Misteri Masjid Terbenam II

 

Ramai yang bertanya tentang struktur seakan masjid yang terbenam di dalam tanah di Lembah Bujang.Memang di sana ada misteri yang masih tersembunyi di dalam tanah.Ia seakan-akan cerita di dalam The Exorcist: The Beginning; sebuah gereja Byzantin berusia kira-kira 500 Masehi ditemui tertimbus di dalam pasir di satu daerah di Afrika,lama sebelum Kristian tiba ke wilayah itu.

 

 

 

 

=====================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33

     ======================================================

 

 

 

 

Sebenarnya masjid tertua yang menyerupai struktur bangunan itu adalah Masjid Pangkalan Kakap di Merbok,Kedah.

Senibina tiang di sekeliling masjid adalah unsur unik pada masjid ini.Begitu juga tiang-tiang di dalamnya.

 

tiangkakap

 

Menurut Naib Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof, penemuan terbaru itu dipercayai sebuah masjid memandangkan tiada penemuan artifak lain yang cenderung kepada agama lain sama ada di dalam atau di sekitarnya.

Wan Shamsudin menegaskan lagi, terdapat bukti-bukti terawal yang menunjukkan Islam telah bertapak di Kedah sebelum secara rasminya tetapi tidak berkembang secara menyeluruh iaitu penemuan kepingan batu bersurat di Bukit Tupah, Merbok bertarikh 828 Masihi bersamaan 214 Hijrah dan di batu itu tercatat nama Ibni Sirdhan.

 

ibnu sardan

 

Kata Shamsudin, Ibni Sidhan ini mungkin seorang pendakwah dari Timur Tengah yang telah mula memperkenalkan dan memperkembangkan Islam di Kedah.

Bukti lain yang ditemui adalah sebatang nisan di sebuah perkuburan lama di Kampung Tanjung Inggeris berhampiran Pekan Langgar yang bertarikh 3 Rabiulawal 291 Hijrah/904 Masehi yang tersembunyi dalam sebuah busut besar dan nama yang terukir di batu nisan itu adalah Syeikh Abdul Kadir.

Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh beberapa orang profesor juga menunjukkan bahawa Syeikh Abdul Kadir merupakan seorang pendakwah Islam dari Timur Tengah yang mengembangkan Islam di daerah itu.

Pada waktu yang sama iaitu pada abad ke-9 dan 10, dari catatan para pedagang dan pendakwah atau ahli pelayaran dari Timur Tengah menunjukkan bahawa mereka sudah ramai datang berniaga di Kedah. Di samping berniaga, mereka turut menggunakan kesempatan memperkenalkan Islam.

Perhatikan; ini bertepatan dengan catatan Abu Dulaf pada tahun 940 Masehi:

 

“Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang “qala’I” iaitu pedang Hindi yang tulen…seperti di Negara China, terdapat orang-orang yang tidak menyembelih ternakan yang mereka makan. Penduduknya mempunyai sistem keadilan dan mempunyai penjara serta hukuman denda”.
“Mereka makan gandum, buah kurma, sayur-sayuran yang ditimbang bila dijual dan roti yang dilonggok-longgok sahaja bila dijual. Mereka tidak mempuyai hamam tetapi mandi di sungai-sungai yang mengalir deras. Wang mereka ialah dirham perak…yang dipanggil ‘fahri’. Mereka memakai kain ‘al firand’ (sutera) yang sangat mahal seperti orang-orang China dan menyebut Maharaja China di dalam Khutbah Jumaat dan qiblat Raja Kalah pun mengadap ke arah Maharaja itu…”

 

 

“Raja China” di dalam teks ini merujuk kepada Maharaja Srivijaya yang umum menganut fahaman Buddha Mahayana,sama seperti fahaman dinasti-dinasti China.Maharaja Srivijaya juga memakai gelaran-gelaran dalam bahasa Sanskrit seperti Indravarman,Trailokyaraja dan sebagainya dan ini mempengaruhi kefahaman Abu Dulaf ketika itu.Ini kerana Raja Kalah (Kedah) masih di bawah pengaruh Srivijaya/Sribuza.’Qiblat’ di sini bukannya kiblat orang bersolat tetapi kemungkinan besar adat istiadat mengadap raja-raja Melayu yang memerlukan adat tunduk dan mengangkat sembah di hadapan raja.

