Page 1
lembahbujangmosque
Standard

Misteri Masjid Terbenam II

 

Ramai yang bertanya tentang struktur seakan masjid yang terbenam di dalam tanah di Lembah Bujang.Memang di sana ada misteri yang masih tersembunyi di dalam tanah.Ia seakan-akan cerita di dalam The Exorcist: The Beginning; sebuah gereja Byzantin berusia kira-kira 500 Masehi ditemui tertimbus di dalam pasir di satu daerah di Afrika,lama sebelum Kristian tiba ke wilayah itu.

 

 

 

 

=====================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33

     ======================================================

 

 

 

Continue Reading →

Standard

Senibina Makam Diraja Langgar

the-langgar-mausoleum-as-in-1905

 

Ulasan:

 

Ini adalah gambar Makam Diraja Langgar di Kelantan pada tahun 1905.Memang pada mulanya saya menyangka ia di Kedah kerana terdapat makam diraja di nama tempat yang sama iaitu,Langgar.Kebetulan?

Jika anda perhatikan senibina pintu gerbang mirip Istana Chabang Tiga Patani dan gerbang Istana Balai Besar di Kelantan.

Perhatikan juga senibina bumbung sebuah bangunan/rumah di sebelah dalam tembok batu itu.

 

~Srikandi

Standard

Cop Mohor Raja Ligor

ligor2seal

 

 

Ulasan:

 

Lambang ini dikatakan cop mohor Raja Ligor.Berdasarkan senireka,ia mirip mohor wilayah-wilayah dalam Thailand pada hari ini.Namun gaya kesenian lukisan begini telah wujud sejak zaman Ayuthaya hingga ke dinasti Chakri selepas kejatuhan Ayutthaya.Ini dibuktikan dengan penemuan lukisan pada almari era Ayutthaya dan lukisan pada dinding-dinding kuil/wat lama.

Gaya entiti di atas meniru gaya satu tarian yang popular di selatan Thailand,iaitu tarian menora.Gaya yang sama dijumpai juga pada syiling-syiling era Srivijaya yang dijumpai,juga,di sekitar wilayah Suratthani,Thailand.

 

~Srikandi

Standard

Manusia Liberal

 

Manusia liberal adalah makhluk aneh.Dia ingin menyederhanakan Islam yang memang sudah sederhana dan terbaik untuk manusia.Dia fikir Islam belum sederhana.Islam memalukan.Dia ingin Islam lebih terbuka dan toleransi.Dia fikir dia perlu sederhanakan apa yang Tuhan sudah perintah dalam Kitab-Nya.

Untuk sederhanakan itu,manusia liberal mula menapis-napis.Ambil agama sekerat,buang sekerat.Mana yang berkenan diambil,tak berkenan dibuang.Wah,ini sudah level sekular.Manusia liberal rupanya penganut sekular yang tersembunyi.

Manusia liberal bukan manusia bodoh takde sijil.Sebahagian dari mereka belajar agama sampai ke Mesir.Tapi otak mereka,jiwa mereka digenggam Kristian Zionis.Mereka terpenjara dalam ideologi ciptaan para sejarahwan sadis.

Hukum Hudud bagi mereka paling tidak liberal.Ini hukum primitif.Kita sekarang perlu liberalisasi sosial,katanya.Masalahnya,di akhirat,hukum Tuhan kamu tidak boleh liberalkan sesuka hati.Di akhirat,pintu taubat sudah tertutup dan kamu tiada lagi jalan keluar kecuali mengadap Tuhan yang hukum-Nya kamu bantah di dunia.

Aneh,manusia liberal marah bila digelar kafir.Dia mahu title ‘Islam’ itu pada namanya tetapi membantah hukum Tuhan dalam AlQuran.Bila mati,dia mewasiatkan kuburnya di kalangan kubur kaum muslimin,jangan sesekali dikuburkan di jirat-jirat.

Bertuahnya,kematian itu adalah muktamad.Sama ada sains dan agama,kematian itu paling pasti.Kematian itu yang memutuskan kelazatan manusia liberal berbantah-bantah apa yang Allah swt perintahkan dalam AlQuran.

