Hang Tuah & ವಿಜಯನಗರ ಸಾಮ್ರಾಜ್ಯ

Ramai yang mengenali Hang Tuah sebagai laksamana dan hulubalang Kesultanan Melayu Melaka. Namun tidak ramai yang mengenali Hang Tuah sebagai seorang negarawan,duta dan pengembang silat Melayu di luar negara.

Tidak kurang yang mencemuh Hang Tuah sebagai fiksyen atau khayalan. Ini terjadi kerana orang-orang ini kurang membaca atau mengalami ‘denial syndrome’ yang disebabkan faktor-faktor sama ada mengalami racial hatred  ataupun penyakit inferiority complex.

Kita mungkin sudah maklum akan kajian yang membuktikan peranan Hang Tuah di Okinawa dan Kerajaan Ryukyu, kini mari kita perhalusi peranan Hang Tuah di dalam kerajaan Vijayanagara, berdasarkan dari The Discovery of India (1946) oleh Jawaharlal Nehru, perdana menteri India yang pertama.

 

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK
8dis15

    ===========================================================================

.

.

.

.

.

.

.

Jika kita buka minda dan melihat rekod-rekod di luar negara tentang negara atau sejarah kita,kita akan mampu membuat rujuksilang (cross-reference) yang mencukupi bagi menjadikan kita lebih cerdik dan terpelajar. Bagaimana orang-orang Eropah menghargai kebudayaan dan cerita-cerita rakyat seperti orang Inggeris yang berkongsi cerita Hansel & Gretel yang merupakan cerita tradisional Jerman walaupun Jerman pernah menjadi musuh ketat mereka.

Di dalam Hikayat Hang Tuah,kononnya Hang Tuah telah berlayar ke beberapa negara dan seringkali mempamerkan seni silatnya dan menewaskan ahli beladiri negara atau kerajaan yang dilawatinya.

Antaranya, melawat ke ‘Jepun’, ‘Benua Keling’ dan ‘Rom’.

 

hikayathangtuah

 

Membincangkan tentang lawatan Hang Tuah ke ‘Benua Keling’, menariknya,sejarah Hang Tuah melawat Vijayanagara,salah satu empayar terhebat dalam sejarah India telah dicatatkan dalam sejarah malah direkodkan dalam sebuah drama sejarah! Drama sejarah ini bertajuk Bharat Ek Khoj yang dikeluarkan pada tahun 1988 oleh Doordarshan, sebuah badan penyiaran India. Ia ditulis, diarahkan dan diterbitkan oleh Shyam Benegal dengan sokongan pengarah fotografi V. K Murthy.

Ia mengandungi 53 episod yang merentasi sekitar 5000 tahun sejarah India dari sejarah awal hingga tahun kemerdekaannya dari era kolonial pada tahun 1947.

Apa yang menarik, drama sejarah ini berdasarkan buku The Discovery of India yang dikarang oleh Jawaharlal Nehru,perdana menteri India yang pertama.

Berikut adalah senarai episod dalam Bharat Ek Khoj:

 

discovery_of_india

 

Episod

.
1 Bharat Mata Ki Jai
2 The Beginnings (Indus Valley Civilization)
3 The Arrival of the Vedic People (the Rigveda)
4 Caste Formation
5 Mahabharata Part 1
6 Mahabharata Part 2
7 Ramayana Part 1
8 Ramayana Part 2
9 Republics and Kingdoms
10 Negation and Acceptance of Life
11 Chanakya and Chandragupta Part 1
12 Chanakya and Chandragupta Part 2
13 Ashoka Part 1
14 Ashoka Part 2
15 The Sangam Period: Silapaddirakam Part 1
16 The Sangam Period: Silapaddirakam Part 2
17 The Classical Age
18 Kalidas and Shakuntala Part 1
19 Kalidas and Shakuntala Part 2
20 Harshavardhana
21 Bhakti
22 The Chola Empire Part 1
23 The Chola Empire Part 2
24 The Delhi Sultanate and Prithviraj Raso Part 1
25 The Delhi Sultanate and Prithviraj Raso Part 2
26 The Delhi Sultanate and Padmavat
27 Synthesis
28 The Vijayanagar Empire
29 Feudalism
30 The Fall of the Vijayanagar Empire
31 Rana Sanga, Ibrahim Lodi and Babur
32 Akbar Part 1 (Din-e Ilahi)
33 Akbar Part 2
34 Golden Hind
35 Aurangzeb Part 1
36 Aurangzeb Part 2
37 Shivaji Part 1
38 Shivaji Part 2
39 Company Bahadur (East India Company)
40 Tipu Sultan
41 The Bengal Renaissance and Raja Ram Mohan Roy
42 1857 Part 1
43 1857 Part 2
44 Indigo Revolt
45 Mahatma Phule
46 Sir Syed Ahmed Khan
47 Vivekananda
48 Extremists and Moderates
49 And Gandhi Came Part 1
50 And Gandhi Came Part 2
51 Separatism
52 Do or Die
53 Epilogue

