Van Helsing vs Srikandi

 

 

Pada 29 Julai yang lalu,seorang kakitangan arkib telah menanyakan soalan yang provokatif di dalam salah satu artikel Srikandi. Namun Srikandi telah menjawab kembali semua persoalan kakitangan arkib itu dengan disertakan contoh-contohnya sekali,yang dipetik dari sebuah buku karya sarjana luarnegara yang menulis tentang sejarah Siam milik kakitangan arkib tersebut. Ikuti bedah siasat yang mendebarkan ini.

 

 

 

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK
Artikel ini ditaja oleh komrade_historian
badgepunkhistsmall

    ===========================================================================

.

.

.

.

.

.

.

.

KAKITANGAN jabatan kerajaan yang tidak produktif telah menjadi tabu yang meresahkan di kalangan masyarakat.Ramai yang percaya mereka berada di sana kerana bantuan ‘kabel’ atau ‘payung’ dari saudara-mara yang beranakpinak di dalam sektor kerajaan,bukan betul-betul atas minat berkhidmat di dalam bidang tertentu di dalamnya.Namun tidak dinafikan,ada di antara mereka adalah bagaikan permata yang sinarnya tenggelam di dalam prasangka dan imej negatif yang ditonjolkan sebahagian dari mereka yang berada di dalam perkhidmatan awam.

Saya telah menemui beberapa dari mereka dan saya akui,mereka adalah ‘mutan’ di dalam sektor kerajaan;acapkali dianaktirikan oleh atasan yang korup dan ego.Mereka ada juga memberontak namun disenyapkan oleh pegawai mereka,dengan ancaman dibuang kerja.Mahu tidak mahu,mereka terpaksa mengikut rentak perlahan dan akhirnya terbuai demi menjaga makan-minum anak isteri di rumah.Saya selalu menasihatkan mereka supaya revolusi mesti dilakukan secara bijaksana (wisdom) bukan anarki supaya nanti para atasan akan ditarbiah secara lemah-lembut bukan secara sentap.

vanhelsrik

Salah seorang dari mereka ialah Encik Van Helsing (bukan nama sebenar) yang merupakan salah seorang pembantu pegawai di salah sebuah jabatan pemuliharaan material sejarah.

Pada 29 Julai yang lalu,beliau telah bertanyakan sesuatu yang bagi saya agak provokatif,sebab mazhab sejarah saya mengajarkan kepada khalayak dan kader-kader saya bahawa sejarah Siam tidak akan lepas dari menyebut tentang negeri-negeri Melayu di Segenting Kra dan utara.Di sebabkan minor pengajian saya berkisarkan tentang sejarah Segenting Kra dan Indochina,memang saya arif benar tentang sejarah negeri-negeri Melayu di Segenting Kra sebelum semuanya diserap ke dalam pentadbiran Thailand pada hari ini.

Jadi Encik Van Helsing telah bertanyakan tentang hal tersebut:

.

.

.ask

.

.

Perkara ini bercanggah dengan ilmu saya.Penulisan sejarah Siam dan Thailand tidak mampu menyembunyikan sejarah negeri-negeri Melayu di dalam wilayahnya yang pernah wujud pada masa silam,sementelah orang-orang Thai adalah imigran termuda di Indochina yang membina negarabangsa.

Jadi saya menjawab:

.

.

ask2

.

.

Saya ingin tahu dari mana sumber yang merasuk beliau supaya menyatakan demikian.Sasaran saya ialah buku atau jurnal tertentu.Di perpustakaan mini saya bersepah buku-buku,ulasan buku dan jurnal tentang sejarah Indochina.Harap-harap ia terkena salah satu darinya.

.

.

ask3

.

.

Yess!Buku.Beliau nyatakan tahunnya iaitu terbitan 1928.”History of Siam” mungkin itu tajuknya.Saya terus mengeluarkan sejumlah buku dari seksyen rak saya yang bertanda “Siam & Malay States”.Bersiap sedia untuk tarik mana-mana buku nanti.

Saya menanti bola tanggung dari beliau.

.

.

ask4

.

.

Masa berganti masa.

