Page 1
Standard

Nikmat Islam

 

Orang Melayu bertuah sebab Allah swt pilih mereka sinonim dengan Islam.Jadi jagalah nikmat terbesar ni.Kita lahir-lahir je dah dapat nikmat terbesar ni.

Sebab apa nikmat paling besar?Sebab bila kita mati,Allah swt tak tanya berapa besar rumah kita,kereta pakai BMW ke?Iman kita pada-Nya yang akan jadi asbab menyelamatkan kita.

Bak kata ustaz Ebit Lew:

“Jangan kita pandang orang Cina tu kaya-raya,atau orang India tu mewah tapi sebenarnya kita sendiri sudah mempunyai anugerah yang sangat berharga”

“Kita kena kesian dengan Cina,India yang setiap hari maksud hidup mereka adalah dunia”

“Pakcik-pakcik saya semua kaya harta benda,ada kilang balak…tapi hidup mereka tidak tenang..”

Banyak lagilah dari ustaz Ebit Lew ni.Beliau ni dilahirkan dalam keluarga Cina tetapi sejak kecil telah berusaha sendiri belajar tentang Islam.

Boleh cari ceramah beliau di Youtube.

~Srikandi

Standard

Paderi Pelik

 

Ada emel dari seorang pembaca.Saya tolong jawablah.So,enjoy!

Kenyataan ini dikatakan dari Rev. Lawrence Andrew,paderi pelik yang nak patung sembahan dia bernama Allah tapi tak nak ikut perintah Allah dalam AlQuran serta mengaku Muhammad s.a.w utusan-Nya:

“Sebagai contoh perkataan seperti “suci” dan “dosa” bukan sebuah perkataan Bahasa Melayu. Cuba bertanya dengan orang Melayu apakah perkataan “dosa” dalam Bahasa Arab?Sebaliknya, “suci” dan “dosa” merupakan perkataan Sanskrit yang berasal dari India. Jadi, bila kita mula memahami asal-usul Bahasa Melayu, kita akan dapati Bahasa Melayu adalah berakar daripada pelbagai Bahasa-Bahasa yang lain”.

Ulasan:

Kenapa nak tanya perkataan “dosa” dalam bahasa Arab?Apa keperluan buat pertanyaan begitu?Kenapa nak pening-pening?Kata pinjaman perkara biasa dalam bahasa-bahasa dunia hatta bahasa Inggeris lagi berlambak ‘loanwords’ dari bahasa Jerman,Latin malah Avestan dan Sanskrit.Mat Salleh rilek je.Paderi ni sudah trauma dengan perkataan-perkataan nampaknya.Dari dulu sampai sekarang dia ni sibuk bermain dengan perkataan-perkataan macam obses dengan Sahibba atau Scrabble.

Kenapa dia mula memahami bahasa Melayu,dia ‘judge’ bahasa Melayu berakar dari bahasa-bahasa lain?Dia tak mula memahami sebenarnya tapi sengaja membengapkan diri.Bahasa Melayu kategori Austronesian Languages.Sekali lagi,don’t judge a language by its loanwords.

“Jadi, cara yang bagus untuk meredakan sentimen ini adalah kita semua perlu menerima negara ini sebagai negara kita. Kita semua adalah pendatang, termasuk kesemua perdana menteri negara kita, yang aslinya adalah orang asal dan orang asli di negara ini”.

Ulasan:

Ini bengap sejarah sebab Orang Asli di Malaysia ada dua kategori iaitu Aborigine Malay dan Aslian.Kajian DNA dan genome juga juga mengesahkan bahawa orang Melayu sama tua dengan Negrito di Malaysia dan Asia Tenggara.

Cara untuk meredakan sentimen yang sebenarnya ialah menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara kita.Ini perkara kecil sahaja,kalau tak namakan patung Jesus dengan ‘Allah’ tak boleh semayangkah?Orang Amerika dengan Eropah,rilek je.You pakai mazhab apa pulak?Pelik benar,sampai berjuang bermatian nakkan perkataan ‘Allah’ tu sampai terpaksa study subjek “Perkataan-perkataan pinjaman dalam Bahasa Melayu”.

~Srikandi

8164_496614033697160_1253703772_n
Standard

The Value of Your History

 

Ilmu yang saya sampaikan kepada anda adalah ilmu yang tidak ternilai harganya.Ada orang menyampaikan ilmu mencari wang namun saya menyampaikan ilmu yang melindungi maruah dan harga diri orang yang mencari wang itu.

Ilmu saya boleh memotivasi dan menambahkan estim-diri.Apa itu estim-diri?Estim-diri adalah cara anda menampilkan diri.Cara keyakinan anda.Diri anda.Jika anda ‘down’…estim diri anda merosot.Faham maksud saya?

Ilmu yang saya sampaikan kepada anda digunakan oleh pakar perundangan untuk menggubal sesuatu akta.Ilmu yang saya sampaikan kepada anda digunakan oleh pakar ekonomi untuk meramal pasaran hadapan.Ilmu yang saya sampakan ini digunakan oleh pemimpin-pemimpin dunia untuk mengatur perjalanan politik antarabangsa.Ilmu yang saya sampaikan ini digunakan oleh ‘somebody’ untuk memerintah berbilion-bilion manusia.

The Historian rule humankind.

