‘Tengku Bilik’ Atau Kerabat Diraja Perak? Hoax Terbesar Dalam Sejarah Melayu

Terdapat satu pihak mendakwa kononnya potret seorang wanita Melayu yang hidup sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang lalu adalah milik Tengku Halima Raja Muhammad Yusuf al-Mahdi atau dikenali sebagai ‘Tengku Bilik’. Benarkah demikian? Jika tidak, apakah dakwaan ini adalah satu hoax yang amat memalukan dalam sejarah kesultanan raja-raja Melayu?

Ikuti analisis yang mendebarkan ini.

 

 

 

 

 

====================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
.
kredit: The Living Races of Mankind, Vol. I. [Hutchinson & Co, London, 1902]; Malaysia: A pictorial history 1400-2004, Wendy Khadijah Moore; DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah (Almarhumah); “Malaya Malay Lady of Noble Birth Old Real Photo Postcard Woman, Muslim Headscarf”, ebay; “Photograph of a Malay lady of Noble Birth 1924″, pinterest; “A Malay Lady of Noble Birth”, Penang Archives International; Sembangkuala; bahan-bahan dari Galeri Sultan Azlan Shah dan Arkib Negara Malaysia
 .
Miliki Kitab Rentaka Di Sini: https://goo.gl/cm3jKW
Miliki Kitab Kursani Di Sini: https://goo.gl/wsR4Dc

    ====================================================================

.

.

.

.

.

Sering saya ingatkan bahawa terlalu taksub dengan foto-foto lama dan menyangka bahawa ianya adalah sumber sejarah yang maksum adalah sikap yang tidak berpelajaran dan merosakkan disiplin ilmu sejarah sendiri. Saya telah huraikan ‘penyakit’ ini dalam buku saya Kursani Segenap Bimasakti:

.

.

fotobknkerjasejarah

.

.

.

Sebenarnya sekadar berkongsi foto-foto tidaklah salah sekalipun caption atau penerangan yang diberikan adalah salah dengan syarat tidak bersikap bodoh sombong mengkondem ulasan sejarah orang lain tanpa ilmu dan menerima teguran seadanya. Tetapi situasi menjadi agak menarik apabila orang yang galak berkongsi foto lama tadi mendabik dada seolah-olah dia telah membikin ‘kerja-kerja sejarah’ yang sebenar dan seolah-olah ada lesen besar untuk mengkondem pendapat sejarah orang lain, malah bersekongkol memakihamun merendah-rendahkan dapatan atau pandangan orang lain terhadap satu-satu isu sejarah, dalam kes ini sejarah Melayu. Padahal orang yang disokong itu pun salah dan pengetahuan sejarahnya cetek dan flip-flop.

Di sini ada satu kes yang epik, apabila salah seorang haters saya, yang saya namakan sebagai Gagak Hitam mengecam komen seorang pengunjungnya yang mempersoalkan dakwaan foto itu adalah Tengku Bilik dengan membawakan pandangan dari saya.

.

.

3b

.

.

Gagak Hitam mendakwa ‘dah baca 50 penulisan Merong’ pun pensyarahnya suruh buat balik. Mengapa pensyarahnya telah reject hasilkerjanya dan mengarahkan dia membuat semula kerja-kerjanya? Ini kerana kerja-kerjanya adalah ‘sampah’ sahaja dan saya akan buktikan bahawa tindakan pensyarahnya itu adalah tindakan paling tepat untuk menyelamatkan disiplin sejarah negara kita dari dirosakkan oleh orang-orang jongos dan tidak berbakat seperti ini.

.

.

.

Benarkah Wanita Itu Tengku Halima/Tengku Bilik?

.

Isu bermula apabila seseorang yang galak berkongsi foto-foto lama telah menaikkan status ini. Individu ini saya namakan sebagai Archivist Hoax. Dia ini adalah sahabat baik kepada Gagak Hitam dan pernah memakihamun saya dalam satu komen di fesbuk Gagak Hitam atas sebab yang saya sendiri pun tidak tahu. Mungkin terpengaruh dengan aksi Gagak Hitam yang marah-marah kerana buku-buku saya lakukeras di pasaran berbanding hasilkerja copypaste-nya yang tidak dipedulikan masyarakat terbanyak.

.

.

hoax

.

.

Ini adalah foto yang dimaksud dalam status ini:

.

1

.

