Menurut sarjana Islam terkenal al-Kindi dan dikomentar oleh al-Biruni,terdapat 3 pedang yang terbaik dan tinggi kualitinya di dunia iaitu pertama,pedang Yaman,yang kedua,pedang Qala’i dan yang terakhir ialah pedang ‘al-Hind’.Namun,ahli geografi terkenal,Idrisi pula menegaskan dalam kitabnya al-Rujjar bahawa apa yang dinamakan pedang ‘al-Hind’ itu sebenarnya berasal dari pedang Qala’i itu.Keanehan lain terjadi apabila seorang lagi sarjana tersohor Islam,al-Kindi menyatakan pedang-pedang Qala’i apabila tiba di wilayah Arab,sering ditukarkan namanya menjadi ‘pedang Yaman’.
Mengapa pedang Qala’i ini memiliki kaitan misteri dengan kedua-dua pedang yang lain itu?Di sini kita dapat menghidu bahawa akhirnya pedang Qala’i ini sebenarnya adalah pedang yang paling terbaik di dunia dan paling terunggul mengatasi semua pedang apabila suku Jurhum yang menanam pedang Qala’i di telaga Zamzam itu sebenarnya berasal dari Yaman!
=========================================================================
===========================================================================
“Yamani Sword”
Menurut Al-Kindi dalam kitabnya ar-Risalah ba’da Ikhwanuhu as-Suyuf رسالة إلى بعض إخوانه في السيوف menyatakan bahawa di sana terdapat 3 jenis pedang yang paling terbaik kualitinya di dunia:
1) Pedang Yaman
2) Pedang Qala’i
3) Pedang as-Saif al-Hindi









