Fungsi Tuyere Dalam Industri Berat di Tamadun Sungai Batu

 

Penemuan jutaan tuyere di Tapak Arkeologi Sungai Batu membuktikan satu misteri kira-kira 788 tahun Sebelum Masehi; satu perindustrian berat dalam sektor perkilangan logam telah berjalan dalam skala besar di Sungai Batu pada suatu ketika dahulu. Ini telah mengubah tipikal gambaran tentang kehidupan sosio-ekonomi orang-orang di rantau ini terutamanya orang Melayu pada zaman silam. Suasana revolusi perindustrian, dengan berpuluh-puluh relau dan ratusan pekerja pengeluaran, pembungkusan dan logistik, material yang telah siap, dibawa ke kapal-kapal dan akhirnya dieksport ke luarnegara.

Ikuti kajian ringkas ini.

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM >> http://goo.gl/1QBIQK
4Nov15

    ===========================================================================

 

 

 

 

Tamadun Sungai Batu dikenali dengan industri logamnya berdasarkan penemuan relau-relau atau ‘gok’ (dalam keadaan tidak lengkap) serta bijih besi, sisa besi, tuyere (alat peniup angin) dan sisa relau.

Menurut Iklil Izzati Zakaria, pelajar Kedoktoran (PhD) yang dipetik dari Berita Kampus USM, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan besi pada ketika itu, ialah dengan meleburkan bahan mentah besi bercampur pasir, arang dan kapur.

Setelah semuanya cair, ianya akan mengalir keluar daripada relau. Relau juga dipecahkan untuk mendapat besi di dalamnya. Hasil kajian mendapati usia perusahaan besi lama ini telah mencecah 380 tahun Sebelum Masihi. Hasil dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa masyarakat tempatan pada ketika itu memiliki teknologi dan kemahiran yang tinggi dalam perindustrian besi.

Gok atau relau peleburan boleh dijumpai di Jeniang dan di Sungai Batu sendiri. Tahap peleburan besi murni ialah 1540°C, bayangkan penggunaan teknologi dalam industri berat yang telah dicapai oleh orang-orang Melayu pada masa itu. Di bawah ini adalah relau-relau purba yang ditemui di Jeniang dan gambar Prof. Dr. Mokhtar Saidin  memberi penerangan bersebelahan sebuah relau yang ditempatkan di Tapak Arkeologi Sungai Batu.

 

tapak-jeniang-03

 

goksungaibatu

image002

 

 

 

Tuyere

 

Salah satu objek penting yang ditemui adalah tuyere, yang merupakan salah satu perkakas penting dalam proses peleburan dan pemprosesan besi.

 

7_roheki

Tuyere yang ditemui di Jepun yang berasal dari zaman Heian (784–967 Masehi).

 

Ini adalah longgokan tuyere yang ditemui di Tapak Arkeologi Sungai Batu.

 

tuyeresgbatu

 

 

Tuyere adalah satu istilah ilmu logam yang merujuk kepada alat pembukaan yang boleh ditiup di mana oksigen atau udara dihantar ke bahagian dalam relau untuk membantu meningkatkan suhu untuk mencairkan pelbagai jenis logam. Peranti ini sering berbentuk seperti tiub atau muncung yang melekat ke dalam relau dari luar dan biasanya diperbuat daripada tembaga atau besi tuang.

 

tyle3

Tuyere moden

 

 

Biasanya satu set peniup atau enjin letupan disambungkan ke tuyere, memaksa udara atau oksigen melalui dan masuk ke dalam peranti peleburan. Jenis yang lebih kuno daripada relau seringkali hanya mempunyai satu tuyere, manakala relau perindustrian moden boleh mempunyai lebih daripada 40 tuyere yang berfungsi untuk membantu membuatkan suhu yang lebih tinggi. Perkataan tuyere berasal dari perkataan Jerman Kuno ‘tuyau’, yang bermaksud ‘paip’ dan alat ini juga boleh dipanggil tu-iron, twyer atau twire-pipe.

