Page 1
Standard

Ulasan Dari Saya

10448732_10205768644552166_7365454152777296273_n

Buku ini setebal 200 ++ mukasurat,penuh dengan petunjuk-petunjuk untuk anda berfikir.Dan setiap petunjuk itu bukanlah syok sendiri,tetapi anda boleh rujuk pada mana-mana sumber untuk keabsahannya.

Jika anda rajin dan ada sifat ingin tahu,anda akan bertemu dengan banyak petunjuk lain dan kesimpulan.

Buku ini ibarat ‘training ground’ saya.

Buku ini menceritakan banyak pengalaman saya dalam perjalanan mengkaji sejarah dan erti Kemelayuan,sebelum saya menyertai kumpulan penulis di MistisFiles (sebelum muncul kumpulan-kumpulan penulis internet seperti The Patriots,Vocket dan sebagainya,MistisFiles sudahpun muncul lebih satu dekad dalam bentuk forum dan dalam tripod,angelfire dan geocities) sejak di bangku sekolah sehingga ke hari ini (saya menyertai MistisFiles sekitar 2009).

Di dalamnya terdapat rahsia Mayang Mengurai,yang muncul dalam catatan dinasti Sui…juga Kaca Bertuang yang muncul dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Apabila anda memiliki buku ini,anda seperti memegang salah satu almanak,atau kunci kepada satu alter terahsia yang semestinya hanya sekali seumur hidup anda.

Buku ini juga ibarat diari,atau buku log yang penuh catitan,tampilan dan notakaki.Ia penuh ilmu dan mengujakan.

Ia seperti anda meminum ‘elixir’ atau ‘fountain of youth’…dan anda akan melihat di hujung terowong yang gelap itu,ada satu cahaya.

Beberapa kenangan hidup saya juga diabadikan dalam buku ini,sebagai memorial kepada ibu saya.

~Srikandi

Standard

Buku Terbaru Srikandi

10952708_600204400080094_1729377382_n

 

Emas Para Dapunta & Maharaja,begitulah namanya,merupakan naskah terbaru dari Srikandi,penulis kontroversi yang tidak disenangi oleh ramai pihak kerana ketegasannya dalam memperihalkan sejarah,terutamanya sejarah Melayu.

Merupakan koleksi catatan Srikandi yang kaya dengan prosa yang puitis,perenggan-perenggan yang magis dan petunjuk-petunjuk yang mendebarkan,merupakan ‘trigger’ yang menggelitik perasaan untuk membongkar 1001 rahsia sejarah yang tersembunyi di dalam peta-peta pengembara,musafir yang lelah dan para darwisy yang misteri.

Jika dikatakan sejarah ditulis oleh mereka yang menang,maka sejarah itu dimiliki oleh mereka yang berpelajaran,maka sejarah yang abadi itu akan mencairkan dakwat sejarah palsu yang tertera dalam buku-buku si penjilat dan si pengecut,yang kelak akan disimbah ke jirat-jirat si petualang.

My History is Immortal,

di sana ada keberanian seampuh besi kursani,di sana ada hati waja seperti batu petir,di sana ada semangat membara laksana campuran logam 7 warna 7 jenis.

…yang mana.semuanya tercantum dalam kisah hidup seorang srikandi,yang berkelana mencari erti sejarah bangsanya yang aneh dan menakjubkan.

Akan berada di pasaran awal bulan hadapan.Akan muncul di Pesta Buku Selangor jika tiada aral melintang.Prakata oleh saudara Fadli Al-Akiti,editor Dewan Sastera.

~voo

Standard

Surat Malik Bin Dinar

 

Ramai yang mengetahui beliau ialah salah satu tokoh yang seringkali muncul dalam kisah-kisah sufi.Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau adalah orang yang jika tidak yang pertama adalah antara yang terawal datang membawa cahaya Islam ke India.