~SK

Standard

Alter Terahsia

hari4

 

Alter terahsia itu adalah sesuatu yang terpendam dalam diri kamu.Kamu tahu ia ada,tetapi tidak tahu bagaimana untuk diluahkan.Kamu tahu kata-kata mereka tidak benar.Bukan…bukan begitu.Begini.

Alter terahsia adalah kuasa untuk menimbulkan keyakinan diri,semangat untuk merasa diri terhormat dan tidak membiarkan petualang-petualang yang jijik menuliskan sejarah keturunan dan diri kamu sewenang-wenangnya.

Alter terahsia adalah semangat mencintai bangsa atas asbab agama yang murni,bukan mencintai bangsa untuk membantu ke arah kezaliman.Semangat untuk membantu bangsa berdiri kembali,supaya ia boleh menanggung agama yang dipilihnya sendiri,tanpa peperangan,tanpa kekejaman.

Alter terahsia adalah kekuatan untuk tahu.Untuk tahu bahawa kekuatan itu ada dalam diri terperi.Ia merasuk-rasuk di dalam diri,bagaikan saka yang tidak bertuan.Rasa ingin tahu itu.Membuak-buak.Menggelitik.Menunggu untuk dipuaskan.

Ia seolah-olah ‘multiple personality disorder’ yang kehilangan ‘trigger’ dan saya menuliskan ‘hook code’ khas buat kamu.Buat kamu tersedar,buat kamu bangun dan melihat bahawa sang arnab itu berlari ke arah titik cahaya di hujung terowong yang gelap ini.

Dan buku ini,Emas Para Dapunta & Maharaja adalah ‘trigger’ itu.

Tahniah kepada anak-anak Melayu yang berlari bersama-sama mengejar sang arnab.Tahniah kepada suku-suku Austronesia Barat yang juga melihat titik cahaya yang sama.

My people
I salute you.

~Srikandi
The Secretkeeper of Rudravarman of Funan,Samaragrawira of Srivijaya & Iskandar Shah of Malacca.

Standard

Isa Kamari

isakamari2isakumari

Beliau adalah seorang penulis dan pengkarya tersohor dari Singapura.Mahakaryanya meliputi penulisan novel,cerpen,puisi,lagu-lagu puisi dan video dokumentari.

Beliau juga adalah penggiat kesusasteraan Melayu di republik itu.Disamping itu beliau juga adalah penggiat budaya dan antara pejuang yang disegani dalam melestarikan warisan Melayu di Singapura.

Sumbangan beliau dalam dunia persuratan di Asia Tenggara diiktiraf apabila dianugerahkan S.E.A. Write Award di Bangkok,Thailand pada tahun 2006.

Selain bertugas sebagai ahli panitia Khas Penggalakan Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Singapura,beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Arkib Negara dan ahli Majlis Bahasa Singapura.

Bertuahnya tadi,tokoh penulis Singapura ini telah berpeluang menatap buku-buku yang melibatkan saya,Melayu Pribumi Asia Tenggara dan Emas Para Dapunta & Maharaja.Buku pertama adalah koloborasi saya dengan dua lagi penulis manakala buku kedua adalah buku tulisan saya sepenuhnya.

Terimakasih kepada Syazrul Aqram dari Terfaktab Media yang memberitahu saya tentang ini.

~Srikandi
The History of Thy Beloved

Standard

Laku Keras

10926338_10152520653602391_4899744148127821947_o

 

 

Saya terpaksa membuang persepsi negatif saya kepada anak-anak Melayu dan suku-suku Austronesia tanahair.Saya pada awalnya memikirkan dengan sinis bahawa mereka ini buta sejarah,malas membaca,minda terjajah dan degil dengan sikap tidak peduli.

Saya ingatkan buku ini tidak laku.

Lantas tersadai di stor penerbit lantas dijual bundle bersama tabloid-tabloid kisah misteri di kedai buku setinggan.

Tapi rupanya tidak.Kedegilan mereka untuk mengetahui sesuatu membenihkan perasaan rimas kepada sisi jahat saya supaya mereka ini terus layu dan pupus.

Tidak,mereka rupanya dalam diam,di sudut hati mereka…masih ada bara api yang merah hitam,siap untuk menyala.Masih ada akar-akar inkuiri untuk mencambahkan estim diri dan keberanian untuk keluar dari kejahilan total.

