Sultan Iskandar (Perak) & Kapitan Belanda Circa 1758

Pada tahun 1655, Joan Truijtmans, wakil Gabenor Belanda di Betawi telah datang menemui sultan Perak untuk membuat perjanjian baru mengenai urusniaga timah dan pembayaran gantirugi dan jaminan hukuman kepada siapa yang terlibat dengan serangan ke atas loji-loji Belanda.
 
Namun sultan tidak mengendahkannya. Akibatnya Belanda menghantar kapal-kapal perangnya mengepung perairan Sungai Perak. Namun para pembesar Perak telah menghantar 10 buah kapal perang dan 30 kapal kecil untuk menyerang Belanda. Loji-loji Belanda dimusnahkan dan terpaksa ditutup.
.
Belanda memang kejam dan angkuh, namun dalam kes di Perak, mereka bagaikan hilang arah dan teragak-agak untuk berperang. Mengapa?
.
.
.
.
.
.
.
.

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

 

 

 

SEPANJANG 1651-1660, serangan-serangan dibuat ke atas loji-loji dan pos-pos Belanda di Perak. Penamat kepada peperangan ini adalah pada tahun 1690, apabila Panglima Kulub Ali memusnahkan loji-loji Belanda dalam satu pertempuran besar-besaran sehingga ramai askar Belanda terbunuh. Ini menyebabkan Belanda tidak membuka lagi loji di Perak.

 
Mengapa sikap Belanda berlainan di Perak berbanding di wilayah-wilayah seberangnya? Adakah kerana perjanjian dengan Empayar Johor-Riau, selepas perang dengan Portugis 1641? Sedangkan Belanda berani melakukan pembunuhan beramai-ramai di Banda, Maluku demi memonopoli perdagangan rempah. Timah sangat penting juga ketika itu, namun bagaimana Perak survive dengan raksasa Belanda yang terkenal dalam pepatah “seperti Belanda minta tanah” ?
.
.
gajahperak
.
.
Selain faktor Perak yang mengawal harga timah ketika itu, ada satu faktor lain, yang dimiliki dan digunakan oleh para pemerintah Perak dengan jayanya sepanjang sejarah perjuangan berdirinya negeri Perak. Faktor ini dijelaskan di dalam salah satu buku sejarah Negeri Perak iaitu Misa Melayu.
.
Suatu ketika, dikhabarkan ada seorang saudagar India bernama Pir Muhammad telah menabur fitnah kepada Sultan Iskandar Inayat Syah atau Sultan Iskandar Zulkarnain Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (1752–1765), dengan menyatakan bahawa baginda mahu berperang dengan Belanda.
 
Mendengarkan itu maka pihak Belanda mengerahkan 7 buah kapal perang dari Betawi (Batavia, Jakarta sekarang) dan mula memasuki Sungai Perak.
 
Namun usaha ‘si Kitul’ itu gagal kerana sampai sahaja para pegawai Belanda di tebing Sungai Perak untuk bersua muka dengan sultan dan para pembesar Perak, mereka telah disambut dengan penuh licik oleh rombongan sultan dan niat Belanda untuk menyerang Perak bertukar topik kepada urusniaga timah.
 
Namun dugaan kedua tiba, apabila terdapat satu insiden di mana askar Belanda telah menembak peluru meriam ke arah perahu yang dinaiki Laksamana dan Syahbandar Perak. Ini membuatkan baginda sultan murka dan bergegas mahu menemui Kapitan Belanda di Kuala Bidor untuk meminta penjelasan dan permohonan maaf.
 
Hasil perbincangan dan diplomasi dari kedua pihak dan kebijaksanaan sultan menyusun kata menegur pihak Belanda, akhirnya Kapitan Belanda memohon keampunan dari baginda sultan atas kesalahan askarnya menembak meriam sewenang-wenangnya.
 
Menariknya, dalam pertemuan kedua-dua belah pihak itu, Syahbandar Perak enggan hadir. Apabila ditanya mengapa enggan hadir dalam pertemuan dengan pihak Belanda, beliau menjawab seperti di dalam petikan ini:
 
Dato’ Syahbandar mari dipanggil oleh kaptan,
 
” Apa mulanya maka tiada Syahbandar mau
singgah pada keci jumpa sama kaptan? Adakah
harimau di dalam keci?”
 
Maka kata Syahbandar,
“Tiada ku mau singgah ke dalam keci itu,
sungguh pun tiada harimau, babi bukankah
banyak, itulah maka ku tiada mau singgah pada
keci itu.”
 
(Misa Melayu)
.
.
.
.
srikandistud
~Srikandi
die another history
 

3 Responses to “ Sultan Iskandar (Perak) & Kapitan Belanda Circa 1758 ”

  1. Kalau aku jadi Kapitan tu aku terjun Sg Perak berenang balik Belanda.

  2. saya suka baca. lebih kan penulisan serikandi. mengangkat kembali sejarah yang hilang terus daripada pengetahuan bangsa sendiri. tahniah.

  3. Assalamulaikum, terima kasih artikel yg dipaparkan. Mewangi

Leave a Reply