Page 1
Standard

Video Pengenalan (teaser) Siri Video Sejarah

 

Salam semua!

Ini adalah video sejarah bagi slot pertama iaitu orang Melayu dan kaum kerabat mereka dari kalangan Austronesia/Nusantara/Nusantao.

Klik: http://youtu.be/9NsE78aBbnk

=============================
emelke srikandisejarah@gmail.com
UNTUK Menempah SET LENGKAP
di bawah tajuk “siri video”
=============================

Digalakkan dengar menggunakan headphone berkuasa tinggi dengan bass dan mixer yang berkualiti laku keras.

Sistem bunyi yang disyorkan:

SRS Audio Sandbox
AIMP Sound Player
POT Player ( Video Player )
ATP 3 Altec Lansing Sound Box with Sub Woofer.

(testimoni oleh Engku HS)

 

Siapa yang menempah terus saya masukkan dalam VIP list booking.Semoga mendapat pelajaran hari ini.

~Srikandi Sejarah
UIA

kredit: Allahyarhamah Biduanita Negara

Standard

Siri Video Pencerahan Sejarah oleh punk_historian

videosejarah

 

 

 

Buat julung kalinya,saya yakni Srikandi sebagai pengetua The Historian Secret Society akan melepaskan siri video sejarah yang merangkumi:

4 video trailer
6 video utama
3 booklet
2 kad kuasa Historian Immortals

Slot terhad kepada 150 sahaja (sebab nak tumpu projek buku “Emas Dapunta & Maharaja”).

Habis slot saya tutup tempahan/pembelian.

Semua video adalah rakaman suara Srikandi sendiri.

Siapa nak,emelkan “siri video” ke srikandisejarah@gmail.com.

=============================
emelke srikandisejarah@gmail.com
UNTUK DENGAR SUARA CIKGU smile emoticon
bawah tajuk “siri video”
=============================

Nanti saya beritahu cara untuk mendapatkan link dan sebagainya.

Slot ni tempahan dulu tau.

~SK (6jan15)

Standard

Ironinya

Ironinya,orang yang kononnya menentang raja melarikan diri ke negeri atas angin bernama Sweden yang mengekalkan rajanya sendiri.

Disyorkan: menentang Paduka Baginda Raja Sweden.

Jadi soalannya,adakah anda menentang sistem atau individu?

Ironinya,rakyat Thailand menyayangi raja mereka sehingga membawa gambar raja mereka dalam satu perlawanan bolasepak.

Soalannya,mengapa tidak di sini?

Jawapan: ada 9 raja-raja di sini.Yang mana satu?

Penyelesaian: pilih raja yang benar-benar berkaliber,kompeten dan bijak untuk disanjung dan didokong dari 9 raja itu.Yang hampeh,tak payah nak hormat sangat,k?

Sekian dari ironinya.

 

~Srikandi

ezekielsrikand
Standard

Ezekiel

 

Berikan Seri Bija Diraja
Perhiasan dari Burgundy
Buah epal dari Sri Dharmaraja
Kain sutera hadiah dari
Pepin of Landen

Tun Mamat mengusik gadis Bohemia
Ada pelangi di atas Bukit Siguntang
Beritahu Indravarman
Yang sedang bersantap adalah
Charlemagne

Air kasturi dari Visigoth
Manakan sama hati nyamuk tujuh dulang
Khabarkan kepada Dagobert dan Clovis
Eric The Red mahu mengadap
Seri Mahkota Iskandar Syah

Tanyakan kepada Ezekiel
Apa erti jambatan emas dan perak
Si Pelacur Magdalena bertaubat dari kegelapan
Bukankah Dang Anum yang mengidam raspberry?

~Virginoforient
The Dungeon of Knowledge
9.00pm
29Jan14

Standard

The Feast of The Beast,Bilderberg & Polar Shift

 

Nukilan M.O terbaru di MistisFiles V1 Packplan.Berkisar pasal perubahan titik kutub bumi dan ‘alignment’ bumi. Salah satu kesannya ialah perubahan cuaca.Macam asalnya tempat tu panas,tetiba sejuk pulak tanpa perubahan angin monsun atau kesan-kesan lain.Perubahan arah mata angin pun bergantung kepada putaran bumi,dan putaran bumi pulak bergantung kepada ‘alignment’ ini.Tapi biasanya NASA tak bagitahu semua.Biasalah.

Minggu depan kempen The HeavenGate.

Siapa yang tempah minimum 3bulan ke atas,akan akses MF.
Yang bawah 3 bulan,automatik ke MJ.Update sama cuma MF ada arkib lama yang ‘rare’.Lihat cara-cara nak masuk di kotak NOTES sebelah kotak LIKE.

Selamat membaca!