 

 

discovery-of-india

 

 

Episod di mana disebutkan peranan Hang Tuah itu di istana Vijayanagara ialah pada episod ke-28.

 

 

 

 

Kisah Hang Tuah ke Benua Keling dalam Hikayat Hang Tuah

 

Dalam Hikayat Hang Tuah jelas menceritakan bagaimana Hang Tuah telah menewaskan pahlawan Vijayanagara manakala dalam sumber dari India itu pula menyambung bahawa Hang Tuah tadinya yang telah mengalahkan pahlawan India itu dijadikan pula penasihat atau jurulatih kepada pasukan tentera Vijayanagara.

 

“..Titah baginda ( Raja negeri Bijaya Nagaram-Benua Keling-India sekarang), `Hai Laksamana, tahu-kah engkau bermain pedang perisai?` Maka sembah Laksamana, `Daulat tuanku, tahu juga patek barang2 kadar-nya’…” ( ms:359)

“Maka baginda pun menyuroh memanggil pendekar yang tahu terlalu sa-kali pada bermain pedang dan perisai. Maka titah Kisna Rayan, `Hai pendekar, engkau hendak ku-surohkan bertuju dengan Laksamana Hulubalang Melayu.` Maka sembah pendekar itu, `Daulat tuanku, berapa puloh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patek? Jika sa-orang dua, bukan lawan patik…” ( ms: 360)

“…Maka Laksamana pun melangkah pintu keluar. Maka di-lihat oleh Laksamana pendekar itu hadhir menanti dengan perisai di-luar pintu. Maka Laksamana pun segera mengambil pedang dan perisai di-luar pintu itu daripada tangan orang-nya. Maka Laksamana pun memekis serta menghunus pedang-nya, lalu melompat serta di-kirap-nya (ditangkisnya) perisai menyalahkan parang (tebasan) pendekar itu. Setelah lalu parang pendekar itu, maka di-parang (pancung) oleh Laksamana kena perisai-nya, belah dua lalu ka-pinggang-nya. Maka Laksamana pun menyarongkan pedang-nya. Maka Nala Sang Guna ( Perdana Menteri Bijaya Nagaram) pun memegang tangan Laksamana lalu di-bawa-nya masok ka-balairong.” ( ms 360 )

 

Ini adalah video yang telah disunting dari siri 28 Bharat Ek Khoj mengenai kisah Hang Tuah di ‘Bijaya Nagaram':

 

 

 

Sedikit Perbincangan Rujuksilang Dalam Sejarah Vijayanagara

 

Jika dirujuk kepada sejarah semasa, Hang Tuah kemungkinan besar datang ke India dan berkhidmat kepada Deva Raya II (1424-1446) iaitu pemerintah kepada Empayar Vijayanagar. Namun jika berdasarkan nama raja Benua Keling dalam Hikayat Hang Tuah yakni Kisna Rayan, kemungkinan ia adalah Krishna Deva Raya (1509–1529). Ini adalah sesuai dengan catatan sejarah oleh sarjana India sendiri, malah Hang Tuah juga dipercayai melalui rekod Portugis hidup sehingga kedatangan imperialisme, walaupun dilaporkan sudah terlalu tua.  Ketika di Vijayanagara, Hang Tuah telah ditawarkan berkhidmat sebagai jurulatih seni bermain pedang untuk tentera Empayar Vijayanagara. Empayar pada masa ini memerintah keseluruhan selatan India seperti Andhra Pradesh,Karnataka,Tamil Nadu dan Kerala. Semua kerajaan-kerajaan klasik selatan India seperti Pandya,Hoysala apatah lagi Chola,semuanya sudah lenyap dan wilayah-wilayah mereka dijajah oleh Vijayanagara.

