Misteri មាលាយូ Dalam សិលាចារឹក ជ័យ ហាន

 

Pada tahun 1879,seorang pengkaji dari Perancis,Hendrick Kern, telah mengkaji sebuah batu bersurat yang terletak di sebuah kuil purba di Kampong Cham,Kemboja.Hasil kajiannya telah menarik ramai pengkaji Perancis yang lain tentang kewujudan batu bersurat itu,yang kemudiannya diketahui merupakan prasasti yang dipahat untuk Bhavavarman I,raja Chenla.

Namun yang anehnya,pada perenggan pertama berisi puji-pujian kepada sang raja itu,terdapat sebaris ayat yang mengelirukan ramai pengkaji termasuk Barth,Aymonier,Bergaigner mahupun Finot.Malah pengkaji epigrafi,juga sejarahwan terkenal India,Ramesh Chandra Majumdar juga meninggalkan perkataan tersebut kerana ia mengandungi huruf Pallava yang diubahsuai dan sukar untuk diterjemahkan.

Namun,pengkaji Kemboja seperti Saverous Pou,Long Seam atau Lem Chuck Moth memiliki pandangan mereka sendiri.

Perkataan yang aneh itu,yang berdasarkan perkataan dari skrip asal dalam Khmer Kuno adalah “មាលាយូ” yang bermaksud:

“Malayu”

 

 

 

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

.

.

.

.

.

.

.

Identiti Funan mula terbongkar apabila dua orang pengembara dari kerajaan Wu,Kang Tai dan Zhu Ying telah melaporkan bahawa bahasa Funan berbeza ‘sedikit’ ( differs a little from) dari bahasa Pi-Kien iaitu sebuah kerajaan di Sumatera.Pi-Kien dikenalpasti sebagai Jambi yang membawa identiti Melayu dan seringkali dicadangkan terletaknya kerajaan Melayu yang sememangnya terkenal kaya dengan emas.

“…out of Tun-Sun, on a big island of the sea, there is the country of Pi Kien, located at 8,000 li from Funan..the language of the habitants differs a little from the Funan. There is a mountain that produces gold; gold appears on top of stone, in immense quantity…””

Tun-Sun ialah sebuah kerajaan di utara semenanjung Malaysia kini,lokasinya dari Segenting Kra hingga ke Perlis/Kedah kini.

Di sana terdapat dua teori:

1) Bahasa Melayu adalah bahasa istana Funan,manakala bahasa rakyat adalah bercampur-campur antara Mon-Khmer atau Malayo-Polinesia.

2) Bahasa Melayu adalah bahasa lingua-franca di Funan.

3) Sanskrit sebagai bahasa prasasti,agama dan ilmu

Jika Funan berbahasa Mon-Khmer,sudah tentu pengembara China itu menyatakan sebaliknya,iaitu menegaskan bahawa ia berbeza sama sekali.Adakah ada kerajaan Mon-Khmer di Jambi atau Sumatera?Tidak pernah dalam sejarah dicatatkan dan kita tahu dari segi linguistik dan penyebaran bahasa,orang-orang Mon-Khmer bertumpu di Indochina dan Tanah Besar Asia sahaja.

Sebagaimana Dvaravati,identiti Funan sehingga ke hari ini masih diperdebatkan ramai sarjana.Pada awalnya sarjana seperti Micheal Vickery menegaskan Funan adalah kerajaan orang Khmer,namun setelah penelitian tentang budaya,hasil arkeologi,salasilah raja-raja,epigrafi dan rekod China,terdapat perbezaan pendapat dari kelompok yang lainnya yang mencadangkan terdapat peranan sosio-budaya dan linguistik berasaskan Malayo-Polinesia sepertimana orang Cham di dalam politik Funan.

Saya akan tunjukkan mengapa Kang Tai dan Zhu Ying dari Wu melaporkan perkara yang mengejutkan itu.

.

.

Rahsia Dari Prasasti Han-Chey

hancheycover

Prasasti Han-Chey yang terletak di wilayah Kampong Cham adalah contoh bagaimana identiti Funan boleh diperdebatkan memiliki hubungan misteri dengan sisi lain yang beridentitikan Melayu atau Malayo-Polinesia,sebagaimana yang dilaporkan oleh Kang Tai dan Zhu Ying dari kerajaan Wu kira-kira abad ke-3 Masehi.