~SK(25jan14)
Admin MF&MJ 2014

Standard

3 poin penting yang Anak-anak Melayu perlu tahu

 

Ada tiga poin penting yang anak-anak Melayu perlu tahu pasal diri mereka.Ingat baik-baik benda ni.

#1-Bangsa Melayu berasal dari rumpun Austronesia (Nusantara) yang mendiami kawasan Asia Tenggara dan Pasifik.

Jika faham poin ini: Semua hujah yang mengatakan Melayu berasal dari India,China…bla…bla… adalah tidak berpendidikan sekaligus terbatal dengan sendirinya.

Melayu,Jawa,Sunda,Bugis,Banjar,Dayak,Tausug,Maori,Tonga,Hawaii,Samoa,Visaya,Cebuano dll adalah serumpun sama seperti Frank,English,Swedish,Dutch,German,Norwegian,Danish,Irish,Russian dll adalah serumpun.

#2-Bahasa Melayu berasal dari kelompok bahasa-bahasa Austronesia.

Jika faham poin ini: Semua cerita rekaan kononnya bahasa Melayu hanya mengandungi tiga perkataan asal adalah mengarut.Perkataan pinjaman (loanwords) adalah perkara biasa dalam sejarah bahasa-bahasa dunia hatta Tamil,Mandarin,English,Thai dan sebagainya turut mempunyai kata-kata pinjaman disebabkan faktor agama,teknologi dan sebagainya.

Semua cerita rekaan mengatakan bahasa Melayu adalah campuran bahasa-bahasa lain juga terbatal dengan sendirinya.Jika bahasa Melayu bahasa campuran,mengapa ‘grammar’ dia selari dengan kelompok bahasa-bahasa Austronesia?Ini bukan bahasa Na’vi (bahasa rekaan dalam filem Avatar).Understand?

#3-Orang Melayu adalah Orang Asal Malaysia dan Asia Tenggara

Jika faham poin ini: Teori merepek mengatakan orang asal hanyalah ‘Orang Asli’ adalah terbatal.Orang Melayu masih mempunyai baka aslinya sendiri iaitu Aborigine Malay yang dikategorikan sebagai Orang Asli di Malaysia.Malah kajian DNA mendapati baka Melayu sezaman dengan Negrito dan Orang Asli yang lain.

Jika orang Melayu bukan orang asal,mereka dari mana?Sedangkan bahasa dan budaya mereka milik Austronesia?Jika ingin membuang orang Melayu,maka kena fikir bagaimana nak buang seluruh rumpun Austronesia yang di dalamnya terdapat orang Jawa,Sunda,Madura,Bugis,Banjar,Bajau,Dayak,Kapampangan,Ati-ati,Visaya,Hawaii,Samoa,Rapa-Nui dll dari peta Asia Tenggara dan Pasifik.

Kesimpulan: Jika kita tahu asal-usul kita,kita akan lebih berpengetahuan dan dapat menjawab segala provokasi dengan bijak dan bergaya.Kita tidak lagi dimomok,dihina dan diperbodohkan.Orang lain akan nampak bodoh sebab jawapan-jawapan kita lebih berpendidikan dan tersusun.

So educate yourselves and be educated.

~SK
The Austronesian a.k.a Nusantaran

Standard

Jawapan yang Perlu Anak Melayu Tahu

 

Ada beberapa persoalan yang kadang-kadang sesetengah anak-anak Melayu kita tak tahu nak jawab,sebab pengetahuan sejarah yang cetek atau tak pernah tahu pun pasal sejarah sendiri.Menjawab beberapa persoalan yang kadangkala ditimbulkan untuk memperovokasi sebenarnya teramat mudah,hanya jika,anda semua membaca perihal sejarah anda sendiri.

#1-Orang India yang buka Tanah Melayu,sebab Hindu mula bertapak sebelum Islam.

Jawapan: Jika orang India buka Tanah Melayu mengapa majoriti penduduk di sini bukan orang India?Pasal apa A dikatakan buka sesuatu tempat,sedangkan tempat tu telah ada B duduk lama di situ?Orang Melayu adalah salah satu dari keluarga besar rumpun Nusantara atau saintifiknya Austronesia yang memiliki hubungan terkait dari segi budaya dan linguistik dengan Maori,Samoa,Hawaii,Visaya,Sunda,Jawa,Banjar dan kaum-kaum pribumi Asia Tenggara dan Pasifik yang lainnya.

Mengambil falsafah agama tidak menukarkan orang Melayu kepada bangsa lain.Orang Bali sampai sekarang beragama Hindu,namun adakah mereka orang India?Bahasa apa yang mereka pertuturkan?Kini majoriti orang Melayu beragama Islam.Adakah mereka ini asalnya orang Arab yang membuka Tanah Melayu?Ini hanya logik akal sahaja dan orang yang menimbulkan soalan di atas,sebenarnya hanya membingungkan diri sendiri.

