Emily Innes & Tunku Panglima Raja 1885

 

The Chersonese with the Gilding Off  karya Emily Innes sering dibandingkan dengan karya Isabella Bird, The Golden Chersonese and the Way Thither, malah pernah juga dipandang sebagai sambungan kepada tulisan Isabella Bird itu. Sebagaimana Isabella Bird, apa yang diharapkan dari seorang wanita ekspatriat Inggeris yang memiliki skeptikal tertentu kepada orang-orang Asia, khasnya orang Melayu? Namun ada satu fragmen dalam tulisannya, yang jika tidak satu-satunya, mungkin antara pengakuan luarbiasa dari watak Mrs. Arrogant ini selaku isteri kepada pegawai British ketika era kolonial.

 

 

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK
 21nov15

    ===========================================================================

 

 

 

 

 

 

 

Emiley Innes adalah isteri seorang pegawai British yang ditugaskan di Selangor ketika pemerintahan Sultan Abdul Samad (1804 -1898). Dalam catatannya The Chersonese with the Gilding Off, beliau ada menyebutkan tentang Tunku Panglima Raja, salah seorang kerabat diraja Selangor.

Sedikit tentang Tunku Panglima Raja, nama sebenar beliau ialah Tunku Panglima Raja Berkat adalah keturunan kerabat diraja Selangor berdarah Bugis dari susur galur Raja Husain ibni Sultan Ibrahim ibni Sultan Salehuddin ibni Daeng Chelak ibni Daeng Rilekkek ibni La Madusalat. Sepanjang tempoh kehidupan Tunku Panglima Raja Berkat di Selangor, beliau mengalami dua tempoh pentadbiran; tempoh pentadbiran diraja, dan tempoh pentadbiran British (1874-1887).
.
 Dalam pertemuan dengan Emily Innes dalam satu jamuan, Tunku Panglima Raja telah menjelaskan mengapa orang Melayu menggunakan tangan ketika makan tidak seperti budaya Barat dengan cara berhujah yang dapat diterima oleh seorang wanita ekspatriat Inggeris yang lazimnya memandang rendah kepada orang Melayu dan cara hidup mereka.
.
.
emilyhand-fork-hand-spoon-1

 

Berikut catatan oleh Emiley Innes tentang Tunku Panglima Raja dalam bab “Malay Manners” :

 

Kadang-kadang, beliau ada juga menyertai kami pada majlis makan tengah hari, dan meminta maaf dengan sopan kerana menjamah makanan dengan jarinya dan berkata bahawa dirinya adalah seorang lelaki tua dan tidak cepat mempelajari cara-cara baru.

.
Beliau dan saya pernah berbual sedikit tentang hujah kami masing-masing berkenaan penggunaan tangan dan sudu-garpu, yang mana saya mengaku beliau memiliki hujah yang lebih baik.

 

emiimage2final

 

 

“Sejujurnya,” katanya, “Kami orang Melayu
tidak peduli makan dengan garpu dan sudu
kerana kami fikir ia semacam satu amalan yang kurang bersih.

.
Kami akan katakan kepada diri kami sendiri:

Apa yang saya tahu tentang
sejarah garpu ini? Ia telah berada dalam
ratusan, mungkin ribuan mulut;
mungkin juga dalam mulut yang paling busuk, yang dimiliki oleh musuh saya.

Buat kami, ia amat menjijikkan.”

 

emiyLunch-Invitation

 

 

 

“Tetapi, Tunku,” kata saya, “Garpu ini telah dibersihkan dengan baik atau biasanya dibersihkan
setiap kali ia digunakan, pertama dengan sabun dan
air panas, kemudian dengan serbuk pencuci pinggan. “

“Sekiranya begitu…” kata Tunku.

“Tetapi bagaimana anda benar-benar tahu bahawa pelayan anda
tidak berbuat sambil lewa dalam pekerjaannya? Jika anda mempunyai
pekerja yang malas, anda bertanggungjawab untuk makan dengan
garpu yang belum dibersihkan secara menyeluruh.

 

 

dining

.

.

Sedangkan saya benar-benar tahu bahawa jari saya memang bersih,
di mana saya telah mencucinya sendiri sebelum makan. Ia adalah sebersih garpu yang paling bersih, dan
ianya mempunyai dua kelebihan besar:

Pertamanya, ianya tidak pernah berada di dalam mulut sesiapa pun
kecuali mulut saya sendiri,

dan yang kedua,ianya
tidak pernah hilang, atau salah letak, atau dicuri. Ianya
sentiasa di tangan apabila diperlukan.

 

update : http://mistisfiles.historiansecret.com/

 

 

 

 

 

 

 

srikandiblackrose

~Srikandi
Durian Nan Sebatang

 

kredit:

-The Chersonese with the Gilding Off, Emily Innes (1885)

-Penglibatan Tunku Panglima Raja Berkat Dalam Politik & Pentadbiran Negeri Selangor Pada Abad ke-19, Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria

Leave a Reply