Buku ini,telah dijual beribu-ribu unit dalam masa 21 hari.Laku keras.Terlajak laris.Best-seller.Sold out.

Sebab itu anda tidak sempat melihat buku-buku itu tersadai di ruang-ruang kapitalis sana.Sebelum sempat terpamer di galeri,anak-anak Melayu dan suku-suku Austronesia yang lainnya telah merampasnya dari kitaran ganas industri penerbitan buku tanahair.

Buat kesekian kalinya,alter terahsia kamu semua memang aneh.

My people,
I salute you.

~Srikandi
My History is Immortal

Standard

Ulasan Dari Saya

10448732_10205768644552166_7365454152777296273_n

Buku ini setebal 200 ++ mukasurat,penuh dengan petunjuk-petunjuk untuk anda berfikir.Dan setiap petunjuk itu bukanlah syok sendiri,tetapi anda boleh rujuk pada mana-mana sumber untuk keabsahannya.

Jika anda rajin dan ada sifat ingin tahu,anda akan bertemu dengan banyak petunjuk lain dan kesimpulan.

Buku ini ibarat ‘training ground’ saya.

Buku ini menceritakan banyak pengalaman saya dalam perjalanan mengkaji sejarah dan erti Kemelayuan,sebelum saya menyertai kumpulan penulis di MistisFiles (sebelum muncul kumpulan-kumpulan penulis internet seperti The Patriots,Vocket dan sebagainya,MistisFiles sudahpun muncul lebih satu dekad dalam bentuk forum dan dalam tripod,angelfire dan geocities) sejak di bangku sekolah sehingga ke hari ini (saya menyertai MistisFiles sekitar 2009).

Di dalamnya terdapat rahsia Mayang Mengurai,yang muncul dalam catatan dinasti Sui…juga Kaca Bertuang yang muncul dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Apabila anda memiliki buku ini,anda seperti memegang salah satu almanak,atau kunci kepada satu alter terahsia yang semestinya hanya sekali seumur hidup anda.

Buku ini juga ibarat diari,atau buku log yang penuh catitan,tampilan dan notakaki.Ia penuh ilmu dan mengujakan.

Ia seperti anda meminum ‘elixir’ atau ‘fountain of youth’…dan anda akan melihat di hujung terowong yang gelap itu,ada satu cahaya.

Beberapa kenangan hidup saya juga diabadikan dalam buku ini,sebagai memorial kepada ibu saya.

~Srikandi

Standard

Buku Terbaru Srikandi

10952708_600204400080094_1729377382_n

 

Emas Para Dapunta & Maharaja,begitulah namanya,merupakan naskah terbaru dari Srikandi,penulis kontroversi yang tidak disenangi oleh ramai pihak kerana ketegasannya dalam memperihalkan sejarah,terutamanya sejarah Melayu.

Merupakan koleksi catatan Srikandi yang kaya dengan prosa yang puitis,perenggan-perenggan yang magis dan petunjuk-petunjuk yang mendebarkan,merupakan ‘trigger’ yang menggelitik perasaan untuk membongkar 1001 rahsia sejarah yang tersembunyi di dalam peta-peta pengembara,musafir yang lelah dan para darwisy yang misteri.

Jika dikatakan sejarah ditulis oleh mereka yang menang,maka sejarah itu dimiliki oleh mereka yang berpelajaran,maka sejarah yang abadi itu akan mencairkan dakwat sejarah palsu yang tertera dalam buku-buku si penjilat dan si pengecut,yang kelak akan disimbah ke jirat-jirat si petualang.

My History is Immortal,

di sana ada keberanian seampuh besi kursani,di sana ada hati waja seperti batu petir,di sana ada semangat membara laksana campuran logam 7 warna 7 jenis.

…yang mana.semuanya tercantum dalam kisah hidup seorang srikandi,yang berkelana mencari erti sejarah bangsanya yang aneh dan menakjubkan.

Akan berada di pasaran awal bulan hadapan.Akan muncul di Pesta Buku Selangor jika tiada aral melintang.Prakata oleh saudara Fadli Al-Akiti,editor Dewan Sastera.

~voo