Srivijayan Hidden ‘Grasberg’ Mine

 

Untuk memanaskan tuan-tuan dan puan-puan yang menanti ATBM V yang semakin hampir,saya nak dedahkan sikit satu benda.

Dalam catatan dari pengembara dan pedagang yang bernama Sulaiman pada tahun 851 Masehi,kemudiannya dikomentar oleh Abu Zaid Hassan pada tahun 916 Masehi ada menyebutkan bahawa emperor Srivijaya amat kaya dengan emas dan setiap hari membuang JONGKONG EMAS ke dalam kolam di depan istananya.Pengembara Arab itu menyebutkan dengan jelas bentuk ‘jongkong’ itu dengan menjelaskan bentuknya seperti batu-bata.

Okay,emas ni sumber mineral yang kena dilombong dan diproses untuk jadi jongkong emas seperti batu-bata sebagaimana yang dilaporkan oleh pengembara Arab tadi,isn’t it?

Samalah macam besi.Dari unsur ferum,ia dilombong dan diproses supaya jadi batang-batang besi untuk pelbagai kegunaan.Ini basic.

Jadi..kalau begitu…pasti ada kilang memproses emas sehingga emperor-emperor Srivijaya mampu memiliki dalam bentuk jongkong emas yang sebegitu banyak.Soalannya dimana?

Fort-Knox

Kilang-kilang memproses besi dah jumpa dan disahkan di Kedah sana nun.SAMA DAN TEPAT dengan laporan Abu Dulaf al-Muhalhil dan Al-Idrisi masing2 dari abad ke-10 dan ke-12 Masehi.Dan umum dah tahu pasal pedang2 Qala’i (sejenis pedang Arab) adalah buatan orang2 Kedah Tua temasuk salah satu pedang Qala’i milik Rasulullah s.a.w.

TAPI MASALAHNYA,DI MANA LOKASI LOMBONG EMAS PULA?ADAKAH LAPORAN DARI PARA PENGEMBARA ARAB SEBAGAIMANA INDUSTRI PEDANG BESI ATAU LOMBONG BIJIH TIMAH/BESI?

Bertuahnya memang ada!

Mas’udi yang menulis dalam tahun 943 Masehi dalam kitabnya bernama “Muruj al-Dhahab wa Ma’adin al-Jawhar” tertulis pada 943,menyatakan :

“…di sekitar Kalah (Kedah) dan Sribuza (Srivijaya) terdapat lombong-lombong emas dan perak, ikut jalan laut, Kalah terletak lebih sedikit dari setengah perjalanan antara Negara Arab dan Negara China. Hari ini Kalah menjadi tempat tumpuan saudagar-saudagar Islam dari Siraf dan Oman. Dari sini mereka menaiki kapal China untuk pergi ke Negeri China. Laut Kalah cetek dan sukar dipelayari serta banyak pula pulau-pulau kecil dan selat-selatnya.”

OKAY,SEKARANG KITA DAH TAHU DI MANA SALAH SEBUAH LOMBONG EMAS SRIVIJAYA.

Tetapi,kenapa hanya loji-loji pemprosesan besi sahaja dijumpai di tapak arkeologi Sungai Batu?

MANA DIA LOMBONG EMAS DAN PERAK KEDAH TUA?

Jawapannya ada di Alter Terahsia Bangsa Melayu V : The Secret Key to Mount Ophir.

 

======================================

Cara nak akses>> RAHSIA EMAS SRIVIJAYA

======================================

 

~Srikandi

Leave a Reply