‘Teori Domino’ & Romanian Revolution 1989

Di dalam album Teori Domino oleh kumpulan rock tersohor negara, Wings yang dikeluarkan pada tahun 1990,terdapat satu lagu yang bertajuk ‘Romania’. Mungkin pada peminat muzik rock tanahair, lagu ini hanyalah sebuah lagu bernuansa hard rock yang sedap ‘dilayan’ namun menariknya, lagu ini sebenarnya diinspirasikan kepada satu situasi yang benar-benar berlaku dan menjadi berita di dada-dada akhbar seluruh dunia pada tahun 1989, 27 tahun yang lalu.

 

 

 

 

====================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Selamat Menyambut Ramadan 1437
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK

    ====================================================================

.

.

.

.

.

.

TEORI Domino adalah album ketiga Wings, kumpulan rock Malaysia yang terkenal sehingga ke hari ini. Album ini mengandungi 11 lagu melibatkan nama-nama besar dalam penciptaan lagu seperti M. Nasir dan JS Kevin (Allahyarham). Bukan untuk mengulas tentang album ini yang menampilkan hits seperti Sejati, Potret Monalisa dan lagu yang berentak keras seperti Bujang Senang dan dark seperti Di Alam Barzah, namun untuk menyentuh satu lagu yang mana perkataan ‘Teori Domino’ yang menjadi tajuk album ini terdapat di dalamnya.

Lagu itu adalah bertajuk ‘Romania’ yang liriknya diinspirasikan dari keadaan yang tidak tenang dan huru-hara yang pernah melanda negara Romania yang terletak di Eropah pada akhir tahun 1989 yang lalu.

.

.

.

Lirik Romania-Wings (1990)

.

teoridomino

.

.

.

Taufan ribut menyambar…lenyaplah perhitungan…
Gema kebebasan,menggegar Romania…

Lebar ufuk harapan,dilanda haloba kuasa..
Bahang Romania,merah darah kepunahan…

Hancur jua akhirnya,dalang-dalang kuku besi…
Teori domino,melanggar bumi gelora…

Katakan padaku..erti kedamaian sebenar..
Tanpa Keangkuhan…oh..Romania…

Padamkanlah bara api kemusnahan..
Hentikanlah sandiwara keangkuhan…

Oh..wujudkanlah..oh…kedamaian…
Oh..ciptakanlah…oh kedamaian…oh Romania…

Padamkanlah bara api kemusnahan
Hentikanlah sandiwara keangkuhan

Oh..wujudkanlah..oh…kedamaian…
Oh..ciptakanlah…oh kedamaian…oh Romania…

hancur jua akhirnya..dalang-dalang kuku besi..
Teori domino…melanggar bumi gelora

Katakan padaku..erti kedamaian sebenar
tanpa keangkuhan oh..oh Romania..

Padamlahlah Bara api kemusnahan
Hentikanlah sandiwara keangkuhan…

Oh..wujudkanlah..oh…kedamaian…
Oh..ciptakanlah…oh kedamaian..

Oh..wujudkanlah..oh…kedamaian…
Oh..ciptakanlah…oh kedamaian…oh Romania…

.

.

.

 

Revolusi Romania 1989
.
.
Romanian2
.
.
.

Revolusi Romania 1989 adalah siri rusuhan yang dipelopori oleh rakyat Romania yang memberontak kepada pemerintahan Nicolae Ceauşescu, seorang diktator komunis yang memegang tampuk kerajaan dari tahun 1967 sehinggalah kejatuhannya pada Revolusi Romania itu sendiri yakni pada tahun 1989.

Ia berlaku lebih kurang seminggu lebih melibatkan protes, demonstrasi, rusuhan dan pertempuran di antara rakyat dan askar yang menyokong revolusi, menentang para penyokong Nicolae Ceauşescu.

Di bawah fahaman dan cara pemerintahan komunis yang dianuti oleh Ceauşescu, rakyat dipaksa mencapai sasaran kelahiran yang tinggi dengan kadar 5 kelahiran bagi satu keluarga. Segala barang makanan dan keperluan dicatu kepada satu kadar kehidupan yang asas bagi setiap orang untuk membolehkan pentadbiran Ceauşescu menjalankan program melangsaikan hutang Romania yang mencapai $10 bilion ketika itu. Akibatnya, kehidupan rakyat semakin tertekan dan ekonomi semakin memburuk ekoran pengurusan sumber yang teruk dan kerajaan yang lebih fokus untuk melangsaikan hutang daripada meningkatkan pendapatan negara dan kebajikan rakyat.

