Prasasti Buddhagupta, Pulau Pinang

Prasasti Buddhagupta adalah sebuah prasasti yang ditemui di Seberang Perai, Pulau Pinang. Ia ditulis dalam skrip Pallava, dalam bahasa Sanskrit.

 

 

 

====================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Kredit: Micheal Jacq-Hergoualc’h, Muzium Arkeologi Lembah Bujang
keyword : Buddhagupta Inscription

    ====================================================================

.

.

.

.

.

.

PRASASTI Buddhagupta telah ditemui di sebuah tapak runtuhan candi Buddha di Kampung Sireh, Seberang Prai, Pulau Pinang. Ia telah ditemui pada tahun 1834 oleh Kolonel James Low. Ia diperbuat dari batu jenis sabak/shale. Prasasti ini mengandungi teks tentang ajaran Buddha dan satu kenyataan tentang seorang pelayar yang berjaya dalam pelayarannya.

Permukaan pertama dipahat dengan sebuah relief berbentuk stupa dengan skrip Pallava di bahagian kanan dan kiri stupa.Di sisi kanan dan kiri prasasti juga terdapat pahatan skrip Pallava. Ia berusia abad ke-6 Masehi berdasarkan penelitian huruf-huruf Pallava yang memiliki ciri-ciri tulisan yang digunakan pada abad tersebut.

.

.

.

Bujang-Valley-Slide-00003

.

.

.

Teks Prasasti

.

.

.

budhagupta2

.

.

.

BuddhaguptaStone001

.

.

.

Terjemahan:

Daripada kejahilan, karma terkumpul, dan penyebab kepada kelahiran semula adalah karma

Dengan ilmu, karma akan terkumpul, tanpa karma, seseorang tidak akan dilahirkan semula

Seorang pelayar hebat bernama Buddhagupta dari Kerajaan Tanah Merah

Dengan semua cara, dalam semua (…) dalam semua keadaan, (…) (pergi ke) satu perjalanan yang suci.

(terjemahan ihsan Muzium Arkeologi Lembah Bujang)

.

.

.

.

~Srikandi

Save

Save

Leave a Reply