Asal-usul Menora

 

Tarian Menora adalah salah satu tarian purba orang-orang Melayu ketika era pra-Islam.Semua sumber sama ada dari pihak Kelantan dan Thai sekalipun akan berbalik kepada sumber yang sama;yang menunjukkan bahawa asal-usul tarian ini dari kerabat diraja purba Melayu di Segenting Kra.Saya tunjukkan kepada anda bagaimana ini berlaku.

 

 

 

 

=====================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33

 ======================================================

 

 

 

 

 

TERDAPAT ramai orang Melayu menganggap sebahagian budaya atau tarian purba orang-orang Melayu utara terutama seni budaya dari Kelantan dan Terengganu adalah berasal dari Thailand atau ‘Siam’.Ini salah sama sekali.Bukti sejarah menunjukkan orang Thai ketika kempen perluasan kuasanya dari utara Thailand (Sukhotai) hinggalah era Ayutthaya,banyak mencedok sekian banyak budaya kerajaan-kerajaan di sekelilingnya.Ini adalah untuk pembinaan identiti negarabangsa.Malah,umum mengetahui bahawa orang Thai adalah imigran termuda ke Indochina yang sebelum itu telah ada orang Mon,Melayu,Khmer,Pyu dan Cham.

Bukti paling jelas apabila setiap kali orang-orang Thai menjarah Angkor,mereka membawa sekali kerabat diraja,seniman,tukang-tukang ukir,para penari dan sebagainya.Contohnya menurut riwayat Paramanuchitchinorot, peperangan terjadi pada tahun 1350,juga sekitar tahun-tahun 1380,1418 dan 1431:

 

Sekitar tahun 1350-1351,dalam bulan April 1350 Raja Ramadhipati mengarahkan Ramesvara iaitu anaknya membuat serangan ke atas ibukota Raja Kambuja (Angkor) dan ini disokong oleh Paramaraja (Pha-Ngua) dari Suphanburi menyebabkan ibukota Kambuja ditawan dan ramai keluarga dibawa ke Ayutthaya.

 

Pada ketika itu, [sekitar tahun 1380] penguasa Kambuja datang menyerang Chonburi, dan membawa ahli-ahli keluarga dari penduduk di situ  ke arah timur ke Chanthaburi, seramai sekitar enam atau tujuh ribu orang yang kembali [dengan tentara Kamboja] ke negeri Kambuja. Jadi sang raja (Siam) menyerang Kambuja dan menawan kembali penduduk tersebut.


Kemudian pada tahun 1418.raja Siam pergi untuk menyerang Angkor lagi, ibukota Kambuja, dan merebut kota itu.

 

tariankemboja

Tarian Apsara Kemboja,dipersembahkan oleh Puteri Norodom Buppha Devi sekitar tahun 1965

 

Memang menjadi tabiat,kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara terutama di Indochina,pihak yang menang akan memindahkan penduduk di wilayah yang kalah ke wilayah-wilayah mereka bagi tujuan mendapatkan tenaga manusia dan populasi,bagi menguatkan kerajaan atau empayar.Apabila ini terjadi terutama pemindahan ramai artisan atau ahli seni dan budaya ke tempat lain,maka tempat asal seni budaya itu akan kepupusan nilai-nilai budayanya sendiri dan kemudian akan dilupakan generasi mendatang,malah yang paling teruk,generasi mendatang akan menuduh bahawa seni dan budaya itu berasal dari pihak yang menang perang tadi.

Ini yang terjadi pada orang Khmer malah terjadi kepada negeri-negeri Melayu di Segenting Kra juga bahananya terkena juga kepada Kelantan,Kedah,Perlis dan Terengganu.Ini terjadi apabila Siam terutama ketika era Chakri,telah melanggar negeri-negeri Melayu di Segenting Kra seperti Ligor (yang terbesar dalam kumpulan itu,dan memiliki sejarah dan budaya yang tinggi),Singgora dan Patani,sementara yang lain terus menunjukkan penyerahan secara rela (submission).Segala budaya,seni,tarian telah dicedok atau kasarnya dirompak dari negeri-negeri ini.

Salah satunya ialah tarian Menora.Saya akan tunjuk,bagaimana sumber Thai sendiri terperangkap dalam soal ini.

 

ASAL-USUL TARIAN MENORA

 

menora

 

 

Salah satu sebab yang ‘mengkantoikan’ sumber Thai yang cuba mendakwa seni ini berasal dari Thailand (baca: orang Thai) ialah terdapatnya dua gaya kecopong dalam tarian Menora iaitu Kecopong Siam dan Kecopong Melayu.

Asal kecopong Melayu berasal dari negeri-negeri Melayu di Segenting Kra.Kecopong Melayu mempunyai pom pom,berbentuk bulat,mempunyai telinga,mempunyai subang dan 16 pakaian lengkap. Manakala,menara kecopong Siam pula tidak mempunyai pom pom, ianya bertingkat-tingkat dan tajam seperti pucuk rebung.Ianya berasal dari kecopong yang dipakai oleh emperor-emperor Angkor.

Saya telah menjelaskan bahawa Ligor memiliki kuasa veto dalam mempengaruhi politik Angkor,terutama sekitar era Suryavarman I dan sehingga sekurang-kurangnya era Jayavarman VII.

Sila baca sini>> http://historianlodge.historiansecret.com (bagi penyelidik berdaftar) untuk mengetahui secara mudah tentang salah satu sisi sejarah Ligor yang juga mempengaruhi sejarah Thailand.

