Wheel of Sharp Weapons

 

 

Wheel of Sharp Weapons (Tibet: blo-sbyong mtshon-cha ‘khor-lo) adalah merupakan karya seorang pendeta Melayu bernama Dharmakirti pada abad ke-10 Masehi.Gelaran penuhnya ialah Dharmakirti Suvarnabhumi atau Serlingpa.

Beliau adalah ahli kerabat diraja Srivijaya yang ketika itu adalah pusat pengembangan ajaran Buddha Vajrayana atau Tantra Buddha walau pada umumnya Srivijaya berpaksikan kepada mazhab Mahayana.Vajrayana adalah seperti cabang kerohanian dalam agama Buddha atau Esoteric Buddhism; seperti Sufisme dalam agama Islam.

Menariknya,pada hari ini kita tahu bahawa Tibet adalah pusat kepada ajaran Vajrayana dengan imej-imej komersilnya seperti Istana Potala dan Dalai Lama.

Sebenarnya,pengaruh Vajrayana di Tibet adalah hasil pembaharuan oleh Atisa,seorang sami berketurunan Bengali yang telah belajar di bawah Dharmakirti.Beliau telah menulis satu karya bertajuk Lamp on the Path to Enlightenment (Bodhipathapradīpaṃ) hasil dari pembelajarannya dari isi Wheel of Sharp Weapons.

Hasil dari ajaran dan pemikiran pendeta Melayu itu,maka wujudlah aliran kawalan minda dan pertapaan yang digelar Lojong yang dibangunkan selama 300 tahun berdasarkan ajaran dari Wheel of Sharp Weapons  oleh Dharmakirti.Menarik bukan?

 

wheel sharp

 

Vajrayana atau Tantra adalah cabang kerohanian dalam Buddha telah dibangunkan oleh Srivijaya sekitar abad ke-10 Masehi.Ini terbukti dengan rekabentuk Borobudur yang menerapkan bentuk-bentuk geometri sebagai simbol ajaran Tantra.Selain Atisa,ramai pendeta-pendera dari China belajar dari lebih 1000 pendeta Melayu di ibukota Srivijaya,salah satunya ialah Yi Jing yang terkenal itu.Yi Jing telah menginap di Srivijaya pada tahun 671 Masehi untuk mempelajari idea-idea kerohanian pendeta-pendeta Melayu,lama sebelum Padmasambhava dikatakan membawa kaedah kerohanian tersebut ke Tibet pada tahun 747 Masehi.

Pada akhir perkembangan Mahayana di Asia Tenggara,agama Islam telah mula masuk.Kemerosotan Srivijaya ketika itu melambangkan peralihan aliran Mahayana kepada Theravada,dan ajaran Vajrayana menyerap masuk ke dalam Theravada secara aneh.Ligor (Tambralinga/Sri Dharmaraja) mengambilalih peranan Srivijaya sebagai pusat pengembangan ajaran Buddha,namun versi Theravada dari Sri Lanka.

Kemasukan agama Islam begitu mengesankan unsur kerohanian dalam diri bangsa Melayu ketika itu.Konsep-konsep Tuhan yang Tunggal,tiada beranak dan diperanakkan,mengatasi segala sesuatu dan tiada apa pun dapat menyerupai-Nya adalah klimaks kerohanian yang lebih unggul dari segala kepercayaan Tantra.Inilah puncak kerohanian sejati yang dicari-cari oleh bangsa Melayu ketika itu menghasilkan natijah pengislaman secara beramai-ramai orang-orang Melayu serta yang lainnya ke dalam agama Islam.

 

~Srikandi

 

Untuk mendaftar kuliah percuma saya KLIK sini>> KULIAH PERCUMA “SPECIAL HISTORY”

Leave a Reply