Ata (up-river) layang
Manobo, Ata (down-river) layang
Manobo, Tigwa, Iglogsad Dialect layang
Western Bukidnon Manobo layaŋ
Manobo, Ilianen (Kibudtungan Dialect) layap
Manobo, Western Bukidnon layang
Binukid layang
Kagayanen layóg
Manobo, Kalamansig Cotabato (Paril Dialect) layaw
Manobo, Sarangani, Kayaponga Dialect layang
Banggi lampad
Palawan Batak layug
Palawan Batak mag-layóg
Batak, Palawan layug
Tagbanwa, Aborlan Dialect layug
S.W. Palawano lepad
S.W. Palawano lumpad
Hanunóo l-um-áyaŋ
Subanon, Siocon lumayug
Subanun, Sindangan lumayug
Tagbanwa, Kalamian, Coron Island Dialect layug

 

sumber: Austronesian Basic Vocabulary Database

 

 

 

 

bird_flying

 

Dari perkataan layaw atau layap dan layang, yang makna asalnya ‘terbang’ (to fly),  ia berkembang menjadi beberapa makna seperti melepaskan diri, melarikan diri (to flee),  tidak dikawal ,bermewahan atau hidup selesa dan akhir sekali bebas (free) dan kebebasan (freedom).

Dari perkataan layaw juga dikembangkan menjadi maksud ‘berjalan secara bebas/tidak mengikut arah’ seperti dalam kelompok bahasa Sunda-Sulawesi dan cognate-nya menjadi perkataan merayau dan merayap.

 

 

 

‘Berlayar’ (to sail)

 

Selain terma ‘terbang’ yang memberikan perkataan-perkataan seperti layang, layaw, layog dan layap, istilah layar atau berlayar juga memiliki sejumlah perkataan yang mirip-mirip sama atau cognate seperti:

 

Casiguran Dumagat layág
Tagalog láyag
Bikol láyag
para-láyag
Hiligaynon láyag
Aklanon eayág
Masbatenyo láyag
Waray-Waray láyag
Cebuano láyag
Maranao layag
Manobo (Western Bukidnon) layag
Mansaka layag

 

Bintulu lazəh
Melanau (Mukah) layah
Malagasy lay
Iban layar
Malay layar
Acehnese layeuë
meu-layeuë
Simalur laeal
ma-laeal
Toba Batak rear
Nias loyo
mo-loyo
Rejang layea
be-layea
Sundanese layar
pa-layar-an
Balinese layah
Sasak layar
be-layar

 

sumber: Austronesian Comparative Dictionary

 

 

Jika kita perhatikan, bahasa Aceh dan Nias memiliki cognate fonologi yang memiliki bentuk hampir sempurna kepada istilah ‘Melayu’ yakni sebutan fonologi Melayu Purba kepada konsep layaw tadi. Di sini kita dapat lihat, terma ‘terbang’ dan ‘berlayar’ memiliki satu pengertian tertentu dalam Weltanschauung atau pandangan hidup suku-suku Malayo-Polinesia. Ia melambangkan satu maksud yang satu; pergi ke luar atau bergerak ke luar untuk mencapai tujuan tertentu.

 

 

‘Bebas’ (Free)

 

Kita telah melihat bahawa perkataan-perkataan dalam pelbagai bahasa suku-suku Malayo-Polinesia khasnya sekitar Malayo-Polinesia Induk (Nuclear Malayo-Polynesian) dan Kelompok Bahasa Filipina yang membawa maksud ‘terbang/melayang’ dan ‘berlayar’ memiliki perkaitan atau hubungan antara satu sama lain. Jika kita melihat kepada maksud secara literal, kedua-duanya adalah perbuatan yang berbeza secara fizikal; terbang dan melayang adalah pergerakan di angkasa manakala berlayar adalah pergerakan di lautan. Namun persoalannya, mengapa mereka yakni suku-suku Malayo-Polinesia ini secara majoritinya memilih perkataan-perkataan yang mirip-mirip atau hampir sama antara satu sama lain dalam mengungkapkan kedua-dua pergerakan?

