Raja-raja Melayu
Semangat Dari Pengajaran Sejarah
Misteri Surat Malik Bin Dinar Dalam VII Years VII Days Part II (1996)
Pada tahun 1996, sebuah album thrash dengan sedikit pengaruh muzik death metal telah diterbitkan oleh label Valentine Sound Productions. Album tersebut adalah bikinan Allahyarham Khairuddin Mohamad atau Din yang merupakan bekas penyanyi dan pemain gitar Cromok, legenda thrash metal di Malaysia.
Apa yang menariknya, di dalam album itu terdapat sebuah lagu yang diinspirasikan dari kisah Malik bin Dinar, seorang tokoh sufi terkenal yang menulis surat bagi pihak seorang pemuda yang menginginkan sebuah mahligai di syurga.
Ikuti tulisan ringkas ini.
=========================================================================
Misteri Encik Ronald Moore Dalam Sejarah Psychedelic Rock Di Malaysia
Pada tahun 2001 yang lalu, Pretty Ugly, sebuah kugiran yang memainkan muzik psychedelic rock di Malaysia telah mengeluarkan lirik yang aneh bagi single bertajuk “En Ronald Moore”.
Sebenarnya lirik tersebut adalah berdasarkan tragedi yang benar-benar berlaku di Dallas, Amerika Syarikat kira-kira 14 tahun yang lalu.
Ikuti kupasan ringkas yang mendebarkan ini.
=========================================================================
Perfume Garden (1992) & Hamlet: Act 1, Scene 2
Pada tahun 1992,band punk rock/hardcore The Pilgrims telah mengeluarkan album bertajuk Perfume Garden di bawah Sonic Asylum Records, sebuah label kecil milik Joe Kidd dan Rosman dengan Eddie Hamid sebagai PR dalam label ini.
Menariknya,di dalam salah satu lagu di dalam album ini, menyelitkan lirik puitis yang sebenarnya diinspirasikan dari karya sasterawan agung Inggeris, William Shakespeare.
Ikuti laporan ringkas ini.
=========================================================================
Transcendence (1999) & The Kelantanese Bureaucrats
Pada tahun 1999,album ke-3 Butterfingers,Transcendence terbitan Butterworld/EMI telah keluar dengan rekaan kulit album yang menunjukkan sesuatu yang unik; diinspirasikan dari satu event bersejarah yang pernah berlaku di Kelantan.
Ikuti tulisan ringkas ini.
=========================================================================
Misteri មាលាយូ Dalam សិលាចារឹក ជ័យ ហាន
Pada tahun 1879,seorang pengkaji dari Perancis,Hendrick Kern, telah mengkaji sebuah batu bersurat yang terletak di sebuah kuil purba di Kampong Cham,Kemboja.Hasil kajiannya telah menarik ramai pengkaji Perancis yang lain tentang kewujudan batu bersurat itu,yang kemudiannya diketahui merupakan prasasti yang dipahat untuk Bhavavarman I,raja Chenla.
Namun yang anehnya,pada perenggan pertama berisi puji-pujian kepada sang raja itu,terdapat sebaris ayat yang mengelirukan ramai pengkaji termasuk Barth,Aymonier,Bergaigner mahupun Finot.Malah pengkaji epigrafi,juga sejarahwan terkenal India,Ramesh Chandra Majumdar juga meninggalkan perkataan tersebut kerana ia mengandungi huruf Pallava yang diubahsuai dan sukar untuk diterjemahkan.
Namun,pengkaji Kemboja seperti Saverous Pou,Long Seam atau Lem Chuck Moth memiliki pandangan mereka sendiri.
Perkataan yang aneh itu,yang berdasarkan perkataan dari skrip asal dalam Khmer Kuno adalah “មាលាយូ” yang bermaksud:
“Malayu”
=========================================================================
===========================================================================
.
.
.
.
.
Misteri 末羅瑜國 Dalam 南海寄归内法传
Pada akhir abad ke-7 Masehi,seorang sami dan pengembara dari China telah mencatatkan sesuatu di dalam diarinya,yang menceritakan perjalanan 25 tahunnya ke negeri-negeri selatan dalam pengembaraannya menuju ke India,dan kembali ke China.
Ketika itu adalah pemerintahan Maharani Wu Zetian dari Dinasti Tang.Perkataan yang aneh itu; yang dicatatkan di dalam diarinya,ialah sebuah tempat sebelum beliau meneruskan perjalanan ke utara dan berlayar ke arah India dari pelabuhan Kedah Tua.
Perkataan yang aneh itu adalah 末羅瑜國 yang bermaksud: Negara Mo-Luo-Yu.
=========================================================================
===========================================================================
.
.
.







