Surat Pangeran Arya Upapati Kepada Kapitan Belanda 1619
Pada akhir tahun 1619, terdapat sekurang-kurangnya 3 pucuk surat telah diterima oleh Jan Pieterszoon Coen, pegawai di Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC). Surat-surat itu diterima dari pihak Kesultanan Banten di Jawa. Salah satunya ialah dari seorang bangsawan Jawa bergelar Pangeran Arya Upapati.
Surat-surat itu kebanyakannya ditulis dalam aksara Jawa namun apa yang menariknya, ia dalam Bahasa Melayu.
====================================================================
====================================================================
Misteri Telanai
Di dalam Sulalatus Salatin, ditemui perkataan ‘Telanai Terengganu’ dan ‘Tun Telanai’. Anehnya, di dalam Prasasti Grahi bertarikh 1183 Masehi telah ditemui perkataan ‘Mahasenapati Talanai’.
Ikuti kupasan menarik ini.
====================================================================
====================================================================
.
Maksud Perkataan “Melayu”
Asal-usul atau maksud perkataan ‘Melayu’ telah banyak dibahas dan dibincangkan oleh para sarjana, ilmuwan dan para pembaca sejarah. Namun semuanya tidak mendapat jawapan yang pasti kepada misteri kewujudan perkataan ‘Melayu’ hatta orang Melayu sendiri kebanyakan masih ‘buta huruf’ dengan isu tersebut. Untuk mengeluarkan diri daripada semua misteri ini, seringkali dikatakan kononnya perkataan ‘Melayu’ berasal dari perkataan Sanskrit, ‘Malaya’ yang bermaksud ‘gunung’ atau ‘bukit-bukau’. Namun ini adalah ganjil apabila bertentangan dengan kehidupan purba orang Melayu sebagai pelaut dan pengembara maritim.
Satu isu lain juga tidak mampu dijawab oleh mereka; bagaimana bunyi di hujung -a pada ‘Malaya’ menjadi -u pada ‘Melayu/Malayu’?
Sebenarnya, perkataan ‘Melayu’ berakar umbi dari linguistik bahasa-bahasa Austronesia yang membawa konsep, ‘bebas‘.
=========================================================================
===========================================================================
Sultan Iskandar (Perak) & Kapitan Belanda Circa 1758
=========================================================================
===========================================================================
ξαξξοναγαρα Dalam Γεωγραφικὴ Ὑφήγησις
Selain nama ‘Melayu-Kolon’ tercatat dalam peta Claudius Ptolemy di dalam karyanya Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis pada 150 Masehi, ada nama lain yang begitu mengejutkan kerana nama ini mirip dengan apa yang disebut di dalam Sulalatus Salatin. Malah ia terletak tepat di lokasi yang mana ia disebut di dalam Sulalatus Salatin itu.
Nama itu adalah: ξαξξοναγαρα
=========================================================================
===========================================================================
.
.
.
Mastani
Selepas Aurangzeb, Empayar Mughal telah mengalami kemerosotan seiring dengan kebangkitan empayar baru yang muncul di barat Dataran Tinggi Deccan, Maratha.
Di sini munculnya kisah epik yang menceritakan dilema seorang isteri, Mastani.
=========================================================================
Untuk akses artikel-artikel Srikandi terkini di MF >> Petunjuk Di Batu Nisan Pasai
===========================================================================
Hang Tuah & ವಿಜಯನಗರ ಸಾಮ್ರಾಜ್ಯ
Ramai yang mengenali Hang Tuah sebagai laksamana dan hulubalang Kesultanan Melayu Melaka. Namun tidak ramai yang mengenali Hang Tuah sebagai seorang negarawan,duta dan pengembang silat Melayu di luar negara.
Tidak kurang yang mencemuh Hang Tuah sebagai fiksyen atau khayalan. Ini terjadi kerana orang-orang ini kurang membaca atau mengalami ‘denial syndrome’ yang disebabkan faktor-faktor sama ada mengalami racial hatred ataupun penyakit inferiority complex.
Kita mungkin sudah maklum akan kajian yang membuktikan peranan Hang Tuah di Okinawa dan Kerajaan Ryukyu, kini mari kita perhalusi peranan Hang Tuah di dalam kerajaan Vijayanagara, berdasarkan dari The Discovery of India (1946) oleh Jawaharlal Nehru, perdana menteri India yang pertama.
Emily Innes & Tunku Panglima Raja 1885
The Chersonese with the Gilding Off karya Emily Innes sering dibandingkan dengan karya Isabella Bird, The Golden Chersonese and the Way Thither, malah pernah juga dipandang sebagai sambungan kepada tulisan Isabella Bird itu. Sebagaimana Isabella Bird, apa yang diharapkan dari seorang wanita ekspatriat Inggeris yang memiliki skeptikal tertentu kepada orang-orang Asia, khasnya orang Melayu? Namun ada satu fragmen dalam tulisannya, yang jika tidak satu-satunya, mungkin antara pengakuan luarbiasa dari watak Mrs. Arrogant ini selaku isteri kepada pegawai British ketika era kolonial.
Aplikasi Atap Genting Dalam Struktur Bangunan Di Tamadun Sungai Batu
Mitos mengatakan bahawa pada zaman dahulu orang Melayu hanya tinggal di rumah-rumah beratapkan nipah atau daun rumbia sahaja. Atap genting hanya diperkenalkan ketika zaman imperialisme Barat. Khabar angin ini telah berjaya meletakkan dirinya dengan begitu selesa di dalam pembikinan buku-buku sejarah,drama-drama Melayu dan filem-filem. Persoalannya,benarkah begitu?
Penemuan beratus-ratus serpihan atap genting di Tapak Arkeologi Sungai Batu dewasa ini telah menimbulkan satu fenomena baru dan menimbulkan tandatanya; adakah benar orang Melayu tahu tentang atap genting hanya setelah kedatangan orang Barat?
Aplikasi atap genting dalam peradaban manusia setakat ini dari bukti arkeologi telah disahkan seawal kira-kira 3000 tahun sebelum Masehi di Greek Purba. Kemudian atap-atap genting telah popular digunakan pada bangunan-bangunan kerajaan dan rumah-rumah bangsawan serta orang kaya. Tamadun Sungai Batu dari siasatan arkeologi telah menggunakan atap genting dengan struktur bangunan menggunakan batu-bata dan profesion industri perkilangan besi yang berjaya sekitar pemerintahan Darius I di Parsi. Adakah ia benar-benar ‘cerita hikayat’ yang keluar dari blackhole sejarah Melayu?
Dalam review ringkas ini, Srikandi akan mengupas misteri yang menggelitik tipikal dan stereotaip minda orang Melayu dan dunia amnya.