Dalam Bahasa Tagalog, perkataan ‘laya’ dan ‘layaw’ memiliki perkaitan maksud di antara satu sama lain. Laya bermaksud bebas. Maksud dari laya juga boleh berkembang kepada maksud-maksud berkaitan seperti anak-anak yang tidak dikawal perbuatannya atau dimanja-manjakan. Layaw juga digunakan untuk menyatakan situasi begini. Perkataan ‘laya’ harus cognate kepada perkataan layar, layah atau layag di mana secara fonologinya, bunyi -r di hujung perkataan tidak disebut untuk memudahkan sebutan. Ini terjadi jika kita mengkaji bentuk-bentuk perubahan linguistik Proto Malayo-Polinesia ke bahasa-bahasa cabang yang mana perkataan-perkataan terkemudian biasanya akan memudahkan sebutan, secara teknikalnya konsonan di akhir perkataan-perkataan itu tadi akan hilang. Contohnya niur (nyiur/kelapa) akan menjadi niu dalam bahasa-bahasa Polinesia dan buah nyo dalam dialek Perak Tengah, yang mana konsonan -r telah hilang.

Malaya pula bermaksud bebas manakala kalayaan bermaksud kebebasan.

Dari sini kita boleh melihat mengapa kedua-dua pergerakan di angkasa dan di lautan itu memiliki konotasi yang mirip di antara satu sama lain dan mengembangkannya dalam beberapa bahasa kepada maksud-maksud seperti merayau-rayau, melepaskan diri atau lepas bebas.

Ia membawa satu erti- KEBEBASAN.

 

 

Bagaimana -suffix ‘u’ Boleh Muncul Dalam Perkataan ‘Melayu/Malayu’?

 

 

borobudurship

 

 

Ini adalah sebab mengapa semua hipotesis yang menyatakan bahawa perkataan ‘Melayu’ itu berasal dari perkataan ‘Malaya’ yang berasal dari Bahasa Sanskrit yang bererti ‘gunung’ adalah salah sama sekali. Ia tidak ada kena mengena dengan kehidupan Orang Melayu pada zaman purba dan bercanggah dengan perspektif hidup Orang Melayu yang terkenal sebagai seafarers atau pelaut dan pengembara maritim yang terkemuka. Jika ‘Malaya’ di dalam kitab-kitab kesusasteraan Sanskrit merujuk kepada homeland orang-orang Melayu, adalah lebih sesuai penulis kitab-kitab itu tadi merujukkan ‘Malaya’ ini kepada Banjaran Himalaya atau Banjaran Karakoram yang berdekatan dengan Benua Kecil India. Kedua-duanya memiliki gunung-gunung yang paling tertinggi di dunia seperti K2 dan Everest.

Faktanya, tiada rekod-rekod dari para pengembara, pedagang atau sesiapa sahaja dari India yang merujuk bahawa semenanjung, Sumatera atau mana-mana sahaja di Asia Tenggara sebagai ‘Malaya’. Yang ada cuma hipotesis para sarjana terkemudian yang mati akal untuk mencari dari mana datangnya dan maksud perkataan ‘Melayu’.

Masalah ini hanya boleh ditemui penyelesaiannya dalam bahasa-bahasa yang serumpun dengan Bahasa Melayu yakni induk Malayo-Polinesia dari keluarga besar Austronesia secara linguistiknya.

Perubahan -suffix ‘ao’ dan ‘aw’ kepada ‘o’ atau kepada ‘u’ adalah lumrah dalam beberapa bahasa dan dialek suku-suku Malayo-Polinesia. Perhatikan beberapa contoh di bawah:

 

(hoarse)

Ilocano= paraw

Acehnese= paro

Malay= parau

 

(I, me)

Bintulu= akəw

Tagalog= ako

Malay= aku

 

(buffalo)

Proto-Chamic= kabaw

Tagalog= carabao

Malay= kerbau

Kinta Perakian= korbu

 

(small ship)

Ilocano= paraw

Toba Batak= parau

Sundanese= parahu

Malay= perahu

 

Berdasarkan contoh ini, perkataan malayaw (to fly, to sail, free) adalah serumpun dengan malayu/melayu

 

(to fly, to sail, free)

 

Philippine languages= malayaw

Nias= moloyo

Acehnese= meu-layeuë

Old Javanese= malayu

Malay= melayu

 

(perlu diingatkan susunan ini bukanlah bermakna ‘melayu’ berasal dari perkataan-perkataan di atasnya, ini hanya untuk menunjukkan kemiripan mengikut dialek masing-masing)

 

 

Perhatikan bentuk yang sering muncul dalam fonologi Bahasa Melayu. Bila kita bandingkan dengan bahasa-bahasa lain, perhatikan bagaimana -suffix ‘u’ mengambil tempat dalam istilah Bahasa Melayu. Ciri-ciri ini juga biasa dikesan dalam keluarga bahasa Malayo-Polinesia Barat yang lain, seperti bahasa Aceh, Jawa dan Sunda.