Soalannya, adakah benar wanita dalam foto ini adalah kononnya “Puteri Jelita Riau Lingga + Kesultanan Trengganu” dan bernama Tengku Halima Raja Muhammad Yusuf al-Mahdi atau dikenali sebagai ‘Tengku Bilik’?

JAWAPANNYA: SALAH SAMA SEKALI.

Malahan ia boleh dipertikai dengan bukti-bukti yang cukup konkrit dan banyak rujuksilang.

Sebelum itu, pandangan saya kepada wanita dalam gambar ini ialah beliau adalah salah seorang wanita bangsawan atau setidak-tidaknya wanita terhormat yang tinggal di dalam istana Kesultanan Perak Darul Ridzuan dan rapat di kalangan lingkungan keluarga diraja tersebut sekitar era pemerintahan sultan Perak ke-28, Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar Teja. Ini yang cuba dibangkang dari longkang oleh Gagak Hitam dan mungkin Archivist Hoax.

.

.

Analisis Foto Archivist Hoax

.

1. Foto Poskad?

.

Pertama sekali mari kita lihat foto yang disuakan oleh Archivist Hoax yang didakwa “ditemui dalam simpanan keluarga waris Sultan Zainal Abidin III di Kuala Terengganu”. Jika kita teliti fotonya itu seperti yang disuakan dalam status tersebut, kita boleh lihat masih ada caption di bawahnya tertulis A Malay Lady of Noble Birth.

.

hoax2

.

Foto yang sama dengan caption yang sama boleh kita dapati bersepah di internet seperti ini:

.

perakladynoble

.

Perhatikan foto yang sama dengan caption yang sama, juga perlu diperhatikan dengan gaya pose yang sama dan latarbelakang yang sama. Jadi ini menunjukkan foto yang didakwa-dakwi oleh Archivist Hoax adalah berasal dari foto poskad ini yang siap ada caption. Lain kali nak menipu kena pro sikit bro… kena delete caption tu. Sekadar cadangan.

.

.

2. Gambar ‘Crop’

.

Jika anda perhatikan dengan teliti semua foto-foto ini, ia semacam gambar crop yang dipadankan dengan latarbelakang yang didatangkan kemudian. Perhatikan contoh dari salah satu foto ini:

.

crop

.

Jadi katakan Archivist Hoax nak menipu dengan memadamkan bahagian captionA Malay Lady of Noble Birth” ini atau apa-apa saja cara asalkan caption itu seolah-olah tak wujud, mungkin dengan cara menampal caption yang lain, masih lagi fotonya tidak asli, autentik atau genuine kerana tetap terkelompok dalam gaya foto poskad terbabit.

.

.

3. Versi Yang Sama

.

Anehnya, foto yang didakwa-dakwi oleh Archivist Hoax itu tetap terkelompok dalam versi yang sama seperti versi ‘foto poskad’ tersebut. Dengan gaya pose-nya, pakaian dan aksesorinya dan paling penting ia gambar single! Tidak ada gambar ‘Tengku Bilik’ (sebagaimana didakwa) ini pose bersama-sama orang lain. Ini menunjukkan satu lagi pencerahan kepada misteri sebelum ini.

…bahawa gambar ini benar-benar dicrop dari satu sumber asal.

Versi crop inilah yang menjadi foto poskad dan juga disimpan dalam ‘simpanan keluarga waris’ sebagaimana yang didakwa Archivist Hoax. Jika ia foto waris yang asli, mestilah ia foto yang diakui genuine bukanlah foto poskad dan kemudian diklaim foto itu dan ini. Soalannya mengapa tiada gambar yang lain dalam ‘simpanan keluarga waris’ merujuk kepada wanita ini? Bergambar dengan orang lain? Mengapa hanya satu-satu gambar ini yang juga versi gambar poskad ini yang ada?

Mengapa tidak Archivist Hoax menampilkan gambar wanita ini bersama-sama dengan orang lain seperti ini:

.

.

.

.

.

perakladynocrop

.

Macam mana? Terkejut tak? Ada rasa seram tak wanita yang sama boleh ada dalam foto lain? Wanita yang sama; wajah yang sama, pakaian yang sama dan pose yang hampir sama.

Ada lagi perkara yang lebih menarik dan mengejutkan. Baca sampai habis.

.

.

Foto Dari Kerabat Diraja Perak?

.

Foto itu tadi diambil dari foto ini:

peraklady3small

.