Jurutera,doktor,ahli perniagaan,raja,bangsawan…semuanya bekerja di bawah golongan yang sama profesion macam saya.

Belajarlah sejarah kerana ia penting.

~Srikandi
The girl who loves history

Standard

Misteri Gunung Jerai

 

Ramai pengkaji mengatakan Gunung Jerai adalah pulau asalnya kemudian bersambung menjadi daratan.

Soalannya berapa lama ‘Pulau Jerai’ berubah menjadi sebahagian semenanjung?

Jawapan kepada soalan ini penting,untuk mengetahui ‘timeline’ sejarah di sekitar Kedah.

Satu lagi kebingungan para pengkaji ialah mengatakan semua tapak bangunan adalah ‘candi’.Neraka apakah semua bangunan dalam satu bandar adalah rumah ibadat?Mana pusat perniagaan?’Supermarket’?Istana?Bangunan kerajaan?

Ikuti laporan khas saya di MF dan MJ

Siapa yang dapat jemputan ke MF login ke MistisFiles.Siapa yang dapat login ke MJ,login ke MistisJournal.

Cara akses>> https://www.facebook.com/notes/srikandi/cara-untuk-akses-ke-mistisfiles-mistisjournal/728185243873370

 

15jan2014

doa
Standard

Pendinding Dari Penindasan Orang Kafir

 

Sekarang ni segelintir orang-orang kafir di negara kita mula melakukan kezaliman dan penindasan ke atas umat Islam.Tapi kebanyakan kita tidak sedar sebab masih cintakan dunia dan memusuhi sesama saudara seIslam.

Ada Comango la,Giat Mara kena tutupla,gerakan Kristianla…macam-macam pembaca mengadu kepada Srikandi.Selepas majlis Maulidur Rasul malam tadi,Srikandi berdoa malam-malam minta Allah s.w.t belas kasih kepada kita semua walaupun memang salah kita sebab lupakan perintah-Nya dan berpecah belah sesama Islam.

Srikandi buat apa yang terdaya sebagai seorang gadis muslimah kecil yang lemah.Yang selebihnya ustaz-ustaz,ulama,pemimpin,peguam muslim dan sebagainya termasuk kita semua untuk mempertahankan agama yang tercinta.

Di sini Srikandi kongsikan satu doa dari ayat AlQuran,gunanya untuk mengelak dari gangguan orang kafir.Ini salah satu doa,ada banyak doa lagi untuk elak kezaliman orang kafir.

Baca doa ni untuk minta bantuan Allah Yang Maha Melindungi supaya bantu kita dari kezaliman orang kafir.Orang kafir tak bagi kita solat di tempat kerja ke,paksa bukak tudung ke,sakitkan hati kita ke…insya Allah,kita akan dibantu-Nya.Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.

 

doa

~Srikandi
Asrama Salsabila
15.Jan.2014

Standard

Maulidur Rasul

 

Srikandi baru balik dari masjid dengan teman-teman se universiti.Mendengar sirah Nabi Muhammad s.a.w.Lepas tu ustaz yang dijemput malam tu sambung pasal kelebihan amalkan sunnah nabi.

Ada kisah seorang mat salleh di Eropah yang memeluk Islam disebabkan hanya mendengar bahawa Nabi s.a.w ajar masuk tandas ada doa dan keluar tandas pun ada doa.”Agama saya tak pernah mengajar saya perkara begini.Agama hanya dalam rumah ibadat sahaja.Keluar dari rumah ibadat,kami bebas melakukan apa saja.”

~Srikandi
Surau ‘Mimaland’

Link

Orang Melayu Penduduk Asli Asia Tenggara

 

Akhirnya Profesor Dr, Zafarina dari USM akur dengan kenyataan,bangsa Melayu bukan dari mana-mana.

Saya sudah berjuang sekian lama sejak 2009 dengan melobi mereka semua ini bahawa dari segi sejarah malah DNA dan genome sekalipun,pi mai pi mai tang tu,akhirnya anda akan berjumpa dengan kenyataan bahawa bangsa Melayu adalah The Indigenous Asia Tenggara.Kenyataan retorik dan provokasi bahawa Orang Asli adalah ‘the real indigenous’ adalah fantasi dan imaginasi yang tidak berpendidikan,jumud dan berniat jahat sahaja.Malahan nenek moyang Melayu rupanya bergerak bersama-sama dengan Negrito di sekitar Asia Tenggara 60,000 tahun dulu,cuma sifat Melayu yang merupakan ‘seafarers’ maka mereka bertebaran di seluruh Asia Tenggara dan Pasifik.

Malahan saya sudah terangkan berkali-kali bahawa Orang Asli (khususnya di Malaysia) terbahagi kepada dua iaitu Aslian yang bahasanya condong ke Mon-Khmer dan Aborigine Malay yang bahasanya condong ke arah Malayo-Polinesian.

Dalam konvensyen ini juga,ada Stephen Oppenheimer,pengkaji antropologi terkenal.Siap pakai baju batik lagi.Memang grand la semua profesor yang top-top buat pembentangan bersama.Kalau you all anak-anak Melayu masih sangka diri tu dari planet Jupiter,tak dapek la den nak nolong.Bukti akademik dah ada.

http://www.frequency.com/…/apm-2205-usia-sebenar-…/140936878