 

 

 

 

 

KESIMPULAN

 

austron

 

 

 

Untuk mengkaji bahasa, budaya dan apa jua yang berkaitan dengan asal-usul Orang Melayu mestilah dirujuk terlebih dahulu kepada induknya yakni rumpun Malayo-Polinesia dan kelompok bahasa Austronesia. Dalam ertikata lain, mestilah diperhatikan perkaitan dan hubungannya dengan suku-suku Nusantara lain, bagaimana budayanya, bahasanya, sejarahnya dan lain-lain.

Adalah kesilapan besar sama sekali, apabila mengkaji tentang asal-usul sesuatu, terus dikaitkan dengan entiti yang di luar rumpun bahasa atau budayanya. Jika tiada bukti dari mana-mana bahasa atau budaya serumpunnya, barulah boleh diperhatikan sumber-sumber luar dan jika ada, barulah boleh didakwa ia pinjaman atau saduran dari luar.

Perkataan Melayu sebagai contoh adalah berasal dari Bahasa Melayu sendiri dalam bentuk proto yang mengalami perubahan dialek, dalam kes ini dialek Melayu itu sendiri dan bukan dari mana-mana bahasa luar.

Kehilangan maksud Melayu dalam memori orang-orang Melayu pada hari ini bukanlah eksklusif, sementelah banyak perbendaharaan kata dalam bahasa mereka telah hilang atau tidak dipakai setelah menyadur atau digantikan dengan banyak perkataan dari Sanskrit, Arab dan bahasa-bahasa Eropah ketika era emas perdagangan maritim yang lalu. Bertuahnya, banyak di antara perbendaharaan kata ini masih terakam dalam kosakata bahasa-bahasa serumpun yang lain.

Tidak ada bangsa yang menamakan bangsanya dengan makna yang tidak baik. Ironinya, nenek moyang memilih perkataan ‘Melayu’ sebagai orang yang melayar, melayang dan bebas, tanpa dikongkong sesiapa.

Mungkin perkataan yang paling dekat dan masih dipakai dalam Bahasa Melayu Moden ialah layang, sementara Bahasa Tagalog menggunakan perkataan laya dan layaw dengan maksud lebih jujur yakni bebas dan kebebasan. Sejujur mengatakan bahawa jika kata Malaya ingin dipaksakan juga bermati-matian kepada ‘Melayu’, bukanlah Malaya yang bermaksud ‘gunung’ tetapi Malaya yang sebenarnya yakni yang bermaksud ‘bebas’.

 

 

 

 

 

srikandistud

~Srikandi

“luhur sejarahku abadi”

 

p/s: versi penuh artikel ini akan diterbitkan dalam buku terbaru saya yang akan keluar kelak dengan izinNya.

 

 

 

 

 

Save

24 Responses to “ Maksud Perkataan “Melayu” ”

  1. Himalaya bermaksud snow utk hi dan malaya bermaksud duellers atau tempat atau penduduk. Ini merupakan perkataan sanskrit. Perkataan malaya banyak digunakan contohnya malayan tiger dan malayan quail dan banysk lagi.

  2. apa pandangan anda… ada setengah pihak mengatakan pelayar pertama yg singgah (dimalaysia) ialah india…
    mereka melihat tempat ini brgunung-ganang… oleh itu diberinya nama MALAYUR… yg membawa maksud negara brgunung… apa pandangan tuan…

  3. Malaya ,malayo,malayu merupakan dialek yg sama,
    Melayu bukan hanya laut sahaja ,sejarah sejak empayar melayu raja Srivijaya digambarkan melalui catatan Arab yang menyifatkannya sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. Raja di Gunung dan Maharaja menggambarkan kebesaran raja yang mempunyai kuasa sakti, berkuasa multak, dan bersifat ketuhanan. Raja Srivijaya memerintah secara multak dan dibantu oleh menteri yang menjadi perantaraan raja dengan rakyat. INI digambarkan oleh orang luar diwaktu itu

  4. Maaf bertanya, kenapa tak diletakkan maklumat-maklumat ini dalam wikipedia Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris? Biasanya orang akan baca wikipedia untuk tahu tentang sesuatu. Jadi saya sarankan suntinglah laman-laman wikipedia itu supaya maklumat-maklumat ini dapat lebih diketengahkan.