Kemudian keluar foto buku tersebut:

.

.

ask5

.

.

Hahaha… “A History of Siam” karya W.A.R Wood!

Ini makanan saya semasa ASASI dahulu.Tanpa membuang masa saya betulkan duduk saya.Sebelum tu saya sempat usik-usik encik Van Helsing:

.

.

ask6

.

.

Saya paling pantang,belum tau apa-apa lagi,belum baca apa-apa lagi terus buat statement yang overconfident.Ini yang nak kena ketuk ni.Tapi takpe,saya terus keluarkan senarai bab dan nama negeri-negeri Melayu yang disebut atau keluar dalam buku ini:

.

.

asnw1

.

.

Memang Ligor (Nagara Sri Dharmaraja) adalah pusat ajaran Theravada pada masa dahulu.Wat Phra Mahathat Woramahawihan,Nakhon Si Thammarat peninggalan Raja Chandrabhanu,raja Melayu beragama Buddha Theravada masih dipelihara di sana.

Negeri Tenang Siram (Tenasserim) juga sebuah negeri kecil di sempadan Burma.Sehingga ke hari ini,di sepanjang jalur Segenting Kra di sebelah Burma (Thanintharyi) masih terdapat penempatan orang-orang Melayu yang masih bercakap dialek utara (Kedah).

Bukan sahaja negeri-negeri di utara,malah negeri Melaka juga ada disebut.

Kemudian saya sambung:

.

.

asnw2

.

.

Menarik untuk dinyatakan,memang dalam buku ini,sejarah Ligor/Nakhon Si Tammarat sering muncul berulang-ulang di dalamnya.Saya tidak hairan sebab Ayutthaya itu pun dibina di atas wilayah Ligor.Raja Uthong terpaksa berperang dengan Ligor untuk mendapatkan tanah bagi dibuat negeri.

Akhirnya saya menggulung semua hujah saya dan menyatakan bahawa:

.

.

asnw3

.

.

Apa pun,kesungguhan Encik Van Helsing untuk mengkaji sejarah negeri-negeri Melayu di dalam rekod Siam dari kacamata sarjana Barat bolehlah dipuji.Ini kerana ramai staff dari jabatan-jabatan muzium atau warisan sendiri yang bukanlah dari latarbelakang sejarah tetapi dari pengurusan rekod dan pentadbiran am.Ini amat membahayakan kerana sudah tentu 90% dari mereka bukanlah dari kalangan mereka yang ‘enthusias’ dengan bidang sejarah dan warisannya.

Golongan ini akan bekerja untuk cukup cari makan sahaja dan memutar masa hidup mereka dengan membuat kerja yang sama dengan rentak yang membosankan.Namun,jika latarbelakang mereka dari bidang sejarah,maka tentunya mereka akan menghasilkan mahakarya di setiap sentuhan mereka dalam jabatan kerajaan.

Trivia,kakitangan Rumah Putih diambil dari mereka yang memiliki latarbelakang kelulusan dalam bidang sejarah,budaya dan sains politik.

 

 

~Srikandi

My History is Immortal

srikandiwork3small2

3 Responses to “ Van Helsing vs Srikandi ”

  1. Kenapalah aku x minat sejarah dulu.. Dah tua2 ni baru la minat.. Haish… Rugi2..

  2. lambat jumpa website ni. tertarik dgnayat ini
    ” Ini kerana ramai staff dari jabatan-jabatan muzium atau warisan sendiri yang bukanlah dari latarbelakang sejarah tetapi dari pengurusan rekod dan pentadbiran am.Ini amat membahayakan kerana sudah tentu 90% dari mereka bukanlah dari kalangan mereka yang ‘enthusias’ dengan bidang sejarah dan warisannya.”

    patutlah sy selalu pelik. kenapa di malaysia, tak ramai historian. kalau di negara barat, setiap daerah mempunyai at least seorang historian. khas untuk sejarah di daerah itu sahaja..hmm…malayisa kena berubah. sejarah mungkin akan hilang jika org yg dipertanggungjawabkan kurang ilmu atau malas.

Leave a Reply