Misteri Surat Malik Bin Dinar Dalam VII Years VII Days Part II (1996)

Pada tahun 1996, sebuah album thrash dengan sedikit pengaruh muzik death metal telah diterbitkan oleh label Valentine Sound Productions. Album tersebut adalah bikinan Allahyarham Khairuddin Mohamad atau Din yang merupakan bekas penyanyi dan pemain gitar Cromok, legenda thrash metal di Malaysia.

Apa yang menariknya, di dalam album itu terdapat sebuah lagu yang diinspirasikan dari kisah Malik bin Dinar, seorang tokoh sufi terkenal yang menulis surat bagi pihak seorang pemuda yang menginginkan sebuah mahligai di syurga.

Ikuti tulisan ringkas ini.

 

 

 

 

=========================================================================

Artikel ini ditaja oleh komrade_historian
badgepunkhistsmall
 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK
kredit: muzikrock.com, daimisteri.blogspot, metalmilitants.files.wordpress
     ===========================================================================
.
.
.
.

.
.
.
D’CROMOK adalah sebuah band thrash yang ditubuhkan oleh Allahyarham Din atau nama sebenarnya Khairuddin Mohamad yang merupakan bekas penyanyi dan pemain gitar kumpulan Cromok, yang terkenal sebagai gergasi thrash metal di zamannya. Allahyarham merupakan bekas penuntut University Of Wollongong, Sydney, Australia dalam bidang kejuruteraan awam. Kali terakhir yang dapat didengar tentang beliau ialah kerjayanya sebagai jurutera di Petronas dan ditugaskan di Kemaman, Terengganu sebelum pulang ke rahmatullah pada tahun 1997 yang lepas.
 .
Berkata tentang pemuzik yang berjaya di dalam pelajarannya, ia seperti kisah Dexter Holland, vokalis dan pemuzik band punk rock The Offspring, yang merupakan graduan dalam bidang biologi molekul atau Bentara dari band Langsuir yang memiliki PhD dalam bidang kejuruteraan struktur.
 .
Apa yang ingin difokuskan di sini ialah lagu pada trek ke-6 yang berjudul “A Letter” yang jika didengar sepintas lalu hanyalah sebuah lagu thrash yang berat dan meleret-leret dengan vokal berbau death metal yang biasa,namun sebenarnya menyimpan kisah penuh menyayat hati yang berlaku lebih 1300 tahun yang silam.
.
.
cromokdin2

Ahli-ahli Cromok sekitar akhir 80-an (Dari Kiri) : Karl, Din, Miji dan Sam

.
.
Lirik lagu ini dimulakan dengan pujian pada Tuhan yang biasa kita dengar dalam lafaz ‘Bismillah’ dalam terjemahan Bahasa Inggeris. Kemudian ia menyentuh tentang sebuah surat yang ditulis oleh dirinya (‘by me’). Jika kita merujuk kepada inlay album tersebut untuk liriknya,maka di sini kita akan menemui katakuncinya yakni yang dimaksudkan ‘me’ itu adalah seorang bernama Malik Bin Dinar.
.
.
A Letter (1996)
 .
d-cromok_02
.
.
In the name of God
The most merciful
This is a letter
A letter which been
Written by me (Malik bin Dinar)
To you, so when you’ll be given
A castle that I’ve been promised you
May you thank to God for your castle
.
.
Kemudian ia memberitahu bahawa surat itu ditujukan kepada seseorang (‘to you’), dan seterusnya orang tadi dijanjikan sebuah istana dan harus dia bersyukur kepada Tuhan atas pemberian istana yang dijanjikan tadi.
 .
Soalannya, apakah sebenarnya yang ingin diceritakan di dalam lirik lagu thrash metal ini?
.
.
.
alettercpmr

(Kiri) lirik lagu ‘A Letter’ dari D’Cromok; (Kanan) petikan dari kisah Malik Bin Dinar dan Pemuda Yang Inginkan Istana di Syurga

.

.
.
.
.
Sebenarnya lirik lagu ini diinspirasikan dari kisah Malik Bin Dinar yang bertemu dengan seorang pemuda hartawan yang meminta jaminan istana di syurga. Berikut adalah petikan kisah tersebut yang diambil dari kitab Fadhilat Sedekah,terjemahan karya Maulana Muhammad Zakariyya:
.
.

KISAH MALIK BIN DINAR DAN PEMUDA MAHLIGAI

.

Jaafar bin Sulaiman rah berkata ”Satu ketika semasa berjalan di Basrah bersama Hadrat Malik bin Dinar rah kami melihat satu mahligai yang besar sedang dalam pembinaan. Seseorang pemuda sambil duduk memberi arahan kepada pekerja-pekerjanya. Hadrat Malik bin Dinar rah berkata kepada saya,” Lihatlah betapa kacak pemuda ini! Tetapi dia sedang terlibat dalam urusan tidak berguna. Aku rasa terdesak untuk berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan pemuda ini dari urusan sia-sia ini dan menjadikan hambanya yang mukhlis. Alangkah baiknya jika ia menjadi salah seorang dari pemuda-pemuda di syurga! Mari kita jumpa pemuda itu.”