  5. Ia,semuanya dapat dipelajari dan dapat disusuli,tetapi dari perkataan Jawa, “MELAYU” itu erti pelarian,jadi bila dipecahkan dari perkataan PELARIAN tadi bermaksud pelayaran maka disini melayu itu suka belayar dan merebak diNusantara.

  6. Untuk makluman jangan main hantam fakta fakta pandangan sendiri
    Kamu pergi ke Tamil Nadu Ada banyak tempat bernama malaya maksud Malaya sebiji ada maksud dalam bahasa Tamil Malaya bermaksud orang yang tinggal di tanah berbukit-bakau….

  7. Assalammualaikum.

    Wahai pejuang sejarah Melayu, Sri Kandi. Izinkan hamba seorang pejuang amatur memberi pendapat. Pada hemat hamba, istilah malaya, melaya, melayar @ yang seangkatan dengannya lebih hampir kepada maksud layar berbanding istilah melayu. Melayar merupakan kata kerja yang dibentuk dengan mengabungkan imbuhan ‘me’ + kata dasar (layar), lalu disebut melayar. Lama-kelamaan istilah ini diterima pakai sebagai nama sesuatu bangsa Contoh kata kerja yang berawalan me ialah melompat, melukis, melatah, melangkah, melalak, melantak, melantun dan sebagainya.

    Lalu, bagaimana boleh wujudnya nama melayu?

    Berdasarkan konsep yang sama, kata melayu seolah-olah menunjukkan kata kerja yang dibentuk dengan gabungan me+layu. Sedangkan kata ‘layu’ ada maksudnya iaitu sama erti dengan lesu. Oleh itu, agak sedikit kekok, jika kata layu bermaksud layar. Merujuk ‘Risalah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, kata melayu itu berasal daripada kalimah Arab iaitu ‘al-mala-u’ yang bermaksud penduduk langit, pemimpin & berkembang biak. Maka kalimah ini lama-kelamaan disebut ‘melayu’ kerana lebih sesuai dengan lidah & dialek tempatan.

    Maka, melayu itu merujuk kepada bangsa yang bertutur dalam bahasa melayu, berbudaya melayu dan yang paling penting beragama Islam. Maksud ini begitu selari dengan maksud melayu seperti yang ditakrif dalam perlambagaan malaysia. Lebih hebat lagi jika ejaan مالسيا ini dieja secara mengundur, nescaya terbitlah kalimah اسلام.

    Wallahua’lam.

  8. Dalam zaman pertengahan manusia berlaku peperangan 3 penjuru iaitu Yakjuj Makjuj, Ifrit & Manusia secara zahir. Kelompok manusia dari negara maritim bertahan di pergunungan Hi-Malaya dari serangan sebelum musuh memasuki Tanah Melayu di beri gelar Malaya. Sekelompok manusia bertahan di Timur di Tembok China di gelar Zheng He. Begitu juga di utara & barat masing2 ada isyarat kata nama. Wallahualam

  9. maaf ciksri.kata LAYAR dan LAYANG bukan cognate.
    layar berkait dgn ‘kembang’ dan layang dgn ‘satu’.
    betulla layar perlu berkembang untuk berfungsi.
    manakala, layang cth frasa:

    -terbang melayang bermaksud terbang ‘menyatu’.
    kita selalu tengok burung layang-layang akan
    terbang ‘menyatu’.ketika bermain layang-layang pun
    kita tak mungkin bermainnya jika ia terbang merawak
    BEBAS.ia perlu steady ‘menyatu’ dgn kita
    baru boleh melayang-layang.

    -layar adala cognate dgn legar dan antonym dgn layu.
    kita juga memerlukan ruang ‘kembang’ untuk berlegar
    bukan ruang ‘kuncup’ atau layu.

    entryword cognate kosakata malayu berada di tengah bukan pada mula kata.
    cth:
    la-ayar
    le-gar
    la-kar
    a-kar
    me-kar
    ca-kar
    se-kar
    ba-kar
    pa-kar
    ba-yar>pacare(latin)>pay(english)
    s-hang-kar=sangkar
    ke-kar
    ge-gar
    se-gar

    cth:
    la-yang
    ba-yang
    ma-yang
    s-ham-bah-yang=sembahyang
    ta-yang
    go-yang
    t-ham-pa-yang=tempayang
    se-la-yang=selayang
    ka-pa-yang+kepayang

    imbuhan2 di atasla yang menjadi asas pada imbuhan2 moden hari ini.seperti lah,ter,hang,sang,per dll.