Prasasti ini memakai bahasa Sanskrit dengan bertulisankan skrip Khmer Kuno yang diubahsuai dari skrip Kadamba ketika era Pallava.

Mengandungi 35 baris dan dipahat pada batu laterit keras,ia diletakkan pada sebuah wat yang dipanggil Wat Hanchey.Ia berisikan puji-pujian untuk Bhavavarman I,raja Chenla yang pertama.Pada baris kedua dicatatkan nama raja tersebut:

..sribhavarmmeti patir asin mahibritamapradhrishyamahasatvah tungo merur ivaparah..

Apa yang menariknya baris ayat sebelum nama raja itu,telah menyatakan puji-pujian atau eulogy yang diperdebatkan beberapa sarjana:

 

???????????????????????????????

 

Ayat di atas berbunyi (mengikut terjemahan Majumdar & M.Honda) :

“…mala mal-um iva mala-m..”

Ayat-ayat di atas gagal diterjemahkan dengan baik oleh para pengkaji Perancis,disebabkan perkataan ” mala (?) iva mala (?).”

Selepas kegagalan Kern,Finot dan lain-lain,Majumdar yang terkenal sebagai ‘dekan sejarah India’ telah mencuba menterjemahkan barisan perkataan tersebut dengan pengalamannya sebagai epigrafi dan sejarahwan terkemuka yang sudah biasa dengan sepak terajang bahasa-bahasa Indo-Aryan dan Dravidian serta tulisan-tulisan berasaskan Brahmi.

Namun apabila sampai ke barisan ayat di atas,beliau tidak mampu menterjemahkan dua huruf yang menjadi keypoint kepada seluruh pujian-pujian dalam barisan ayat tersebut.Perkataan ‘indu’,’ganga’ atau ‘uma’ bolehlah dikaitkan dengan ciri-ciri dewa Siva dengan alasan untuk dikaitkan dengan pujian kepada Bhavavarman I itu,namun perkataan seterusnya jika diambil perkataan ‘mala’ itu sebagai terjemahan Sanskrit kepada ‘bunga’ maka perkataan selepas itu,Majumdar merasa ia tidak konsisten.

Dengan kata lain,beliau tidak faham mengapa ayat seterusnya diletakkan di situ dengan dua huruf yang tidak terdapat dalam skrip Kadamba dengan masing-masing diletakkan selepas perkataan ‘mala’.

Beliau tidak dapat menterjemahkan dua huruf bukan-kadamba yang standard;pastinya huruf tambahan yang diubahsuai atau dicipta untuk bahasa Khmer,di akhir dua ‘mala’.

Akhirnya,’mala’ yang pertama,beliau meninggalkan sebagai ‘malum’-satu perkataan yang tiada makna dalam Sanskrit dan ‘mala’ yang kedua,anehnya,beliau meletakkan sebagai ‘mala-m’ yang jika diterjemahkan dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘tahi,najis atau perbuatan membuang tahi itu/buang air besar’.

Lucu bukan?

 

.

.

Analisis Lengkap & Apa Yang Mengejutkan Majumdar

 

—————————————————————————————-

Bahagian ini boleh dibaca oleh Inner Circle

—————————————————————————————-

 

.

.

.

Apakah Maksud Sebenar Ayat Yang Aneh Itu?

 

hanchey2l

Wat Hanchey,Kampong Cham,Kemboja

 

Selepas Kemboja pulih dari perang,beberapa sejarahwan dan ahli epigrafi tempatan telah cuba menafsirkan ayat di atas.Epigrafi dan sejarahwan seperti Saverous Pou,Long Seam atau pengkaji sejarah Khmer seperti Lem Chuck Moth sudah tentu tidak bersetuju dengan tafsiran pengkaji luar negara seperti Majumdar atau Finot yang meletakkan makna yang kurang sopan kepada Bhavavarman I.Adalah janggal jika di awalnya berupa puji-pujian kepada raja,kemudian dinyatakan perkataan-perkatan seperti ‘malam’ yang bermaksud ‘membuang air besar’ dan ‘malum’ yang tiada erti apa-apa.Perkataan yang terdekat seperti ‘malu’ pula bermaksud ‘binatang menjalar’.Lagilah pelik,takkanlah diletakkan gelaran kurang elok kepada raja,kecualilah sang raja itu buta huruf dan si pengukir mensabotaj prasasti itu akibat tidak berpuashati dengan pemerintahannya yang korup.