 

 

ideal-furnace

Kedudukan tuyere di dalam sistem relau

 

 

Peleburan besi dan lain-lain logam seperti timah dan tembaga telah diamalkan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun. Jenis teknik atau sistem peleburan yang paling awal yang mampu meleburkan besi adalah jenis yang dipanggil ‘bloomery‘. Bloomery biasanya terdiri daripada struktur pit atau cerobong, dengan tuyere logam mahupun diperbuat dari tembikar akan menyalurkan udara melaluinya. Pelebur ini menghasilkan ‘bloom‘ , yang bermaksud jisim terdiri daripada kerak dan bijih besi yang mana boleh menghasilkan besi tempa.

 

 

 

layout

 

 

Bloomery bergaya tungku akhirnya digantikan oleh relau letupan, yang biasanya digunakan untuk meleburkan bijih besi. Kemampuan untuk menghasilkan alat kelengkapan tungku yang lebih baik, seperti tuyere dari besi tuang, adalah salah satu faktor dalam perkembangan relau letupan. Sebuah ledakan tungku biasanya memiliki beberapa tuyere terletak di bagian bawah struktur. Setiap tuyere memaksa udara atau oksigen ke dalam tungku, sementara bijih dan bahan bakar, seperti batu bara,akan dimasukkan ke dalam tungku dari atas. Satu ledakan tungku mampu menaikkan suhu yang lebih tinggi daripada sistem bloomery, dan biasanya digunakan untuk memproduksi besi mentah yang kemudian dapat menghasilkan produk-produk lain.

 

 

 

post-24638-0-89683100-1403873918

Struktur proses peleburan besi pada zaman purba yang juga digunakan oleh Tamadun Sungai Batu

 

Kebanyakan tuyere yang menyalurkan udara atau oksigen ke dalam tungku didinginkan oleh air untuk menahan suhu tinggi. Dalam beberapa kes, tuyere dapat digunakan untuk menyisipkan alat untuk mengukur suhu di dalam tungku, atau untuk menambahkan berbagai bahan bagi logam yang dilebur. Tempat menempa besi juga dapat dilengkapi dengan tuyere. Dalam hal ini, tuyere sering dipasangkan pada tangan atau kaki yang akan menekan alatan bagi meniup udara melalui tuyere supaya proses tempa besi cukup panas bagi menyempurnakan kerja-kerja pertukangan besi.

 

Tuyere_Stock

Tuyere yang dijual dalam pasaran untuk kegunaan industri pada hari ini

 

 

 

KESIMPULAN

 

 

tuyere2

Aplikasi tuyere dalam skala industri tahap tinggi yang memerlukan saiz lebih besar

 

 

Ramai yang teruja dengan penemuan kesan-kesan industri besi di Tamadun Sungai Batu dan Lembah Bujang, namun masih tertanya-tanya apakah signifikannya sementelah yang nampak hanyalah relau-relau yang tak ubah seperti pasu-pasu buruk dan paip-paip kecil yang diperbuat dari tanah. Namun orang yang memiliki pengetahuan dalam ilmu perkilangan logam tahu bahawa di sana ada ‘something‘ yang begitu menakjubkan, berdasarkan puing-puing yang ditinggalkan.

Penemuan beratus-ratus (ada yang mengatakan jutaan) alat tuyere ini adalah luarbiasa; ini menimbulkan persoalan, adakah ia memang digunakan untuk aplikasi sistem relau bagi kegunaan industri sendiri ataupun, ia adalah material business-to-business  yang mana ia dihasilkan untuk keperluan industri logam di tempat-tempat lain? Ini sama misteri dengan penemuan alat-alat batu yang begitu banyak di Lembah Lenggong, mengacu kepada hipotesis bahawa Lembah Lenggong adalah pusat pengeluaran alat-alat batu untuk pasaran sekitar.

 

 

 

 

 

Disusun oleh:

 

selfieku (3)small

~Srikandi

 

 

Rujukan: Berita Kampus USM, M. Haskins, Heather Bailey

 

Foto: The Patriot, blog arkeosungaibatu dan pelbagai sumber luarnegara.

2 Responses to “ Fungsi Tuyere Dalam Industri Berat di Tamadun Sungai Batu ”

  1. Artikel yg menarik. Cuma saya cadangkan perkataan yg lebih tepat digunakan untuk menggantikan ‘blast furnace’, saya perasan kata ganti yg digunakan kurang sesuai untuk menceritakan apa yg berlaku dalam proses perelauan. Bloomery pun ada org alih bahasa jadi mekar kan, jadi harapnya pihak DBP dapat bantu kita.

Leave a Reply