Perfume Garden (1992) & Hamlet: Act 1, Scene 2

Pada tahun 1992,band punk rock/hardcore The Pilgrims telah mengeluarkan album bertajuk Perfume Garden di bawah Sonic Asylum Records, sebuah label kecil milik  Joe Kidd dan Rosman dengan Eddie Hamid sebagai PR dalam label ini.

Menariknya,di dalam salah satu lagu di dalam album ini, menyelitkan lirik puitis yang sebenarnya diinspirasikan dari karya sasterawan agung Inggeris, William Shakespeare.

Ikuti laporan ringkas ini.

 

 

 

 

=========================================================================

Artikel ini ditaja oleh komrade_historian
badgepunkhistsmall
 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK
     ===========================================================================
.
.
.

.
.
THE Pilgrims,adalah sebuah band berasaskan genre punk rock dan hardcore,berbeza dengan iklim pemuzik underground di Malaysia ketika itu yang berpaksikan kepada muzik thrash dan death metal dan sebahagiannya ke arah alternative rock.
 .
Kumpulan ini telah menerbitkan demo pertama bertajuk A Pilgrimage to Nowhere pada tahun 1990 yang menjadi pengenalan kumpulan terbabit di khalayak peminat muzik keras (yang dilabel underground) ketika itu.
 .
Kemudian pada tahun 1992, di bawah label Sonic Asylum Records, milik Joe Kidd (Carburator Dung), The Pilgrims telah mengeluarkan album penuhnya yang bertajuk Perfume Garden.
.
Ketika itu  Eddie Hamid yang kemudiannya dikenali sebagai penerbit lagu-lagu slow rock (dilabel sebagai rock leleh oleh sesetengah pendengar) masih bertugas sebagai  PR bagi label underground tersebut.
 .
Album ini mengandungi 12 buah lagu termasuk lagu ‘anthem’ mereka yakni Sua Sue Good Morning/Air Pasang Pagi, dengan vokal berbau tona John Lydon dari band legenda punk rock British, Sex Pistols.
.
.
.
pilgrims
 .
.
Apa yang menariknya di sini adalah trek kedua yang bertajuk My Own Mind yang lirik awalnya adalah sebenarnya diambil dari skrip drama tragedi karya William Shakespeare, sasterawan legenda Inggeris. Berikut ialah lirik penuh di dalam My Own Mind:
.
.
.
O that this too too sullied flesh would melt
Thaw, and resolved itself into a sew
Or that the everlasting had not fixed
His canon ‘gainst self slaughter
Dead, God,
How weary, stale, flat, and unprofitable
Seem to me all the uses of this world!
Fie or ‘t, all fie, ’tis an unneeded garden
that grows to seed…
My own mind…
My own mind….
.
.
shake

William Shakespeare

 .
.
.
Ia diambil dari Hamlet pada Act 1, Scene 2 di Page 5 (baris 129-139):
.
.
O that this too, too sullied flesh would melt,
Thaw, and resolve itself into a dew,
Or that the Everlasting had not fixed
His canon ‘gainst self-slaughter! O God, God!
How weary, stale, flat, and unprofitable
Seem to me all the uses of this world!
Fie on ’t, ah fie! ‘Tis an unweeded garden
That grows to seed. Things rank and gross in nature
Possess it merely. That it should come to this.
But two months dead—nay, not so much, not two.
.
.
pilgrimshamlet
.
.
.
Karya Hamlet mengisahkan tentang Hamlet,seorang putera raja Denmark yang berdendam dengan Claudius, bapa saudaranya yang telah membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya.
.
.
.
hamlet-world-book-day
.
.
.
.
.
Membikin lirik yang diinspirasikan dari drama sastera terkenal Inggeris adalah sesuatu yang di luar kebiasaan dan ia seperti easter eggs dalam seni lirik band punk rock di Malaysia khasnya.
 .
Tidak dinafikan bahawa ramai pendengar muzik underground ketika itu tidak menyedari bahawa lirik My Own Mind diambil dari Hamlet. Ramai yang menyangka ia sekadar kata-kata puitis atau luahan jiwa yang biasa ada dalam sebuah band punk rock tambahan pula frasa “…my own mind..” yang diulang-ulang sebagai korus sehingga klimaks dengan diiringi riff-riff gitar berat dan emo yang berlarutan.
 .
.
.

 

srikandiwork3small2
~Srikandi
“Die another history”

6 Responses to “ Perfume Garden (1992) & Hamlet: Act 1, Scene 2 ”

  1. Ya memang ada disebut dalam inlay tersebut dari Hamlet by William Shakespeare, peminat tegar The Pilgrims

  2. Sebenarnya ramai yang tahu lagu itu dari hamlet sbb ada dinyatakan dalam inlay kaset tersebut.

  3. Dan Terima Kasih x terhinga kami krn artikel ini.

  4. mohon pembetulan.. Sebetulnya Sonic Asylum Record bykanlah milik EDDIE HAMID.
    Beliau hanyalah PR dlm labelbtersebut. Ianya kepunyaan Joe Kidd n Rosman.
    Harap maklum.
    *saya adalah Kombat gitarist The Pilgrims

Leave a Reply