Di antara pedang-pedang yang pernah dimiliki oleh Rasulullah s.a.w,terdapat satu pedang istimewa yang dapat dibezakan dari pedang-pedang lain.Pedang ini memiliki lapisan-lapisan besi yang kompleks pada bilahnya dan memiliki corak beralun-alun pada hujungnya.Orang Arab pada masa itu mengenalnya sebagai ‘pedang bergelombang’.
Didapati dari rampasan perang dari salah satu suku Yahudi yang terkenal di Madinah,pedang ini menariknya bernama Qala’i,pedang yang kita kenal adalah berasal dari Kedah Tua.Kita akan menyiasat dari manakah suku-suku Yahudi mendapatkan pedang aneh ini.
=========================================================================
===========================================================================
PEDANG Qala’i milik Rasulullah s.a.w yang tersimpan di Istana Topkapi di Turki memiliki asal-usulnya yang tersendiri.Salah satu versi popular ialah ia berasal dari harta ghanimah ataupun rampasan perang dari Bani Qaynuqa,iaitu salah satu dari tiga suku Yahudi yang menetap di Madinah.
Bagaimana pedang buatan orang-orang Kedah Tua boleh sampai ke tangan suku-suku Yahudi di Madinah?Ada ceritanya.Dari sini kita tahu produk orang-orang Melayu dahulukala digunakan oleh orang-orang Yahudi.Ini bermakna produk orang Melayu Kedah Tua menyebar ke seluruh seantero dunia sehingga masuk ke dalam rumah-rumah perwira Yahudi yang di sana tergantung pedang-pedang Qala’i yang berasaskan teknologi pamor keris.
Mengapa dalam banyak-banyak pedang,pedang Qala’i ini dipersembahkan kepada Nabi s.a.w?Lantas Nabi s.a.w memilihnya dan memasukkannya ke dalam koleksi pedang-pedang kesayangan baginda yang berjumlah 9 bilah pedang itu?
Kepada pembaca MistisFiles,sila klik gambar di bawah untuk mengetahui:
-3 sebab mengapa Rasulullah s.a.w memilih pedang buatan orang Kedah Tua
-Mengapa orang-orang Yahudi Bani Qaynuqa memilih pedang Kedah Tua
-Asal-usul suku Bani Qaynuqa
-Perdagangan tersembunyi antara orang Melayu dan Yahudi pada masa silam
-Asal-usul pedang Qala’i Bani Qaynuqa
-Teknologi keris purba yang digemari orang Yahudi
-Kunci ke ‘Mount Ophir’ dalam rahsia pedang Kedah Tua milik Bani Qaynuqa
Okay,jika anda sudah membaca dan mengetahui semua isi-isi penting topik kita kali ini,saya ingin bertanya,dari mana orang Yahudi mendapatkan pedang-pedang orang Melayu dari kerajaan Kedah Tua itu?
Ya,di situ.Dari ‘mereka’.
Cuba kaji asal-usul ‘mereka’ itu dan anda akan terkejut kerana perdagangan orang Melayu melepasi 300 tahun Sebelum Masehi.Saya tidak terkejut,kerana usia tapak arkeologi Sungai Batu kini sudah mencapai 500 tahun sebelum Masehi dan ia masih ‘mengira’.
Dalam artikel seterusnya,kita akan ke belakang lagi;ketika datuk nabi s.a.w masih muda.Kita akan menggali rahsia yang ramai tidak mengetahuinya ketika beliau masih muda,sebelum kelahiran rasul terakhir itu.
~Srikandi
“my Qala’i,sword of thousands arrows!”
Leave a Reply