Ini adalah foto Tengku Permaisuri Perak kepada Sultan Idris I bersama-sama dua wanita bangsawan. Wanita yang duduk itu adalah Raja Perempuan Nuteh Aishah dan ini ada disebut oleh Almarhumah Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah dalam laman istagramnya.

Sebenarnya foto dan keterangan yang sama ini diperkuatkan lagi apabila ianya juga ada dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah.

.

gsas

.

Ia menjelaskan bahawa wanita-wanita di dalam gambar ini memang berkaitan dengan Kesultanan Perak Darul Ridzuan dan tidak ada disebutkan pula ada kaitan dengan kesultanan lain apatah lagi ‘Kesultanan Riau Lingga + Kesultanan Trengganu’.

Dalam foto ini sudah tentu kita tertarik dengan gambar wanita yang di tengah-tengah, yang mana mirip dengan wanita yang didakwa oleh Archivist Hoax dan Gagak Hitam sebagai Tengku Bilik itu. Oleh itu mari kita perhatikan adakah ianya ada persamaan:

.

.

malayladysama

.

Kita analisis secara ringkas:

1. Kedua-duanya memakai tutup kepala yang bercorak sama dengan renda yang sama.

2. Dahi yang luas

3. Jenis mata yang sama

4. Jenis hidung yang sama (hidung kembang sedikit)

5. Jenis bibir yang sama

6. Memakai kalung biji

7. Kerongsang yang sama. Perhatikan susunan kerongsang dan jenisnya.

8. Kebaya labuh dengan corak yang sama

.

.

Ini adalah wanita yang sama!

.

.

Bagaimana Archivist Hoax dan Gagak Hitam boleh mendakwa wanita ini adalah Tengku Halima/Tengku Bilik? Jika ya, bilakah Tengku Bilik bergambar bersama-sama Tengku Permaisuri Perak? Adakah dinyatakan dalam mana-mana rekod? Adakah foto lain yang menunjukkan Tengku Bilik bersama orang lain dalam simpanan waris itu? Jika tiada dan hanyalah yang ada cuma foto versi poskad itu dan dilabel sebagai ‘Tengku Halimah’ semata-mata bukanlah bukti konkrit untuk membenarkan hoax seperti ini.

Ada sesuatu yang menarik pasal kerongsang itu. Sebelum itu saya syorkan jangan pandang lama-lama wajah-wajah almarhumah ini semua, maksud saya jangan terlampau obses. Apa-apa terjadi jangan cari saya pulak.

.

.

Misteri Kerongsang

.

Kerongsang yang dipakai oleh wanita ini boleh dijadikan petunjuk dari mana beliau datang. Sebelum itu perhatikan bahawa kalung biji yang dipakainya juga dipakai oleh Tengku Permaisuri Perak:

.

peraklady3krongsangsama

.

Berkenaan kalung biji ini, ia juga dipakai oleh kerabat Kesultanan Perak yang lain seperti ini:

.

kalung

.

Foto di atas adalah gambar Tengku Permaisuri Che Uteh Mariah (isteri kedua Sultan IdrisI) bersama-sama puteri-puterinya serta kerabat yang lain.

Sekarang perhatikan jenis dan susunan kerongsang. Jika anda perhatikan susunan kerongsang pada kebaya labuh mereka ini sama sahaja dan mengikut pattern seperti ini:

.

krongsang

.

Perhatikan ada tiga kerongsang yang berturutan ke bawah dan kerongsang pertama berbeza dari dua kerongsang seterusnya. Corak susunannya adalah seragam dipakai oleh ketiga-tiga wanita ini.

Soalannya, jika wanita di dalam foto poskad itu adalah Tengku Bilik yang mana adalah wanita yang sama dalam foto bersama-sama Tengku Permaisuri Perak itu, mengapa beliau memakai aksesori yang sama dan mengikut corak susunan yang sama dengan Tengku Permaisuri Perak? Adakah kerabat diraja Perak telah wassap Tengku Bilik supaya berangkat untuk berfoto bersama dengan panduan tertentu supaya sama dengan fesyen Tengku Permaisuri Perak? Ya, teknologi wassap belum lagi ada waktu itu maka ini menunjukkan kostum yang dipakai oleh wanita yang kontroversi ini adalah kostum sebenar yang dipakai dalam lingkungan istana Kesultanan Perak.

Ada lagi yang lebih menarik dan mengejutkan!

.

.

Rahsia “A Malay Lady of Noble Birth

.

