Surat Malik Bin Dinar

 

Ramai yang mengetahui beliau ialah salah satu tokoh yang seringkali muncul dalam kisah-kisah sufi.Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau adalah orang yang jika tidak yang pertama adalah antara yang terawal datang membawa cahaya Islam ke India.

Malik Bin Dinar hidup sekitar abad ke-7 Masehi pada masa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dari dinasti Umayyah.Riwayat mengatakan beliau adalah anak kepada seorang berbangsa Parsi dari Afghanistan sekarang yang menjadi murid kepada seorang lagi tokoh sufi,Hassan Basri.

Di India terdapat legenda dimana seorang raja yang muncul dalam pelbagai mitos di Kerala bernama Tajuddin Cheraman Perumal (Cheraman Perumal adalah gelaran kerabat diraja Chera) menjemput Malik Bin Dinar dan sekumpulan pendakwah untuk datang ke India.Malik Bin Dinar serta kumpulannya menempuh perjalanan yang panjang sehingga sampai ke pelabuhan Nagapattinam,Tamil Nadu.Di selatan India,Malik Bin Dinar berdakwah menyebarkan Islam dan membina 11 masjid.Antara masjid yang dikaitkan dengan tokoh ini ialah Masjid Malik Bin Dinar di Kasaragod dan Masjid Chaliyam Juma di Chaliyam.

Di sebelah sisi lain,begitu banyak kisah seputar dunia kesufian tentang beliau.Kadang-kadang ada yang seperti ditokoktambah,sebagaimana kisah-kisah Rabiatul Adawiyah,juga Hassan Basri dan Zunnun Al-Misri.Zunnun Al-Misri misalnya adalah orang yang pertama boleh membaca tulisan di Batu Rosetta sebelum Jean-François Champollion menterjemahnya.

Antara yang popular adalah kisah taubatnya dan kisah beliau menulis surat sebagai jaminan mahligai di syurga kepada seorang pemuda kaya yang ditemuinya.

Surat itu berbunyi:

” Dengan ini saya Malik bin Dinar berjanji bahawasanya si anu bin si anu akan mendapat satu mahligai bersifat begini begini ( menurut ciri-ciri mahligai yang telah diceritakan kepada pemuda tersebut dalam kisah itu ),bahkan dia akan memperolehi kedudukan perhampiran Allah Taala.”

Kisah yang menyayat hati ini pernah dipetik dalam sebuah lagu bertajuk ‘A Letter’ oleh D’Cromok,sebuah band thrash metal sekitar 90-an dahulu dalam album VII Years VII Days Part Two.

Leave a Reply