Latife Uşşaki (1898-1975)
Chola dan Pandyan
Where the treasure of Srivijaya?
Diaspora & Third Temple
Pembuka Bicara Dari Srikandi
Nota: Ini adalah petikan dari sebahagian ucapan pembukaan Srikandi.Untuk ucapan penuh (dan foto peribadi beliau ketika di acara RAC) sila ke sini: http://mistisfiles.historiansecret.com/. Untuk yang belum mendapat akses penuh,sila ke sini: http://goo.gl/1QBIQK .Semoga membantu.
The Historian Secret Society
Jabatan Sejarah
Jalan Genting-Klang
“…gutra barubasa mpu hak kedak pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi tuhan samuha
taruh dalam svargga tuhan tatuha…”
Kepada para peminat sejarah Melayu,kepada kerabat diraja dan negarawan terbilang,kepada para pendekar dan panglima terhandal,kepada para pengkaji dan cendekiawan bijaksana dan sini…
…Dari gerbang para Dapunta dan Maharaja,saya…Srikandi memperkenalkan diri bersama seribu perhiasan emas Haikal Sulaiman dan Etemenanki.
Bukanlah mudah untuk membuka bicara atas nama sejarah Melayu.Bukankah senang jika gadis Melayu dasawarsa ini seperti saya membuka kisah cintan-cintun opera yang membikin khayalan ghairah dan pasrah?Bukankah mudah jika membicarakan tentang wayang nan muzika yang membuatkan khalayak rasa berdiri di atas trend dan ruangmasa?
Bukan begitu saudara dan saudari,perjuangan saya tidak berpaksi kepada kapitalisme dan liberalisme.Perjuangan saya walau dituduh fasisme dan berkedok nasionalisme,namun perjuangan saya adalah laksana bunga-bunga ros dari puisi Jalaludin Ar-Rumi.Perjuangan saya seakan-akan mistik Black Madonna di dalam Santiago de Compostela.
Langkasuka Dalam Lukisan Era Dinasti Song & Liang
Di dalam Hikayat Merong Mahawangsa,ada disebut nama kerajaan ini;Langkasuka.Berapa besar nama dan identiti kerajaan ini dalam sebuah hikayat yang dicebik sebilangan orang termasuk perasan bijak pandai sebagai dongeng ini?
=========================================================================
===========================================================================
Koleksi Alter Terahsia Bangsa Melayu 2009-2015
SEPANJANG sejarah siri Alter Terahsia Bangsa Melayu (ATBM) di MistisFiles,terdapat banyak kontroversi,perdebatan dan titik-titik tertentu yang mengubah paradigma masyarakat Malaysia tentang sejarah tanahair dan bahkan dunia.
Biarpun apa jua polemik dan dilema yang timbul sejak kemunculannya pada tahun 2009 yang lalu,siri ATBM telah sedikit sebanyak mengubah lanskap dogma bidang sejarah di Malaysia terutama sejarah Melayu dan suku-suku Nusantara.Ramai yang membesar dengan artikel-artikel dari siri ini,dari pelajar sekolah,ke universiti,berkerjaya sehinggalah beranak-pinak;sepanjang lebih kurang 6 tahun kemunculannya.Sebahagian bahkan sepenuhnya dari artikel-artikel dalam siri ini telah dipetik dan tersebar di merata-rata tempat di internet,majalah dan akhbar.
Ada yang menjadi rujukan ataupun inspirasi kepada penulisan-penulisan yang lainnya.Selebihnya adalah memori yang sukar dicariganti,sejak zaman forum,kebangkitan blog dan kebanjiran media sosial pada hari ini.
Di bawah ini adalah senarai kempen ATBM yang pernah menggegarkan peminat sejarah underground seluruh Malaysia.




