Stamford Raffles & The Magic Medallion

 

Pada tahun 1823,Raffles menulis sepucuk surat,antaranya berbunyi:

“…saya berharap jika mati di sana (Singapura),jasad saya akan mendapat perhormatan bersemadi bersama dengan jasad/abu raja-raja Melayu.”

Joe Cribb,seorang pakar numismatik (berkaitan koleksi matawang,token dan medal) telah menghabiskan masa selama 20 tahun untuk mengkaji koleksi medalion yang tersimpan di British Museum,milik Stamford Raffles,Gabenor-Jeneral di Jawa bagi pihak British dan dikenali sebagai pengasas Singapura Moden.Medalion itu bukan sebarang syiling,ia mengandungi maksud-maksud tertentu,yang digunakan bagi tujuan mistik.Apakah yang dicari oleh seorang Master Mason yang ditahbiskan di Lodge De Vriendschap ini?

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

.

.

.

.

.

.

MUNGKIN di antara kita pernah mendengar atau bertemu dengan syiling-syiling luarbiasa yang diukir padanya gambar-gambar seperti rama-rama,lelaki bongkok bertongkat,lelaki botak memegang dua lembing,kapal atau sekumpulan ‘wali’.

Syiling-syiling ini sering ditemui di pasar-pasar sehari atau pasar malam,dijual oleh pengumpul barang-barang antik dan mistik.Orang yang meminati syiling-syiling ini terdiri daripada mereka yang mengumpulnya sekadar koleksi,para pemburu barangan mistik mahupun para ‘penarik duit’.Syiling-syiling ini dipercayai oleh sesetengah orang sebagai azimat atau tangkalyang membawa tuah kepada si pemiliknya.

.

.

syilingyasin1

.

.

Ada orang menggelar syiling-syiling aneh ini sebagai ‘Syiling Yasin’,dan ia telah menjadi salah satu cerita yang tersembunyi dan misteri dalam lipatan sejarah Nusantara.Dari manakah asal-usulnya?Siapakah yang mengeluarkan syiling-syiling ini?

Menariknya,syiling-syiling ini sebenarnya telah wujud sekurang-kurangnya pada awal abad ke-18,apabila muncul dalam History of Java karya Thomas Stamford Raffles iaitu pada tahun 1817.Aneh bukan?

Dalam satu rekod lain,dipercayai Raffles mulai mencari syiling-syiling azimat itu (syiling yasin) apabila berkunjung ke rumah William Marsden,salah seorang orientalis terkemuka yang telah mencetuskan kajian tentang tulisan Rejang dan kaitan bahasa Melayu dengan bahasa Phoenicia dan Mesir Purba.Raffles telah dihadiahkan 15 keping syiling azimat yang berlubang ditengah-tengahnya.Kini ia dikenalpasti dari jenis ‘gobog wayang’ yang dibuat di Jawa.

Tanpa kita ketahui,sebenarnya,syiling-syiling ‘yasin’ ini mendapat perhatian para orientalis selain Raffles dan Marsden,antaranya Baron S. de Chaudoir dalam buku yang diterbitkan di St. Petersburg tahun 1842;pada jurnal tahunan tahun 1847 oleh W.R. van Hoevell, ketua dari The Bataviaasch Genootschap ;Netscher & Van der Chijs pada tahun 1863; dan H.C. Millies seorang profesor dari Universiti Utrecht tahun 1871.

Yang paling baru adalah usaha Joe Cribb dalam karyanya Magic coins of Java, Bali, and the Malay Peninsula yang telah menyiasat syiling-syiling dalam koleksi Raffles di British Museum.Menariknya,Joe Cribb juga telah berurusan dengan Muzium Negara untuk melihat koleksi syiling ini yang berada di dalam simpanan mereka.

.

.

 syilingyasinbuku

.

.

Rata-rata pendapat dari para orientalis menjelaskan asal-usul syiling-syiling adalah sebagai medalion yang dijadikan azimat,sama seperti yang diamalkan oleh kuil-kuil di China dan Jepun.Amalan ini biasa kita lihat pada hari ini pada masyarakat Thailand dengan mengeluarkan azimat-azimat berbentuk token atau medalion yang diukir gambar sami Buddha.

Namun,ada yang berpendapat,syiling-syiling ini pernah dijadikan matawang dan dipakai untuk berjualbeli.Majoriti kajian ini berdasarkan syiling-syiling yang diperbuat dari Jawa yang berasaskan kisah-kisah dari Panji dan mitos yang berlegar ketika kerajaan Majapahit,Kuripan dan Daha.

Bagaimana dengan syiling-syiling ‘yasin’ yang bermotifkan ‘Islam/Arab’ seperti motif ‘Nabi Khidir’,tulisan kalimah syahadah dan ‘wali-wali’?

.

.

syilingyasin4

.

.

Ada juga syiling-syiling yang berukiran aneh,seperti motif lelaki memegang lembing,lelaki berkepala kuda dan motif meriam berlatarbelakangkan gunung-ganang?

Atau bermotifkan Nusantara/Melayu seperti keris bersilang?

Apakah maksud semua itu?

Semua ini ada dijelaskan dalam artikel penuh di MistisFiles.

=======================================================

AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK

=======================================================

Setelah membacanya anda akan tahu:

1) Asal-usul syiling-syiling misteri ini

2) Untuk apa mereka mengeluarkannya

3) Mengapa Raffles begitu berminat dengannya

4) Apa yang diajar oleh Lodge Masonik kepada Raffles

5) Mengapa Raffles memulihara Borobudur

6) Mengapa Marsden juga menyimpan syiling ‘yasin’ ini

7) Misteri di sebalik syiling-syiling ‘berpuaka’ ini

8) Rahsia terbesar British Museum dan Raffles

.

.

Hanya di MistisFiles!

The Hidden & Forbidden Knowledge.

syilingyasin3

~Srikandi

srikandiwork3small2

kredit: blog.slcollectors & various domain

5 Responses to “ Stamford Raffles & The Magic Medallion ”

  1. Interested in finding out information of the Yasin Coin. Please assist me as I am doing research on the amulets of the world.

  2. Teruskan kajian…

  3. anonymous sejarah

    Kepada pemilik blog, saya beri anda 1 MINGGU untuk menjadikan blog anda sebagai tatapan umum tanpa sebarang bayaran. Saya berpendapat anda bukan seorang yang patriotik kerana mengambil keuntungan terhadap sejarah dengan bayaran yang mahal. Saya beri amaran jika anda tidak menghapuskan bayaran tersebut blog anda akan di hack, ditutup dan semua artikel akan disebarkan.

Leave a Reply