Dalam sejarah Hang Tuah di Vijayanagara menurut sumber India dalam Bharat Ek Khoj, Hang Tuah telah menawarkan untuk mencabar mana-mana pahlawan dalam empayar itu. Emperor membawa pahlawan terbaik, Putera Virabhadra,anak raja Kalinga-Utkal dari dinasti Gajapati yang bernama Gajapati Prataprudra Deva. Hang Tuah telah berlawan menggunakan senjata dengan pahlawan ini dan akhirnya dikalahkan oleh Hang Tuah tanpa apa-apa kecederaan. Ini membuatkan Putera Virabhadra malu dan akhirnya membunuh diri.

Menarik bukan?

 

hangtuah2.jpg

 

Perlahan-lahan kebenaran cerita di dalam Hikayat Hang Tuah semakin tersingkap. Ia seperti orang mencemuh kisah Hang Tuah mengalahkan samurai di Jepun dahulu. Kemudian didapati terdapat rekod-rekod perdagangan antara Melaka dan kerajaan Ryukyu dengan daftar barangan yang lengkap malah kini dibuktikan dengan penemuan surat ‘laksamana’ dan kajian lengkap peranan Hang Tuah di sana menerusi buku Hang Tuah: Catatan Okinawa hasil kajian dua pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM iaitu Prof Emeritus Dr Hashim Musa dan Dr Rohaidah Kamaruddin.

 

hangtuah surat

 

MAJLIS ANUGERAH BUKU NEGARA 2015

 

Orang yang mengatakan Hang Tuah adalah khayalan jelas tidak akademik dan kurang cerdik. Padahal Merlin & King Athur jelas khayalan namun dihargai oleh orang Inggeris. Hari ini,sejarah Melayu mesti dibaca bersama-sama sejarah dunia,bukan dibaca bersama-sama orang gila yang merepek dan cetek pengetahuan.

 

 

 

.

.

.

.

akutestuia2c

 

~Srikandi

 

kredit: Rodzuan Ramli (youtube), Sangtawal Sakranta (blogspot.my), The Patriots.my

6 Responses to “ Hang Tuah & ವಿಜಯನಗರ ಸಾಮ್ರಾಜ್ಯ ”

  1. hang tuah tak wujud..watak di cipta tun sri lanang utk menutup malu sultan melaka yg laksamananya hang jebat memberontak kerana kezaliman dia..menunjukan ada hamba yg setia membabi buta..yg wujud hanya hang jebat, hang kasturi dan hang lekir sahaja..yg tikam hang jebat adalah hang kasturi.. laksamana yg pergi ke china adalah tun perak .. yg rekod okinawa tu pun cuma tulis laksamana sahaja bukannya hang tuah mungkin laksamana tu hang jebat ataupun hang kasturi.. kena ingat kita hanya berpandukan tulisan tun sri lanang sahaja.. mungkin dokumen cerita ada di luar negara ataupun sultan melaka yg malu ketika itu bakar dokumen2 lama dan tuduh telah terbakar bersama kapal penjajah bawa dokumen2 itu ke negara mereka.

  2. Ahli Arkeologi UM

    Aku pun hairan, semua yang ditulis cuba membuktikan kehebatan Hang Tuah. Tapi Hang Tuah bukan lah melayu, dia adalah pengiring Puteri Hang Li Po. Maka, Hang Tuah adalah orang Cina. Hang Tu Ah, Hang Li Kiu, Hang Li Po semuanya Cina.

    • Pengetua TheHistorian SS

      Pengetua TheHistorian SS

      Salah. Hang Tuah adalah Melayu. Yang teori Hang Tuah ni Cina adalah dari kolum lawak jenaka dari majalah Mastika ketika 90-an dulu.

  3. muhammad saifuddin bin supri

    terima kasih kepada srikandi kerana telah memberikan maklumat yang berguna mengenai sejarah terutama skali tentang hang tuah..saya bersyukur dan menghargai kerana dapat mengetahui sedikit sebanyak berkenaan tamadun melayu masa silam..semoga usaha saudari di berkati oleh Allah swt

  4. Thanks dapat masuk -MYMY

Leave a Reply