Abdul Muttalib telah bermimpi pada suatu hari.Ada suara yang menyuruhnya menggali telaga.Abdul Muttalib merasa pelik.Suara itu memberitahu nama telaga itu;
Zamzam.
Dia mula mencari-cari telaga misteri itu.Setelah menempuh pelbagai dugaan,akhirnya dia mula menggali.Kaumnya,orang-orang Quraisy mula merasa pelik dengan tindakan Abdul Muttalib.Mengapa menggali di tepi Kaabah?
Kemudian,orang-orang Quraisy mula berkerumun apabila Abdul Muttalib menemui dua patung kijang diperbuat dari emas bersama-sama sebilah pedang Qala’i.
Soalannya,mengapa pedang buatan Kedah Tua boleh tertanam di permukaan telaga Zamzam yang masih terbenam?Kita akan menyiasat keanehan ini sebentar lagi.
=========================================================================
===========================================================================
Dalam artikel lepas,kita telah menyiasat pedang Qala’i yang pernah dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.Kita tahu asal-usulnya dari pedang kepunyaan salah seorang dari Bani Qaynuqa.Juga kita tahu dari mana Bani Qaynuqa memperoleh pedang buatan orang-orang Melayu dari Kedah itu.
Sekarang ada riwayat lain yang agak banyak;menyebutkan pedang jenis yang sama,telah ditemui di telaga zamzam,ketika datuk Nabi s.a.w yakni Abdul Muttalib menggali telaga zamzam yang sebelum ini telah terkubur ketika zaman selepas Nabi Ismail.
Riwayat-riwayat itu termasuk:
1) At-Tabari
2) Al-Azraqi
3) Al-Fakihi
Di sini kita menemui item yang sama; pedang Qala’i,buatan dari Kedah Tua,yang kita pada hari ini tahu tentang penemuan loji-loji pemperosesan besi purba di Sungai Batu dan Lembah Bujang.Bukti ini pula disahkan oleh Al-Idrisi dan Abu Dulaf.
Aneh.Memang aneh.
Persoalannya,bagaimana pedang itu boleh ada di atas telaga zamzam yang terbenam itu?Apa maksudnya dua patung kijang emas bersama-sama pedang orang Melayu dari Kedah Tua itu?Adakah patung-patung kijang emas itu benar-benar kepunyaan orang-orang Arab di sekitarnya?
Siapa yang menanamnya?
Untuk menjawab semua persoalan ini,kita mestilah memahami sejarah suku Jurhum yang hidup ketika era Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s,beratus-ratus tahun sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w!
(Kepada pembaca premium MistisFiles sila klik gambar)
Setelah membaca penjelasan tadi,kita telah mengetahui beberapa perkara aneh tentang cara orang-orang Melayu dari Kedah Tua menjalankan perdagangan.Kita tahu kronologi suku Jurhum,usia dan asal-usulnya.
Semua misteri yang menyelubungi kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu terselit di celah-celah misteri dunia.Sama aneh apabila saintis Jerman itu menemui teknologi nano pada seni pamor atau dikenali sebagai wootz steel yang dibekalkan oleh orang-orang Zabag/Kedah Tua ke India itu.
Adakah orang Melayu hanya berkeris?
Pedang adalah legenda mereka dahulu.Pada masa silam,orang-orang Melayu membekalkan seni pembuatan pedang yang menjadi keajaiban dan mitos di dunia sebelah atas angin.Seperti dongeng pedang yang hanya dimiliki oleh para elves dan dead kings sepertimana Orcrist,pedang Elvish yang dituntut Thorin dalam karya Tolkien.
Dalam artikel seterusnya,kita akan mengembara ke dunia Norseman,Viking dan Celt.Kita akan melihat bagaimana mitos pedang Melayu menghantui dunia bunian dan kegelapan Eropah purba.
~Srikandi
My History is Immortal



Jamil
nice article
Hassan Adnan
Makalah yang baik untuk dilihat, memahami, sebab dan akibat…..hebat-pelik-ajaib.