Page 1
masudijawahir
Standard

Perang Srivijaya-Chenla 774-780

 

Jayavarman II dikenali sebagai pengasas Angkor dengan mengisytiharkan dirinya bebas dari satu kuasa besar Asia Tenggara.Kuasa ini dikenali sebagai The Emperor of Southern Seas oleh catatan-catatan pengembara China dan Maharaja of Thousands Islands oleh para pedagang Arab dan Parsi.Tidak ramai tahu tentang peperangan yang telah terjadi di Indochina melibatkan kuasa ini,Srivijaya dengan Chenla, iaitu kerajaan awal orang Khmer sebelum wujudnya Angkor.

 

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33
Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM>> http://goo.gl/1QBIQK
Versi penuh artikel ini (termasuk butir terperinci kapasiti ketenteran Srivijaya dan Chenla serta ciri-ciri setiap kapal perang Srivijaya) boleh dibaca oleh Inner Circle.

    ===========================================================================

 

 

 

 

Saya (Srikandi) telah merujuk kepada empat sumber yang menceritakan kejadian yang sama,berlaku kira-kira 1200 tahun dahulu di Indochina,melibatkan sebuah kerajaan besar Melayu dengan kerajaan terawal orang Khmer iaitu dikenali sebagai Chenla dalam rekod-rekod pengembara dan imperial China.

Continue Reading →

humayun
Standard

Humayun

Humayun

 

Seketika,saya merenung jauh ke arah makam salah seorang emperor Mughal yang hebat,di masanya,beliau telah mengembalikan empayar Mughal dari Dinasti Suri,dinasti bangsawan Pashtun dari wilayah yang sekarang dipanggil Afghanistan.

Waktu tu di India,musim sejuk.Bibir dan pipi saya kering dan saya terpaksa memakai sejenis bam untuk melembabkan kulit.Saya baru sampai di New Delhi,dari perjalanan 2 hari 2 malam dari Tamil Nadu dalam keretapi.Perjalanan menaiki keretapi India amat mengasyikkan dengan pemandangan ladang gandum,bukit batu,padang pasir dan lapangan bunga yang berwarna-warni.Saya membaca tulisan di atas tiket keretapi;The pride of India,merujuk kepada perkhidmatan keretapinya.

Continue Reading →

Zhigongtu_fullcover
Standard

Langkasuka Dalam Lukisan Era Dinasti Song & Liang

 

 

Di dalam Hikayat Merong Mahawangsa,ada disebut nama kerajaan ini;Langkasuka.Berapa besar nama dan identiti kerajaan ini dalam sebuah hikayat yang dicebik sebilangan orang termasuk perasan bijak pandai sebagai dongeng ini?

 

 

 

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33
Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

 

Continue Reading →

bungamalasmall
Standard

Koleksi Alter Terahsia Bangsa Melayu 2009-2015

 

 

SEPANJANG sejarah siri Alter Terahsia Bangsa Melayu (ATBM) di MistisFiles,terdapat banyak kontroversi,perdebatan dan titik-titik tertentu yang mengubah paradigma masyarakat Malaysia tentang sejarah tanahair dan bahkan dunia.

Biarpun apa jua polemik dan dilema yang timbul sejak kemunculannya pada tahun 2009 yang lalu,siri ATBM telah sedikit sebanyak mengubah lanskap dogma bidang sejarah di Malaysia terutama sejarah Melayu dan suku-suku Nusantara.Ramai yang membesar dengan artikel-artikel dari siri ini,dari pelajar sekolah,ke universiti,berkerjaya sehinggalah beranak-pinak;sepanjang lebih kurang 6 tahun kemunculannya.Sebahagian bahkan sepenuhnya dari artikel-artikel dalam siri ini telah dipetik dan tersebar di merata-rata tempat di internet,majalah dan akhbar.

Ada yang menjadi rujukan ataupun inspirasi kepada penulisan-penulisan yang lainnya.Selebihnya adalah memori yang sukar dicariganti,sejak zaman forum,kebangkitan blog dan kebanjiran media sosial pada hari ini.

Di bawah ini adalah senarai kempen ATBM yang pernah menggegarkan peminat sejarah underground seluruh Malaysia.

 

 

Continue Reading →

Grasberg-Indonesia
Standard

Srivijayan Hidden ‘Grasberg’ Mine

 

Untuk memanaskan tuan-tuan dan puan-puan yang menanti ATBM V yang semakin hampir,saya nak dedahkan sikit satu benda.

