Bernegara Sendiri Atau Diperintah Orang Lain

Tidak ada siapa boleh menafikan, bernegara sendiri adalah lebih berjuta kali malah tidak ternilai sebenarnya berbanding tidak punya tanahair. Lebih-lebih lagi kepada orang Melayu yang sifatnya suka bertolak ansur dan hidup secara pacifist atau secara mudahnya ‘tak mahu kacau hidup orang lain’.

 

 

 

 

====================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-60
negarakusehatisejiwa

    ====================================================================

 

 

 

 

Jika kita bandingkan nasib orang Melayu yang berada di bawah pentadbiran asing atau menjadi minoriti seperti di Singapura dan Thailand, kita boleh nampak bahawa nasib orang Melayu di Malaysia secara kolektifnya adalah lebih baik. Jangan melihat kepada kejayaan individu sebaliknya kita mesti melihat kepada kejayaan dan kestabilan secara kolektif; secara keseluruhan kualiti hidup orang Melayu itu sendiri. Lebih baik dari segi politik, sosial, perlembagaan, kebebasan beragama, berbudaya dan sebagainya. Tidak ada siapa boleh menafikan, bernegara sendiri adalah lebih berjuta kali malah tidak ternilai sebenarnya berbanding tidak punya tanahair. Lebih-lebih lagi kepada orang Melayu yang sifatnya suka bertolak ansur dan hidup secara pacifist atau secara mudahnya ‘tak mahu kacau orang lain’.

 

 

Hakikat Kemakmuran

 

fascmalaysia

 

Jika kita mengatakan ada orang Melayu yang berjaya di luarnegara, itu adalah kejayaan individu bukan keseluruhan. Kekayaan dan kejayaan individu tidak dapat disamakan dengan keupayaan segenap bangsa mampu mendirikan sistem pemerintahan dan kenegaraan sendiri dan punya tanahair. Sistem politik sendiri menunjukkan suara rakyatnya mampu didengar dan dilaksanakan di dalan pemerintahan. Kenegaraan sendiri menunjukkan ia berhak memiliki tanahair. Tanahair yakni ruang; langit dan bumi untuk menumpang teduh bagi meneruskan kehidupan atau mencari rezeki dengan bebas.

Kemakmuran secara kolektif ini yang perlu dilihat oleh orang Melayu. Ada beza nasib di antara orang Melayu di Patani dengan orang Melayu di Kelantan. Ada beza antara nasib orang Melayu di Singapura berbanding dengan saudara mereka di Johor.

Estim diri orang di Patani berbeza dengan estim diri orang Melayu di Kelantan. Begitu di di Singapura jika dibanding dengan di Johor dan negeri-negeri lain. Kita susah nak merasa atau ‘feel‘ perasaan memiliki tanahair yang berdaulat ini kecuali jika kita lahir di Patani atau di Singapura sebagai orang Melayu yang minoriti dan terdedah kepada diskriminasi, prejudis dan ketidakadilan.

 

 

Beza Antara Bernegara Dengan Dijajah

 

Memang ada bezanya. Beza tinggal di tanahair yang berdaulat dengan tinggal di bawah pemerintahan orang lain. Kadang-kadang kita tidak nampak semua ini sebab kita lahir-lahir di sebuah negara yang merdeka dan nampak aman-aman sahaja. Jika ada duit, pergilah melancong ke luarnegara atau lagi bagus menyertai pasukan sukarelawan ke negara-negara bergolak untuk memahami beza antara bernegara sendiri atau duduk di bawah penjajahan orang lain.

Mungkin ada orang yang masih berfikir bahawa tanpa British, orang Melayu tetap mundur. Ini pandangan yang ketinggalan zaman dan silap kerana kedudukan orang Melayu di tangan pentadbir British lebih teruk, yang maju mungkin Tanah Melayu dan pelombong-pelombong luar di kala kehidupan orang Melayu tidak banyak berubah dan kekal sebagai komuniti yang pacifist dan hidup damai di kampung-kampung. Hak-hak orang Melayu terabai dan mereka tidak punya pertahanan dan persenjataan sendiri malah hubungan luar dikawal oleh British.

Mujurlah inisiatif yang dimainkan oleh Sultan Idris I dari Perak terutamanya, telah menyokong kepada konsep persekutuan negeri-negeri Melayu, menubuhkan tanah simpanan Melayu dan penyertaan anak-anak Melayu ke dalam pentadbiran kerajaan.

Sultan Idris I juga yang menyeru pihak British supaya mengiktiraf Bahasa Melayu dipakai dalam urusan kerajaan bergandingan dengan Bahasa Inggeris dan menekan pihak British untuk memulangkan tanah-tanah yang ‘digadaikan’ (wilayah Dinding dan Pulau Pangkor) sebelum itu bagi peperangan menentang Siam dan menumpaskan lanun.

Jika orang Melayu tidak punya pemimpin seperti Sultan Idris I pada ketika itu, maka sudah tentu situasi orang Melayu tidak lebih baik dari yang dinikmati seperti hari ini. Kita boleh perhatikan nasib saudara-saudara kita di Patani dan Rohingya.

 

 

Bernegara Untuk Pertahankan Hak

 

rohingyaattacked

 

Orang Rohingya dan orang Melayu di Patani tidak punya pertahanan sendiri bagi mempertahankan hak dan kedaulatan tanah mereka. Jika kita bernegara sendiri, kita boleh setup ekonomi dan memajukan taraf sosial bangsa kita sendiri. Seterusnya kita mampu membangunkan sistem pertahanan sendiri dan mempertahankan hak dan kedaulatan tanahair seterusnya keselamatan dan maruah setiap keluarga. Kita pun maklum jika terjadi peperangan, setiap dari kita dan keluarga kita berisiko untuk diganggu dan diperlakukan sesuka hati oleh tentera asing yang mabuk kemenangan. Ini lumrah setiap peperangan. Malah contoh yang jelas boleh kira perhatikan kepada keluarga orang Palestin, penduduk Iraq semasa pencerobohan Amerika, Rohingya mahupun di Patani. Di dalam peperangan, tentera musuh umumnya menjadi manusia paling rendah moralnya dan sejarah sudah tercatat tentang kekejaman luarbiasa yang terjadi kepada orang-orang Cina dan Korea apabila negara mereka jatuh ke tangan Jepun sekitar Perang Dunia Kedua. Apatah lagi kita sendiri sedia maklum situasi pendudukan Jepun di negara kita dulu dalam buku-buku sejarah.

Jika kita tidak mampu untuk membuat senjata sendiri atau lemah dalam ilmu pengetahuan untuk membangunkan teknologi, kita boleh membeli sahaja kelengkapan senjata dari luar dan menyiapkan diri kita dengan pertahanan yang dibeli itu. Ini sukar untuk disediakan dalam keadaan kita menjadi minoriti atau duduk di bawah pemerintahan orang lain.

Ingatlah, tindakan kita mesti dilancarkan sesuai dengan realiti dan pelajaran dari sejarah. Bersikap optimis sahaja tidak cukup malah seperti meramal sesuatu yang tidak pasti. Diri kita pastilah lebih baik jika kita yang mampu mengawalnya di tangan kita sendiri berbanding di tangan orang lain. Kita bukan bayi kecil untuk dimanja-manjakan dan mengikut sahaja telunjuk siapa-siapa. Kita boleh bangkit dan berdiri di atas kaki sendiri.

 

 

 

-Srikandi

Rentaka Sekalian Bijasura

8164_496614033697160_1253703772_n

 

*Untuk pembaca MF:  Bacaan Lanjutan

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Leave a Reply