.
Jaafar rah berkata bahawa mereka berdua telah pergi kepada pemuda itu lalu mengucap salam kepadanya. Pemuda itu menjawab salam kami. Dia mengetahui tentang Hadrat Malik bin Dinar rah, tetapi ketika itu beliau masih belum mengenalinya. Selepas beberapa lama apabila datang dia dapat mengenalinya maka dengan serta merta dia berdiri lalu berkata,” Sila duduk. Bagaimana tuan datang kemari? Betapa tuahnya kami kedatangan tuan!” Malik bin Dinar rah berkata,” Berapakah yang kamu berlanjakan untuk pembinaan ini?” Dia menjawab,” Seratus ribu dirham.” Malik rah berkata,” Wang seratus ribu dirham itu kamu berilah kepadaku, maka aku akan mengambil tangungjawab dan memberi jaminan bahawa kamu akan diberi satu mahligai yang berlipat kali ganda lebih baik dari ini dalam syurga . Khadam-khadam yang ramai, khemah dan kubah dari Yaqut merah dan nikmat-nikmat syurga yang lain-lainnya akan menjadi milik kamu. Dindingnya dari mutiara, lantainya dari zaafaran dan cantuman dindingnya dari kasturi .
.
Mahligai itu sentiasa akan berbau harum dan tidak sekali-sekali menjadi buruk. Mahligai itu bukanlah dibina oleh tukang-tukang pembinaan tetapi ia wujud dengan perintah Allah Kun yakni jadilah’.”Pemuda itu meminta,” Tolonglah berikan masa kepada saya untuk memikirkan perkara itu pada malam ini. Esok pagi saya akan memberi pandangan saya.” Hadrat Malik bin Dinar rah pulang ke rumahnya. Pada sepanjang malam itu beliau berfikir untuk pemuda itu. Ketika hujung malam beliau telah berdoa untuknya sambil menangis. Selepas solat subuh kami pergi sekali lagi kepadanya. Pemuda itu sedang menunggu kami di pintu. Dia bergembira melihat Hadrat Malik bin Dinar rah. Hadrat Malik bin Dinar bertanya,” Apakah pendapat kamu mengenai apa yang aku cadangkan kelmarin?” Dia bertanya, Apakah tuan bersedia untuk menyempurnakan apa yang dijanjikan oleh tuan?” Beliau menjawab,” Tentu tiada syak lagi,” Maka dia membawa satu uncang berisi seratus ribu dirham dan kertas serta pena untuk di tulis.Hadrat Malik bin Dinar rah menulis di kertas itu, bismillahhirohmannirrohim. Seterusnya beliau menulis,” Dengan ini saya Malik bin Dinar berjanji bahawasanya si anu bin si anu akan mendapat satu mahligai bersifat begini begini ( beliau menulis semua ciri-ciri mahligai itu di syurga seperti yang beliau telah ceritakan kelmarin ). Bahkan dia akan memperolehi kedudukan perhampiran Allah Taala.”
.
Surat jaminan itu beliau telah serahkan kepada pemuda itu lalu mengambil uncang berisi seratus ribu dirham dan membawa pulang. Pada sebelah petang hari itu juga kesemua wang seratus ribu dirham telah habis di bahagikannya sebagai sedekah sehingga tidak ketinggalan apa-apa walaupun untuk membeli makanan.Selepas itu telah berlalu empat puluh hari.Satu pagi Malik bin Dinar rah mengimami solat subuh di Masjid. Setelah selesai solat beliau telah melihat sepucuk kertas di mihrab. Beliau mengambil dan melihat bahawa ianya adalah surat jaminan yang telah beliau berikan kepada pemuda itu. Tetapi di atasnya ada tambahan tulisan tidak berdakwat yang terang boleh dibaca,” Aku melepaskan Malik bin Dinar dari tangungjawab jaminan ini, sebab aku berikan si anu bin si anu satu mahligai di syurga penuh dengan semua nikmat-nikmat yang dituliskannya, bahkan tujuh puluh kali ganda lebih daripadanya.”Setelah membacanya tulisan itu beliau tersangat kagum sehingga tidak dapat bergerak atau bercakap beberapa lama. Selepas itu beliau pergi ke rumah pemuda itu. Apabila tiba , beliau mendapati ada tanda-tanda kesedihan dan juga kedengaran suara tangisan di rumah itu . Bertanya kami telah di beritahu bahawa baru kelmarin pemuda itu sudah meninggal dunia.

.