Dalam catatan dari pengembara dan pedagang yang bernama Sulaiman pada tahun 851 Masehi,kemudiannya dikomentar oleh Abu Zaid Hassan pada tahun 916 Masehi ada menyebutkan bahawa emperor Srivijaya amat kaya dengan emas dan setiap hari membuang JONGKONG EMAS ke dalam kolam di depan istananya.Pengembara Arab itu menyebutkan dengan jelas bentuk ‘jongkong’ itu dengan menjelaskan bentuknya seperti batu-bata.

Okay,emas ni sumber mineral yang kena dilombong dan diproses untuk jadi jongkong emas seperti batu-bata sebagaimana yang dilaporkan oleh pengembara Arab tadi,isn’t it?

Samalah macam besi.Dari unsur ferum,ia dilombong dan diproses supaya jadi batang-batang besi untuk pelbagai kegunaan.Ini basic.

Jadi..kalau begitu…pasti ada kilang memproses emas sehingga emperor-emperor Srivijaya mampu memiliki dalam bentuk jongkong emas yang sebegitu banyak.Soalannya dimana?

Continue Reading →

mountophir
Standard

Alter Terahsia Bangsa Melayu V : The Secret Key to Mount Ophir

 

 

 

 

Sekitar tahun 1923,sekumpulan pengkaji Inggeris telah menemui sekumpulan skrol di sebuah lubang di pinggir Tasik Galilee.Kumpulan skrol itu ditunjuk oleh para pekerja pembinaan yang melihatnya seperti sesuatu yang amat tua dan bernilai.Para pengkaji itu membawanya skrol-skrol yang diperbuat dari kulit yang dikeringkan itu ke muzium di Britain dan mula membuat terjemahan dan kajian.Nampaknya tulisan di skrol itu adalah dari jenis skrip Aramaik era pertengahan.

 

Skrol itu berisi kandungan yang bercampur-campur,antara berupa ajaran-ajaran bersifat keagamaan,sedikit ilmu kerohanian purba seakan-akan Kabbalah dan catatan-catatan yang kabur seperti diari.

 

Namun,di antara isi kandungan skrol-skrol itu terdapat sesuatu yang memeranjatkan para pengkaji tersebut….

 

Di sana tertulis perkataan …Mala dan Ophir….

Continue Reading →

menora2
Standard

Asal-usul Menora

 

Tarian Menora adalah salah satu tarian purba orang-orang Melayu ketika era pra-Islam.Semua sumber sama ada dari pihak Kelantan dan Thai sekalipun akan berbalik kepada sumber yang sama;yang menunjukkan bahawa asal-usul tarian ini dari kerabat diraja purba Melayu di Segenting Kra.Saya tunjukkan kepada anda bagaimana ini berlaku.

 

 

Continue Reading →

1012406_670122136344694_986324777_n
Standard

Bukti Rekod Dari China (Dinasti Ming) Tentang Kewujudan Kesultanan Melaka

 

 

Ramai yang bertanya kepada saya tentang rekod dari China yang sebenarnya tentang Kesultanan Melaka.Sebelum ini,banyak rekod yang ada hanyalah dari sumber Melayu sendiri seperti Sulalatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah (kedua-duanya diiktiraf UNESCO untuk temasuk dalam senarai Memory of the World Register ) selain Bustanul Salatin atau sumber dari Portugis seperti Suma Oriental atau Comentários do grande Afonso de Albuquerque,namun manakah sumber dari China sendiri?Aneh bukan?

Sebenarnya memang ada malah di sana tersimpan kemas nama-nama raja Melaka di dalam rekod China sendiri.So,educate urself.

Continue Reading →

wheel sharp
Standard

Wheel of Sharp Weapons

 

 

Wheel of Sharp Weapons (Tibet: blo-sbyong mtshon-cha ‘khor-lo) adalah merupakan karya seorang pendeta Melayu bernama Dharmakirti pada abad ke-10 Masehi.Gelaran penuhnya ialah Dharmakirti Suvarnabhumi atau Serlingpa.

Beliau adalah ahli kerabat diraja Srivijaya yang ketika itu adalah pusat pengembangan ajaran Buddha Vajrayana atau Tantra Buddha walau pada umumnya Srivijaya berpaksikan kepada mazhab Mahayana.Vajrayana adalah seperti cabang kerohanian dalam agama Buddha atau Esoteric Buddhism; seperti Sufisme dalam agama Islam.

Continue Reading →