Malik Bin Dinar hidup sekitar abad ke-7 Masehi pada masa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dari dinasti Umayyah.Riwayat mengatakan beliau adalah anak kepada seorang berbangsa Parsi dari Afghanistan sekarang yang menjadi murid kepada seorang lagi tokoh sufi,Hassan Basri.

Di India terdapat legenda dimana seorang raja yang muncul dalam pelbagai mitos di Kerala bernama Tajuddin Cheraman Perumal (Cheraman Perumal adalah gelaran kerabat diraja Chera) menjemput Malik Bin Dinar dan sekumpulan pendakwah untuk datang ke India.Malik Bin Dinar serta kumpulannya menempuh perjalanan yang panjang sehingga sampai ke pelabuhan Nagapattinam,Tamil Nadu.Di selatan India,Malik Bin Dinar berdakwah menyebarkan Islam dan membina 11 masjid.Antara masjid yang dikaitkan dengan tokoh ini ialah Masjid Malik Bin Dinar di Kasaragod dan Masjid Chaliyam Juma di Chaliyam.

Di sebelah sisi lain,begitu banyak kisah seputar dunia kesufian tentang beliau.Kadang-kadang ada yang seperti ditokoktambah,sebagaimana kisah-kisah Rabiatul Adawiyah,juga Hassan Basri dan Zunnun Al-Misri.Zunnun Al-Misri misalnya adalah orang yang pertama boleh membaca tulisan di Batu Rosetta sebelum Jean-François Champollion menterjemahnya.

Antara yang popular adalah kisah taubatnya dan kisah beliau menulis surat sebagai jaminan mahligai di syurga kepada seorang pemuda kaya yang ditemuinya.

Surat itu berbunyi:

” Dengan ini saya Malik bin Dinar berjanji bahawasanya si anu bin si anu akan mendapat satu mahligai bersifat begini begini ( menurut ciri-ciri mahligai yang telah diceritakan kepada pemuda tersebut dalam kisah itu ),bahkan dia akan memperolehi kedudukan perhampiran Allah Taala.”

Kisah yang menyayat hati ini pernah dipetik dalam sebuah lagu bertajuk ‘A Letter’ oleh D’Cromok,sebuah band thrash metal sekitar 90-an dahulu dalam album VII Years VII Days Part Two.

Standard

“Adrenalin Sejarah Sebagai Sebuah Pulp Manga”

Klik link: http://youtu.be/-LGjdkcikeM

Jika anda pergi ke Eropah,mereka belajar sejarah dengan rasa teruja dan kagum.Bukan sahaja sejarah sendiri,malah sejarah orang luar juga mereka suka mengkajinya.Saya fikir buku-buku tentang Srivijaya,jumlahnya masih dimenangi oleh penulis-penulis Eropah.Berapa kerat sarjana kita yang tulis pasal empayar ini?

Belajar tentang Brandenburg Gate,belajar tentang Watergate,belajar tentang The Trail of Tears.

Belajar tentang Charlemagne,Merovingian,Cyrus The Great dan Octavian.Belajar tentang Umar Al-Khattab,Umar Abdul Aziz,Khalid Al-Walid.

Belajar tentang Bay of Pigs,Perang Dingin,Perang Vietnam,Revolusi Budaya,Tragedi Tiananmen.

Bacalah sejarah seperti sebuah katakunci kepada misteri.Rasa teruja.Rasa ingin tahu yang membuak-buak dan keghairahan yang mendidihkan metabolisme.

Tonton video teaser ini bagi satu slot dalam pakej video saya.

Nanti anda tahu..jika anda membaca sejarah,bacalah seperti sebuah pulp manga.

~Srikandi

==============================
emelke srikandisejarah@gmail.com
UNTUK Menempah SET LENGKAP
di bawah tajuk “siri video”
==============================

Sistem bunyi yang disyorkan:

SRS Audio Sandbox
AIMP Sound Player
POT Player ( Video Player )
ATP 3 Altec Lansing Sound Box with Sub Woofer.

(testimoni oleh Engku HS)