Walaupun umumnya pengaruh Hindu-Buddha masih kuat ketika itu,namun di sini kita tahu bahawa komuniti Islam telah ada di dalam ibukota Kedah Tua,malah amat meluas dan menjadi trend di sana.

Justeru,memang Abu Dulaf telah menggambarkan bahawa memang ada suasana islamik di kawasan bandar (urban) di dalam kerajaan Kedah Tua.

 

masjid pangkalan kakap

Masjid Pangkalan Kakap dikatakan dibina pada tahun 1800-an.Saya mengesyaki bahawa masjid abad ke-19 itu dibina semula dari tapak asalnya yang memiliki pelan bangunan-bangunan yang biasa ditemui di Lembah Bujang,yang mana kononnya adalah candi-candi Hindu.

Bagaimana jika semua ‘candi-candi’ itu adalah sebenarnya adalah masjid,tambahan pula tiada sebarang patung pun ditemui di sana?

 

bujang-20110730-00123

 

Perhatikan bangunan yang dibina semula dan dilabel sebagai ‘Candi Pendiat’.Terasa amat miskin dan sambil lewa cara mereka membina semula bangunan itu.Apa guna lubang-lubang pada sekeliling pelan bangunan?

Sementera itu,

Bukti yang paling mengesankan ialah ditemui seakan-akan mihrab yang menghala ke arah kiblat di dalam bangunan berkenaan semasa kerja ekskavasi dijalankan dan tidak pula terdapat sebarang artifak yang berkaitan dengan agama Hindu dan Buddha.

“Ini menunjukkan kesucian tempat itu dijaga, “ kata Wan Shamsuddin dan menjelaskan ia mungkin dibangunkan oleh pedagang yang datang ke Timur Tengah dengan izin penduduk di kawasan itu pada abad ke 10. Kalau kajian dibuat dengan lebih terperinci dan diakui oleh ahli-ahli arkeologi, kita mungkin akan boleh menukar catatan sejarah sekiranya terbukti Islam mula datang ke Kedah.

Laporan itu menyebutkan lagi bahawa,”satu lagi yang hendak ditekankan, janganlah mendakwa orang yang mendirikan rumah-rumah ibadat itu adalah orang-orang Hindu atau India tetapi oleh orang-orang Melayu tempatan yang beragama Hindu atau Buddha kerana struktur binaan itu adalah senibina Melayu orang tempatan”.

Ini saya setuju,kerana agama bukanlah bangsa.Di sana mungkin ada candi-candi sebenar namun yang membinanya bukanlah orang Tamil atau dari India.’Masjid’ yang tertimbus ini,yang mengadap ke arah kiblat,bukanlah dibina oleh orang Arab.

Yang membinanya ialah orang Melayu Kedah Tua.

 

candibujanglubang

 

Sebagai mengakhiri kajian kes ini,saya tinggalkan satu puzzle untuk anda memikirkannya.Di bawah ini adalah kuil Mesir ketika era penguasaan Rom.Perhatikan senibina tiangnya dan bandingkan dengan Masjid Pangkalan Kakap.

 

dandera

 

Perhatikan bait-bait dalam Hikayat Merong Mahawangsa:

 

Maka titah Raja Merong Mahawangsa kepada menteri Rom, “Sudahlah beta rajakan anakanda ini. Maka sekarang akan negeri ini patutlah kita namakan sesuatu akan dia.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, hlm 34)

 

~Srikandi

 

 

 

 

 

 

bibliografi: Penemuan bersejarah Islam mula bertapak di Kedah bukan Melaka,Utusan Malaysia (12/5/2005)

 

Leave a Reply