Bagaimana semua ini terjadi? Bagaimana ia bermula?

Sebenarnya antara tahun 1950 hingga 1975, ekonomi Romania boleh dikatakan baik dan membangun dengan kadar antara terpantas di dunia dan Ceauşescu sendiri pernah dipuji sebagai pemimpin yang cemerlang sekitar tahun 60-an dan awal 70-an.

Namun selepas tahun 1975, ekonomi Romania mula runtuh. Apakah yang menyebabkan ini berlaku? Sebenarnya, selama ini ekonomi Romania bergantung kepada pelaburan yang terlalu agresif kepada sektor industri berat seperti petrokimia dan besi sehingga pada satu takat, pengeluaran telah melebihi permintaan kepada produk-produk Romania sehinggakan banyak produk yang tidak dapat dijual. Pelaburan terlampau agresif ini dilaksanakan melalui pembelian teknologi, peralatan dan bahan-bahan mentah dari luar dengan menggunakan pinjaman asing. Lama-kelamaan apabila terjadi lambakan pengeluaran dan ditambah pula dengan krisis tenaga pada tahun 70-an ketika itu, maka ini seperti satu pukulan maut bagi ekonomi Romania. Percaturan yang silap ini membuatkan Romania mengambil keputusan mengikuti program IMF (International Monetary Fund). Ini adalah seperti gali lubang tutup lubang dan ibarat ‘ingin keluar dari mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya’.

Di bawah IMF, Romania dipaksa menjalankan program catuan. Maka inilah yang menyebabkan Revolusi Romania tercetus.

.

.

Romanians2

.

.

Menariknya, ketika gerakan protes rakyat semakin panas, Ceauşescu memaksakan diri keluar untuk membuat ucapan pada 21 Disember 1989 di Palace Square (Dataran Istana Parlimen). Dalam kehadiran lebih kurang 100 ribu orang, diktator itu telah memberikan ucapan yang majoritinya menyanjung usaha pihak kerajaan komunis selama ini. Hanya barisan hadapan hadirin yang memberikan sambutan ke atas ucapannya, namun majoriti di belakang memerhatikan sahaja diktator itu beraksi dengan perasaan marah yang meluap-luap. Apabila para pekerja industri mula menjerit perkataan ‘”Ti-mi-șoa-ra! Ti-mi-șoa-ra!”, keadaan menjadi tidak terkawal. Ceauşescu cuba menenteramkan keadaan, namun orang ramai mula membuat bising walaupun diktator itu belum menghabiskan ucapannya. Ceauşescu merasa terdesak dan mula menabur janji-janji. Melihatkan rakyat sudah tidak mempedulikannya lagi buat pertama kali dalam sejarah politiknya, Ceauşescu menjadi amat terkejut dan dengan diiringi pengawalnya, dia telah menghilangkan diri ke dalam bangunan istana parlimen.

Diringkaskan, setelah 2 hari bersembunyi di dalam bangunan parlimen, Ceauşescu  dan isterinya telah dibawa keluar dengan menggunakan helikopter pada 22 Disember 1989. Ketika itu revolusi semakin marak dan rakyat mula bertempur sesama sendiri. Dalam pada itu, Ceauşescu dan isterinya telah dikhianati oleh pegawai tenteranya yang tidak mahu terlibat dalam masalah yang melanda diktator itu. Pasangan ini akhirnya tertangkap di Târgoviște dan dihukum bunuh pada 25 Disember 1989.

.

.

RUMUSAN

.

Taufan ribut menyambar…lenyaplah perhitungan…
Gema kebebasan,menggegar Romania…

Lebar ufuk harapan,dilanda haloba kuasa..
Bahang Romania,merah darah kepunahan…

Hancur jua akhirnya,dalang-dalang kuku besi…
Teori domino,melanggar bumi gelora…

Katakan padaku..erti kedamaian sebenar..
Tanpa Keangkuhan…oh..Romania…

Padamkanlah bara api kemusnahan..
Hentikanlah sandiwara keangkuhan…

Lirik-lirik dari Nasir Jani ini memiliki makna yang diinspirasikan dari peristiwa ini. Memang suasana revolusi sesuai diluahkan melalui lagu-lagu bernusansa rock yang kental dan bersemangat. Melalui lagu ini sahaja, kita dapat mempelajari banyak perkara-sejarah, teori ekonomi dan ideologi, semuanya jika kita tidak mengambil pengajaran dan iktibar melaluinya, tidak mustahil akan turut berulang, jika tidak di tempat lain, mungkin di tempat kita.

.

.

.

.

.

.

akutestuia2c

~Srikandi

Leave a Reply