Ini adalah temubual komrade_historian, organisasi universiti bawahtanah yang telah menaungi kerja-kerja Srikandi pada awal pembabitannya dalam penulisan sejarah.Dalam temubual ini,Srikandi telah menjawab perkara-perkara utama dalam pembentukan semangat patriotisme untuk melindungi bangsa dan negara dari anarki & autokrasi yang tidak menguntungkan.
Semoga mengambil pelajaran darinya.
The ground on which we stand is sacred ground. It is the dust and blood of our ancestors.
– Chief Plenty Coups, Crow (1848 – 1932)
=========================================================================
.
.
.
1) Apakah maksud tanahair?
Tanahair adalah tempat kita dilahirkan.Tanahair adalah tempat kita membesar.Ia adalah kampung kita.Ia adalah tempat semua kenangan pahit dan manis,susah dan senang dilalui bersama.Ia adalah langit dan bumi;bumi kita berpijak dan langit yang dijunjung,yang membentuk perwatakan dan identiti sendiri.
2) Apakah maksud tanah tumpah darahku?
Tanah tumpah darahku adalah kata-kata penegasan dan penjelasan tentang tanahair tadi.Di mana tanah ini tempat kita dilahirkan dan dengan izin Tuhan,di sini juga kita dikebumikan,bersemadi dengan semua kenangan abadi.Puak-puak pribumi Amerika seperti Apache atau Cherokee menganggap tanah dan alam sekeliling sebagai sahabat dan saudara-mara yang saling mendamaikan dan memelihara,supaya kita tidak sunyi,tidak keseorangan.Tanah tumpah darahku juga membawa maksud seterusnya,sebagai kata-kata seruan perjuangan,bagi mempertahankan tanah itu,di mana kita sanggup bermati-matian mempertahankan tanahair dari dirampas atau dinodai oleh orang luar yang mempunyai fikiran dan hati yang jahat.
3) Apakah itu ibu pertiwi?
Ibu pertiwi atau motherland dalam bahasa Inggeris membawa pengertian tanah asal-usul,tanah pribumi yang disayangi dan dihormati.Di atas tanah ini kita menghirup udaranya,bekerja meneruskan hidup,beribadat pada Pencipta dan menghiburkan diri bersama-sama keluarga,sahabat handai dan saudara-mara.Ia bukan sekadar tanah tempat tinggal,tetapi menjelma sebagai hak yang melindungi dan dilindungi.Ia berperanan sebagai tempat berlindung (shelter) dan maruah bangsa.Hilangnya tanah dan negara,bermakna hilangnya maruah dan kekuatan diri.
4) Apakah maksud pribumi?
Pribumi adalah orang-orang di sekeliling kita yang tinggal di dalam motherland tadi,yang kita kenal dan sayangi.Kita tahu baik dan buruknya mereka;yakni saudara-saudara kita juga yang berkongsi budaya,agama,pengalaman hidup,pandangan hidup dan tradisi yang sama.Nenek moyang kita dan mereka telah berada di tanahair ini sejak ribuan tahun yang lalu,lebih dahulu dari mereka yang tiba ketika zaman penjajahan yang membentuk identiti yang jauh berbeza dengan pribumi,yakni kita yang lebih dahulu tinggal di tanahair yang disayangi ini.
Pribumi juga tiada motherland yang lain,jika pribumi dihalau atau dirampas dari tanahair mereka,maka mereka hilang tempat berlindung,hilang tempat bergantung.Tanahair pribumi itu adalah satu-satunya yang ada,yang melambangkan identiti bangsanya yang dicintai,berbanding yang tiba terkemudian,yang masih memiliki tanah ibu pertiwi mereka yang utama,yang memiliki identiti,rasa dan budaya yang sama.
5) Mengapa kita mesti tahu asal-usul?
Asal-usul adalah akar kita,yang menentukan buah identiti yang unik,yang tidak terdapat pada orang lain.Tuhan menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa,dengan tujuan untuk saling kenal-mengenal.Maka keunikan itu yang berperanan sebagai pengenalan bagi diri kita,dari akar yang sama,rumpun yang sama,berbeza dari yang lainnya.Dengannya kita saling belajar budaya dan keunikan bangsa-bangsa,saling hormat-menghormati dan sama-sama mengagumi cara Tuhan menciptakan manusia dan memberikan mereka pengalaman hidup yang berbeza-beza.
6) Mengapa mesti belajar sejarah?
Sejarah adalah guru,yang mengajar kita tentang kehidupan.Sejarah tahu kesilapan dan kejayaan mereka yang terdahulu dari kita,maka sejarah layak memimpin kita untuk tahu asal-usul dan jatidiri kita.Melalui sejarah,kita membina keyakinan dan semangat untuk bergerak ke depan,ke arah kejayaan.Sejarah memberitahu kita tentang akar kita,rumpun kita,tentang tanahair kita di mana tanah tumpah darah kita pertahankan sehingga ke akhirnya,tanda sayang akan pemberian Tuhan,sebagai ibu pertiwi atau motherland wajib kita pertahankan sebagai harta kita yang diwarisi turun-temurun.
7) Apakah realiti yang berlaku jika kita tidak menghargai semua ini?
Tanahair dan identiti bangsa adalah dua anugerah Tuhan untuk kita yang wajib kita pertahankan sebagai perkakas atau platform untuk kita perjuangkan agama-Nya di mukabumi.Orang yang dihalau dari tanahairnya,lemah dan miskin tidak akan mampu berjuang sebaik kita yang masih punya tanahair dan kekuatan bangsa.Di tanahair ini,kita sempat mengumpul kekuatan dan keyakinan,dan kita boleh membantu saudara-saudara seagama yang lain.Jika kita melepaskan tanahair ini untuk dirampas orang lain,maka kita akan hilang keyakinan diri dan kekuatan bangsa.Maka kita akan bersama-sama saudara-saudara kita yang tertindas dan menjadi beban simpati umat.Lebih baik kita menjadi penolong agama-Nya yang kuat dan gagah,berbanding terlonta-lonta dan dihina orang kafir dan musuh-musuh Tuhan.
Ada orang yang gemar memakihamun bangsanya sendiri.Ada yang mengkhianati bangsanya.Ada yang bersikap lunak terhadap orang luar namun bersikap zalim terhadap bangsanya.Semua ini melambangkan sikap dan akhlak yang tidak baik.Inilah nilai hidup mereka yang akan terpahat di atas nisan-nisan kehidupan mereka walaupun setelah mereka menjadi mayat dan menghadap Tuhan.Nilai hidup kita ialah menghargai anugerah pemberian-Nya,dan menjadikan keduanya yakni tanahair dan identiti bangsa sebagai alat untuk memperjuangkan keyakinan kepada Tuhan Yang Esa.
One does not sell the land people walk on.
– Crazy Horse, Oglala Lakota Sioux (circa 1840-1877)
We are poor… but we are free. No white man controls our footsteps. If we must die… we die defending our rights.
– Sitting Bull, Hunkpapa Lakota (circa 1831-1890)
Leave a Reply