Tapi ini tidak mungkin dan jauh dari konteks asal prasasti itu dibikin untuk raja.

Pendapat-pendapat dari para pengkaji Kemboja,sebagai contoh Lem Chuck Moth telah menafsirkan semula barisan ayat itu dengan membina semua (reconstruct) epigrafi dan struktur ayat menjadi:

“…mala mala-yu iva mala-yam raja…”

(bunga-malayu-seperti-(?)-raja)

Yang ditafsirkan sebagai: Mala Kings of Malayu

yang menunjukkan hubungan Funan dengan entiti negeri-negeri Melayu dan penaklukan Chenla ke atas Funan melayakkan Bhavavarman I memakai gelaran raja-raja Melayu seperti mana gelaran Balaputradewa dari Sailendra “permata keluarga Sailendra” (śailendravamśatilakasya ) atau Sujita dari Ligor “mahkota raja-raja Mala” (Maulimalaraja) dan lain yang biasa dipakai oleh raja-raja Melayu.

——————————————————————————-

Senarai gelaran raja-raja Melayu yang lain klik sini

——————————————————————————

.

.

.

.

 

KESIMPULAN

 

maleukolonmap3

Nama-nama tempat yang diambil terus dari peta asal berbahasa Greek dari Ptolemy abad ke-2 Masehi, dengan penyelarasan koordinat berdasarkan peta sekarang.Perhatikan perkataan ‘Akpov’ yang bermaksud ‘hujung’.Dalam peta Ptolemy berbahasa Latin,ia ditulis ‘Prom (promunturium) yang bermaksud ‘tanjung’ (Maleou-Kolon Prom).

 

Orang Khmer sememangnya memanggil Srivijaya,orang Melayu dan negeri-negerinya sebagai Malayu,sebagai salah satu generalisasi kepada rumpun Austronesia.Ini terjadi kerana raja-raja Melayu telah aktif terlibat dalam perdagangan maritim dan menjadi ruling class kepada kebanyakan empayar dan kerajaan.Ini bermakna,Inggeris,Sepanyol,Portugis dan lain-lain tidak ‘keseorangan’ dalam generalisasi begini malah ia diketahui umum setakat ini sekurang-kurangnya sejak era Greaco-Roman terutama apabila Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis diterbitkan pada 150 Masehi.

Demografi orang Melayu yang ada di kedua-dua bahagian Asia;kepulauan dan tanah besarnya iaitu di Segenting Kra,semenanjung,Sumatera dan Borneo menjadi bukti kesan kepada kerancakan era pelayaran dan perdagangan maritim sekurang-kurangnya 300 tahun Sebelum Masehi sehingga zaman kemuncak Empayar Johor-Riau.Ini membuatkan para pengembara,pelayar,pedagang atau orientalis merasa seolah-olah mereka berjumpa dengan orang Melayu di mana-mana apabila masuk ke Asia Tenggara.

.

.

.

.

.

 

 

 

 

The History of Thy Beloved

selfieku (3)small

~Srikandi

2 Responses to “ Misteri មាលាយូ Dalam សិលាចារឹក ជ័យ ហាន ”

  1. Assalam. Srikandi dlu sy terbaca klu x silap dr tesis seorang profesor dr jepun yang menyatakan srivijaya asalnya dr semenanjung tanah melayu. Kedudukan srivijaya dlm tesis dia lbh kurang dari surat thani hingga ke kelantan. seorang raja dari kerajaan asal srivijaya yang lama ini dengan sebilangan tenteranya (tak silap saya 10k atau 20ktentera) telah berpindah ke sumatera dan buka kerajaan srivijaya baru. Peristiwa ni berlaku dlm abad ke 7. Dan tesis yg profesor ni buat berdasarkan penemuan artifak lama di selatan thai ada hubungkait dgn artifak yang dijumpai di sumatera. X silap saya raja yg berpindah tu nama dapunta hyangsa. Dan artifak yg dia jmpa di selatan ada menceritan perihal raja tersebut. Betul ke tesis tu?

Leave a Reply