Malik bin Dinar rah bertanya,” Siapakah yang telah memandikan dan mengapani mayatnya?” Maka orang yang dimaksudkan itu telah pun dipanggil dan diminta menceritakan semua peristiwa yang berlaku. Dia berkata, ”sebelum meninggal dunia beliau telah memberi sepucuk kertas kepada saya lalu mewasiatkan agar saya meletakkan kertas itu antara kapan dan tubuh mayatnya. Saya pun telah membuat sebagaimana wasiatnya.” Hadrat Malik bin Dinar rah telah mengeluarkan kertas yang beliau jumpai di mihrab masjid dan sebelum sempat beliau berkata apa-apa orang itu berkata, ”Wallah! Inilah kertas yang saya telah letak di dalam kapannya.” Setelah memerhatikan kesemua peristiwa itu maka salah seorang pemuda telah mendekati Dinar bin Malik rah lalu berkata,” Tuan Syaikh, saya hendak memberikan dua ratus ribu dirham. Tolong tuliskan satu kertas lagi untuk saya.” Beliau berkata .” Peluang itu telah terlepas jauh! Allah membuat apa sahaja yang di kehendakinya .” Selepas itu bila-bila masa sahaja beliau teringat peristiwa itu, maka beliau akan menceritakan kisah itu sambil menangis dan mendoakan untuk pemuda itu.

.

.

.
Siapakah Malik Bin Dinar Dalam Sejarah?
.
.
malikdinar
.
.

Ramai yang mengetahui beliau ialah salah satu tokoh yang seringkali muncul dalam kisah-kisah sufi.Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau adalah orang yang jika tidak yang pertama adalah antara yang terawal datang membawa cahaya Islam ke India.

Malik Bin Dinar hidup sekitar abad ke-7 Masehi pada masa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dari dinasti Umayyah.Riwayat mengatakan beliau adalah anak kepada seorang berbangsa Parsi dari Afghanistan sekarang yang menjadi murid kepada seorang lagi tokoh sufi,Hassan Basri.

Di India terdapat legenda dimana seorang raja yang muncul dalam pelbagai mitos di Kerala bernama Tajuddin Cheraman Perumal (Cheraman Perumal adalah gelaran kerabat diraja Chera) menjemput Malik Bin Dinar dan sekumpulan pendakwah untuk datang ke India.Malik Bin Dinar serta kumpulannya menempuh perjalanan yang panjang sehingga sampai ke pelabuhan Nagapattinam,Tamil Nadu.

Di selatan India,Malik Bin Dinar berdakwah menyebarkan Islam dan membina 11 masjid.Antara masjid yang dikaitkan dengan tokoh ini ialah Masjid Malik Bin Dinar di Kasaragod dan Masjid Chaliyam Juma di Chaliyam.

Di sebelah sisi lain,begitu banyak kisah seputar dunia kesufian tentang beliau.Kadang-kadang ada yang seperti ditokoktambah,sebagaimana kisah-kisah Rabiatul Adawiyah,juga Hassan Basri dan Zunnun Al-Misri.Zunnun Al-Misri misalnya adalah orang yang pertama boleh membaca tulisan di Batu Rosetta sebelum Jean-François Champollion menterjemahnya.

.

.

KESIMPULAN

.

cromokdin

.

.

Hakikat ini benar-benar sesuatu yang trivia dan easter eggs dalam sejarah pembikinan lirik lagu-lagu thrash metal di Malaysia. Mungkin sekali jika hanya mendengar muzik berat lagu A Letter ini dengan ketukan dram yang padu dan alunan riff-riff gitar thrash yang melantun-lantun diiringi double-vocal yang mana vokalis utamanya melaungkan lirik berbau tona vokal King Diamond dengan berlatarkan suara garau yang biasa didengar dalam komposisi muzik Black Metal, kita sukar menyangka bahawa liriknya mengisahkan tentang surat jaminan istana di syurga yang ditulis oleh seorang tokoh sufi dan pendakwah.

Penulisan lirik yang di luar kebiasaan ini mungkin menerangkan mengapa Allahyarham meninggalkan catatan aneh pada inlay album VII Years VII Days Part II ini,setahun sebelum pemergiannya:

.

.

Ira: You better follow me to Mecca very soon. My fantasy not to be in tropical paradise but to be Sufi and completely released from earthly doings. Ask certain people (you’ll not find in daytime) in white clothe, he’ll tell you about me and the rest (I’m still bad, though)…

 

 

.

.

.

 

srikandiwork3small2
~Srikandi
“Die another history”

 

 

6 Responses to “ Misteri Surat Malik Bin Dinar Dalam VII Years VII Days Part II (1996) ”

  1. sapa anak dia? setahu saya arwah belum berumah tangga sehinggalah penghujung hayatnya.

  2. anak arwah DIn Cromok ada akaun FB. sila cari Kamelia Kharuddin.

  3. saya masih simpan kaset forever in time hampir 20 tahun..

  4. terbaik la srikandi..awek metal kental jugak ni rupa nya :p.anyway terima kasih di atas info nya :)

Leave a Reply to Pengetua TheHistorian SS Cancel reply