Buku Terbaru Srikandi

10952708_600204400080094_1729377382_n

 

Emas Para Dapunta & Maharaja,begitulah namanya,merupakan naskah terbaru dari Srikandi,penulis kontroversi yang tidak disenangi oleh ramai pihak kerana ketegasannya dalam memperihalkan sejarah,terutamanya sejarah Melayu.

Merupakan koleksi catatan Srikandi yang kaya dengan prosa yang puitis,perenggan-perenggan yang magis dan petunjuk-petunjuk yang mendebarkan,merupakan ‘trigger’ yang menggelitik perasaan untuk membongkar 1001 rahsia sejarah yang tersembunyi di dalam peta-peta pengembara,musafir yang lelah dan para darwisy yang misteri.

Jika dikatakan sejarah ditulis oleh mereka yang menang,maka sejarah itu dimiliki oleh mereka yang berpelajaran,maka sejarah yang abadi itu akan mencairkan dakwat sejarah palsu yang tertera dalam buku-buku si penjilat dan si pengecut,yang kelak akan disimbah ke jirat-jirat si petualang.

My History is Immortal,

di sana ada keberanian seampuh besi kursani,di sana ada hati waja seperti batu petir,di sana ada semangat membara laksana campuran logam 7 warna 7 jenis.

…yang mana.semuanya tercantum dalam kisah hidup seorang srikandi,yang berkelana mencari erti sejarah bangsanya yang aneh dan menakjubkan.

Akan berada di pasaran awal bulan hadapan.Akan muncul di Pesta Buku Selangor jika tiada aral melintang.Prakata oleh saudara Fadli Al-Akiti,editor Dewan Sastera.

~voo

Leave a Reply