  10. Dalam bahasa brunei layah-layah 2 bermaksud baring terlentang bebas.

  11. Amat baik dgn pandangan baru ini.. sebelum ini saya diajar makna “melayu” itu orang yang melari atau mengelak dari bertemu orang. apabila berdagang orang melayu akan meletakkan barang dagangan disuatu tempat yg sudah dipersetujui dgn pembeli. Sipembeli pulak datang mengambil barangan itu sambil meninggalkan barang tukaran disitu juga.

  12. cik seri…saya seorang pelajar senibina, saya sedang membuat kajian tentang bunga-bunga melayu sebagai rujukan dalam projek taman bunga melayu sebagai kelas belajar…..boleh cik seri berikan beberapa cadangan nama2 bunga yang mempunyai sejarah tersendiri yang unik yang sinonim dalam cerita2 dan kajian sejarah cik seri sendiri tak? :)

  13. Assalamulaikum, osem. Tahniah, ulasan dan pencerahan yang saintifik berbentuk akademik. Seroja Mewangi.

  14. biser dier nie, dah boleh jadi tahap prof dah, hehehe, saya memang minat sejarah, sampai SPM pun sejarah a2. :P, tp x plak ambil bidang yg berkaitan pasal sejarah masa sambung blajar kat kolej,
    apa yg impresifnya bagaimana saudari srikandi nie dapat maklumat yang sebegini mendalam , hatta maklumat yg sebegini sepatutnya sudah diabadikan dalam peringkat sekolah menengah lagi.
    semoga dapat keluarkan buku secepat mungkin untuk arikel ini dan sy menantikannya.

  15. zack zaki zakirudin

    rqvm dgn maklumat di atas….sya setuju dengan hipotisis ini..Jika di lihat kepada bahasa suku banjar…dari kalimantan…perkataan LAYAU bererti bergerak dengan bebas….contoh ayat..ayak kopi layau di di atas meja…menberi erti air kopi yang tumpah lalu bergerak dan tersebar di atas meja…perkataan MELAYAU/MELAYAW pula membawa maksud berjalan atau bergerak ke luar tanpa ada destinasi yg pasti…biasanya situasi di mana seseorang pergi ke luar daerah tanpa tujuan asas..hanya sekadar untuk meninjau atau melihat atau mencari sesuatu yg mungkin lebih baik….itu dlm konteks bahasa banjar…sy daru suku banjar dan masih menuturkan perkataan itu..layau juga di sebut bila memberi ingatan kepada anak jika kita hendak menyurh pergi …jangan melayau lah….ertinya jangan mengerewang atau berjalan jalan tanpa tujuan

  16. Salam cik sri,
    Dlm artikel ini ada ditulis

    (buffalo)
    Proto-Chamic= kabaw
    Tagalog= carabao
    Malay= kerbau
    Kinta Perakian= korbu

    Adakah kinta Perakian itu ialah Orang Perak di daerah Kinta?
    Mohon penjelasan.

  17. Assalamualaikum, maksud perkataan hamba bagaimana pula? dari mana datangnya perkataan hamba? yang saya tahu dalam sejarah melayu contoh perkataan seperti tuan hamba selalunya dituturkan dalam kalangan melayu.

  18. Assalamualaikum, dapatan makna kajian yang abstrak dan jitu menunjukkan gaya hidup dan kebebasan di nusantara alam Melayu. Terima kasih share dapatan kajian. Seroja Mewangi.

  19. Adakah ‘bebas’ bererti ‘merdeka’

  20. Artikel ini sangat bermakna buat saya selaku orang Melayu..Dari dulu lagi saya ingat Melayu ini berasal daripada perkataan ‘layu’…Rupanya tidak…MELAYU BERMAKSUD BEBAS…TERIMA KASIH SRIKANDI

  21. Salams Srikandi,

    May I have the permission to read the article, pls?

Leave a Reply to malayu kita Cancel reply