Misteri Encik Ronald Moore Dalam Sejarah Psychedelic Rock Di Malaysia

Pada tahun 2001 yang lalu, Pretty Ugly, sebuah kugiran yang memainkan muzik psychedelic rock di Malaysia telah mengeluarkan lirik yang aneh bagi single bertajuk “En Ronald Moore”.

Sebenarnya lirik tersebut adalah berdasarkan tragedi yang benar-benar berlaku di Dallas, Amerika Syarikat kira-kira 14 tahun yang lalu.

Ikuti kupasan ringkas yang mendebarkan ini.

 

 

 

 

 

=========================================================================

Artikel ini ditaja oleh komrade_historian
badgepunkhistsmall
 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK
     ===========================================================================
.
.
.
.

.
.
PRETTY UGLY adalah sebuah kumpulan muzik psychedelic rock yang agak terkenal sekitar awal alaf baru membuka tabirnya di Malaysia. Kumpulan ini telah mengeluarkan 3 album penuh dan 1 EP. Album-albumnya seperti Abstrak Versi Fantasi (2001), Transformasi Ke Stereo (2003) dan Darabkan Sejuta (2011) menunjukkan kelainan dalam iklim muzik di Malaysia ketika itu yang menyaksikan kebangkitan pop tradisional dengan ikon seperti Siti Nurhaliza dan populariti band-band rapcore dan nu metal yang diinspirasikan dari mazhab muzik Linkin Park, Korn dan Limp Bizkit.
 .
Antara lagu-lagu hits Pretty Ugly adalah seperti CD Bagasi Honey, En Ronald Moore, Bidadari, Francis Ford Coppola, Diari Seorang Lelaki dan Itu Bukan Aku.
 .
Apa yang ingin disentuh di sini adalah lirik salah sebuah lagu hits mereka iaitu “En Ronald Moore” yang ditulis dengan gaya yang unik dan aneh jika dibandingkan dengan lirik-lirik yang biasa didengar.
 .
Di dalam lirik itu,diceritakan tentang seorang lelaki yang mabuk menyuruh anaknya yang berusia 6 tahun,menembaknya sehingga mati.
 .
Kanak-kanak itu telah menembaknya ayahnya sendiri di kepala sehingga menyebabkan kematiannya. Disebutkan juga kejadian itu berlaku di Dallas, Amerika Syarikat. Lelaki yang mati itu, yang dikenali sebagai Ronald Moore ketika itu berusia 42 tahun.
.
.
kidwithgun
.
.
.
Sebenarnya lirik lagu tersebut diambil dari satu keratan akhbar berbahasa Melayu yang dipercayai Utusan Malaysia dalam segmen ‘Dunia’.
 .
Akhbar itu pula merujuk kepada kejadian benar yang berlaku pada April 2001 yang terjadi di Dallas, Amerika Syarikat, dimana seorang bapa yang bernama Ronald Moore menyuruh anaknya yang tidak didedahkan namanya,menembaknya di kepala menggunakan pistol yang menggunakan peluru kaliber .22 atau 5.6mm yang mana kemungkinan besar adalah dari jenis mini revolver atau starter pistol untuk tujuan rekreasi.
.
.
.
ronaldmoore3

(Sebelah kanan) Keratan akhbar dari sumber AP pada hari Selasa 17 April ketika Ronald Moore dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal; (Kiri) Ronald Moore dilaporkan mati akibat kecederaan tersebut pada Khamis 19 April dalam akhbar dipercayai Utusan Malaysia dalam segmen ‘Dunia’.

 .
.
.
Berikut adalah lirik lagu tersebut yang keluar dalam album pertama Pretty Ugly, Abstrak Versi Fantasi (2001):
.
.
“Encik Ronald Moore” (2001)
 .

Seorang lelaki Dallas
Yang menurut polis mabuk seharian, sebelum
memaksa anak lelakinya berusia 6 tahun
menembaknya di kepala

Mati akibat kecederaannya
semalam, lapor jurucakap hospital
Ronald Moore 42 ditembak di kepala
Pada hari Easter Ahad lalu

Apabila dia mengarahkan budak itu mengacu pistol
.22 ke kepalanya dan menarik picunya, kata polis
Kata polis, kata polis DallasKeluarga lelaki itu memberitahu polis, Moore menjadi kecewa
dan agresif, selepas meminum arak vodka hampir seharian, budak
lelaki itu dan abangnya berusia 11 tahun sedang bermain di rumah
Apabila Moore mendekati mereka, nama kanak-kanak itu tidak didedah
.
.

.
.
suicide_silhouette_800x600
.
.
.
Berikut adalah berita penuh dari sumber asalnya iaitu dari Associated Press dan ditulis oleh Joel Anderson pada Khamis 19 April 2001:
  .
.
.

Father who ordered son to shoot him in head dies

.
.

DALLAS (AP) – A man who pleaded with his 6-year-old son to shoot him died Wednesday, three days after a gun went off as Ronald Moore and the boy held the gun to Moore’s head.

Moore, 42, had been in critical condition since Sunday night’s shooting at the family’s south Oak Cliff home. A spokeswoman at Methodist Medical Center said he died Wednesday afternoon.

A police report said Moore held the .22-caliber derringer in his 6-year-old son’s hands Sunday and pleaded with the boy to shoot him. The boy resisted, but the report said the weapon discharged as they both held the gun. Moore was struck in the left temple.

The report did not say who pulled the trigger, but the boy later told his mother and investigators, “My daddy made me shoot him.”

Police said no charges would be filed in the case. The shooting is being investigated as a suicide.

The boy’s mother told police that Moore had been drinking vodka all day and that by Sunday afternoon he “began to go through mood swings.”

Moore’s wife told investigators he asked her to stab him earlier that evening, but she refused.

He told her he had two guns in the house, then pulled the phone cord out of the wall “so that no one could call 911,” according to the police report.

Some time later, the report said, Moore went to his children’s bedroom and told his 6-year-old son that he would “shoot your mom, then you, and then your brother.”

The son said Moore handed the gun to him and told him to pull the trigger. The boy said he refused several times before the father made him put his hand on the gun.

.

.

pretty ugly

Kumpulan Pretty Ugly

.

.

.

.

.

Pada ketika itu, sememangnya para peminat muzik di Malaysia tidak menyangka lirik lagu ini diambil dari keratan akhbar pada tahun 2001, di mana kejadian yang menyayat hati itu berlaku dan pada masa yang sama Pretty Ugly mengeluarkan album sulungnya. Membikin lirik berdasarkan kandungan di dalam keratan akhbar adalah sungguh kreatif dan amat unik dari kebiasaan dan ini menghasilkan karya yang memiliki seni yang tersendiri.

Jika kita dengar lirik ini dengan alunan melodi psychedelic rock dengan tempo yang berbau nada klasik merry-go-round, akan membangkit satu aura gelap yang mengganggu; mungkin inilah mengapa ia dipanggil psychedelic, seperti sesuatu yang surreal yang menimbulkan tandatanya yang mengkhayalkan.

.

.

.

.

.

 

 

srikandiwork3small2
~Srikandi
“Die another history”

 

 

Leave a Reply