Bukti Rekod Dari China (Dinasti Ming) Tentang Kewujudan Kesultanan Melaka

 

 

Ramai yang bertanya kepada saya tentang rekod dari China yang sebenarnya tentang Kesultanan Melaka.Sebelum ini,banyak rekod yang ada hanyalah dari sumber Melayu sendiri seperti Sulalatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah (kedua-duanya diiktiraf UNESCO untuk temasuk dalam senarai Memory of the World Register ) selain Bustanul Salatin atau sumber dari Portugis seperti Suma Oriental atau Comentários do grande Afonso de Albuquerque,namun manakah sumber dari China sendiri?Aneh bukan?

Sebenarnya memang ada malah di sana tersimpan kemas nama-nama raja Melaka di dalam rekod China sendiri.So,educate urself.

 

 

 

 

 

=====================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33

     ======================================================

 

 

 

 

 

 

 

KESULTANAN Melaka meliputi kawasan empayarnya seluruh semenanjung Tanah Melayu bersempadan dengan Patani dan sebahagian timur Sumatera,sementelah pengaruh budayanya merentasi seluruh suku-suku Nusantara.

Gambaran antara yang terbaik untuk menunjukkan kejayaan hubungan antarabangsa bangsa Melayu menerusi Kesultanan Melaka adalah dengan menghayati catatan Tom Pires tentang para pedagang yang datang ke pelabuhan Melaka :

Moors from Cairo, Mecca, Aden, Abysinnians, men of Kilwa, Malindi, Ormuz, Parsees, Rumes, Turks, Turkomans, Christians Armenians, Gujaratees, men of Chaul, Dabhol, Goa, of the kingdom of Deccan, Malabars and Klings, merchants from Orissa, Ceylon, Bengal, Arakan, Pegu, Siamese, men of Kedah, Malays, men of Pahang, Patani, Cambodia, Champa, Cochin China, Chinese, Lequeos, men of Brunei, Lucoes, men of Tamjompura, Laue, Banka, Linga (they have
a thousand other islands), Moluccas, Banda, Bima, Timor, Madura, Jaya, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, lndragiri, Kappatta, Menangkabau, Siakå Arqua (Arcat?), Aru, Bata, country of the Tomjano, Pase, Pedir, Maldives.

(Melayu Pribumi Asia Tenggara,Bab ke-2 terbitan HRP)

 

Namun ada persoalan juga provokasi yang mengatakan mana dia sumber dari China yang terang-terang mengandungi maklumat tentang Kesultanan Melaka ini?Mereka seterusnya menuduh bahawa Kesultanan Melaka adalah dongeng,tidak wujud malah hanyalah mitos dari hikayat-hikayat Melayu dalam Sulalatus Salatin dan dikutip oleh penulis Portugis.

Sebenarnya dakwaan mereka di atas ini adalah tidak berpendidikan sama sekali.Hanya kerana mereka malas membaca dan dungu,tidak bermaksud tiada rekod-rekod dari dinasti-dinasti China yang menjadi saksi kepada pelabuhan Melaka yang prestijnya menandingi imej selebriti pelabuhan Venice di Mediteranean.

“Whoever is lord of Malacca shall have his hands on the throat of Venice” -Tom Pires

Jadi soalannya sekarang.mana dia sumber China tentang kewujudan Melaka?

 

 

 

SUMBER DINASTI MING TENTANG KEWUJUDAN KERAJAAN MELAKA

 

Gambaran+Terkini+Pelukis+Tentang+Kota+Melaka+3

 

 

 

Kewujudan kerajaan Kesultanan Melaka sememangnya telah lama wujud dalam rekod-rekod diraja imperial China.Malangnya,ramai di kalangan kita tidak tahu menahu tentang ini termasuk para sejarahwan,pengarang buku teks dan ahli akademik.Seperti katak di bawah tempurung,itulah gambaran jelas tentang penyakit mereka ini.

Kesultanan Melaka disebut dalam T’ai-tsung (Yung-lo) Shih-lu sebanyak 130 chuan, Jen-tsung (Hung-hsi) Shih lu sebanyak 10 chuan dan Hsuan-tsung (Hsüan-te) Shih-lu sebanyak 115 chuan.

Selain menceritakan tentang adanya kerajaan Melaka,catatan mereka juga menyebut tentang nama raja-raja Melaka seperti Pai-li-mi-su-la (Permaisura),Mu-kan-sa-yu-ti er-sha (Megat Iskandar Shah), Hsi-li-ma-ha-la-che (Sri Maharaja) dan sebagainya.

Permaisura adalah nama sebenar bagi ‘Parameswara’ yang sebenarnya bersumberkan catatan-catatan Barat seperti Windsted dan Wake yang keliru dengan sebutan China tersebut.

Ketiga-tiga rekod ini adalah dari tiga maharaja China dari dinasti Ming iaitu:

1) Yung-lo/Yongle (1402-1424)

2) Hung-hsi/Hongxu (1424-1425)

3) Hsuan-te/Xuande (1425-1435)

 

Kesemua rekod ini tersimpan kemas dalam rekod imperial China (Imperial Archive) di Beijing.

Kesemua rekod dinasti Ming berkenaan dengan Empayar Kesultanan Melayu Melaka telah disahkan dan dikaji dengan mendalam oleh ramai sarjana sejarah luarnegara termasuk Wang Gungwu,seorang sejarahwan prolifik Australia.

Cuma di Malaysia,ramai di antara kita tidak mengetahui sama sekali perkara ini dan menganggap Sulalatus Salatin mengada-adakan cerita dongeng tentang kerajaan ini.Catatan lengkap tentang Melaka dan raja-rajanya dalam rekod diraja China menunjukkan bahawa catatan Tom Pires juga Duarte Barbosa tentang saiz perdagangan Melaka yang besar adalah benar.

Ini juga menunjukkan Sulalatus Salatin bukanlah berpenglipurlara.

 

~Srikandi

 

Untuk mendaftar kuliah percuma saya KLIK sini>> KULIAH PERCUMA “SPECIAL HISTORY”

koleksi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

kredit: warguide

5 Responses to “ Bukti Rekod Dari China (Dinasti Ming) Tentang Kewujudan Kesultanan Melaka ”

  1. Bukti-bukti yang ada tidak dapat membuktikan dengan muktamad tentang betapa jauh alam Shang terbentang dari Anyang. Hipotesis terutama adalah bahawa Anyang, yang diperintah oleh dinasti Shang yang sama dalam sejarah rasmi, wujud bersama-sama dan berdagang dengan banyak petempatan yang mempunyai berbagai-bagai kebudayaan di kawasan yang kini dirujuk sebagai China wajar.

  2. Agree…

  3. Aman Bin Hussin

    The best information for history of Malaysian people…..

Leave a Reply