Sebelum ini saya ada mempersoalkan Archivist Hoax, jika benar Tengku Bilik adalah wanita dalam foto poskad itu, adakah Archivist Hoax mampu menampilkan foto Tengku Bilik yang lain?

Contohnya seperti ini:

.

.

.

.

.

.

wanitaperak2

.

Wanita yang sama.

wanitaperakcropsama

.

Amacam? Terkejut tak? Rasa seram tak wanita ini muncul lagi dalam foto yang lain? Okay rileks dulu. Kita perhatikan susunan kerongsang mereka.

Sebelum itu foto tadi diambil dari sini:

.

wanitaperaksmall

.

Pada keterangan foto ini tercatat: Three ladies of the royal family of Perak, Malay Peninsula, 1902. From The Living Races of Mankind, Vol. I. [Hutchinson & Co, London, 1902]. Artist L Wray. January 01, 1902 License

Okay perhatikan susunan kerongsang pada baju mereka. Ya, jelas ada susunan tertentu di sana di mana kerongsang pertama agak unik dan kemudian dua kerongsang seterusnya adalah sama.

Foto yang terakhir ini sudah cukup untuk memungkas semua hoax oleh Archivist Hoax dan Gagak Hitam berkaitan foto kontroversi ini. Jadi saya telah menampilkan dua foto wanita misteri ini dan kedua-duanya adalah memang wanita yang sama dalam versi poskad dan wanita ini adalah sebahagian dari sejarah Kesultanan Perak bukannya dari Kesultanan Riau-Lingga + Trengganu sebagaimana yang didakwa oleh Archivist Hoax dan Gagak Hitam The Epic Fail.

.

.

Sebagai catatan tambahan, pada pandangan saya foto yang terakhir ini adalah foto para wanita yang sama seperti dalam foto ini:

.

peraklady3small

.

Perhatikan:

.

wanitaperaksmallpadan

.

Perhatikan wanita yang duduk. Juga wanita yang berdiri di hujung. Wanita yang di tengah-tengah tidak diragukan lagi adalah wanita yang sama, yang kita dok bincangkan ini.

Berdasarkan kedua-dua foto ini, pada pendapat saya foto sebelah kiri adalah foto ketika mereka masih remaja, manakala foto sebelah kanan diambil ketika para wanita bangsawan ini meningkat dewasa. Juga wanita yang duduk adalah yang diraikan ketika itu.

.

.

.

Moral Dari Semua ini

.

Sebagaimana yang saya katakan tadi, hanya sekadar berkongsi dan berbincang-bincang seputar foto-foto lama bukanlah kerja-kerja sejarah yang sebenar. Itu adalah kerja para peminat fotografi. Kerja-kerja sejarah yang sebenar adalah analisis sejarah dari pelbagai rujuksilang dan dipadankan dengan pelbagai disiplin ilmu. Kemudian disampaikan kepada masyarakat dalam gaya bahasa akademik mahupun gaya yang dipermudahkan untuk memberikan kefahaman kepada khalayak.

Namun tidak salah sekadar minat berkongsi foto-foto lama sahaja. Yang jadi aneh dan hairan bin ajaib adalah peminat foto lama ini menjadi angkuh secara tiba-tiba dan mempertikaikan pandangan atau ilmu orang lain. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh Gagak Hitam dan Archivist Hoax itu apabila marah-marah ketika ada pengomen membawakan pandangan saya kepada isu foto wanita bangsawan Perak ini. Archivist Hoax itu pun sebenarnya pernah tumpang sekaki memakihamun saya kerana dia pun menyimpan kebencian kepada saya atas sebab saya pun tak tahu sebenarnya. Alahai…beza pandangan sejarah je pon.

Negara jika masih menyimpan staf-staf yang tidak berbakat dan menyusahkan rakyat seperti ini akan menyebabkan pembaziran yang besar. Staf hanya minat bermain fesbuk sahaja dan tidak memperkasakan khazanah warisan dan sejarah negara. Berapa banyak manuskrip yang terbiar tanpa dikaji, berapa banyak tapak warisan yang dihuni jin ifrit dan penagih dadah dan menunggu masa untuk kontraktor meratakannya bagi membikin perumahan mampu tengok? Tepok perut tanyalah nak makan apa.

Sekarang nampak tak bahawa tindakan pensyarah Gagak Hitam me-reject tugasan sampah si Gagak Hitam adalah tindakan super tepat.

Sekian dari saya. Hujah lawan hujah saja. Nothing personal.

.

.

.

~Srikandi

seriTHL

Leave a Reply