*Kes ini sama seperti Stamford Raffles dikatakan membuka Singapura dan Francis Light membuka Pulau Pinang padahal kedua tempat itu telah lama berpenghuni.

#2-Melayu berasal dari kata ‘Malaya’ iaitu ‘bukit/gunung’ dari bahasa-bahasa India berdasarkan gunung-ganang yang banyak terdapat di Tanah Melayu atau berdasarkan Gunung Jerai.

Jawapan: Ini salah.Melayu dan Malaya dua perkataan yang berbeza,mengapa memandai-mandai buat hipotesis mengarut?Contoh,Canada dan Kannada.Adakah negara Canada dibuka oleh orang Kannada?Adakah orang Kannada berasal dari Canada?Atau adakah nama ‘Kannada’ berasal dari negara Canada?Lagi satu,Jawa dan Javan (anak keempat ‘Noah’ dalam Old Testament).Adakah orang Jawa berasal dari Javan?Kenapa bahasa Jawa beza dengan bahasa Hebrew (Ibrani/Yahudi)?Jadi,semua hipotesis ini adalah ‘rubbish’.Nama ‘Melayu’ bukan berasal dari kata ‘Malaya’.Belum lagi membicarakan kata ‘Melayu’ yang kononnya dalam bahasa Jawa bermaksud ‘lari’,dalam bahasa Tagalog bermaksud ‘bebas’ dan dalam bahasa Khmer bermaksud ‘bunga’ (malai).Jadi yang mana satu nak ambil ni?Tak usah pening kepala.Melayu tetap Melayu,bukan berasal dari mana-mana bahasa.

*Orang Khmer Purba merujuk Srivijaya dan bahasanya sebagai Malayu,iaitu orang Melayu.

#3-British yang mencipta orang Melayu

Jawapan:Ini satu lagi hipotesis bingung.Sebelum British tiba,catatan-catatan Portugis dan Sepanyol memanggil kita dengan nama ‘Malayo’ iaitu slang Iberian/Latin kepada perkataan ‘Melayu’.Pernah dengar istilah Malayo-Polynesia?Sebelum British tiba,telah ada beratus-ratus manuskrip Melayu yang di dalamnya bersepah perkataan ‘Melayu’ merujuk kepada nama satu bangsa.Sebelum British tiba,Sulalatus Salatin yang dikarang ketika Kesultanan Johor-Riau menyebutkan nama ‘Melayu’.Belum lagi karya-karya dari Riau,Acheh dan Jawa.Jadi kenyataan di atas adalah ‘stupid’ tahap berat.

#4-Orang Asli adalah penduduk asal sini (Malaysia)

Jawapan:Orang Asli di Malaysia terdiri dari dua kategori: Aslian,iaitu dari segi linguistik,cenderung kepada kelompok bahasa Mon-Khmer.Satu lagi ialah Aborigine Malay,yang bahasa mereka cenderung kepada Austronesia,dengan kata lain mempunyai hubungan linguistik dengan bahasa Melayu.Contoh Aborigine Malay ialah Jakun,Orang Sungai,Orang Kuala dan sebagainya.Salah satu Aborigine Malay yang agak antarabangsa ialah Orang Laut yang boleh ditemui di Burma sebagai Moken dan Thailand sebagai Urak Lawoi.

Orang Melayu berasal dari Aborigine Malay ini,kemudian,sebahagian mereka yang duduk di persisiran pantai,mula berinteraksi dengan dunia luar,malah mereka menyertai perdagangan antarabangsa dan berlayar ke luar negeri sehingga generasi kedua Melayu terbentuk dengan kriteria lebih maju (advance) dari generasi pertama mereka iaitu Aborigine Malay/Proto Melayu.

Ini samalah seperti orang Norseman yang sesetengahnya masih tinggal dipedalaman Scandinavia manakala ada yang berlayar menjadi satu puak bernama Viking yang berdagang,berperang dan berkahwin dengan bangsa-bangsa Eropah yang lain mewujudkan generasi yang lebih maju selepas itu.

Kesimpulan: Semua persoalan di atas teramatlah mudah dijawab,HANYA JIKA,anda banyak membaca tentang sejarah terutama sejarah Melayu,ditambah dengan membaca sejarah-sejarah bangsa lain di dunia.Semua pattern lebih kurang sama,namun sesetengah orang memprovokasi sejarah Melayu seolah-olah eksklusif,bertujuan untuk mendapatkan tanahair dan keistimewaan orang Melayu,cemburu atau dengki dengan nikmat yang Tuhan kurniakan kepada orang Melayu atau saja berniat jahat kerana terlampau kiasu iaitu bimbang kalau-kalau dihalau dari negara ini atau dicop pendatang setaraf dengan imigran Bangladesh,Indonesia atau Myanmar.

~SK