Maksud Perkataan ‘Jawa’

Ramai yang tidak mengetahui maksud di sebalik perkataan ‘Jawa’. Malahan orang-orang Jawa ataupun berketurunan Jawa sama ada di Indonesia atau Malaysia sendiri sebagai contoh, tidak tahu menahu asal-usul perkataan ‘Jawa’. Jawapan paling mudah ialah merujuk kepada nama pulau, yakni Pulau Jawa. Namun, apakah sebenarnya maksud perkataan ‘Jawa’?

Perkataan Jawa, berdasarkan perkataan akar Proto-Austronesia adalah serumpun dengan perkataan Sawah dalam Bahasa Melayu yang membawa maksud ‘padang yang berlumpur‘.

 

 

 

 

 

 

 

====================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK

    ====================================================================

 

 

 

 

 

 

 

Nama-nama tempat atau sukukaum di dalam kelompok Malayo-Polinesia umumnya di ambil dari istilah-istilah asas yang muncul dalam alam semulajadi atau kehidupan seharian. Sepertimana kaum Tao di Taiwan atau kaum Tausug di Laut Sulu mengambil atau mencantumkan perkataan ‘Tao/Tau’ yang bermaksud ‘orang/manusia’ sebagai nama kaum mereka (Sug bermaksud ‘aliran/arus’). ‘Maori’ pula bagi kaum Maori di Pasifik bermaksud ‘baik’,’asli’,benar’ adalah cognate dengan maoli (bahasa Vaeakau-Taumako di Kepulauan Reef), moli (bahasa Niue di Pulau Niue, Kepulauan Cook dan New Zealand) dan molek (bahasa Melayu). Perkataan ‘Melayu’ bagi orang Melayu sendiri, sebagaimana artikel yang lalu, bermaksud ‘terbang/berlayar bebas’.

Bagaimana dengan perkataan ‘Jawa’? Pertama sekali untuk merungkai segala misteri kepada asal-usul perkataan Jawa itu sendiri bahawa, sebenarnya berdasarkan lokasi, ia bukan eksklusif digunakan semata-mata nama kepada Pulau Jawa, namun nama ini sekurang-kurangnya digunakan di lokasi pesisir selatan Vietnam atau Champa atau di satu lokasi di Segenting Kra berdasarkan peta Claudius Ptolemy dan catatan perjalanan Marinus the Tyrian yang yang direkodkan abad ke-2 Masehi.

 

Kota ‘Zaba’ di selatan Vietnam (Claudius Ptolemy):

 

Ptolemy_Asia_malayukolonzaba

nota: Kawasan selatan Vietnam ini dahulunya berada dalam pengaruh Champa, sebuah kerajaan orang Cham yang berbahasa Malayo-Polinesia, rujuk Prasasti Dong Yen Chau

 

Kota ‘Zaba’ di Segenting Kra (Marinus the Tyrian):

 

ptolemyzaba2

 

Bagaimana ini terjadi?

Ini terjadi kerana istilah Greek kepada perkataan ‘Jawa/Java’  dengan penukaran bunyi ‘j’ kepada ‘z’ dan ‘w/v’ kepada ‘b’. Umumnya dalam Attic Greek, bunyi ‘j’ akan diwakili dengan bunyi Τζ  iaitu ‘dz’ seperti ‘John’ akan menjadi ‘Dzon’ (Τζον).

Bunyi ‘v’ pula disebut sebagai ‘b’ ketika era Classical Greece. Huruf v/b ditanda dengan aksara beta (Ββ).

 

 

 

Maksud Perkataan ‘Jawa’

 

“Tanahair”

 

Tidak memanjangkan cerita, eloklah kita berbalik kepada topik; apakah maksud sebenar perkataan Jawa? Perkataan jawa adalah serumpun dengan perkataan hawa, sawa/sava dan awa/ava yang membawa maksud tanahair (homeland). Keseragaman dari segi fonetik bagi perkataan-perkataan ini menyebabkan ia sebenarnya menunjukkan maksud yang sama bagi menunjukkan lokasi atau nama tempat.

 

Proto-Polynesian ‘sawaiki’ : Tanahair

Kepulauan Cook : avaiki (dialek tempatan kepada Hawaiki) bermaksud tanahair, tanah asal-usul

Rarotongan : Avaiki (tanahair)

Kepulauan Samoa : Savai’i (pulau terbesar dalam kepulauan itu)

Kepulauan Hawaii : Hawaiki (pulau terbesar dalam kepulauan itu)

 

Mengulas tentang kemiripan yang begitu menarik itu, J. R. Logan (ahli etnologi dan filologi terutama berkaitan budaya Indonesia) telah menyimpulkan bahawa perkataan Jawa yang digunakan bagi nama Pulau Jawa adalah sekelompok dalam kumpulan tersebut:

 

“The name Java, Jaba, Saba, Zaba, Jawa, Hawa, is the same word, which is used for ricefields which are irrigated. The word is primarily connected with the flowing of water.”

 

Mengapa J. R. Logan berpendapat begitu?

Ini adalah kerana perkataan hawa (awa/ava adalah kata yang digugurkan bunyi ‘h’ dalam sebutan) dan sawa memberikan maksud yang sama dalam perkataan akar Proto-Austronesia.

