Paderi Pelik

 

Ada emel dari seorang pembaca.Saya tolong jawablah.So,enjoy!

Kenyataan ini dikatakan dari Rev. Lawrence Andrew,paderi pelik yang nak patung sembahan dia bernama Allah tapi tak nak ikut perintah Allah dalam AlQuran serta mengaku Muhammad s.a.w utusan-Nya:

“Sebagai contoh perkataan seperti “suci” dan “dosa” bukan sebuah perkataan Bahasa Melayu. Cuba bertanya dengan orang Melayu apakah perkataan “dosa” dalam Bahasa Arab?Sebaliknya, “suci” dan “dosa” merupakan perkataan Sanskrit yang berasal dari India. Jadi, bila kita mula memahami asal-usul Bahasa Melayu, kita akan dapati Bahasa Melayu adalah berakar daripada pelbagai Bahasa-Bahasa yang lain”.

Ulasan:

Kenapa nak tanya perkataan “dosa” dalam bahasa Arab?Apa keperluan buat pertanyaan begitu?Kenapa nak pening-pening?Kata pinjaman perkara biasa dalam bahasa-bahasa dunia hatta bahasa Inggeris lagi berlambak ‘loanwords’ dari bahasa Jerman,Latin malah Avestan dan Sanskrit.Mat Salleh rilek je.Paderi ni sudah trauma dengan perkataan-perkataan nampaknya.Dari dulu sampai sekarang dia ni sibuk bermain dengan perkataan-perkataan macam obses dengan Sahibba atau Scrabble.

Kenapa dia mula memahami bahasa Melayu,dia ‘judge’ bahasa Melayu berakar dari bahasa-bahasa lain?Dia tak mula memahami sebenarnya tapi sengaja membengapkan diri.Bahasa Melayu kategori Austronesian Languages.Sekali lagi,don’t judge a language by its loanwords.

“Jadi, cara yang bagus untuk meredakan sentimen ini adalah kita semua perlu menerima negara ini sebagai negara kita. Kita semua adalah pendatang, termasuk kesemua perdana menteri negara kita, yang aslinya adalah orang asal dan orang asli di negara ini”.

Ulasan:

Ini bengap sejarah sebab Orang Asli di Malaysia ada dua kategori iaitu Aborigine Malay dan Aslian.Kajian DNA dan genome juga juga mengesahkan bahawa orang Melayu sama tua dengan Negrito di Malaysia dan Asia Tenggara.

Cara untuk meredakan sentimen yang sebenarnya ialah menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara kita.Ini perkara kecil sahaja,kalau tak namakan patung Jesus dengan ‘Allah’ tak boleh semayangkah?Orang Amerika dengan Eropah,rilek je.You pakai mazhab apa pulak?Pelik benar,sampai berjuang bermatian nakkan perkataan ‘Allah’ tu sampai terpaksa study subjek “Perkataan-perkataan pinjaman dalam Bahasa Melayu”.

~Srikandi

Leave a Reply