Transcendence (1999) & The Kelantanese Bureaucrats

Pada tahun 1999,album ke-3 Butterfingers,Transcendence terbitan Butterworld/EMI telah keluar dengan rekaan kulit album yang menunjukkan sesuatu yang unik; diinspirasikan dari satu event bersejarah yang pernah berlaku di Kelantan.

Ikuti tulisan ringkas ini.

 

 

 

 

=========================================================================

Artikel ini ditaja oleh komrade_historian
badgepunkhistsmall
 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK
 kredit: muhdhazrie.wordpress
     ===========================================================================

 

 

 

 

JIKA anda pernah melalui zaman muzik grunge ketika remaja,anda mungkin pernah terbeli kaset kumpulan Buttterfingers keluaran tahun 1999 bertajuk “Transcendence”.

Antara lagu-lagu hits di dalam album ini ialah seperti The Chemistry (Between Us), Faculties of the Mind,Epitome,Mermaids, Mystery dan Doomsday Out yang berbau post-grunge dan alternative rock  dalam bayangan seattle sound yang masih pekat.

Trivia,lagu Sekilas Cinta dari Ella kelihatannya memakai sampel dari lagu Epitome.

Apa yang menariknya,pada cover album tersebut,terdapat foto kumpulan Butterfingers bergambar dengan gaya raja-raja Melayu era kolonial,dengan berlatarbelakangkan hulubalang yang masing-masing memegang lembing.

Sebenarnya ia diinspirasikan dari foto kerabat diraja Kelantan yang bergambar sempena lawatan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu,Sir John Anderson pada tahun 1909.

 

butterkelantanroyal

Di sebelah kiri ialah foto kulit album Transcendence keluaran tahun 1999; Di sebelah kanan ialah foto kerabat diraja Kelantan ketika lawatan Gabenor Negeri-negeri Selat pada tahun 1909

 

 

Keterangan untuk foto kerabat diraja Kelantan:

Kiri ke Kanan: Tuan Soh Bin Sultan Ahmad (Tengku Besar Indera Diraja), Tengku Mahmud Bin Sultan Ahmad (Tengku Srimah Raja Tua), Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad IV Ibni Sultan Bongsu (Raja Dewa), Tengku Mohd Salleh Bin Sultan Ahmad (Tengku Temenggong), Tengku Ahmad Bin Sultan Bongsu (Tengku Badar).

 

Untuk ahli-ahli  Butterfingers dalam foto:

Dari Kiri ke Kanan: Kadak, Emmet, Loque, Loko, Numlock

.

Apa yang menariknya,kereografi dan penampilan kerabat diraja Kelantan menunjukkan keunikan karisma masing-masing,dan mungkin ini menjadi tarikan kepada pereka kulit album Butterfingers untuk mengambilnya sebagai inspirasi.

 

.

.

.

 

 

 

selfieku (3)small
~Srikandi
“Die another history”
.
.

Leave a Reply