Sebab yang lain ialah,sumber-sumber Thai sendiri akan mengaitkan tarian ini kepada kerajaan-kerajaan Melayu purba,yang hari ini majoriti anak-anak Melayu tidak mengenalinya langsung.

Saya petik dari salah satu sumber asal-usul Menora,satu yang mengaku ia warisan orang Melayu purba,satu lagi orang Siam yang mendakwa ia dari Thailand (baca: orang Thai).

 

menora2

 

Sumber pertama:

Menurut En Hj. Tharuwat, menora adalah berasal daripada Narathiwat suatu ketika dahulu merupakan sebahagian Kelantan. Apabila kerajaan Siam (Chakri) menguasai kawasan tersebut, Narathiwat (nama asal: Menara) telah terpisah dari Kelantan. Akan tetapi, menora masih lagi wujud dan ianya tidak terpisah dek kerana berlainan jajahan. Menurut beliau juga, menora adalah hak milik kita, warisan budaya kita (orang Melayu) yang harus dipertahankan kewujudannya dan dipelihara dari hilang ditelan zaman.

 

Ulasan: Kata Encik Tharuwat ni,tarian menora ni asal dari Narathiwat (asalnya wilayah Menara) yang dahulunya sebahagian dari Kelantan.Ini bermakna,memang ia budaya warisan Kelantan,bukan Siam atau Thai!

Anak-anak Kelantan yang buta sejarah kena alert benda ni.

 

kecopong

perhatikan,kecopong Melayu mempunyai telinga dan bebulu pom-pom manakala kecopong Siam/Thai adalah berbeza

 

Sumber kedua:

Menurut sumber lain, menora adalah berasal daripada Thailand. Tapi permainan ini begitu popular di wilayah-wilayah Selatan Thailand. Mengikut keterangan Su Choon, seorang guru menora, asal menora adalah daripada kerajaan Legor (Ligor,Sri Dharmaraja/Tambralinga) yang merangkumi kawasan Selatan Siam dan Utara Tanah Melayu. Legor telah berada sejak tahun 400 Masehi dan hilang apabila orang-orang Utara menguasainya dalam tahun 1250, tetapi menora masih bernafas hingga kini

 

Ulasan: ‘Orang Utara’ kat sini bermaksud orang Thai.Mula-mula zaman Sukhotai,kemudian Ayutthaya menyerap kerajaan ini menjadi salah satu wilayah autonominya selepas era Chandrabhanu Sri Dharmaraja,salah satu rajanya yang terkuat (sampai mampu hantar askar ke Sri Lanka).Kemudian,pada hari ini kerajaan moden Thailand telah menyerap sepenuhnya Ligor menjadi sebahagian Thailand.

Lihat sini,mula-mula tok guru Siam yang ajar tarian ini kata asalnya dari Thailand,lepas tu dia bagi detail,asalnya dari satu kerajaan nama Legur/Ligor.Masalahnya,Ligor ni kerajaan purba Melayu di Segenting Kra.Ia bukan kerajaan orang Thai.Kemudian dia kata ‘Orang Utara’ menguasainya.Siapa tu?Spesis dia la,orang Thai sejak dari era Sukhotai dan Ayutthaya sampai ke Chakri sekarang.

 

KESIMPULAN

 

Sejarah takkan hilang.Walaupun cuba ditulis oleh ‘orang yang menang’ tetapi sejarah bersifat abadi.Pasti ada cross-reference iaitu rujuk-silang dengan pelbagai sumber atau bukti lain.Walaupun cuba diakui tarian Menora berasal dari Thailand atau budaya Thai secara umumnya,namun bila ditanya dari kawasan mana?Sumber Thai menyebut dari Ligor,yang didoktrin ke dalam golongan marhaen Thai bahawa ia kerajaan purba yang takde kene mengene dengan orang Melayu,dengan alasan orang Melayu sekarang beragama Islam.

Ingat,agama bukan bangsa.Sejarah tetap sejarah.

 

~Srikandi

My History is Immortal

 

**Kempen Alter Terahsia Bangsa Melayu version 5 bertajuk “The Secret Key to Mount Ophir” akan keluar di MistisFiles sedikit masa lagi.Boleh tempah akses anda di sini>> http://goo.gl/1QBIQK

Sebahagian yuran akses disalurkan kepada mereka yang memerlukannya.

**Promo ATBM V dengan tajuk-tajuk silibus akan terbit.Tunggu pengumuman dari saya di fanpage.

 

kredit: SMP2252 TEOH.themenora.blogspot

4 Responses to “ Asal-usul Menora ”

  1. Saya sangat berbangga dengan kajian Tuan atas asal usul tarian Manora ini yg sangat teliliti buktinya dan harus di perkasakan seni nya yang telah hilang dek ditelan hukum hakam agama islam.
    Melayu telah mempunyai adat istiadat dan alam ketuhanan yang sangat dekat dgn alam kedewaan sebelum segala agama muncul di bumi melayu. Hindu bukan pengaruh kepada Melayu namun hindu sebagai agama terawal yg dekat dengan cerita kedewaan mengambil tradisi kedewaan di kemanusiaan. Saya sangat berminat dgn kajian asal usul leluhur melayu dan adat istiadat melayu juga budaya kesenian melayu.

  2. Selamatkan budaya kita daripada diklaim Thailand

  3. Mengapa orang Melayu sendiri tidak mahu memelihara seni budaya nenek moyang mereka ? Sepatutnya mereka berasa malu kerana membiarkan seni ini pupus secara perlahan . Ironinya, di sebelah Thai, seni ini telah dipulihara dan masih diamalkan oleh masyarakat Thai di selatan Thai dan Malaysia .

Leave a Reply