 

 

 

 

Sawah (irrigated ricefield/field of mud)

 

sawah

 

 

Ini adalah sebab mengapa ahli filologi itu berkata demikian. Pemerhatian para sarjana linguistik telah menemukan perkataan hawa dan sawa yang merujuk kepada kawasan penanaman padi menunjukkan perkataan-perkataan itu memiliki hubungan jelas antara satu sama lain.

 

PWMP     *saba-q  : irrigated ricefield (Proto-West Malayo-Polynesian)

WMP
Bisaya (Limbang) sabaɁ downriver
Malay sawah land cultivated with swamp rice, whether the rice is planted in a natural swamp (sawah ayer) or on irrigated soil (sawah bencah); rice is planted usually in small lots separated from one another by low dykes (batas); a stretch of these lots is sa-bəndaŋ; the word sawah is used in Malaysia and Minangkabau, but bəndaŋ has taken its place in Kedah and Perak, and baroh in Kelantan and Patani
Karo Batak jumah sabah irrigated ricefield (jumah ‘swidden’)
nabah-ken convert a piece of land into a rice paddy
sabah taban rice paddy that returns to control of the village head because the owner has violated traditonal law
tuba sabah poisonous root used to stun fish
Dairi-Pakpak Batak sabah wet ricefield, rice paddy
Angkola-Mandailing Batak saba wet ricefield, rice paddy
Toba Batak saba irrigated ricefield (as opposed to hauma tur ‘dry ricefield/swidden plot’)
saba laŋit ricefield that is irrigated only by the rains
aek par-saba irrigation water for the rice paddies
Old Javanese sawah irrigated ricefield
a-sawah-sawah to work in the sawah, grow irrigated rice
Javanese sawah rice paddy, wet rice field
ñawah to work rice paddies
se-sawah to be a rice farmer
pa-sawah-an rice paddies collectively, i.e. land devoted to raising rice
sawah ulu paddy that is easily flooded during

 

 

Sumber: Austronesian Comparative Dictionary

 

Jika kita perhatikan di atas, perkataan sawa dan saba memberi maksud yang sama, berkaitan penanaman padi, kawasan penanaman padi atau kegiatannya.

Begitu juga dengan hawa:

 

 

sawah

 

 

Sumber : Comparative Austronesian Dictionary: An Introduction to Austronesian Studies (Darrell T. Tryon)

 

Dalam gambarajah di atas, kita akan mendapati bahawa:

 

Wolio (Kepulauan Buton) : sawa

Buru (Pulau Buru,Maluku) hawa

 

Ini melengkapkan perkataan sawa, hawa secara asasnya adalah bermaksud dengan ‘kawasan penanaman padi’.

Kesemua perkataan ini  umumnya membawa maksud:

 

1) Padang berlumpur

2) Kawasan pengairan tanaman padi

3) Takungan berair

 

Menariknya, ia adalah sama dengan maksud sawah dalam Bahasa Melayu. Malah, perkataan sawah adalah perkataan akar Proto-Malayo-Polinesia, kerana dalam perkataan sawa, hawa mahupun jawa, -suffix ‘h’  sudah tidak disebut menunjukkan perubahan dari sebutan penuh sawah kepada perkataan-perkataan itu tadi. Kebiasaan ini terjadi bagi penutur sekunder atau tertier, bagi memudahkan sebutan.

 

 

 

 

KESIMPULAN

 

 

jawahawasawa

 

 

Sebagaimana perkataan-perkataan lain dalam rumpun Nusantara, kita mesti melihat dahulu hubungan dengan kelompok bahasa induk mereka, yakni Malayo-Polinesia atau Austronesia secara linguistik. Ini adalah penting kerana manusia biasanya akan hidup bermasyarakat dengan orang di sekeliling mereka apatah lagi dalam rumpun keluarga yang sama.

Sejak kelompok bahasa Austronesia diiktiraf sebagai kelompok bahasa yang paling banyak penyebaran cabang bahasa dan jumlah bahasa malah diiktiraf antara tertua menurut ilmu filologi, adalah penting untuk kita merujuk dahulu kepadanya sebelum menilai dari sudut kelompok bahasa lain.

Perkataan sawa, hawa dan jawa jelas menunjukkan kawasan pertanian yakni kawasan atau wilayah penanaman padi dan ini adalah cognate dengan perkataan sawah atau sawah padi, perkataan yang biasa dalam kelompok bahasa Malayo-Polinesia Barat, khususnya pada Bahasa Melayu/Bahasa Indonesia, menunjukkan maksud yang sama.

Istilah yang asas ini; tempat tanam padi, menjadi tempat tinggal atau kampung halaman seterusnya berkembang kepada makna ‘homeland’ yakni tanahair. Kemudian kaum-kaum Malayo-Polinesia ini menamakan wilayah mereka dengan nama itu; sebagaimana di Pulau Jawa, Pulau Savai’i dan Pulau Hawaii.

 

 

 

 

 

 

srikandistud

~Srikandi

The History of Thy Beloved

 

 

 

 

 

Leave a Reply