Langkasuka Dalam Lukisan Era Dinasti Song & Liang

 

 

Di dalam Hikayat Merong Mahawangsa,ada disebut nama kerajaan ini;Langkasuka.Berapa besar nama dan identiti kerajaan ini dalam sebuah hikayat yang dicebik sebilangan orang termasuk perasan bijak pandai sebagai dongeng ini?

 

 

 

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33
Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

 

 

 

 

 

Memang besar tuan-tuan dan puan-puan.

Siapa yang tahu atau meminati sejarah Langkasuka pasti maklum akan rekod Liang tentang Langkasuka.Ini memang ajaib bagi orang yang mencebik tadi bahawa Langkasuka benar-benar ada!

 

“Bila raja mula bergerak, baginda mengenderai gajah. Baginda diiringi oleh panji-panji, kipas, bendera-bendera dan gendang serta payung berwarna putih. Pengawal-pengawal baginda merupakan pendekar-pendekar terbaik. Penduduk di situ memaklumkan bahawa negara mereka sudah tertubuh semenjak 400 tahun yang lalu. Kemudian, dinasti awal pemerintah di situ menjadi lemah dan jatuh. Tetapi, dalam kerabat diraja yang dijatuhkan itu, muncul seorang lelaki yang bijaksana lalu penduduk menjadi tertarik serta menyokongnya. Demi didengarnya oleh sang raja, diperintah tangkap lelaki tersebut! Sebaik dikunci pasung dan rantainya, ia terbuka kembali. Raja pun terkejut melihat hal tersebut. Pada sangkaan raja, lelaki tersebut mungkin sebangsa dewa juga. Baginda menjadi takut untuk mencederakannya. Lelaki tersebut kemudian dibuang negeri. Beliau kemudian melepaskan diri sehingga ke India. Raja di sebuah kerajaan di benua India kemudian mengahwinkan lelaki kerabat diraja dari Langkasuka itu dengan puteri sulungnya. Selepas raja perampas kuasa di Langkasuka mangkat, menteri-menteri kerajaan lalu mengutus perutusan ke India meminta lelaki tersebut pulang untuk pertabalan”.

(Rekod Dinasti Liang abad ke-6 Masehi)

 

Rekod Dinasti Liang lagi menceritakan tentang keadaan ibukota Langkasuka:

“…kota kerajaan Lang-hya-shu dikelilingi oleh tembok tinggi dan mempunyai dua pintu gerbang,menara-menara dan balai-balai.Raja mengenderai gajah dan dibayangi dengan payung putih dan pengibas.Raja diringi oleh bendera-bendera,panji-panji dan gendang..”

 

Juga lokasi,kostum dan keluaran domestik Langkasuka:

“Kerajaan Lang-ya-shu terletak di Laut Selatan (南海).Sempadannya adalah sejauh perjalanan tiga puluh hari dari timur ke barat dan dua puluh hari dari utara ke selatan. Ia adalah dua puluh empat ribu li (里) jauh dari Canton. Iklim dan produknya adalah agak serupa dengan Funan. Gaharu, cendana dan kapur barus adalah produknya yang amat banyak. Ia adalah kebiasaan untuk lelaki dan wanita untuk keluar dengan bahagian atas badan yang tidak bertutup, dengan rambutnya tergantung berkusut-kusut ke bawah punggung mereka dan mereka memakai kapas jenis ‘kan-man’. “

 

Bukan itu sahaja,pada masa pemerintahan Maharaja Yuan dari Dinasti Liang,terdapat sebuah lukisan yang memaparkan 25 duta dari pelbagai negara yang berkunjung ke kerajaan dinasti Liang.Lukisan yang masih sempat diselamatkan pada hari ini adalah salinan dari era dinasti Song,yang berdasarkan lukisan asal dari dinasti Liang itu.

Dalam lukisan tersebut,hanya 12 lukisan duta yang masih berkeadaan baik manakala yang lain telah hilang atau terkoyak.12 duta tersebut adalah dari:

 

1) White Hun (Asia Tengah)
2) Parsi
3) Baekje (Korea)
4) Kucha (satu kaum yang pernah tinggal di Xinjiang,China)
5) Wo (Jepun)
6) Lang-ya-shu (Langkasuka)
7) Qiang (dari Sichuan,China)
8) Zhouguke (atau Karghalik di Xinjiang,China)
9) Hebatan (Arab,Timur Tengah)
10) Humidan (di Tuki atau Parsi)
11) Baiti (Arab,Timur Tengah)
12) Mo (Uighur dari Xinjiang,China)

 

Inilah dia lukisan tersebut yang bertajuk: Zhígòngtú (Potret Hadiah Persembahan Berkala)

Klik untuk paparan besar:

Zhigongtu_fullhalf

 

Menarikkan?

Duta dari Langkasuka adalah yang ketujuh dari sebelah kiri.Ia seorang lelaki yang berkulit agak gelap,memakai sarung dan selendang yang berwarna-warni seolah-olah melambangkan seni warna dalam lukisan batik.

 

220px-Emissary_from_Langkasuka

 

Jadi selepas ini,jika anda diberi peluang menatap Hikayat Merong Mahawangsa,ketahuilah orang Melayu telah pun menghantar duta ke China pada abad ke-6 Masehi dan duta itu siap dilukis dalam lukisan yang berharga oleh seorang maharaja dinasti Liang,dan disalin semula oleh kerajaan dinasti Song dan kini dipelihara di Muzium Nasional China.

 

~Srikandi

My History is Immortal

Leave a Reply