Batu Bersurat Pengkalan Kempas adalah sebuah prasasti yang ditemui di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan. Ia ditulis dalam skrip Jawi bercampur huruf Kawi, dalam bahasa Melayu Kuno.
====================================================================
Ismail bin Abdul Hadi. Bongai: nyanyian tradisional Negeri Sembilan. Seremban:
====================================================================
.
.
.
.
.
Batu Bersurat Pengkalan Kempas telah ditemui di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan. Ia bertarikh 1463 Masehi, usianya seiring dengan kewujudan era Kesultanan Melaka. Ia ditulis dalam tulisan Jawi yang bercampur dengan skrip Kawi menunjukkan peralihan zaman trend Hindu-Buddha kepada zaman Islam. Ini disokong pula dengan faktor ciri bahasa Melayu yang digunakan ialah bahasa Melayu Kuno yang mula mengalami peralihan ke era klasik.
Memandangkan perkara di atas, prasasti ini memiliki nilai dan kepentingannya yang tersendiri, yakni bertindak sebagai ‘perakam masa’ bagi zaman peralihan trend Hindu-Buddha kepada zaman Islam. Sememangnya era Kesultanan Melaka menyaksikan peralihan daripada era Srivijaya kepada era kebangkitan kesultanan Melayu. Prasasti ini juga merakamkan penghijrahan masyarakat Minangkabau pada satu peringkat di zaman Kesultanan Melaka ke semenanjung.
Kini batu bersurat ini terletak di Makam Syeikh Ahmad Majnu di kompleks Pengkalan Kempas, berhampiran Port Dickson. J.G. de Casparis membaca tulisan ini dan diperturunkankan kembali oleh Prof Othman Mohd Yatim.
.
.
.
.
.
.
Teks Prasasti:
.
.
Penampang Utara:
Bismillahirrahmanirrahim
dara buta buka ata-
mat Majanu berbawat
daya/seda ahmat
Pwan balat anak sadang
Ahmad Majanu ma Malaga
pada Allah
.
.
.
Terjemahan kepada bahasa Melayu Moden:
.
“Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang, makam ini kepunyaan Ahmad Majanu, wira yang berjuang, Ahmad gugur bersama-sama isteri Balat dan anak lelakinya. Semasa berjuang dan gugur.”
.
.
.
Penampang selatan:
bismillahirrahmanirrahim
pertama Ahmad Maja-
nu masuk ke jalan tat-
kala raja-raja danan ba-
tun barah talang ketangkap
lalagi phana wassalam
1385
.
.
.
Terjemahan kepada bahasa Melayu Moden:
.
“Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi Penyayang, Ahmad Majanu adalah yang mula-mula muncul di tepi jalan ketika raja dan Tun (?) Barah Talanga ditangkap. Akhirnya beliau ghaib (dalam tahun Saka 1385).
.
.
.
.
.
Susunan:
~Srikandi
Wan
Assalam. Srikandi, selalu dalam prasasti ada tahun saka.Tahun saka ni tahun apa?
Pengetua TheHistorian SS
Salam, tahun saka ini ialah dari sistem kalendar yang berasal dari India