Sterling Submachine Gun & “Raja Laut” 1982

 

Jika anda pernah menonton filem Raja Laut keluaran tahun 1982, anda pasti akan perasan akan sekumpulan penjenayah yang bergaya seperti bandit yang melanun di sekitar laut dan pesisir pantai, yang diketuai oleh seorang yang digelar sebagai “Raja Laut”.

Jika diperhatikan dengan teliti, salah seorang dari mereka gemar memakai sebuah submesingan keluaran tentera British yang popular seawal era Perang Dunia Kedua.

 

 

 

 

====================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
kredit: filemkita.com, guns.com. modernfirearms.com, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia; Edmiston, James. The Sterling Years. Leo Cooper Books, London. 1992; Deucrox99 CC BY-SA 2.5, wikimedia

    ====================================================================

 

 

 

 

FILEM Raja Laut adalah sebuah filem Malaysia yang bercorak jenayah-aksi, telah diterbitkan pada tahun 1982. Ia diarahkan oleh Z. Lokman, pengarah yang terlibat dalam filem-filem seperti Cikgu Romantik, Konstabel Mamat, Azam dan Mendam Berahi.

Filem ini berkisar tentang Zul, seorang anggota tentera laut terlibat dalam dilema dan konflik apabila adik perempuannya menjadi teman wanita kepada penjenayah yang pada awalnya tidak disedarinya, kerana penjenayah itu bertukar identiti. Penjenayah itu digelar sebagai “Raja Laut”, adalah ketua kepada kumpulan lanun yang menjalankan kerja-kerja rompakan di sekitar kawasan perairan, malah mereka juga bertindak sebagai samseng yang menggugut penduduk kampung supaya membayar wang perlindungan kepada mereka.

 

 

Raja Laut ini apabila berada di darat, akan menukar identitinya sebagai seorang lelaki yang agak berada dan segak. Keadaan ini menyukarkan pihak polis untuk menjejak kegiatannya.

Filem ini dibintangi para pelakon seperti Ed Osmera, Mokhtaruddin, S. Zamila dan Sukarni Jaafar

 

Apa yang menariknya dan ingin difokuskan dalam artikel ini, di dalam filem tersebut kelihatan salah seorang penjenayahnya kerap memakai satu senjata api yang ciri-cirinya jelas adalah sebuah mesingan. Lanun tersebut kelihatan agak mudah mengendalikan senjata apinya yang mudah dibawa, ringan serta boleh menembak secara automatik.

 

 

Apakah senjata api yang dipakainya?

Memperkenalkan Sterling submachine gun L2A3 (Mark 4).

 

 

Sterling Submachine Gun

 

sterling03

 

 

Submesingan Sterling cukup terkenal pada era Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin. Ia dibikin pada tahun 1942 sebagai “Patchettmachine carbine” – sebuah prototaip senapang automatik, yang dikembangkan oleh George W.Patchett dan asalnya dihasilkan oleh Sterling Engineering Co di England.

Beberapa prototaip telah dibina sebelum perang berakhir, dan submesingan Sterling-Patchett telah mengambil bahagian dalam persaingan yang sengit di mana ia diadakan di England sendiri di antara tahun 1945 dan 1953. Sterling akhirnya diumumkan sebagai pemenang persaingan itu, dan diterima pakai sebagai standard submesingan untuk tentera British. Ia mula menggantikan submesingan Sten (dihasilkan pada tahun 1941) pada tahun 1953 sebagai “submesingan L2A1″.

Sterling dihasilkan untuk angkatan tentera British oleh syarikat Sterling dan Royal Ordnance Factories di Fazakerley, England. Ia dijual secara meluas dan dieksport ke lebih daripada 70 buah negara.

 

Gambar di bawah adalah submesingan Sten.

Grzegorz Pietrzak, wikimedia

 

stenmalasiantroops

wwiiafterwwii.wordpress.com

 

Contoh penggunaan submesingan Sten sebelum Sterling menjadi popular dan menggantikan penggunaannya. Gambar ini menunjukkan askar-askar Tanah Melayu, bersama seorang komander British, pada penghujung era Darurat sekitar 1950-an. Mereka dilengkapi dengan senjata api era Perang Dunia Kedua: submesingan Sten, submesingan Bren, M1 carbines dan No.5 Mk.1 Jungle Carbines.

 

camc.files.wordpress.com, pinterest

 

Gambar di atas menunjukkan pergerakan tentera ketika penghujung era Darurat 1948-1960. Perhatikan Askar yang berkawal di kanan gambar sedang memegang submesingan Sterling. Memang kelihatan rugged, bergaya dan sebenarnya ia juga memiliki peminatnya yang tersendiri (cult fans).

Ini kerana ciri-cirinya yang kecil, mudah dibawa, mudah alih dan mudah dikendalikan. Malah rekabentuknya agak bergaya dan memikat dengan lubang-lubang pada laras Sterling ini menjadikan seolah-olah trademark kepadanya.

 

sterlingJungleSquad50thIndependenceDay

Pasukan Polis Hutan dengan submesingan Sterling. Kini ia dikenali dengan nama Pasukan Gerakan Am.

 

Sekitar tahun 1950-an, penggunaan submesingan telah menjadi satu keperluan dan amat popular. Bayangkan ketika Darurat, penduduk kampung dan Home Guard hanya dibekalkan dengan rifel, shotgun (senapang tabur) dan pistol revolver sahaja sebaliknya pihak komunis rata-rata dilengkapi dengan submesingan setaraf Sterling ini.

Tidak hairanlah pihak komunis menjadi amat yakin untuk mengambilalih negara kita ketika Darurat dahulu. Dalam Tragedi Bukit Kepong, senjata api yang paling canggih adalah submesingan Bren atau Bren gun manakala selebihnya pihak polis hanyalah menggunakan senapang biasa sahaja selain revolver. Berbeza dengan pihak komunis yang memakai submesingan dan senjata automatik seperti ‘tommy-gun’. Menaiktaraf teknologi persenjataan adalah amat penting. Dalam Perang Perak, orang-orang Melayu masih menggunakan meriam lela yang agak berat sebaliknya pihak Inggeris telah pun menggunakan roket seperti Congreve rocket yang lebih efisien dalam pertempuran.

 

 

 

~Srikandi

akutestuia2c

 

 

Save

Save

Save

Save

Save

Leave a Reply