Orang Melayu Penduduk Asli Asia Tenggara

 

Akhirnya Profesor Dr, Zafarina dari USM akur dengan kenyataan,bangsa Melayu bukan dari mana-mana.

Saya sudah berjuang sekian lama sejak 2009 dengan melobi mereka semua ini bahawa dari segi sejarah malah DNA dan genome sekalipun,pi mai pi mai tang tu,akhirnya anda akan berjumpa dengan kenyataan bahawa bangsa Melayu adalah The Indigenous Asia Tenggara.Kenyataan retorik dan provokasi bahawa Orang Asli adalah ‘the real indigenous’ adalah fantasi dan imaginasi yang tidak berpendidikan,jumud dan berniat jahat sahaja.Malahan nenek moyang Melayu rupanya bergerak bersama-sama dengan Negrito di sekitar Asia Tenggara 60,000 tahun dulu,cuma sifat Melayu yang merupakan ‘seafarers’ maka mereka bertebaran di seluruh Asia Tenggara dan Pasifik.

Malahan saya sudah terangkan berkali-kali bahawa Orang Asli (khususnya di Malaysia) terbahagi kepada dua iaitu Aslian yang bahasanya condong ke Mon-Khmer dan Aborigine Malay yang bahasanya condong ke arah Malayo-Polinesian.

Dalam konvensyen ini juga,ada Stephen Oppenheimer,pengkaji antropologi terkenal.Siap pakai baju batik lagi.Memang grand la semua profesor yang top-top buat pembentangan bersama.Kalau you all anak-anak Melayu masih sangka diri tu dari planet Jupiter,tak dapek la den nak nolong.Bukti akademik dah ada.

http://www.frequency.com/…/apm-2205-usia-sebenar-…/140936878

Leave a Reply